Sabtu, 24 Disember 2011

Shahrizat: Beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah?

Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.
Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.
Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.
“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.
Sandiwara UMNO-SPRM
Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.
Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.
“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.
SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.
Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.
Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.
Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat
Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.
Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.
“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.
“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “
Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.
Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.
GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.
Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.
Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.
Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat.   (Di Petik dari sini)

Sabtu, 10 September 2011

Sama-Sama Mengukir Jasa

Saya tidak pernah bersimpati dengan Komunis, jauh sekali dari mahu menyokongnya, namun realiti tetap realiti, Sekadar sebagai contoh, semasa para pengguna Lebuh raya di Cheras Kuala Lumpur satu ketika dahulu mengadakan tunjuk perasaan membantah para pengguna dari kawasan tersebut dikenakan tol, walhal mereka terpaksa melaluinya sampai empat atau lima kali sehari kerana menghantar atau mengambil anak mereka di Sekolah.

Namun tunjuk perasaan mereka terpaksa berdepan dengan anggota Polis FRU, dengan gas pemedih mata dan sebagainya, sedangkan anggota Polis FRU tersebut juga adalah pengguna lebuh raya tersebut dan apabila perjuangan para penduduk yang mahu lebuh raya tersebut dikecualikan dari dikenakan tol di perkenankan dalam bentuk di bina jalan lencongan baru yang bebas dari tol.

Maka para anggota Polis FRU tadi turut menikmati faedahnya, walhal sebelumnya mereka menganggap para penunjuk perasaan ini adalah penentang Kerajaan kalau pun tidak sampai dicop pengkhainat.

Maka rencana yang saya petik dari Merdeka Review dibawah ini mempunyai banyak persamaannya.............

Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku



 Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini.  Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum.

Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah.  Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik.

Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka.  Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza.  Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X.  Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther  King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan.

Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya.  Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa.

Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam.  Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan.  Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas".

Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X?  Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah?  Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu?

Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan.  Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan.  Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu?

Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957?  Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"?

Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami.  Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah.  Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya?  Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu.

Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh.  Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang.  Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.  Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya.  Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar.

Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...".  Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah?

Khamis, 30 Jun 2011

Berdaulatkah Bahasa Malaysia kita.......

Di bawah adalah petikan berita dari Akhbar Detik tentang apa yang berlaku di Indonesia di mana di khabarkan bahawa menjadi kesalahan bagi setiap barangan yang mahu di jual di Indonesia tetapi tidak disediakan tatacara panduan di dalam bahasa Indonesia.............. wah ! cuba di bandingkan dengan Malaysia, betapa berdaulatnya Bahasa Malaysia apabila tidak ada satu panduan pun di dalam bahasa Malaysia pada sesetengah barang yang di import.


Itulah nasib bahasa Malaysia .



Penjual iPad Tak Bisa Dipidana Karena Manual Book Berbahasa Inggris
Andi Saputra - detikinet




iPad (ist)


"Benar bahwa dalam UU Perlindungan Konsumen, setiap barang yang beredar di Indonesia harus menggunakan bahasa Indonesia dalam buku panduan. Tapi pasal ini masih ada kalimat selanjutnya yaitu sesuai peraturan yang berlaku," kata Direktur Pemberdayaan Konsumen Direktorat Standarisasi dan Perlindungan Konsumen Kementerian Pedagangan, Srie Agustina, saat berbincang dengan detikcom, Kamis, (30/6/2011).

Atas amanat UU ini, maka menteri perdagangan membuat Surat Edaran Nomor 19/2010 yang berisi jenis- jenis barang apa saja yang di haruskan memuat manual book berbahasa Indonesia. Nah, dalam Surat Edaran inilah terdapat 45 jenis barang yang harus memuat manual book berbahasa Indonesia. Seperti kendaraan, komputer, laptop, televisi, handphone dan sebagainya.

"Dalam Surat Edaran tersebut, iPad tidak masuk dalam 45 jenis barang yang diatur. Jadi, tidak bisa keduanya disidik bahkan hingga sampai pengadilan," ungkap Srie dengan nada tinggi.

Kasus ini bermula ketika Dian dan Rendy menawarkan 2 buah Ipad 3G Wi Fi 64 GB di forum jual beli situs www.kaskus.us. Entah karena apa, tawaran ini membuat anggota polisi Polda Metro Jaya melakukan penyelidikan. Lantas, seorang anggota polisi, Eben Patar Opsunggu, menyamar sebagai pembeli. Transaksi pun dilakukan pada 24 November 2010 di City Walk, Tanah Abang, Jakarta Pusat.

Lantas, keduanya ditangkap polisi. Jaksa Penuntut Umum (JPU) Endang, mendakwa keduanya melanggar Pasal 62 Ayat (1) juncto Pasal 8 Ayat (1) Huruf j UU/ UU 8 Tahun 1999 tentang Perlindungan Konsumen karena tidak memiliki manual book berbahasa Indonesia. Lalu, Pasal 52 juncto Pasal 32 Ayat (1) UU Nomor 36/ 1999 tentang Telekomunikasi, karena I Pad belum terkategori alat elektronik komunikasi resmi. Ancaman pidana penjara paling lama 5 tahun penjara. Kasus ini masih berlangsung di PN Jakarta Pusat.






Khamis, 19 Mei 2011

Najib tidak ikhlas dengan 1Malaysia...

Sejak akhir-akhir ini, pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan rakyat negara ini dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum.
NONEUtusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diterajui Datuk Ibrahim Ali bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah - Umno/BN.

Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

"Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.

NONE"Nik Aziz (tengah) ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap,” kata Ibrahim.
Tiada tindakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (bawah, kiri) pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu diambil tindakan.
NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim.

Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? Kerana Utusan menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian.

Malah Ibrahim membuat kenyataan “jihad” itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas.

NONEKenapa Hishamudin (kanan) berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada hanya mengeluarkan surat teguran.

Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, PERKASA dan Utusan bersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina.
Bakar sentimen
Mengikut sifir Umno, “kebencian” itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

utusan malaysia kritsian agama rasmiJusteru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh naib presiden Umno Hishamuddin, Utusan dan PERKASA bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda pemerintah.

Hakikatnya, ketegangan kaum menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahan Najib sejak 2009.

Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahannya walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu.

Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan.
Bermuka-muka

Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk PERKASA dan Utusan.
NONEBeliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim dan Utusan untuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain.

Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri.

Berikut petikan ceramah itu:

“Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik.

sarawak election miri dap ceramah 160411 03“Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang.
“Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar,” kata Ibrahim.
Tidak ikhlas
Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno.
NONESebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan.

Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi ketua pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP.

NONEGagasan sebegitu, seperti PERKASA adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno.

Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno.

Utusan dan PERKASA tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.


 Di petik sepenuhnya dari Malaysia Kini











Rabu, 6 April 2011

Kali pertama pembangkang tolak suruhanjaya diraja


KUALA LUMPUR 5 April - Keengganan pembangkang menerima cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal video seks secara menyeluruh, mencatat sejarah baru dalam politik tanah air kerana inilah kali pertama mereka menolak suruhanjaya berkenaan.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, sukar untuk difahami mengapa pembangkang bermati-matian menolak suruhanjaya itu sedangkan, isu video seks adalah isu nasional kerana ia dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, keengganan pembangkang itu hanya menjurus kepada satu kesimpulan iaitu, mereka takut jika kebenaran sebenar mengenai siapa 'pelakon lelaki' yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur China di sebuah hotel diketahui oleh rakyat.

"Saya harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini kerana kita tidak mahu dunia menganggap parti yang memerintah Malaysia terlibat dalam pembikinan video seks seperti dituduh pembangkang. Sebab itu penubuhan suruhanjaya ini cukup penting," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau pelik dengan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh serta kuncu-kuncunya yang seperti takut untuk berhadapan dengan kebenaran, pada hal beliau seorang peguam terkemuka.

Menurut Zahrain, sebenarnya melalui suruhanjaya tersebutlah peluang terbaik bagi pembangkang untuk membunuh sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), jika benar 'aktor' lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar sebagaimana didakwa.

"Saya hairan mengapa pembangkang yang kononnya berjuang demi menegak keadilan, sanggup menentang kehendak umum yang ingin tahu kebenaran melalui suruhanjaya diraja. Apa sebenarnya yang mereka ingin sorokkan, rakyat berhak mengetahui kebenaran," katanya

Sabtu, 12 Mac 2011

Kerajaan bawa pembangunan, bukan pembangkang - Shahrizat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti pembangkang yang melaksanakannya.

"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.

"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan Anggota Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di sini hari ini. - Bernama       Di petik dari Sini )


Saya nak tergelak membaca kenyataan ini  "Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini, ............  ha..ha..ha.....pelik sungguh ......memanglah menjadi tanggung jawab parti yang berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU yang membawa pembangunan sebab mereka pegang segala duit yang di pungut dari rakyat,  tetapi duit tersebut bukan milik parti mereka tetapi milik Kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Tugas pembangkang pula ialah menegur dan mendedahkan penyelewengan yang di lakukan oleh parti yang menjadi Kerajaan ............... nak bawa pembangunan macam mana sebab duit negara bukan mereka yang  pegang..................
pening....pening...pening.....




Rabu, 9 Mac 2011

Membetulkan Kekeliruan Yang Di Sengajakan

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
mee seller stall hawker 141006
Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
klcc new year celebration fireworks 2

Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
malaysia poor indian community poverty 230807

Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Woi !!!!! kepada  para pemimpin BN, para penyokong dan pembodek mereka, setelah anda semua membaca penerangan diatas, sepatutnya anda fahamlah.....usahlah lagi selepas ini, setelah Kerajaan berbelanja untuk rakyat tetapi mengaku bahawa wang yang dibelanjakan itu adalah wang kamu.....malulah sikit......