Selasa, 23 Mac 2010

Nasib Anwar Ibrahim

Sejak akhir-akhir ini dugaan terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim sangat hebat, lebih hebat lagi apabila beberapa orang ahli Parlimen dari PKR keluar parti dan seorang terpaksa pula di singkirkan.

Didalam memperkata dan membincangkan masaalah yang dihadapi oleh DSAI ini, kita tidak dapat lari dari mempersalahkan strategi beliau sendiri didalam mengharungi gelora politik negara.

Bagi saya sendiri, sejak isu 16 sept mula-mula di war-warkan oleh DSAI dahulu, saya terfikir, kenapa DSAI seorang yang bijak didalam pelbagai lapangan, tiba-tiba mengambil pendirian yang sangat tidak bijak, apa relevennya isu 16 sept di tonjolkan.

Saya terfikir juga, kalau pun ingin dilaksanakan projek 16 sept tersebut, apa perlunya diheboh-hebohkan, buatlah secara tersembunyi, sampai sekarang saya bingung, kenapa DSAI mengambil pendirian sedemikian rupa.

Akhirnya ternyata projek 16 sept gagal, gagalnya projek tersebut munkin kerana pendedahan terbuka yang dilakukan oleh DSAI mengakibatkan pihak BN sempat membuat persediaan dengan memantau rapi semua ahli-ahli Parlimennya yang berpotensi untuk melompat dengan diberi ganjaran atau ugutan.

Munkin jikalau DSAI membuat projek ini secara rahsia, kerajaan BN telah pun tumbang dan impian sesetengah rakyat untuk melihat perubahan didalam politik negara telah pun tercapai, kini apakan daya, semuanya telah berkecai, ibarat kaca terhempas kebatu.

Kini DSAI bukan lagi berfikir tentang bagaimana mahu meneruskan projek menuju ke Putra Jaya, tetapi sebaliknya memikirkan bagaimana mahu mengelakkan diri dari kejaran anjing-anjing yang ganas yang sedang memburunya.

Munkin didalam diri DSAI kini memikirkan bahawa antara kesilapan besar didalam hidupnya ialah membuat projek 16 sept itu, kini selain kesilapan 16 sept yang menghantuinya, masaalah Saiful juga tidak kurang memeningkan.

Masaalah Saiful ini pun satu hal, walaupun dikatakan bahawa kes Saiful ini adalah satu konspirasi, dan saya percaya ini memang satu konspirasi, tetapi konspirasi ini tidak munkin berjaya jika tidak ada kesilapan di pihak DSAI sendiri.

Antara kemunkinan kesilapan yang dilakukan oleh DSAI ialah, munkin beliau telah termakan umpan yang ditabur oleh musuhnya, disinilah masaalahnya, apabila sudah terjadi sedemikian rupa, bukan mudah untuk melepaskan diri dari jerat yang telah pun menjerut dan kalau pun terlepas nanti, kesan lilitan jerat tersebut tidak mudah hilang dan masih memberi kesan dan diingati sepanjang hidupnya.

Begitulah nasib yang dilalui oleh pejuang kesayangan rakyat ini. Jika difikirkan semula, nasib DSAI ini persis seperti nasib Zulfikar Ali Bhutto, bekas Perdana Menteri Pakistan satu ketika dahulu, yang mati ditali gantung.

Kemudian nasib tersebut turun pula kepada anaknya Benazir Bhutto, pemimpin kesayangan rakyat ini terpaksa menempuh pelbagai gelombang dan badai didalam liku-liku hidupnya dan berakhir dengan mati di bom oleh pengebom berani mati. Peliknya dinasti Zulfikar ini tetap mendapat dokongan rakyat Pakistan dan disambung pula oleh menantunya sehinggalah sekarang.

Apakah nasib DSAI ini nanti akan sama seperti nasib dinasti Zulfikar Ali Bhutto ? hanya masa akan menentukannya, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kerana semuanya telah ditakdirkan oleh Allah.

Terkini pelbagai kemunkinan boleh berlaku, melihat kepada tekanan yang dilakukan oleh musuhnya, jelas musuhnya mahu melihat riwayat politik DSAI berakhir secepat munkin, antara kemunkinan boleh berlaku ialah DSAI akan sekali lagi ditahan dibawah akta ISA.

Kemunkinan kedua ialah DSAI dipaksa didapati bersalah didalam kesnya dengan Saiful dan terpaksa meringkok di penjara Sungai Buluh sepanjang hidupnya.

Persoalannya ialah, apakah setelah ketiadaan DSAI nanti, rakyat akan hidup dengan lebih aman ?

Saya merasakan bahawa setelah ketiadaan DSAI, pemimpin UMNO yang memerintah akan berada di zon selesa, diketika itu, mereka yang sekarang pun sedang berebut untuk mendapatkan pelbagai projek, akan lebih berlumba-lumba merebut dan mengumpulkan harta.

Kepentingan rakyat jelata bukan menjadi keutamaan lagi, ini berlaku kerana mereka merasakan bahawa rakyat tidak mampu berbuat apa-apa di sebabkan ketiadaan pemimpin yang boleh menyatukan mereka.

Mereka merancang supaya rakyat bercakaran sesama sendiri dan akhirnya rakyat tetap mengharapkan dan beranggapan bahawa hanya BN sahajalah yang boleh menolong mereka.

Keadaan ini ditambah pula dengan masaalah ketandusan kepimpinan di pihak pembangkang setelah ketiadaan DSAI. Dipihak pembangkang sekarang sebenarnya tiada tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak sebagaimana mereka menerima DSAI.

Oleh itu harapan untuk pembangkang mengambilalih pemerintahan negara adalah tipis, ini akan menyebabkan pemimpin Umno semakin bermaharaja lela, diketika itu munkin rakyat sekali lagi menoleh kepada Anwar atau munkin kepada anak-anaknya, disinilah kemunkinan legasi Zulfikar sekali lagi berulang .

Begitulah putaran hidup didunia, tetapi yang pasti, membiarkan BN atau mana-mana parti yang memerintah menjadi terlalu berkuasa, pada pandangan saya sangat merbahaya kepada rakyat biasa, kepada yang memegang jawatan memanglah mereka seronok, sehingga tidak terlintas bagi mereka untuk berhenti dan kalau boleh mereka mahu memegang jawatan itu seumur hidup.

Begitulah adanya.............................wallahhuaklam.








Isnin, 15 Mac 2010

Macam Nabi Muhammad buat

Saya berasa sangat lucu apabila membaca kenyataan Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri, apabila beliau cuba menyamakan tindakkannya menyembunyikan diri selepas keluar dari PKR sebagai menyerupai tindakkan Nabi Muhammad.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.

Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

Lucu sungguh lucu, begitulah yang sering terjadi apabila golongan yang reti agama, apabila melakukan kesalahan, akan cuba mencari daleh, menyamakan perbuatan mereka dengan perbuatan Rasulullah.

Hai tak tahu nak cakaplah kalau macam ini............

Jumaat, 12 Mac 2010

Macam Cerita Filem Hindustan Je......

Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya. Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.

Jawatan terakhir Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) dan beliau menyertai PDRM pada 1979.

Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini.

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah. Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan. Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku. Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim. Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Bernama melaporkan sebaik mahkamah mengumumkan keputusan, Ramli yang berpakaian kot warna kelabu dan bersongkok, terus memeluk peguam-peguam, anggota keluarga dan akan-rakannya.

Ramli memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau hampir kehilangan segala-galanya termasuk kerjaya dan reputasinya.

"Saya tidak menerima gaji atau pencen sejak 2008. Saya perlu bina semula kehidupan saya.

"Saya kasihankan anak perempuan saya, adik-adik saya dan bapa saya kerana terpaksa turut melalui tempoh yang sukar ini," kata Ramli yang telah membuka sebuah firma guaman.

Berita diatas dipetik dari (Sini)


Setelah membaca berita diatas, apakah yang terlintas difikiran anda ?

Bagi diri saya, saya tertarik dengan kenyataan ini .........

Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.

Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu,

Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian.

Lihat betapa buruknya konspirasi yang melibatkan Tan Sri Musa Hassan sendiri, sekali fikir macam didalam filem Hindustan, kalaulah saya pengarah filem, saya akan filemkan kisah menarik ini, betapa korupsinya pihak atasan Polis Malaysia.

Yang peliknya, didalam keadaan sedemikian rupa, kontrak Musa Hassan disambung setahun lagi............eis...eis...eis.........apa nak jadilah Malaysia kalau keadaan macam ni.......

Selebihnya fikir-fikrlah sendiri..................



Persaraan awal Ketua Polis Negara ada kaitan dengan pembebasan Ramli Yussuf ?










Isnin, 8 Mac 2010

Tiada beban batu digalas

Sebagai manusia biasa, saya kini cukup bosan dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, peristiwa lompat parti sudah menjadi seperti pesta katak di musim hujan yang begitu hingar bingar dan masih belum berkesudahan.

Sepatutnya, apabila seseorang telah keluar dari parti yang diwakilinya semasa pilihanraya dahulu, individu tersebut mestilah mengosongkan kerusinya, kerana dia menang dulu pun bukan diatas kekuatan individunya tetapi diatas kekuatan partinya.

Namun itulah dunia, ada pula yang menyokong dan mempertahankan, kononnya atas nama demokrasi, maka individu tersebut berhak untuk bertindak mengikut nalurinya dan menghalalkan tindakannya.

Oleh itu kita sebagai rakyat biasa, meski pun dulu jika kita pernah berkorban wang dan tenaga bagi memenangkan individu ini dan tidak pernah meminta supaya jasa kita dibalas, tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu melihat dan dengan rasa terkilan terus memendam rasa.

Didalam kesempatan kali ini, saya tidak mahu mengulas individu yang melompat parti tetapi apa yang mahu saya sentuh ialah mengenai Zulkifli Nordin. Apabila keluar berita mengenai pemecatannya dari PKR tiba-tiba seorang Naib Presiden Pas iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Zulkifli menyertai Pas.

Terfikir saya, patutlah Tuan Ibrahim ini dipersoalkan kewibawaannya sebagai pengerusi lembaga disiplin Pas, rupanya beliau sering bertindak tidak cerdik, apakah beliau tidak terfikir perasaan rakannya didalam Pakatan Rakyat khususnya PKR semasa membuat pelawaan tersebut.

Dia sudah tahu perangai Zulkifli Nordin yang hanya menganggap dirinya sahaja yang pandai di dunia ini dan sering melawan pendapat parti, oleh itu apa perlunya dia mempelawa orang semacam ini ?

Munkin tindakkan Tuan Ibrahim ini ada udang di sebalik batu, yang mana beliau sahaja yang tahu dan sedang merancang untuk berbuat sesuatu bagi kepentingan pihak lain.......itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Walau macam mana pun saya lega apabila membaca berita dibawah, berkaitan ulasan Mahfuz Omar dan saya bersetuju dengan pendapat beliau.............




Pas tidak wajar terima Zulkifli Noordin - Mahfuz
08/03/2010 6:16pm

PETALING JAYA 8 Mac - Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung... saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas... ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama