Khamis, 31 Disember 2009

Dulu Pahang, kini Kelantan pula ...


KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar Ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu, untuk berita seterusnya (klik di sini)

Komen =

Setelah pelbagai masaalah yang timbul di Kelantan, kini satu masaalah lagi menjelma, Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta, wow....banyaknya...

Kerajaan Pahang kena saman 60 juta pun dah heboh, kini giliran Kelantan pula......heboh lagi ...


Munkin agaknya, ini adalah akibat dari Tok Guru kata celako....celako......... entahlah...


Untuk mengetahui selok belok kes saman RM800 juta ini, sila (klik di sini) dan untuk versi berbeza (klik di sini)



Selasa, 29 Disember 2009

Celako, Celako, baso Celako..... ?

Saya menonton berita di tv3 malam ini dan melihat temuramah wartawan dengan Nik Aziz, saya mendengar beliau menyebut " celako, celako, baso celako, penulis blog lagu tu " dengan penuh perasaan, terkejut saya di buatnya, apa yang di maksudkan oleh Nik Aziz ialah tentang ada blog yang menulis kononnya beliau mahu menggugurkan dua setia usahanya, sesuatu yang menurutnya adalah tidak benar.

Sebetulnya, ini bukan pertama kali saya melihat Nik Aziz bertindak di luar dugaan, saya selalu melihat beliau sering berkerut kening ketika wartawan mengemukakan soalan-soalan panas dan lantas menyindir dengan pedas terhadap wartawan tersebut.

Didalam hal menghadapi tekanan wartawan ini, saya kagum dengan Dr Mahathir, beliau sentiasa tersenyum apabila menghadapi wartawan yang kadang-kadang sengaja mengemukakan soalan pedas dan panas yang bagi orang yang tidak sabar akan segera bertindak keterlaluan, tetapi Dr Mahathir boleh membalas balik jawapan tersebut dengan sinis dan pedas juga, tetapi berserta senyuman.

Seorang lagi yang saya perhatikan boleh bertindak sebegitu ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim, kalau orang lain-lain , kebanyakkannya akan berkerut kening, kadang-kadang nak menangis pun ada.

Sebenarnya, wartawan yang bagus, adalah wartawan yang berani dan boleh mengenakan tekanan terhadap orang yang di temuramahnya, melalui tekanan itulah, akan keluar kenyataan spontan dari mulutnya dan kita boleh menilai sifat sebenar seseorang itu.

Di dalam kes Nik Aziz ini, saya sebenarnya tidaklah berani nak ulas banyak-banyak, maklumlah beliau mempunyai ramai sekali penyokong tegar, kalau di ibaratkan beliau menjadi MB di Afghanistan atau di Pakistan, ramai dari kalangan penyokongnya yang sanggup meletupkan diri demi mempertahankan Tok Guru ini.

Oleh itu cukuplah kalau saya katakan bahawa saya tidak seronok melihat temuramahnya, saya melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena, terutamanya apabila mengenangkan bahawa beliau begitu dihormati, disanjungi oleh orang-orang Kelantan, Oleh itu tidak sepatutnya beliau mengeluarkan perkataan-perkatan pedas seperti itu, lainlah jika beliau orang biasa........



Jangan Biarkan Husam Kosongkan Kerusi DUN Salor ....... akibat dari celako,celako,celako




Selasa, 22 Disember 2009

Cabaran baru dari Che Det




Berikut adalah petikan terbaru tulisan Che Det di blognya.................



1. Saya mengalu-alukan cadangan Lim Kit Siang supaya Najib membentuk satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat samada saya telah menghanguskan (melesapkan) RM100 billion melalui projek-projek hebat dan rasuah sepanjang 22 tahun pemerintahan saya.


2. Suruhanjaya tersebut hendaklah terdiri daripada penama bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi turut dianggotai oleh mereka yang bersih termasuklah orang asing dan anggota Transparency International.

3. Suruhanjaya tersebut harus tidak hanya membataskan (siasatnnya) kepada hanya satu Perdana Menteri sahaja tetapi juga keatas rejim Tun Abdullah Badawi.

4. Ianya harus melibatkan bagaimana wang Petronas RM270 billion yang dibayar sewaktu pentadbiran 5 tahun Abdullah itu dibelanjakan; apakah projek-projek yang dibiayai melalui dana sebesar itu dan kos kesemua projek tersebut.

5. Ianya harus melibatkan berapa jumlah wang yang lebur lantaran pembatalan (projek) Jambatan Bengkok dan landasan keretapi Johore Baru - Padang Besar.

6. Berapakah kos over-run (harga tinggi diluar jangkaan) bagi pembinaan projek Hydroelektrik Bakun.

7. Pembiayaan Jambatan Kedua P.Pinang dan prosidur pemberian kontrak tersebut.

8. Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan tersebut sebagai gambaran penglibatan Najib untuk “membenteras rasuah’.

9. Bagi tujuan suruhajaya tersebut berjaya, kerajaan mestilah memberikan mandat penuh kepada suruhanjaya tersebut keatas semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tempoh 1981-2009. Tiada apa-apa yang harus dirahsiakan.

10. Barry Wain mesti menyediakan dokumen, bukti tentang jumlah (wang) yang beliau dakwa telah saya lesapkan.

11. saya akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya tersebut.

12. Bergantung keatas keputusan suruhanjaya tersebut, Saya menangguhkan hak untuk menyamman Barry Wain, Lim Kit Siang dan Malaysiakini.com kerana menyibarkan fitnah bagi tuntutan sejumlah (wang) yang akan dinyatakan kelak.

13. Jika kerajaan menahan (penjualan) buku : "Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times", saya minta supaya buku tersebut dibebaskan sekarang juga . Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan.

sumber : [klik sini]











Ahad, 20 Disember 2009

Beranikah Kerajaan BN menirunya ?


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Antara yang paling menarik bagi saya ialah tentang janjinya ......................

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Begitulah lebih kurang antara intipati Konvensyen Pakatan Rakyat, kesemua cadangan tersebut, saya percaya tidak akan mampu dilaksanakan oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai azam yang tinggi untuk menghapuskan rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan.

Sebagai contoh Datuk Sri Najib selepas mengambil aleh kepimpinan negara, tidak berani membuat perubahan sebagaimana yang beliau janjikan, Mahkamah, terutama Mahkamah Rayuan, masih jelas di kongkong, SPR di kongkong, Polis di kongkong, SPRM juga di kongkong.

Oleh itu usaha berani Pakatan Rakyat yang berjanji untuk meletakkan semua yang saya sebutkan diatas dibawah tanggung jawab Parlimen adalah sangat dialu-alukan.

Tidak ramai pemimpin yang berani melakukan sebagaimana yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu, antara sebabnya ialah kesemua janji-janji yang di utarakan itu jika silap gayanya akan memakan tuannya, janji-janji seperti diatas tidak menguntungkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat jika PR berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU13 nanti.

Bayangkan, sebagai contoh, dengan kebebasan SPRM yang hanya tertakluk kepada Parlimen, yang hanya bertanggung jawab kepada Yang DiPertuan Agong, akan mengakibatkan ramai pemimpin yang rasuah akan didakwa, dakwaan ini pula sudah semestinya tidak akan memilih bulu, siapa juga yang bersalah akan didakwa.

Sudah tentulah jika pemimpin PR ada bercita-cita mahu melakukan rasuah setelah memerintah nanti, mereka tidak akan berani membuat janji seperti itu. Munkin ada diantara pembaca akan berkata ........alah itu janji......siapa pun boleh berjanji.......... jangan kata seperti itu, kerana setiap janji akan dituntut.

Ini berbeza dengan keadaan sekarang, semua institusi penting yang disebutkan diatas di pertanggung jawabkan kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri mana yang mahu bertindak, jika dia tahu bahawa tindakkannya nanti akan merosakkan reputasi diri dan parti pimpinannya.

Itulah sebabnya apabila di masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tindakan cuba diambil terhadap beberapa individu yang melakukan rasuah dan didapati semakin ramai pemimpin Umno yang didakwa.

Maka muncul disana sini ahli-ahli Umno yang menunjuk perasaan, membantah tangkapan tersebut dengan alasan, kenapa pemimpin Umno tertentu yang didakwa, klik tertentu tidak ditangkap sama, juga kenapa pemimpin pembangkang juga tidak ditangkap.

Semua ini berlaku kerana semua institusi penting negara terletak dibawah kawalan Perdana Menteri, saya sangat percaya jika institusi-institusi ini dibawah kawalan Parlimen, semua bantahan itu akan berkurangan.

SPRM dan lain-lain institusi tentulah tidak takut kepada sesiapa untuk bertindak, sudah tentulah didalam keadaan semua orang takut untuk melakukan rasuah dan lain-lain penyelewengan, maka penyelewengan pun akan berkurangan.

Saya kata berkurangan, kerana tidak munkin kita boleh menghapuskannya 100 %, oleh itu pencapaian yang sebegitu pun sudah boleh dikira sangat baik untuk negara, siapakah yang untung jika semua ini tercapai ? sudah tentu rakyat.

Kesimpulannya, keberanian Pakatan Rakyat membuat janji seperti itu adalah demi rakyat, rakyat yang akan untung, walau pun nanti, jika tersepit saya percaya Kerajaan BN akan cuba memintas sebagaimana cubaan Najib memintas dengan slogan " 1 M'sianya."

Kalau Kerajaan BN berani memintas dengan meletakkan semua institusi penting negara dibawah tanggung jawab Parlimen dan Yang Di Pertuan Agung, kita sebagai rakyat sangat mengalu-alukannya.........tetapi beranikah mereka menyorongkan leher mereka untuk dipancung dengan pedang.

Jawapannya ada didalam diri mereka-mereka semua, apakah mereka ada melakukan kesalahan ? oleh itu jika mereka tidak melakukan kesalahan, apa nak ditakutkan ......

buatlah...............tirulah ................










Berani ke ? ...............................

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada sesiapa sahaja yang tidak senang dengan posting saya hari ini......................
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar,Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu Kolej Tunku Kurshiah di Kuala Lumpur, semalam. -

Bukan apa ! apabila saya terpandang dengan gambar diatas, saya teringat kepada Mufti Perak Datuk Harussani yang sejak kebelakangan ini berminat benar mengulas mengenai politik Melayu, saya teringat beliau dan berfikir........... berani ke...si Harussani ni menasihatkan supaya keluarga diraja ni memakai tudung ?

Saya tengok semua tak pakai tudung, munkin bagi sesetengah orang, pakai tudung ni perkara remeh, tetapi saya tak fikir pulak Harussani juga akan menganggap remeh tentang pemakaian tudung ni !

Saya sangat berharap Harussani berani menegur perkara-perka begini...........jangan setakat berani tegur pembangkang je.....

Jangan marah !!!!!!!!!!!!

Sabtu, 19 Disember 2009

Kos rawatan Sultan Kelantan melebihi RM1Juta

Perjelas isu kos rawatan Sultan Kelantan menjadi salah satu tajuk di satu kolum berita Utusan Malaysia hari ini . Perkara tersebut berbangkit apabila Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung desas-desus yang bayaran kos rawatan Sultan Kelantan di Singapura tertunggak lebih RM1 juta.

Berita tersebut menyebut bahawa Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, sekiranya benar masalah itu berbangkit adalah wajar kepimpinan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikannya.

Sebenarnya didalam politik ini, kebenaran bukan menjadi perkara utama, yang menjadi perkara utama ialah peluang, peluang menyalahkan lawan didalam politik.

Oleh itu apabila Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin membangkitkan perkara ini, sebenarnya, secara tidak langsung memberi peluang rakyat menilai akan hala tuju perjuangan seseorang pemimpin dan bagaimana caranya berfikir.

Seperti yang kita ketahui, kos rawatan di Singapura tentulah lebih tinggi, kerana faktor nilai tukaran wangnya dan lain-lain sebab, tetapi kualiti perubatannya tidaklah sebaik mana.

Sebagai contoh Tun Dr Mahathir semasa berkuasa dahulu, dia memilih untuk membuat rawatan dan pembedahan didalam negara, walhal jika dia mahu, jangankan di Singapura, di hujung dunia mana pun dia boleh.

Lagi pun jika berubat didalam negara, kosnya tidaklah sebegitu tinggi, tetapi apa yang terjadi ialah Sultan Kelantan memilih untuk berubat di Singapura, setelah berada di Singapura beberapa bulan, kos perubatan dan lain-lain caj telah meningkat keangka melebihi RM1 juta.

Siapa yang tanggung semua ini ? rakyat ! sebagai Sultan, yang sepatutnya menjadi payung negeri, semua ini patut juga difikirkan, tetapi itulah yang terjadi, semua perkiraan ini tidak diambil kira.

Adalah dibimbangkan jika trend ini berterusan, tidak mustahil puluhan tahun akan datang, akan muncul pemimpin rakyat yang berani mempersoalkan apa yang dilakukan oleh para Raja-raja, sesuatu yang amat malang dan perlu dihindari.

Semoga semua ini tidak akan berlaku, tetapi jika berlaku juga, siapakah yang akan dipersalahkan ?

Oleh itu apabila ada rakyat yang mempersoalkan dan mencadangkan supaya Sultan di bawa pulang dan mendapatkan rawatan didalam negeri, supaya negeri tidak menanggung kos hutang perubatan yang tinggi, maka takkanlah itu pun di anggap sebagai satu kesalahan.






Khamis, 17 Disember 2009

Rasuah Dalam Industri Pembinaan Serius : SPRM

KOTA BAHARU, 17 Dis -- Gajala rasuah dalam industri pembinaan di negara ini berada pada tahap yang serius, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata ini terbukti dengan wujudnya masalah yang melibatkan projek-projek besar dan bernilai tinggi.

Menurutnya amalan rasuah juga akan mengakibatkan jumlah kos kontrak meningkat dan kemerosotan kualiti pembinaan kerana kontraktor terlibat dalam rasuah tidak akan mematuhi piawaian.

"Keadaan ini membahayakan nyawa dan harta benda serta menjatuhkan imej negara. Secara langsung perkara ini akan merugikan rakyat dan membebankan negara secara keseluruhannya," katanya dalam ucapan pada majlis penutup Seminar Pencegahan Rasuah Kontraktor-kontraktor Negeri Kelantan di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pesuruhjaya SPRM Kelantan Mohd Jaafar Hussin.

Abu Kassim berkata berdasarkan kajian, antara satu dan dua peratus daripada pulangan sesebuah syarikat pembinaan telah diperuntukkan untuk tujuan rasuah dan ia jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pulangan yang diperoleh daripada projek berskala besar.

Beliau berkata, pada masa ini negara memasuki era baru di bawah pimpinan baru yang bersemangat dan berwawasan tinggi dan kejayaan pentadbiran baru ini bergantung kepada keupayaan menterjemah segala wawsasan itu kepada kenyataan.

"Wawasan baru ini saememangnya menitikberatkan isu integriti dan rasuah. Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah meletakkan unsur integriti iaitu dengan mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi," katanya. (Bernama)







Ahad, 13 Disember 2009

Awan semakin mendung di Kelantan


Sebenarnya apa yang disiarkan dibawah adalah perkara-perkara kelabu yang dikatakan berlaku
di Kelantan, jika benar, ianya adalah satu perkara yang sangat di kesalkan, saya lebih mengharapkan supaya ianya tidak benar........................

Tetapi bagaimana jika ianya benar-benar berlaku..........................bala lah namanya tu........

Akhirnya segala sembahyang hajat yang selama ini diadakan diserata tempat termasuk di stadium telah makan tuan.........................aduhai..............


klik pada dokumen untuk melihat saiz sebenar

Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru.

Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyuarat bermula dengan langkah kiri apabila Dato’ Ahmad menafikan ucapan terimakasih wakil peniaga Pasar Lama MPKB-BRI.

“Kami ucap terima kasih kerana Dato’ TMB sudi berjumpa kami….” Kata wakil peniaga itu.

“Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga lalu menoleh ke arah pegawainya dan berkata, “cukup sampai sini saja mesyuarat…” lalu melangkah keluar hanya kembali semula ke dalam mesyuarat setelah sebahagian dari ahli mesyuarat meningalkan majlis itu.

Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar. Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.

Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.

Mari kita kembali merujuk kepada fakta dan sejarah.

Beberapa hari setelah Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Dewan Rakyat pada Februari 2008, YB. Dato’ Haji Husam bersama saya di pejabatnya merancang strategi mempertahankan Kelantan di dalam PRU ke 12 lalu. Husam kemudian mengarahkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang ketika itu baru dilantik ke jawatan Ketua Pegawai Operasi PMBK untuk hadir membawa pelan projek pembangunan bernama Madinatul Raudhah.

Husam yang baru satu penggal menjadi ahli Exco Negeri ketika itu mempertikaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada para peniaga. Memandangkan kebanyakan peniaga berpusat di Kota Bharu dan memandangkan dalam PRU ke 11 PAS tewas di Parlimen Kota Bharu dan Kerusi DUN Kota Lama PAS menang hanya dengan nyawa-nyawa ikan, adalah penting untuk PAS mendapat sokongan padu dari peniaga. Maka di pejabatnya tengahari itu, Husam mengeluarkan arahan supaya sebuah Bazar dibina di tapak projek Madinatul Raudhah untuk para peniaga.

Dua kumpulan peniaga telah dikenal pasti untuk dipindahkan di bazar yang akan diberi nama Bazar Tok Guru itu. Mereka ialah para penjaja di Pasar Lambak Arked UDA dan para peniaga di Pasar Lama MPKB BRI. Penjaja Arked UDA mempunyai 116 orang peniaga manakala peniaga Pasar Lama MPKB BRI mempunyai 300 orang peniaga. Gabungan pemilik gerai, keluarga mereka dan pekerja mereka, sekurang-kurangnya mereka mewakili suara lebih 1,000 orang pemilih dalam pilihanraya tersebut.

Pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.

Intipati memorandum yang ditandatangani sendiri oleh Tok Guru dan wakil-wakil Persatuan Peniaga ialah,

  • Kerajaan Negeri menerusi PMBK akan membangunkan projek itu tanpa berorientasikan keuntungan.
  • PMBK akan menyediakan pusat perniagaan dengan kemudahan terkini kepada peniaga.
  • Pusat perniagaan itu terletak di dalam cadangan pembangunan ‘Madinatul Raudhah’ yang mengandungi 1 blok hotel, 3 blok apartment beserta kedai dan pejabat, 2 aras podium Bazar Tok Guru, 1 aras tempat letak kereta bawah tanah.
  • Semua ini akan dibangunkan diatas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang dikenali sebagai PT388, Seksyen 12 Bandar Kota Bharu, Kelantan.
  • Tanah itu bakal diberi pemilikan kepada PMBK.
  • Tanah itu seluas 5.9 ekar.

Berdasarkan konsep tidak berorientasikan keuntungan ini, para peniaga dimaklumkan bahawa tapak perniagaan yang akan disediakan untuk setiap gerai adalah seperti berikut,

  • Tapak gerai terletak ditingkat bawah (ground level).
  • Keluasan gerai adalah 12 x 15 kaki.
  • Harga ialah RM40,000.00.

Malang bagi peniaga, beberapa bulan selepas menang besar didalam pilihanraya umum ke 12, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi PMBK telah bersetuju untuk menyerahkan projek Bazar Tok Guru kepada sebuah syarikat bernama Sensatimur Sdn Bhd. Para peguam PMBK beberapa kali menasihatkan PMBK bahawa terma-terma perjanjian dengan Sensatimur itu adalah berat sebelah dan akan menggadai falsafah disebalik pembinaan Bazar Tok Guru namun Arifahmi terus berkeras.

Pada 1 Jun 2009, perjanjian ditandatangani oleh Tok Guru dengan Sensatimur. Intipati perjanjian adalah seperti berikut,

  • Keluasan tapak diatas tanah milik PMBK ialah 5.9 ekar.
  • Tapak binaan Bazar Tok Guru ialah seluas 1.5 ekar.
  • Melalui perjanjian itu, Sensatimur akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan Bazar Tok Guru.
  • Sensatimur akan memberi pinjaman berjumlah RM5.5 juta kepada PMBk dan PMBK perlu bayar didalam tempoh 12 bulan dari tarikh siap bazar menerusi penyerahan hak jualan gerai milik PMBK untuk dijual oleh Sensatimur. Sensatimur akan ambil 50% dari hasil jualan setiap unit bagi mendapatkan semula wang RM5.5 juta itu.
  • Selepas 30 hari siap Bazar tersebut, PMBK akan menyerahkan baki 4.4 ekar tanah di tapak tersebut kepada Sensatimur dengan pajakan 99 tahun tanpa sebarang sekatan kepentingan dan syarat yang jelas.

Syarat-syarat lain didalam perjanjian PMBK-Sensatimur yang secara langsung membakar jambatan dengan para peniaga pula adalah seperti berikut,

  • Tingkat bawah (ground level) yang dijanjikan untuk dijual kepada peniaga telah menjadi milik Sensatimur.
  • PMBK hanya mendapat hak bagi aras 1 dan 2 sahaja.

Disebabkan Abdul Ariffahmi mensasarkan keuntungan besar dari projek yang asalnya tidak berorientasikan keuntungan itu, harga jualah bagi tapak gerai ditingkat 1 dan 2 diletakan pada harga RM92,000 setiap unit dengan keluasan dikurangkan kepada 8 kali 10 kaki sahaja.

Sewaktu majlis pecah tanah projek itu dibuat, Persatuan-Persatuan Perniaga telah mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana ternyata YAB Tok Guru telah melanggar perjanjian persefahaman di antara kedua-dua pihak iaitu,

  • Harga jualan setiap unit melambung lebih 100%.
  • Peniaga yang asalnya dijanjikan penempatan ditingkat bawah kini diarah berpindah ke tingkat 1 dan 2.
  • Semua ini berlaku tanpa para peniaga diajak berunding telebih dahulu.
  • Usaha peniaga untuk mengadakan dialog dengan PMBK didalam suasana sihat telah tidak dilayan oleh Ariffahmi.

Bagi memastikan airmukanya terjaga di majlis pecah tanah itu, Ariffahmi berjanji untuk menyelesaikan segala pertelingkahan itu dengan syarat Persatuan-Persatuan Peniaga menghantar wakil mereka di majlis tersebut.

Akhirnya persatuan-persatuan itu setuju untuk menghantar wakil tanpa mereka sedari, kehadiran mereka telah digunakan oleh Ariffahmi untuk memberitahu Menteri Besar bahawa ia adalah bukti para perniaga tidak mempunyai masalah dengan syarat baru pemilikan Bazar Tok Guru.

Sehingga kini, usaha persatuan peniaga untuk mengadakan sessi dialog dengan YAB Menteri Besar tidak dilayan baik oleh PMBK mahupun oleh MB sendiri.

Maka apabila segala kemelut yang onarnya yang semakin membara ini dihumbankan kepada Dato’ Timbalan Menteri Besar, ternyata ianya adalah satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Dato’ Ahmad Yakob oleh pihak tertentu.

Apakah ini adalah lagi satu projek Abdul Ariffahmi?

Saya tidak langsung musykil.



di petik dari blog-

kickdefella.











Sabtu, 12 Disember 2009

Mereka semakin bengong

Semakin hampir menjelangnya tahun baru 2010, BN dan Umno nampaknya semakin terdesak, talian hayat terakhir Umno didalam usaha mengekalkan kuasanya ialah meniupkan api perkauman dikalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Terkini pemimpin Umno memutar belitkan issue peruntukkan Masjid yang di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, perkara ini sudah pun dijelaskan oleh beberapa bloger dari Pakatan Rakyat, antaranya Zulkifli Nordin yang juga seorang ahli Parlimen PKR dari Kulim yang sehingga kini terus berjuang dan mempertahankan kebenaran, ( Klik disini ) beliau sanggup bertindak mengeluarkan kenyataan yang kadangkala dilihat bertentangan dengan prinsip seorang ahli politik, sehingga merugikan partinya sendiri, tetapi demi kebenaran, dinyatakan juga.

Namun semua penjelasan tersebut masih tidak memuaskan hati pemimpin BN yang ketandusan issue untuk diketengahkan (Klik disini) oleh itu api perkauman tersebut terus di tiup, kerana itulah sahaja senjata berbaki yang masih ada untuk di gunakan oleh mereka.

Maka dengan kerjasama akhbar yang mereka kuasai, terus memutarbelitkan (klik di sini) kenyataan sebenar, berdolak dalik dan teraba-raba mencari issue.

Namun apabila ABIM iaitu sebuah gerakkan Dakwah dan bukan merupakan sebuah pertubuhan politik juga mencadangkan supaya Kerajaan menambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam, ianya jelas boleh membuatkan Umno mati tersepit.

Didalam issue Biro Tata Negara (BTN) contohnya, apabila ramai ahli Parlimen dari pembangkang mengungkitkan tentang modul BTN yang bersifat perkauman, namun pada mulanya dinafikan oleh beberapa pemimpin BN, tetapi selepas keluar kenyataan dari Datuk Sri Najib Tun Razak, yang bersetuju supaya modul BTN dikaji semula supaya lebih sesuai dengan konsep 1 Malaysianya,

Maka saya percaya selepas ini, suara-suara yang menyokong Mahathir yang menggesa supaya modul BTN dikekalkan dan mengutuk Nazri Aziz diatas kenyataannya yang menyokong cadangan pembangkang supaya modul BTN dikaji semula akan sepi dan kembali menikus.

Begitulah betapa bercelarunya perjuangan Umno dan kefahaman pemimpinnya didalam mengimbangi kehendak generasi baru rakyat Malaysia sekarang ini, yang semakin jelas mahukan sebuah negara Malaysia yang ditadbir secara lebih adil, telus dan berhemah. Lebih bercelaru lagi apabila konsep 1 Malaysia gagal di fahami oleh pemimpin Umno sendiri, mereka teraba-raba mencari maksud 1 Malaysia.

Apa itu 1 Malaysia ? ...........entah .......... 1 Malaysialah.......yalah, apa dia ?......tak tahu....

Begitulah keadaan yang dihadapi oleh pemimpin Umno sekarang, mereka tidak tahu dan tidak faham dengan misi dan visi pemimpin mereka sendiri, kerana apa ? kerana mereka hanya mampu menjadi pemimpin Pak turut.

Yang penting bagi mereka, dengan menjadi pemimpin, mereka boleh terus hidup senang, hidup mewah. Begitulah senario yang dihadapi oleh pemimpin Umno hari ini. Semua ini akan berakhir apabila rakyat yang sudah sedar akan kebengongan mereka, akan menghumbankan mereka kedalam tong sampah selepas PRU13 nanti................................tunggulah apabila tiba masanya nanti.









Rabu, 9 Disember 2009

Apa kata pengampu Umno dengan kenyataan Lim Keng Yaik ini ?

Kepada semua blogger pengampu Umno ............. saya cabar kamu semua supaya memberi komen terhadap kenyataan Lim Keng Yaik seperti di bawah................


Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.


Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.

Sementara itu, Lim memuji prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi perdana menteri April lalu.

Dalam rujukan jelas kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, penasihat parti Gerakan itu berkata prestasi Najib adalah lebih baik daripada bekas perdana menteri.

Mengenai konsep 1Malaysia, Lim berkata tumpuannya ialah sama ada ahli-ahli Umno akan mengikut jejak langkah presiden parti itu.

Mengenai pilihanraya umum, penasihat Gerakan itu berkata, ianya sukar diramalkan sama ada akan berlaku satu lagi tsunami politik.

Bagaimanapun, katanya, jika prestasi MCA semakin buruk, maka Gerakan perlu melakukan yang terbaik dalam pilihanraya yang akan datang.

Gerakan kalah teruk dalam pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan parti komponen BN itu tumbang di Pulau Pinang..........di petik dari ........Lim: Tiada ruang bagi ketuanan Melayu


Kita sering terjumpa bloger yang pro Umno mengutuk PAS dan PKR kerana kononnya bersekongkol dengan DAP yang mempertikaikan ketuanan Melayu, nah sekarang kamu nak letak muka kamu dimana, kalau kamu masih ada muka apabila berhadapan dengan kenyataan lantang dari Lim Keng Yaik ini.

Tidakkah Gerakan adalah salah satu parti di dalam komponen Barisan Nasional ? nah !!! bertindaklah......

Kepada Ibrahim Ali, dipersilakanlah membuat tunjuk perasaan untuk membantah kenyataan Lim Keng Yaik ini, tetapi saya sangat percaya beliau tidak akan berbuat apa-apa, kerana matlamatnya berdemontrasi adalah untuk memancing Najib sahaja, agar Datuk Sri Najib mempelawa beliau menyertai semula Umno..................begitulah adanya......







.

Selasa, 8 Disember 2009

Keluaran Khas Sempena Lawatan Najib ke Selatan Thai

Hari ini Datuk Sri Najib telah membuat lawatan kerja ke selatan Thailand, matlamatnya adalah untuk mengurangkan ketegangan di tempat yang sering bergolak tersebut.

Saya yang kurang faham tentang pergolakan tersebut, telah cuba menyusuri ke laman-laman blog dan saya ketemui fakta berikut.............

Percaya lah, inilah pertama kali mereka menyebut mahu berunding (dimaksudkan kerajaan Thai) . Ini semata-semata kerana mahu memuaskan hati Malaysia dan OIC, yang sentiasa cuba menunjukkan simpati terhadap kita pada dunia.

Malaysia yang terang-terang menyatakan tidak akan menyokong sebuah bumi Patani yang merdeka akan merasa kerugian selagi keamanan tidak dapat di capai di bumi Patani. Oleh kerana mereka telah mula memfaraidkan minyak Patani sejak lima tahun yang lalu,maka dengan peperangan ini akan menjejaskan pendapatan haram mereka itu. (oiii...Najib, betul ke dakwaan ni...kalau betul buat memalukan umat Islam je..... buat kerja tu ! biarlah ikhlas............. Penulis.)



Dan saya juga terjumpa rencana ini........

Memperingati Trajedi Berdarah di Takbai



25 hb October 2007

Hari ini genap lah tiga tahun masehi peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat islam di Tabal (Takbai) oleh tentera penjajah Thai. Peristiwa yang menyayat hati ini telah didahului enam bulan sebelum nya oleh satu lagi peristiwa sedih iaitu pembunuhan beramai-ramai yang kejam di dalam masjid kerisek terhadap pemuda-pemuda yang tidak bersalah.

Dikedua-kedua peristiwa ini ada persamaannya , iaitu tentera Thai bertindak dengan niat untuk membunuh kesemua orang-orang Melayu yang hadhir ditempat peristiwa itu. Strateji yang terancang ini adalah sebahagian dari kempen ‘etnik cleansing ‘Penjajah Thai terhadap bangsa Melayu.

Peristiwa kekejaman Siam terhadap orang-orang Patani ini adalah setanding dengan apa yang di lakukan oleh orang-orang Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis terhadap rakyat Palestin. Penindasan dan kekejaman ini bukan sahaja berlaku di kerisik dan Tabal, bahkan ianya berlaku hampir setiap hari.

Hanya akhbar-akhbar di Thailand dan Malaysia dilarang dari menyiarnya!!!. Hanya berita-berita kematian orang Siam sahaja yang sering menjadi fokus. Itu semua kerana mereka mahu menunjukkan bahawa pejuang-pejuang inilah sebenar nya pengganas yang zalim.

Bertitik tolak dari peristiwa-peristiwa yang menyedihkan inilah yang mencetus kebangkitan rakyat Patani secara besar-besaran. Peristiwa ini jugalah yang mencetuskan sumpah perjuangan oleh Mujahidin-Mujahidin yang bertugas. Mereka bersumpah tidak akan berhenti berjuang selagi bumi Patani tidak dibebaskan sepenuhnya dari sebarang bentuk penjajahan.

Peristiwa yang menyedihkan ini sepatutnya bukan sahaja diratapi oleh umat Melayu Islam Patani, bahkan oleh sesiapa sahaja yang mengaku MELAYU dan ISLAM didunia ini!!! Sapatutnya peristiwa hitam 25 October ini di ingati diseluruh Nusantara (Malaysia,Brunei dan Indonesia). Kerana perjuangan pembebasan Patani adalah perjuangan survival (mati dan hidup) Melayu seluruh nya. Kalau seluruh umat Arab menganggap perjuangan Palestin adalah issu Arab maka Patani juga mestilah menjadi issu MELAYU !!!

Walau pun mereka cuba membohongi angka kematian sabenar di Tabal, tapi pihak patanikini telah dapat mengesan sebahagian dari kematian yang tidak di lapurkan. Antara nya yang mati ketika cuba melarikan diri dengan berenang didalam Sungai Golok. Mereka ditembak saperti binatang-binatang buruan.

Kubur-kubur pembunuhan beramai-ramai dijumpai di Telubok Patani, di tanah perkuburan Cina di Jala dan juga perkuburan Cina di Naratiwat., Jumlah kematian di ketiga-tiga kubur ini melebihi 500 orang yang di campak kadalam lubang besar beramai-ramai.

Sejumlah 78 orang yang mati tertindeh didalam trak tentera ketika di bawa keluar.

Lapuran tentera Thai sendiri memberi angka terperinci kematian:-

Trak yang bernombor 19338, 21 terbunuh

Trak yang bernombor 19232, 5 terbunuh

Trak yang bernombor 19263, 6 terbunuh

Trak yang bernombor 13164, 23 terbunuh

Trak yang bernombor 531, 5 terbunuh

Trak yang bernombor 5256, 1 terbunuh

Trak yang bernombor 530, 6 terbunuh.

11 mati dalam kenderaan yang tak dapat di kesan nombor nya.

Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa yang luar biasa dibumi Patani. Bahkan ianya sambungan dari tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh penjajah Thai sejak dari tahun 1786 lagi. Mereka membunuh orang-orang Patani saperti membunuh binatang buruan. Mereka tidak pernah menganggap orang Melayu Patani sebagai manusia.

Patani adalah sebahagian daripada ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam yang disokong secara sulit oleh kuasa barat. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diiktiraf oleh British.

Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.Dengan itu, sistem pemerintahan keSultanan Melayu Patani telah dihapuskan.

Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909,Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.

Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘Genocidal tendency’ dan ganas. Justeru, tidaklah hairan seringkali berlaku kebangkitan di Patani.

Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. kebangkitan Anti-Siam, Gerakan tersebut menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan bangsa Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.

Sultan Abdul Kadir,Raja terakhir Patani

Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam.

Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan Wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.

Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti.

Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.

Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Menara, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Patani dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.


YB Tengku Jalal

Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941

YM Tengku Mahmood Mahyiddin.

Tindakan penjajahan ini juga selaras dengan perancangan Zionist yang memperkudakan kuasa barat itu. Patani menjadi senasib dengan Palestin dari segi permainan licik penjajah.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu.Justeru itu Patani menjadi buffer zone.

Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.

Selepas Persidangan Senggora pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara.

Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan pembunuhan secara di racun Tengku Mahmood Mahyideen dan Syahid nya Haji Sulung pada tahun 1954. Peristiwa ini berkemungkinan akan berulang jika kerajaan Malaysia juga mengambil sikap yang sama saperti penjajah Inggeris serta bekerjasama dengan penjajah Thai.

Sebelum perang dunia kedua, penduduk melayu di patani melebihi 90 %, akan tetapi nisbah ini makin berkurang dengan pemindahan penduduk dari utara Thai ka Patani dan pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh penjajah Thai.

Sejak akhir-akhir ini apabila operasi pejuang bertambah berjaya dan ‘intense’ penjajah telah mula memperalatkan orang-orang Melayu demi melagakan mereka dengan pejuang-pejuang. Ramai dari mereka-mereka ini adalah pemimpin-pemimpin masyarakat yang kerana disogok kan dengan duit telah sanggup menjual bangsa dan ugama sendiri.

Mereka telah mengguna berbagai strateji bagi melemahkan orang-orang Melayu. Antara nya mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan ini tidak syarii kerana Negara patani ini asalnya hak orang-orang Buddha. Mereka sanggup memutar belitkan sejarah demi menjadi kaldai tunggangan penjajah Thai.

Mereka juga menubuh sebuah akhbar yang diberi nama’ aman damai’.Akhbar ini boleh di baca dalam internet www.amandamai.com. Ianya di ketuai oleh Dato Nik dir waba dan Haji Wahab Napdo. Beliau (Nik Dir) seringkali membuat kenyataan yang menyakitkan hati orang-orang Melayu.

picture-003.jpg

Rencana yang mengajak perpaduan antara Islam-buddha dalam akhbar aman damai.

picture-002.jpg

Gambar sindiran yang di siar oleh akhbar aman damai.Menggambarkan pejuang sebagai serigala menarik secara paksa rakyat Patani.

Antara strateji lain nya ialah percubaan mengumpul peniaga-peniaga Patani yang berada di Malaysia. Tugas ini diserahkan kapada bomoh Wan Mahadi yang pernah di tahan dalam penjara kerana terlibat dengan JI !!! Rupa-rupa nya tangkapan oleh pihak penjajah Thai dulu itu adalah satu tipu muslihat supaya orang-orang Patani percaya kapada golongan ini.

Sekarang ini peperangan sudah sampai peringkat apa yang disebut oleh alQuranul karim sebagai Yaumul taqal jamaan. Yang mana perjuangan hanya terbahagi pada dua puak, iaitu puak Islam dan puak Kafir.

Tidak ada yang lain.Jadi sesiapa yang memilih bersubahat dengan penjajah Thai adalah puak kuffar.Mereka-mereka yang bersengkongkol dengan penjajah Thai sekali lagi di beri amaran supaya kembalilah ka pangkal jalan.Jangan tuduh pejuang-pejuang tidak berperi kemanusiaan kapada bangsa sendiri. Maka sesiapa saja yang bersengkongkol dengan penjajah akan di anggap sebagai anjing penjajah. Mereka akan dilayan saperti penjajah !!

AWAS KAMU wahai pengkhianat-pengkhianat. Jangan sampai kami hilang kesabaran!!! Kamu bersahabat dengan penjajah yang tidak pernah MENG ANGGAP BANGSA KAMU SABAGAI MANUSIA !!

Assyahid Husin Bendang Lima

injured_5.jpginjured_11.jpg

injured_2.jpginjured_31.jpg

dsc04666.jpgdsc04665.jpgdsc046641.jpg

dsc04681.jpgdsc04675.jpgdsc04667.jpg

dsc04679.jpg

Gambar-gambar diatas adalah antara kezaliman yang dilakukan oleh tentera Thai di Tabal (takbai) pada 25 hb October 2007.


Walaupun rakyat Patani masih dalam kesedihan kerana berkabung tetapi minggu yang lalu Mujahidin telah berjaya membunuh 12 orang tentera dan mencederakan lebih 29 orang dalam serang hendap. Dalam serang balas dendam mereka selapas itu . Seramai 5 orang pejuang syahid setelah berebut-rebut untuk syahid dikalangan mereka.(Fatihah untuk mereka-mereka yang syahid)

Alhamdulillah perjuangan kemerdekaan Patani akan bangkit diatas darah para syuhada. Kami lebih rela hapus semua sakali dari di biarkan walau sasaat lagi bumi kami di jajah. Kami memohon kapada Allah swt, ambil lah darah kami demi pengorbanan untuk mendaulatkan kalimat mu di bumi ini. Ya allah seandainya kau mati kan kami semuanya maka tidak ada lagi lah penyembah-penyembah mu yang ikhlas di Bumi Patani............... di petik dari blog Patanikini






Arriffahmi Tidak Boleh Berperanan Lagi - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 7 Dis. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan dan membuat keputusan berkaitan organisasi berkenaan sepanjang tempoh tiga bulan notis pelepasan jawatannya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pelantikan individu dalam PMBK bagi memangku jawatan Abdul Ariffahmi juga amat perlu, bagi memastikan CEO PMBK itu tidak membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan.

"Bagi saya tidak wajar untuk seorang CEO apabila dia telah menyatakan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan, beliau tidak boleh lagi melakukan perkara-perkara yang boleh beri implikasi kepada perbadanan seperti kewangan, keputusan mengenai apa-apa projek dan sebagainya.

"Kedudukan beliau sebagai CEO tidak boleh disamakan dengan seorang kerani biasa kerana seorang kerani yang beri notis letak jawatan tiga bulan boleh datang kerja lagi sebab dia tidak memberikan apa-apa kesan tetapi CEO ini melibatkan keputusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Abdul Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menyerahkan notis peletakan jawatannya pada 24 Dis ini berikutan pelbagai tekanan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sejak dilantik ke jawatan itu.

-- BERNAMA

Ulasan saya =

Bahawa sesungguhnya perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau lebih mesra di panggil Tok Guru oleh orang-orang Kelantan, telah mencalarkan nama Tok Guru tersebut.

Sepatutnya dari awal lagi Tok Guru menolak perlantikkan menantunya itu selagi beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tetapi entah dimana silapnya, tiba-tiba beliau menerima cadangan dari pihak-pihak tertentu itu, yang sebenarnya hanya mahu merosakkan reputasinya sebagai orang alim.

Kini walaupun Arif fahmi telah mengumumkan akan menyerahkan notis perletakan jawatannya pada 24 Dis ini, tetapi perletakan jawatan sebenar berkuatkuasa pada 23 Mac 2010, satu jangka waktu yang agak lama lagi. Didalam tempoh tersebut, tidak mustahil macam-macam boleh berlaku, yang sudah pasti akan menyesakkan nafas bagi mereka yang ambil peduli perkembangan didalam komponen Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Umno sangat beruntung dengan berlakunya beberapa kesilapan yang pada mulanya disangka kecil, tetapi dari segi moralnya agak menjejaskan juga, walaupun beberapa tunjuk sokongan dilakukan disana sini, tetapi didalam hati tetap juga merasakan kurang enaknya.

Tetapi ini semua cabaran yang terpaksa di tempuhi oleh semua parti-parti politik di Malaysia ketika ini, yang secara kebetulan kita dapati semua parti bergolak, dari Umno, Mca, Mic, Gerakan, PPP, Pas, Pkr, dan Dap.

Munkin tahun 2009 ini adalah tahun pergolakan politik agaknya, oleh itu jika kita ibaratkan bidang politik ini adalah satu permainan bola sepak, maka masing-masing pasukan tidak boleh mendakwa bahawa pasukan mereka adalah yang terbaik,

Nampaknya semua pemain ada masaalah, ada yang patah kaki, ada yang terselioh tangan, ada yang benjol kepala.....................kira seimbanglah.

Yang menentukan kemenangan di final munkin pada 2013 nanti ialah, siapa yang boleh memanipulasi pengadilnya, didalam keadaan tersebut, Umno/BN tentulah memperolehi peluang yang lebih kerana dia yang diberi hak melantik pengadil dan penjaga garisan.

Walau macammana pun di pihak pembangkang juga ada kekuatan kerana munkin dia mendapat sokongan dari lebih ramai penonton, pengadil tak sedap duduk juga jika sipenonton asyik bersorak dari tepi padang dengan jeritan.............pengadil penipu......pengadil penipu.

Jangan lupa perangai penonton Kelantan, jika diaorang nak marah kepada pengadil, dilepuknya pengadil.... haa...ha...ha

Untuk kesudahan permainan bola ini kita tunggulah penamatnya pada 2013 nanti................................


Baca lagi lain-lain pandangan dibawah......


Mengapa Nik Amalina Tidak Mengadu Kepada Ayahnya?




Luahan Nik Amalina Undang Kritikan Balas



Ariffahmi akan jatuhkan Nik Aziz









Jumaat, 4 Disember 2009

SPRM dapat bos baru

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

"Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

"Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim...dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Seluruh rakyat Malaysia sangat mengharapkan agar SPRM berjaya mengurangkan kadar jenayah rasuah di Malaysia sebagaimana kejayaan Singapura dan Hongkong yang di jadikan contoh ikutan berkaitan idea penjenamaan semula SPRM.


Namun sejak penjenamaan semula tersebut, kalau SPRM ini di umpamakan seperti seekor ular, maka di dapati " ular " SPRM ini hanyalah sekadar bersalin kulit, tetapi ekor, badan, kepala, dan lain-lain tetap seperti dahulu.

Apa yang paling tidak disenangi oleh mereka-mereka yang anti rasuah ialah, berlakunya penyiasatan terpilih. Apabila keluar berita, yang sebenarnya sekadar tuduhan sahaja terhadap pemimpin pembangkang, walau pun sekadar melibatkan ribuan ringgit didada akhbar, dan tidak ada aduan pun dari mana-mana pihak, tetapi SPRM akan cepat-cepat melakukan penyiasatan.


Namun apabila melibatkan pemimpin Kerajaan, walau pun melibatkan ratusan jutaan ringgit,
dan telah diadukan serta dengan bukti sekali, siasat juga, tetapi selepas itu diam, lama-lama keluar kenyataan.........tak cukup bukti.

Yang peliknya, tidak pula kita dengar, ada pemimpin kerajaan ditahan reman, untuk tujuan penyiasatan, tetapi kepada pemimpin pembangkang, yang mati dicampak keluar tingkap pun ada.


Itulah sebabnya pemimpin kerajaan tidak takut melakukan rasuah, kerana mereka tahu, mereka mesti lepas punya, yang penting mereka jangan melawan, sokong sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin utama.........selamat.


Lagi satu masaalah yang berlaku di Malaysia kita ini ialah wujud satu konspirasi diantara pihak yang berkuasa dengan pihak SPRM, akhirnya mereka akan saling tutup menutup dan saling memberi dan menerima..................... wah!!!! kalau macam ini, mana mahu habis rasuah.

Didalam keadaan yang sebegitu rupa, maka apakah kita boleh mengharapkan supaya Malaysia boleh mencontohi Singapura dan Hongkong dari segi rendahnya index rasuah ?

Jawabnya..........selagi belum muncul pemimpin utama, yang benar-benar tidak mengamalkan rasuah, benci kepada rasuah, maka harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat negaranya berada setaraf dengan dua Negara tersebut, hanya tinggal menjadi mimpi di siang hari...................................................


Indeks rasuah Malaysia jatuh


Indeks persepsi rasuah Malaysia 2009

Indeks persepsi rasuah Malaysia 2009

Transparency International Malaysia telah mengiktiraf usaha Malaysia untuk menangani rasuah walaupun kedudukan pada indeks persepsi rasuah (CPI) tahun ini (2009) telah merosot.

Presiden TI-M Datuk Paul Low mengatakan, kedudukan Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain didalam usaha membasmi rasuah, telah jatuh ke kedudukan yang ke-56 tahun ini daripada tempat ke- 47 pada tahun lalu, ini berdasarkan tinjauan di-180 negara.

Untuk rekod, Skor Malaysia adalah 4.5 dibandingkan dengan Singapura 9.2 pada ranking ke- 3, Brunei 5.5 ranking ke-39, Thailand 3.4 ranking ke-84, Indonesia 2.8 ranking ke-111, dan Filipina 2.4 pada ranking ke-139.


Kalau kedudukan Malaysia kekal seperti ini, macam mana nak tarik pelabur ni… Semakin merosot nampaknya.





Khamis, 3 Disember 2009

Usaha menutup pekong

Setelah membaca tulisan terbaru Che Det di blognya, dan setelah di teliti dengan apa yang berlaku sejak beberapa bulan terakhir ini, didapati sangat jelas bahawa Barisan Nasional sudah sangat terdesak didalam usahanya untuk menutup segala keributan didalam gabungan parti pemerintah tersebut serta masaalah dalaman yang semakin menghantui didalam perebutan jawatan didalam parti masing-masing.

Oleh kerana mahu digambarkan kepada rakyat bahawa kononnya keributan berlaku bukan sahaja didalam gabungan parti pemerintah tetapi berlaku juga didalam gabungan pembangkang, maka di wujudkan tunjuk perasaan yang silih berganti di negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Memang jelas tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh BN, usahlah di percayai jika mereka menafikan dengan alasan berselindung disebalik nama NGO-NGO tertentu, kerana beberapa perkara yang terjadi menjadi bukti tentang penglibatan mereka.

Antaranya, sering kita dapati tunjuk perasaan tersebut di iringi oleh Polis, seolah-olah mendapat permit, tetapi setelah berlaku kekecohan, Polis memberitahu pula perhimpunan tersebut tidak mendapat permit.

Polis juga didapati begitu berlembut apabila berhadapan dengan tunjuk perasaan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi apabila berhadapan dengan tunjuk perasaan yang ditujukan kepada Kerajaan Barisan Nasional, maka tindakkan yang begitu keras diambil, sedangkan para penunjuk perasaan pro Pakatan Rakyat hanya berhimpun secara aman.

Namun usaha yang berterusan itu seolah-olah menampakkan hasilnya apabila didapati akhirnya Pemuda PAS, PKR telah tidak sehaluan didalam menghadapi kemelut tersebut, ini adalah perkara yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh musuh politik mereka.

Barisan Nasional telah sedaya upaya mahu menggambarkan dan memberitahu rakyat bahawa kononnya Pakatan Rakyat tidak layak menjadi pemerintah, tidak berpengalaman, tidak sekata dan berbagai-bagai lagi tidak.

Walau bagaimana pun jika kita teliti lapuran dari Ketua Audit Negara, didapati bahawa dengan jelas, Ketua Audit Negara telah memuji diatas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat didalam usaha mengawal perbelanjaan Negeri dengan berhemah dan bertanggung jawab.

Didalam keadaan yang sedemikian rupa, maka rakyat perlu bijak didalam menilai apa yang sebenarnya berlaku disekeliling mereka dan tidak menerima bulat-bulat apa yang dilapurkan oleh media perdana yang sememangnya di kuasai oleh parti yang sedang memerintah.

Didalam dunia IT yang sedang berkembang, didapati muncul dengan banyaknya laman-laman blog yang membuat lapuran mengikut cata rasa pemilik blog tersebut dengan membuat ulasan dengan berbagai-bagai ragam, sama ada penulis yang mendapat upah atau menulis secara sukarela.

Jadi usahlah terkejut jika menjumpai blog yang memuatkan cacian dan maki hamun terhadap pemimpin tertentu sehingga keperingkat tidak munasabah dan masuk akal, ini semua berlaku kerana penulisnya terlalu mengikut perasaan atau lebih teruk munkin tidak ada modal.






Snoopy_owlwot's Avatar


Isnin, 9 November 2009

Bantahan Mufti Perak, ada udang di sebalik meeee ?

Hari ini, Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut (klik sini) membantah Amalan bai'ah atau sumpah taat setia yang akan menjatuhkan talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain.

“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti.


Ulasan saya :

Walau apa pun alasan yang di berikan oleh pelbagai tokoh, baik dari dari tokoh Agama atau pun dari tokoh politik, yang sudah pasti menjadi pertimbangan Pas di dalam membuat peraturan supaya Amalan bai'ah atau sumpah taat setia yang akan menjatuhkan talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas ialah mencegah wakil rakyat Pas dari belot terhadap partinya sendiri.

Bahawa sesungguhnya adalah suatu perbuatan biadap bagi mana-mana wakil rakyat, baik dari parti mana sekali pun, yang setelah memenangi di dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat dari parti tertentu, tiba-tiba mahu melompat keparti lain, walau dengan alasan apa sekali pun.

Amatlah tidak wajar apabila mereka-mereka yang menyokong aksi lompat ini memberikan alasan bahawa demokrasi membenarkan perbuatan mereka-mereka ini.

Benar ! didalam amalan demokrasi, di izinkan sesiapa juga sebagai individu yang mahu menukar anutan pegangan pahaman politik mereka, tetapi jangan lupa, wakil rakyat yang menang di atas tiket-tiket tertentu sebelumnya adalah kerana dia bertanding sebagai calon dari parti-parti tertentu, bukannya dia menang sebagai calon dirinya sendiri, umpamanya calon bebas.

Kalau dia menang sebagai calon bebas, lantak engkaulah nak lompat kemana pun, tetapi apabila dia menang sebagai calon parti tertentu, maka apabila dia nak keluar dari parti asal yang ditandinginya, dia sepatutnya dipaksa meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasannya kerana dia menang dulu diatas tiket parti asal.

Tetapi apabila sehingga kini, belum ada peraturan yang memastikan supaya mana-mana wakil rakyat yang berhajat melompat parti terpaksa mengosongkan kerusinya, maka Pas sebagai parti pembangkang yang sering dihantui masaalah wakil rakyat yang tidak setia, wakil rakyat yang khianat, wakil rakyat yang tamak sejak beberapa lama dahulu, terpaksa memikirkan satu alternatif dari masaalah yang dihadapinya.

Alternatif yang di jumpai dan didapati sangat berkesan ialah amalan Bai'ah atau sumpah taat setia ini, sebagai buktinya semasa Kelantan di perintah oleh Pas sebelum PRU12 dahulu dengan majoriti hanya satu kerusi, namun dengan izin Allah, bai'ah inilah yang telah menyelamatkan Kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan Nik Aziz ketika itu.

Kita jangan lupa, sebelum kaedah sumpah lafaz taklik cerai talak tiga terhadap isteri, apabila wakil rakyat Pas melompat parti ini dilaksanakan, umpamanya di Trengganu satu masa dahulu, tidak sampai satu penggal, Kerajaan Pas Trengganu boleh tumbang akibat perbuatan tidak bermoral ini.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Perak, kalaulah semua wakil rakyat yang melompat parti tersebut adalah dari wakil rakyat Pas, saya sangat yakin kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tumbang dan Datuk Sri Nizar masih kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga ke PRU 13 nanti.

Oleh itu sangat jelas, bahawa mereka-mereka yang membantah kaedah bai'ah ini, walau siapa sekali pun mereka, sama ada dia Mufti, wakil rakyat atau orang biasa.

Nyata dan jelas bahawa mereka adalah dari golongan orang-orang yang berkepentingan.

Peraturan bai'ah ini dibuat adalah kerana terpaksa, tidak timbul kononnya menzalimi si isteri, kita bukan suruh dia menceraikan isterinya tanpa sebab, dah tiada jalan lain lagi untuk mengikat si bedebah ini dari melompat parti.

Lagi pun tiada siapa pun memaksanya supaya menjadi calon, biasanya calon inilah yang beriya-iya sangat nak jadi calon, buktinya.....apabila di syaratkan supaya berbai'ah terlebih dahulu pun, calon tersebut tetap sanggup juga.

Kalau dia rasa dengan cara berbai'ah ini boleh menyebabkan hidupnya tertekan, usah jadi calon...........bukannya susah pun.....

Berlambak-lambak lagi orang lain yang mahu jadi calon, lebih-lebih lagi kalau calon yang terbukti kemudiannya tanpa Bai'ah ini, dengan mudah boleh di beli ....................

Satu masa dulu, setiap calon yang mahu bertanding sebagai calon pembangkang, di syaratkan menanda tangani satu borang kosong, maka apabila calon tersebut menang dan tiba-tiba melompat ke parti lawan, maka surat tersebut dikeluarkan dan di isi satu pengistiharan bahawa wakil rakyat tersebut telah meletakkan jawatannya.

Malangnya setelah perkara tersebut di rujuk ke Mahkamah, Hakim bicara mengekalkan kedudukan wakil tersebut sebagai Wakil Rakyat, dengan alasan-alasan tertentu.

Sejak dari tarikh tersebut, Pas pun mula memikirkan alternatif baru, lantas di temui kaedah bai'ah lafas taklik ini, apa salah ke......? dari segi moral .....betul !, dari segi agama.......lulus, kalau tak lulus, tak kan lah ramai wakil rakyat Pas yang takut melanggarnya.

Sementelahan lagi didalam keadaan dharurat, didalam menjaga kepentingan umum, banyak perkara di bolehkan......................


Apa ? Mufti Perak dan Johor ni, tak faham ke...........atau ada udang di sebalik meeeeeeeeee

Kalau tanya pemimpin Umno, memang dia akan kata tak betul, zalimlah dan macam-macam lagi.........................

(1) Sebab kalau tiada Bai'ah ini, senanglah dia mahu membeli wakil rakyat Pas untuk menyertai Umno, maklumlah Umno banyak duit....................boleh bayar berapa saja mau.....

(2) Sebab dia tak merasa lagi peritnya akibat perbuatan si bedebah lompat ni................kalau dimasa akan datang, apabila Umno menjadi pembangkang di peringkat persekutuan dan ada diantara wakil rakyatnya yang melompat ke parti lawan, malah telah menyebabkan satu kerajaan negeri yang di kuasainya tumbang, barulah dia faham.

Maka masa itu, terhegeh-hegehlah Harussani dan Noh Gadut membuat fatwa, bahawa dibolehkan membuat Bai'ah demi menjaga kepentingan orang Melayu...............konon.............piiiiii lah..........







Sila baca Rencana Khas Bai'ah dari MSO