Selasa, 31 Ogos 2010

Jawapan Kepada Yang Masih Tak Faham

Cukup rasanya kali ini saya menyiarkan sedutan tulisan Mohamed Hanipa Maidin dari peguampas.blogspot.com ......
 

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim . Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ) .

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak memakai aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan , untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ) . Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ). Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w . Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.

Ahad, 29 Ogos 2010

Sah memang jahil agama

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru. 
Ogos 29, 10 8:29AM
Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang...
 Ini adalah diantara petikkan berita yang sengaja diperbesar-besarkan oleh puak-puak yang mahu mengambil kesempatan menggunakan Masjid sebagai isu politik.

Mereka bertempek bahawa kononnya ugama tidak boleh dipolitikkan, tetapi bila berkesempatan merekalah yang akan menjuarainya.

Itulah budaya politik Umno yang kita sudah lali melaluinya, memang sudah sangat patut bagi semua rakyat Malaysia menolak mereka didalam PRU13 nanti





Rabu, 25 Ogos 2010

Jangan sibuk kepada perkara yang kita tak mampu buat

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”
Sejarah mungkin berulang?
Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.

Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan. Bertelagah sampai kiamat

"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.
"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

Selasa, 24 Ogos 2010

Hanya satu Impian

Hafiz Yatim | Ogos 24, 10 4:32PM
karpal singh Menurut peguam Karpal Singh, tidak pernah dalam sejarah Malaysia, kebenaran diberikan bagi mencabar hasil penemuan sebuah suruhanjaya diraja.
Ini lagi satu kes, aku ni cubalah nak menyakinkan diri sendiri, bahawa kononnya di bawah pentadbiran Najib, sistem kehakiman kita telah semakin baik, namun apa yang aku tunggu-tunggu nampaknya tidak menjadi malah menjadi sebaliknya.

Apabila melihat pertelingkahan di antara Nik Aziz dengan Karpal Singh berkaitan Hukum Hudud dan pelbagai ulasan dari pelbagai pihak selepas itu, harapan aku untuk melihat perubahan pemerintahan di Malaysia selepas PRU13 nanti munkin tinggal harapan sahaja.

Oleh itu aku pun memujuk diriku supaya menerima PM Najib seadanya, aku tidak menaruh harapan supaya Najib memberi aku  wang berguni-guni, bukan itu yang aku pinta, yang aku mahu dan munkin dikalangan sesetengah rakyat Malaysia yang lain ialah kembalikanlah kebebasan kesemua sistem penguatkuasaan kita dari Polis, Sprm, Pendakwaraya dan seterusnya badan Kehakiman dan lain-lain.

Namun dari apa yang berlaku ini membuatkan diriku kembali kesangkar lamaku iaitu meletakkan harapan kepada Pakatan Rakyat, aku sedar bahawa melalui isu Hudud boleh menyebabkan Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Hantu, oleh itu aku berharap Nik Aziz berhentilah meniupkan terompit Hudud itu, bukan aku tak sokong Hudud, aku sokong 200%, cumanya aku bimbang melalui isu Hudud boleh menyebabkan harapan aku terhadap perubahan yang diinginkan seperti diatas boleh berkecai.







Jumaat, 20 Ogos 2010

Kalau dah ketandusan modal, inilah jadinya........

Lama sungguh aku tak menulis, tapi bila aku terbaca berita ni, aku pun naik geram juga........ Beritanya ialah ............


TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.... Berita Penuh

Aku geram tu, kerana memang UMNO ni dah tak ada modal nak berpolitik, tambah lagi di bulan puasa......apa dia orang ingat, bodoh sangat ke orang Pulau Pinang ni sampai didalam doa khutbah Jumaat pun nak dimasukkan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Tak munasabah langsung, tak masuk akai ...............

Konon ada bukti, tunjukkanlah........aku percaya, sehari dua lagi mulalah dia nak menafikan bahawa dia tak cakaplah, tersilap lapurlah dan bermacam-macam helah lagi...........memang tarak guna punya olang.




Ogos 20, 10 4:55PM
Katanya, tuduhan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terbukti merupakan satu pembohongan semata.
Salhan K Ahmad | Ogos 20, 10 1:25PM
NONE Exco Hal-Ehwal Agama  Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berbuat demikian.




SIASAT SECARA TERPERINCI KES KHUTBAH DI PULAU PINANG -


Khatib pertahan pendirian 





              





Sabtu, 14 Ogos 2010

Kemana Lagi Kita Nak Mengadu Kalau Bukan Di Mahkamah ...

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.

Sebelum ini, rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada Mac lalu juga ditolak dan dia diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos litigasi.

Dalam menghadapi keputusan yang memungkinkannya jatuh bankrap, tanpa ruang pengadilan lanjut di mahkamah, kini Abdul Malek mungkin terpaksa meraih sumbangan orang ramai.

Abdul Malek yang bertugas sebagai pegawai penyelaras hal ehwal parlimen kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak suka idea 'menagih simpati' seperti itu, termasuk usaha mendapatkan bantuan daripada NGO.

N
amun, pada masa yang sama beliau juga tidak ingin melihat dirinya diisytiharkan bankrap kerana keadaan itu akan memaksanya kehilangan banyak peluang dan tanggungjawab dalam tugasnya.

Katanya, beliau akan berhubung dengan NGO hak asasi manusia Suaram dan mengadakan pertemuan dengan NGO tersebut pada Isnin ini untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan Khamis lalu menolak permohonan rayuan Abdul Malek yang hilang gantirugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Mal
ah, Abdul Malek juga diperintahkan membayar RM20,000 kepada setiap responden dalam kes tersebut -- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kepada kerajaan.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai 'kejam'.

"Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu.

"Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya.

"Badan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.

"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.

[Baca berita penuh]

Rabu, 4 Ogos 2010

Umno sendiri gagalkan 1Malaysia

PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli
jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka runtuhlah (1Malaysia) Najib,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh.”
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.
Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.

"Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami...," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.
"K
enapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.
Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa "Salam 1Malaysia" diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu "protes" terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri. 





Baca juga entry saya yang lepas berkaitan isu ini yang bertajuk  ....Siapakah yang menggagalkan 1 Malaysia ?










Ahad, 1 Ogos 2010

Ketua Pesuruhjaya SPRM sedia letak jawatan jika aduan tidak disiasat

KUALA LUMPUR 31 Julai - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri Kabinet tidak disiasat.

"Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri Kabinet, saya sedia meletak jawatan," katanya semasa sesi soal jawab pada hari terakhir Persidangan Undang-Undang Malaysia selama tiga hari di sini hari ini.

Katanya beliau bersedia menerima aduan terus daripada orang ramai atau melalui Jawatankuasa Aduan SPRM yang diketuai oleh bekas seorang hakim.

Terdapat 119 aduan diterima oleh jawatankuasa itu pada tahun lepas sahaja, kata beliau.
"Kita tidak akan menyembunyikan apa-apa. Jika kita salah, kita salah, atau jika kita tidak bagus bagi tugas tersebut, kita akan bekerja keras untuk memperbaiki diri kita," kata Abu Kassim yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Januari tahun ini.

Beliau berkata sejak SPRM ditubuhkan pada Januari tahun lepas, kira-kira 10,000 orang telah ditangkap, antara mereka menteri, anggota Parlimen dan pegawai kanan kerajaan, tanpa mengira pendirian politiknya.

SPRM juga terbabit dalam menangani kes politik wang dalam UMNO, di mana 12 anggota parti itu didakwa, katanya.

"Tindakan SPRM telah mengakibatkan satu demonstrasi yang ditaja oleh Pemuda UMNO yang mendakwa bahawa kita tidak berhak menyiasat politik wang parti itu," kata Abu Kassim di hadapan kira-kira 300 peguam pada persidangan tersebut.

Beliau berkata salah satu cabaran utama yang dihadapi SPRM kini ialah mengubah persepsi masyarakat terhadap suruhanjaya itu bahawa ia hanya menyiasat"ikan bilis dan bukan yang besar". "Pada amnya, kita hanya sebuah agensi penyiasat dan tidak ada kuasa untuk mendakwa terhadap suspek terbabit dalam amalan rasuah," tegas Abu Kassim.

Katanya harapan orang ramai terhadap suruhanjaya itu kian meningkat, dan beliau bekerja keras dengan pegawainya dalam memperbaiki persepsi orang ramai kepada SPRM.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Kassim berkata selain persepsi daripada orang ramai, SPRM menghadapi cabaran daripada media yang melaporkan sebarang pergerakan suruhanjaya tersebut. "Ia hampir seperti siaran langsung, di mana orang ramai mula menanyakan siapa pula akan ditangkap oleh SPRM; di mana ia sangat telus...yang mendesak pada keadilan kepada semua yang sedang disiasat oleh kita," kata beliau. Beliau juga berkata bahawa rasuah merupakan satu jenayah yang paling sukar untuk dibuktikan, di mana kadang-kadang ia membabitkan siasatan terhadap kawan atau saudara suspek.

Abu Kassim juga berkongsi pengalaman dalam mengendalikan aktiviti perlombongan pasir haram di Perak, Selangor, Johor dan Pahang, dengan mengatakan bahawa beliau secara peribadi memberikan taklimat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai seriusnya masalah itu dan sambil menambah bahawa 49 orang telah ditangkap mengenai kes ini.

Ditanya pemberita kemudian sama ada beliau akan memohon agar SPRM diberikan kuasa untuk mendakwa, Abu Kassim berkata beliau tidak mengadu mengenai perkara itu. "Lebih baik saya tidak mengulas perkara ini. Saya hanya mahu orang ramai memahami tugas kita untuk membuat siasatan, dan itu sahaja," kata beliau. - BERNAMA 



Ini bagi saya adalah satu perkembangan  yang agak baik bagi negara kita Malaysia, semoga situasi ini adalah benar-benar di praktikkan dan bukan sekadar satu gimmik semata-semata .............