Sabtu, 25 Oktober 2008

BINA MASJID CINA MUSLIM

Mufti Perlis sokong bina Masjid Cina Muslim

KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, penubuhan masjid itu adalah langkah terbaik kerana pengurusan masjid yang dikendalikan oleh golongan tersebut sendiri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina Muslim.

Katanya, jika imam-imam masjid itu terdiri daripada Cina Muslim, pengembangan agama Islam menjadi lebih mudah melalui pengunaan bahasa yang mudah difahami.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Parlimen semalam yang mahukan kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Sebenarnya kita terlalu taksub kepada pemikiran lama, iaitu jika orang cina masuk Islam dipanggil masuk melayu, dan nama pun mesti diubah kepada nama melayu, berpakaian pun seperti orang melayu, maka kerana itulah kita tidak boleh terima jika ada masjid yang akan mengadakan khutbah didalam bahasa mandarin.


Bagi kita Islam itu hanya untuk orang melayu sahaja, sebab itulah kita tidak boleh terima Masjid
khas untuk orang-orang cina sahaja .


Kini rasanya masih belum terlambat untuk kita membetulkan semula persepsi negatif tersebut,
andainya kita berjaya membina Masjid pertama untuk cina muslim, saya fikir perkembangan
dakwah dikalangan orang cina akan lebih lancar dan berkesan .

Andaikata perkara ini berlaku, secara tidak langsung kita berjaya merapatkan jurang antara kaum dan agama di negara kita........................semoga berjaya.................aminnnnn.....................

Khamis, 23 Oktober 2008

BENARKAH PEMIMPIN MUDA BOLEH MENYELAMATKAN UMNO ?

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah 'sakit tua' yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.

Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.

Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.

"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.



Saranan Tun Musa Hitam agar golongan muda diberi peluang menerajui kepemimpinan Umno bagi menyelamatkan Umno yang sedang menderita akibat sakit tua, menggamit saya untuk turut mengulasnya.

Bagi saya masaalah sebenar yang dihadapi Umno ialah sikap tidak mahu berubah, terasa selesa, tidak merasakan akan manjadi pengguna disuatu masa nanti atau lebih tepat merasakan Umno akan terus memerintah negara selama-lamanya.

Pemikiran-pemikiran beginilah yang telah menyekat Umno untuk berubah, walaupun golongan muda diberi peluang untuk memimpin, akan tetapi jikalau persepsi lama masih melekat disanu bari maka jangan diharap perubahan akan berlaku.

Dengan merasakan bahawa Umno tidak akan menjadi pengguna, maka para pemimpin umno merasakan ISA wajar dikekalkan, sistem kehakiman kekal seperti biasa, BPR masih ditakuk lama.

Mereka tidak memikirkan andaikata mereka tidak lagi memerintah dan keadaan sudah menjadi terbalik, mereka sudah menjadi pembangkang, adakah diketika itu baru mereka mahukan perubahan, mahukan ketelusan, mahukan keadilan ?

Sesungguhnya sikap begini tidak menguntungkan sesiapa, jangan tunggu nasi sudah menjadi bubur, baru mahu membuat perubahan, mahu mengikut kehendak rakyat..........sudah terlambat.......

Rabu, 22 Oktober 2008

RAIS YATIM SARAN JAWATAN UMNO DI TENDER


  1. PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.
  2. Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
  3. Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.Menurut Rais,
  4. kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.


  1. Sebenarnya rasuah politik boleh berlaku kepada mana-mana parti politik yang sedang berkuasa, Umno juga diperingkat awalnya tiada rasuah politik, diketika itu tiada siapa hendak menjadi pemimpin, pemimpin kebanyakanya dari kalangan guru-guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
  2. Tetapi setelah masa berlalu dan masyarakat telah melihat bahawa mereka yang dulunya tidaklah sekaya mana, tiba- tiba setelah terlibat didalam politik dan didalam masa yang sama terlibat didalam sektor koperat telah menjadi tersangat kaya, barulah orang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin.
  3. Sekarang kebanyakan pemimpin umno adalah dari kalangan ahli koperat yang kebanyakanya lebih mementingkan keuntungan dan mengejar kekayaan dari memperjuangkan kepentingan rakyat,
  4. Perjuangan untuk rakyat hanyalah omongan kosong, yang digunakan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata dan selebihnya adalah untuk perut sendiri.
  5. Perkara ini boleh juga berlaku kepada pakatan rakyat, andaikata pakatan rakyat berjaya memerintah negara suatu masa nanti .
  6. Di ketika itu masing-masing berebut pula nak jadi pemimpin khususnya dari kalangan pemimpin yang telah berpengalaman mencari kekayaan dari kegiatan berpolitik.
  7. Adalah diharapkan pakatan rakyat mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku didalam umno , supaya rasuah politik tidak berjangkit pula kedalam dirinya.


ANTI REFORMASI

Jangan terburu bentang 3 rang undang-undang undang-mendalam

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan tidak perlu terburu-buru membentangkan tiga rang undang-undang bagi menubuhkan suruhanjaya membabitkan pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas di Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kajian mendalam perlu dilakukan terhadap rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Aduan Khas sebelum ia dibentangkan.

Menurutnya, langkah itu perlu kerana sekiranya undang-undang tersebut dikuatkuasakan tanpa kajian mendalam, ia akan memberi kesan kepada struktur dan sistem politik negara.

"Berdasarkan maklum balas yang saya terima setelah bergerak ke seluruh negara, ramai pemimpin akar umbi mahu ia dikaji dengan mendalam terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada Mac tahun depan.

Menurutnya, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan dibentang pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung manakala rang undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas pula pada sesi Parlimen yang dijadual berlangsung Februari tahun depan.

Abdul Rahim berkata, MT UMNO mungkin boleh diberi peluang untuk melihat secara mendalam mengenai kesan pelaksanaan undang-undang itu sekiranya diluluskan di Parlimen.


Usaha murni Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk menreformasikan sistem kehakiman, pencegahan rasuah dan lain-lain bidang, nampaknya telah tidak disenangi
oleh kalangan MT umno sendiri, bagaimana generasi muda yang inginkan pembaharuan, boleh mengharapkan untuk umno menerajui kepimpinan negara kearah itu.

Jelaslah bahawa umno tidak boleh diharap, maka sangatlah betul tindakan pengundi diseluruh negara menolak BN didalam PRU12 baru-baru ini.

Harapan sebahagian besar rakyat yang inginkan pembaharuan mahu tidak mahu kini hanya kepada Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim .

Datuk Sri Anwar perlu bekerja keras menyakinkan rakyat dan perlu mencapai kejayaan besar
didalam PRU 13 nanti .........................hanya kepada Allah kita berserah .

Ahad, 12 Oktober 2008

Pertukaran kerajaan

Setelah berbulan-bulan Ds Anwar menwar-warkan bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku didalam masa terdekat,mula-mula 16hb.sept. selepas itu kesuatu tarikh baru yang tidak ditetapkan lagi,

Terkini Pak lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan tidak lagi mempertahankan jawatanya sebagai presiden UMNO, manakala tempatnya sebagai presiden akan ditandingi oleh Ds Najib yang jika menang sahlah akan menggantikan tempatnya sebagai Presiden.

Masaalahnya ialah apakah plan Ds Anwar yang terdahulu masih boleh dipakai lagi.... apakah masih ada ahli-ahli parlimen BN yang akan melompat ke pakatan rakyat atau mereka -mereka ini akan bersikap tunggu dan lihat......

Kebanyakan pemerhati politik merasakan bahawa ahli-ahli Parlimen ini akan menunggu dahulu pembentukan kerajaan baru di bawah pimpinan Ds Najib, dan akan melihat prestasi kepimpinanya terlebih dahulu.

Bila keadaan seperti ini Ds Anwar berada didalam keadaan serba salah, kemungkinan besar Ds Anwar yang kini menyandang jawatan sebagai ketua pembangkang akan memegang jawatan itu sehingga ke PRU 13.

Jika didalam PRU13 nanti Pakatan rakyat menang mejoriti, bolehlah Ds Anwar menjadi perdana menteri ...................

Masaalahnya umur Ds Anwar telah semakin lanjut, mampukah beliau terus menghadapi pancaroba sebagai seorang ahli politik didalam dunia politik yang serba mungkin ini....................................... Wallahuaklam .

Isnin, 6 Oktober 2008

KEZALIMAN AMERIKA DIDALAM USAHANYA MENJADI KUASA DUNIA



Antara contoh seksaan dalam kem tahanan seperti Guantanamo dan Iraq.












Usaha Amerika untuk terus menjadi kuasa dunia, telah sampai keperingkat yang tidak boleh diterima lagi, kalau kita perhatikan gambar diatas betapa menderitanya para tahanan diseksa sedemikian rupa .

Ada diantara tahanan tersebut yang ditahan secara rambang , mereka sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanya disyaki sahaja, tetapi turut ditahan dan disiksa
untuk mendapatkan pengakuan ......................





Perebutan harta karun

Pada Mac 2009 nanti , suatu perebutan untuk mendapatkan tempat didalam Umno bermula, kalau kita perhatikan pihak-pihak yang menawarkan diri, adalah orang -orang yang tidak pernah mempunyai sejarah perjuangan, tidak pernah menentang apa juga yang dibuat oleh pucuk pimpinan, mereka hanya tahu mengampu sahaja, yang penting mereka dapat jawatan, tiada langsung perjuangan untuk rakyat.


Umno semakin ketandusan pemimpin yang betul-betul berjuang untuk rakyat, kita ketagih kepada pemimpin seperti Rahim Bakar, Anwar Ibrahim, dan beberapa nama lagi yang betul- betul berjuang untuk rakyat.


Umno semakin dipenuhi oleh orang - orang yang mengejar impian untuk menjadi jutawan, berpolitik nak jadi jutawan, bukan berpolitik untuk membela rakyat.


Sebab itulah golongan muda semakin menjauhkan diri dari Umno, bukan melupakan jasa pemimpin umno terdahulu, tetapi meluat dengan pemimpin baru yang gila kuasa, gila pangkat, gila duit.


Sekarang orang semakin menaruh harapan kepada golongan baru, parti baru dengan harapan baru...... Parti keadilan rakyat, parti berbilang kaum dijadikan sandaran harapan, walaupun menyedari bahawa parti baru ini tidaklah sebagus mana tetapi rakyat tiada pilihan, harapan terakhir hanyalah kepada Anwar Ibrahim untuk merubah keadaan.


Keajaiban di tunggu untuk menjadi kenyataan, andainya kegagalan berakhir dihujung
harapan........ Hanya kepada ALLAH kita berserah........Wallahuaklam.