Khamis, 19 Januari 2012

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.
Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.
Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.




Bercakap berkenaan penyertaan intelek Melayu ke dalam DAP, selama ini ramai yang termakan propaganda Umno bahawa DAP itu adalah parti perkauman Cina.

Dengan semakin ramai cendakiawan Melayu bersama DAP, secara tidak langsung propaganda tersebut akan reput dengan sendirinya.

Perjuangan DAP adalah perjuangan generasi masa depan Malaysia, memanglah untuk dua tiga tahun ini perjuangan tersebut masih sukar di terima oleh orang Melayu.

Tetapi Dr.Mahathir telah memecahkan kebuntuan tersebut, diantara yang dilakukan oleh tokoh pembaharuan ini ialah menghapuskan Biasiswa, mengurangkan kuasa Raja dan menghapuskan dasar ekonomi baru.

Akibat dari penghapusan beberapa perkara ini menyebabkan orang Melayu sudah terpaksa menghadapi reality masa depan iaitu persaingan bebas, tanpa subsidi, tanpa ada apa-apa keistimewaan.

Di ketika ini DAP sudah bukan asing lagi kepada orang Melayu, memanglah DAP sudah lama menyeru kearah masa depan Malaysia yang samarata, tetapi dimasa lepas, isu ini ditentang oleh Umno.

Tetapi kini setelah Umno menyedari bahawa undi bukan Melayu itu penting bagi menyelamatkan kuasanya, Umno sudah membuang halangan tersebut dan beransur-ansur menerima apa yang ditentangnya selama ini.

Oleh itu kepada mereka yang berasa gementar dengan semakin ramainya intelek Melayu menyertai DAP, anggaplah itu sebagai cabaran yang terpaksa diterima setelah empangan yang dibina selama ini telah dibocorkan oleh tokoh Melayu sendiri iaitu Dr.Mahathir.












1 ulasan:

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...

aii.. terus lari.

Mana bukti dolll? Kata FANATIK dengan anwar ibrahim, takkan tak boleh bagi bukti anwar ibrahim menentang murtad???

Perjuangan apa ni???

Perjuangan untuk orang kafir???