Rabu, 31 Disember 2008
POLIMIK BAHASA MALAYSIA, KENAPA ORANG MELAYU SERONOK MENGGUNAKAN BAHASA ASING ?
Persoalan tentang Bahasa Melayu memang tidak akan ada kesudahannya, walaupun telah 51 tahun kita merdeka, tetapi persoalan tersebut masih menjadi perdebatan dimana-mana sahaja.
Kalau kita perhatikan, bangsa Cina dan India bermati-matian mempertahankan SJKC dan SJKT
masing-masing, begitu juga tentang akhbar-akhbar berbahasa mereka, jumlah edaran mereka masih agak besar, jika dibandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu, kalau mengikut jumlah penduduk.
Orang Melayu sangat berbangga menggunakan bahasa Inggeris, kepada yang tahu menggunakan bahasa Inggaris, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Arab, kepada yang tahu berbahasa Arab, tetapi itu tidak apalah kerana ianya bahasa ilmu.
Tetapi yang menghairankan ialah, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Siam, kalau tidak percaya, anda pergilah kenegeri-negeri yang didalam Malaysia, tetapi bersempadan dengan Thailand, penduduk disana sangat seronok menggunakan bahasa Siam.
Yang paling melucukan, apabila mereka tertemu dimana-mana didalam Malaysia, mereka dengan bangganya menggunakan bahasa Siam, walaupun mereka bercakap sesama mereka dikalangan orang Melayu.
Malah yang paling menyedihkan ialah orang Melayu di selatan Thailand, walaupun mereka orang Melayu, tetapi generasi muda mereka, ramai yang tidak tahu lagi berbahasa Melayu dan Khutbah Jumaat mereka pun menggunakan bahasa Siam .
Inilah antara perkara yang paling menyedihkan berkaitan orang Melayu dengan bahasanya.
Tetapi sebaliknya, kita sangat sukar menemui orang Cina atau India atau lain-lain bangsa yang bercakap sesama mereka menggunakan bahasa Melayu, kecuali orang Cina peranakan Baba Melaka.
Begitulah kisah orang Melayu dengan bahasanya yang bagaikan tiada kesudahannya, perihal pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris pun masih tiada kesudahannya
malah Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu pula akan diadakan.
Sekian untuk kali ini .................
Isnin, 29 Disember 2008
APAKAH SERANGAN ISRAEL KEATAS GENTING GAZA ADALAH TAKDIR ?
Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.
Begitulah intipati coretan saya kali ini ................ untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca seterusnya .................
Israel terus mengganas
|
|
Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu. Berita seterusnya • Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza
Begitulah berita demi berita yang melapurkan keadaan terkini di semenanjung Gaza. Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.
Itulah sahaja kemampuan negara-negara Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia, sekadar mengutuk dan rakyat negara masing-masing mengadakan tunjuk perasaan dihadapan kedutaan Amerika Syarikat.
Untuk bertindak lebih jauh, kita tiada kemampuan, atau kepada yang panas baran, ada yang menyertai Jemaah Islamiah, seperti yang dilakukan oleh Allah Yarham Nordin Mohd Tob dan rakan-rakannya dengan melepaskan geram lantas mengebom Hotel di Bali, Indonesia, beberapa tahun yang lampau contohnya.
Semasa diambang kemenangan Barrack Obamma sebagai Presiden Amerika baru-baru ini, ada jugalah orang-orang Islam yang menaruh harapan kepadanya, tetapi selepas pengumuman bakal barisan kabinetnya, harapan orang-orang Islam kepadanya hancur berkecai.
Siapakah yang bersalah sebenarnya didalam perkara ini, kalau dikenang kembali sejarah Islam di zaman lampau, semasa di zaman keagungan Islam dahulu, kerajaan Islam dimasa itu pernah menjadi kuasa terkuat didunia, kalau sekarang ini,.... Amerika lah...........Tetapi setelah masa berlalu, kini kuasa Islam tiada lagi, kenapakah terjadinya demikian ?
Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina begitu ?
Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.
Umat Islam dan ugama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran ini, dan kerana ajaran inilah maka umat Islam yang mendahului di bidang sains dan teknologi di suatu ketika dahulu, telah meninggalkannya, lantas diambil dan dimajukan oleh orang bukan Islam........ tetapi apabila kita menyoal mereka ini, mereka tidak mahu mengaku, tetapi mereka menyalahkan takdir.
Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh-musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina didunia? atau tidakkah semua ini berlaku kerana tafsiran berkepentingan orang-orang tertentu ?
Kita patut mengambil ikhtibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad S.A.W selain daripada AMANAH.
Baginda mendapat gelaran al'amin kerana beramanah. kerana amanah , baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar.
Ajaran Islam yang di sampaikan oleh Baginda begitu baik, sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah-kabilah mereka telah dapat di damaikan dan dalam jangka masa dua ratus tahun, bangsa yang dahulunya hanya tahu merayau-merayau dipadang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan, dan mulia.
Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi.
Mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain, mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia.
Penduduk Asia tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad yang beramanah.
Kini kerana meninggalkan sifat Amanah tersebut, kita umat Islam sangat ketinggalan didalam bidang sains dan teknologi, kita bergantung sepenuhnya kepada negara bukan Islam untuk mendapatkan alat kelengkapan ketenteraan bagi mempertahan diri. Sehingga untuk mendapatkan teknologi Nuklier pun mesti mendapatkan kebenaran dari negara bukan Islam terlebih dahulu.
Negara Israel yang walaupun kecil jika dibandingkan dengan negara- negara Arab, tetapi kerana kekuatan ketenteraannya yang jauh lebih canggih dan tambahan lagi disokong oleh Amerika, maka tiada negara Islam yang berani bertindak balas.
Sampai bilakah trajedi ini akan berterusan, atau kita perlu menunggu munculnya Imam Mahadi yang akan menebus segala kelemahan umat Islam ?
Ingat Allah, tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu, melainkan umat itu sendiri yang mengubahnya.
Sekian sahaja untuk kali ini ........
Sabtu, 27 Disember 2008
MEMAHAMI, KENAPA BUKAN ISLAM MENENTANG HUDUD .
sesuatu yang wajib untuk dilaksanakan, baca di sini.
Sebenarnya hukum menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud adalah tidak sama dengan kewajipan melaksanakan Rukun Islam yang lima, ini adalah kerana penubuhan negara Islam akan melibatkan semua penduduk didalam negara tersebut manakala perlaksanaan Rukun Islam yang lima hanya melibatkan individu sahaja.
Selain itu, didalam negara Islam yang sebenar, taraf orang-orang bukan Islam, adalah warga negara kelas dua, iaitu adalah orang-orang yang dilindungi, kedudukan orang bukan Islam adalah tidak sama haknya dengan orang-orang Islam, mereka boleh mengundi, tetapi tiada
parti-parti lain, selain yang berideologikan Islam boleh bertanding, ini adalah bagi mengelakkan
negara terjerumus ketangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan .
Begitulah keadaan atau hakikat yang sebenarnya Negara Islam, tetapi didalam negara Islam sebenar, pemerintahanya adalah tersangat adil, kezaliman tidak dibenarkan termasuk kepada orang-orang bukan Islam, tetapi orang-orang bukan Islam di kehendaki membayar cukai kepala atau jizyah .
Didalam sejarah Islam, dinyatakan orang-orang bukan Islam, sangat seronok berada didalam pemerintahan orang-orang Islam, mereka bebas melakukan aktiviti sesama mereka, termasuk
melakukan upacara ugama mereka.
Tetapi, itu semua semasa di zaman keagungan pemerintahan Islam, sesama Islam, tiada hasad dengki, tiada iri hati, tiada mengejar kebendaan melampau seperti sekarang ini.
Tetapi sekarang ini, sesama Islam teruk, dengki mendengki menjadi-jadi, orang-orang Islam di Malaysia sekarang adalah juara segala-galanya.................... kecuali .........
Maka didalam keadaan seperti sekarang ini, apakah orang-orang bukan Islam mahu berada didalam negara Islam sebenar, sudah tentu mereka tidak mahu .
Ini adalah kerana, mereka sekarang ini berada didalam kedudukan sama rata dengan orang- orang Islam di sisi perlembagaan negara Malaysia, adalah tidak munkin mereka mahu undur kebelakang dan menjadi warga negara kelas dua pula.........
Munkin akan ada yang bertanya, kenapa dahulu boleh, ............. dahulu mereka tiada pilihan, semasa dahulu, mana ada sistem demokrasi seperti sekarang, negara orang bukan Islam semasa itu telah ditakluki oleh tentera-tentera Islam dan mereka tiada pilihan kecuali taat kepada pemerintahan Islam, sama ada suka atau tidak.
Oleh itu PAS usahlah berangan, kononya orang bukan Islam akan menyokong negara Islam, kalau kita jadi orang bukan Islam pun, didalam keadaan kita ada pilihan, kita tidak akan sokong negara Islam, oleh itu usahlah hairan jika Lim kit siang, •Karpal Singh dan lain-lain menentang negara Islam sebenar .
Kalau setakat negara Islam tiruan seperti sekarang ini bolehlah ......... setakat Islam hadhari iaitu
Islam Tamaddun bolehlah, itu pun kadang-kadang ditentang juga.
Sebagai alternatif, Haji Hadi mencadangkan supaya Kanun jenayah syariah (2) kelantan dijadikan model, iaitu perlaksanaan hukum hudud hanya dihadkan kepada orang Islam sahaja.
Memang sebahagian kecil ulamak membolehkan perlaksanaan sebegitu rupa, tetapi sebahagian besar ulamak pula membolehkan ianya ditolak, kerana ianya boleh mengundang ketidak adilan kepada rakyat negara ini.
Sebagai contoh, orang Islam yang berzina dengan orang bukan Islam dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya akan didenda atau dipenjara
buat beberapa bulan atau tahun sahaja. Bolehkah kita menerima hukuman bunuh dan hukuman
penjara itu sama ?
Begitu juga jika dua orang, iaitu seorang Islam dan seorang bukan Islam berpakat mencuri dan disabitkan kesalahannya, sehingga layak dihukum potong tangan, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya dikenakan penjara sahaja, bolehkah hukuman sebegini mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah seperti di Arab Saudi ?
Di Arab Saudi atau Iran yang melaksanakan hudud dengan jayanya, tetapi tanpa mengira siapa pun yang melakukannya, akan dihukum sama rata, barulah mengikut hukum Hudud Islam yang sebenar.
Kalau setakat dilaksanakan keatas orang Islam sahaja, memang patutlah kalau Tun Dr.Mahathir semasa menolak perlaksanaannya di Kelantan dahulu, memanggilnya Hudud PAS.
Ianya hanya setakat untuk menutup malu PAS, kerana telah memberi janji kepada pengundi diKelantan dan Trengganu untuk melaksanakan Hudud sejak puluhan tahun lampau, tetapi bukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang sebenarnya .
Oleh itu PAS perlulah rialistik dan menerima hakikat bahawa tidak munkin, sampai bila-bila pun
Malaysia boleh menjadi negara Islam sebenar, selagi sistem demokrasi menjadi asas pemerintahan negara ini.
Apakah kerana mahu menubuhkan negara Islam sebenar, kita sampai sanggup melakukan rampasan kuasa, baik melalui tentera atau lain-lain cara, seperti apa yang cuba dilakukan oleh kumpulan Al-maunnah dahulu ?
Kita semua tahu, dan mengakui bahawa, sehingga sekarang ini, sistem demokrasi adalah yang terbaik, walau pun ada juga keburukannya, tetapi jauh lebih baik dari sistem feudal lama, seperti sistem beraja berkuasa penuh, atau Presiden berkuasa penuh .
Kebaikan sistem demokrasi ialah, jikalau kerajaan tersebut tidak disenangi oleh rakyatnya, maka rakyat di negara tersebut boleh menjatuhkan kerajaannya melalui pilihan raya sedangkan didalam sistem beraja lama pilihan tersebut tidak ada .
Sudah sampai masanya PAS perlu berubah dan menghentikan zaman angan-angannya, hasrat dan cita-cita menubuhkan negara Islam tetap ada, malah sebagai seorang Islam yang taat kepada agamanya mesti ada, tetapi kita tiada keupayaan, oleh itu Perlembagaan PAS perlu dipinda, kepada menubuhkan negara Islam setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia sahaja .
Usahlah malu, takut nanti dituduh seperti UMNO, kerana PAS tetap ada kelebihannya berbanding UMNO, pemimpin PAS kebanyakannya lebih menghayati Islam berbanding pemimpin UMNO, contohnya MB Perak yang serba boleh YB Nizar Jamaluddin dan ramai lagi yang sepertinya.
Selagi PAS gagal menjadi lebih realistik dengan hakikat keadaan politik negara ini , maka selama itulah hubungannya dengan lain-lain parti komponen nya didalam pakatan rakyat akan terus bermasaalah dan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan hancur dek kerana kedegilan PAS.
Jikalau Pakatan Rakyat hancur, maka hancur jugalah harapan sebahagian besar rakyat Malaysia untuk melihat perubahan didalam pentadbiran kerajaan, dan UMNO akan terus menerajui pemerintahan negara, walaupun UMNO sekarang penuh dengan berbagai-bagai masaalah.
Kekalnya UMNO bukan bererti UMNO bagus, tetapi kerana Pakatan Rakyat lemah oleh kerana PAS terus dengan semangat Hudud nya, yang tidak munkin berjaya dilaksanakan.
Allah tidak akan memaksa umatnya melakukan apa yang tidak terdaya atau tidak mampu dilakukan oleh umatnya, tambahan pula jika apa yang tidak mampu dilakukan itu, jika dilakukan juga, boleh membawa kemudharatan, dan kemusnahan kepada penganutnya .
Sekian sahajalah ....................
Khamis, 25 Disember 2008
ONG TEE KEAT CABAR DAP BOIKOT P36 KUALA TREGGGANU
Sebenarnya perkara berkaitan hukum Hudud, dan Negara Islam sepatutnya tidak menjadi satu masaalah besar, sehingga boleh meretakkan hubungan diantara sesama parti didalam Pakatan Rakyat, atau diantara PAS dengan UMNO.
Yang paling penting semua harus faham bahawa, bagi orang Islam wajib ada didalam diri setiap muslim hajat atau cita-cita untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud
jika termampu, baca s.i.n.i dan s.i.n.i serta di s.i.n.i untuk memahami tentang hukum hudud .
Cumanya ianya menjadi masaalah, ialah apabila PAS sering menuduh UMNO tidak mahu melaksanakan hudud, atau tolak hudud, tetapi perkara ini berlaku pada pendapat saya adalah berpunca dari UMNO juga.
Munkin anda masih ingat, semasa ditahun 60an, dan 70an dahulu, ketika itu masih di awal era kemerdekaan, diketika itu UMNO semasa cuba mematahkan hujah PAS semasa kempen pilihanraya dikampung-kampung, terutama di Kelantan dan Trengganu yang menjadikan Hudud diantara salah satu perkara penting didalam kandungan manifestonya telah menyatakan bahawa
jika hudud dilaksanakan diMalaysia, maka habis lah tangan orang-orang Melayu kena potong, dan jika hukum rejam kepada penzina dilaksanakan, habislah batu, nanti kita nak buat jalan raya tak ada batu lagi dah.
Di masa itulah kemuncaknya isu kafir mengkafir, sehingga berlaku sembahyang Juma'at berasingan .
Tetapi ketika di awal era 80an, iaitu diketika Anwar Ibrahim mula menyertai UMNO
keadaan telah berubah, pendekatan UMNO menhadapi isu hudud turut berubah, UMNO dibawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir (ketika itu Datu Sri ) membawa pendekatan bahawa
UMNO bukan tidak mahu, tetapi perlu diteliti untuk mengatasi beberapa kelemahan .
Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad itu ialah, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.
Kajiannya amat terhad dan tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.
Pendekatan lembut UMNO itu telah melemaskan PAS, tetapi masih menyerang dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, UMNO tolak hudud, UMNO tolak negara Islam .
Kenapa PAS masih boleh bersikap begitu ?
1- Kerana sasaran utama PAS adalah di Kelantan dan Trengganu yang penduduk bukan Islamnya adalah sedikit.
2- Kerana PAS pada ketika itu belum yakin untuk memperolehi kemenangan sehingga boleh memerintah dinegeri yang majoriti orang Islam nya kurang .
3- Anda boleh tambah sendiri .........................................................................
Kini selepas pilihan raya umum ke12 yang lalu, keadaan telah berubah, tiba-tiba PAS mendapat
dua orang Menteri Besar dari partinya, di negari yang belum pernah di kuasainya sebelum ini, walaupun di negeri Perak, PAS menang kecil sahaja.
Kini PAS juga sedar, bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, munkin PAS tidak boleh memerintah, cumanya masaalah besar ialah, selama ini PAS telah berjanji kepada penyokongnya untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Haji Hadi pernah menyatakan bahawa jika PAS berjaya memerintah, tafsiran Islam sebagai Agama resmi akan ditafsir semula, sekarang difahami Islam sebagai Agama perasmian, tetapi jika PAS memerintah menurut Haji Hadi, Islam adalah ADDIN, maka perlembagaan Negara tidak perlu lagi dipinda untuk melaksanakan hukum Hudud.
Apakah benar begitu ? wallahhuaklam ...........................
Persoalannya sekarang ini ialah, apakah PAS boleh memerintah Malaysia ? Jawapannya ialah PAS hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan lain-lain parti dari gabungan Pakatan Rakyat, Sama seperti UMNO, yang hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional .
Oleh itu cakap-cakap jika PAS memerintah, adalah cakap-cakap politik sahaja, kerana PAS tahu tanpa keizinan parti-parti gabungannya didalam Pakatan Rakyat, tidak munkin hasrat PAS tersebut boleh menjadi kenyataan, baca di sini
Ada cadangan supaya PAS dan UMNO bergabung supaya hasrat merialisasikan Negara Islam dan Hukum Hudud tercapai .
Jika ini berlaku, maka suhu politik Negara menjadi tersangat panas, kerana orang-orang bukan Islam akan bersatu dan menentangnya dan kemunkinan akan ada campurtangan dari negara luar, apakah kita mahu kes di Iraq dan Afganistan berlaku di Malaysia ?
Munkin orang PAS akan marah kepada saya dari kenyataan seperti ini, mereka akan kata saya pengecut, kalau mati pun kata mereka, ketika mempertahankan negara Islam, akan mati Syahid.
Entahlah ............... betul juga kata mereka..... anda bagaimana ?
Maka diketika inilah perbezaan pendapat diantara mahu atau tangguh dibolehkan, apabila ada halangan yang besar didalam melaksanakan sesuatu yang asalnya wajib, dibolehkan kita memilih diantara salah satunya .
Saya rasa ramai pemimpin PAS sekarang yang memilih tangguh, tetapi malu, takut nanti dikatakan mengikut UMNO pulak, mahu tidak mahu terpaksalah bercakap atas dasar politik sahajalah .
Sampai bila cakap politik ini akan berlaku ?
Sampai Pakatan Rakyat berjaya memerintah, diketika itu hujjah dibolehkan memilih mudharat yang lebih kecil dari menghadapi mudharat yang lebih besar akan kedengaran dari mulut pemimpin PAS .
Sekian Sahajalah .
Selasa, 23 Disember 2008
SUATU PENGAJARAN BUAT UTUSAN MALAYSIA
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.
Demikianlah antara kandungan berita yang diterbitkan oleh Malaysia
kini harini dengan tajuk Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan
disamping itu, masih ada satu lagi saman yang menanti juga terhadap Utusan Malaysia, tetapi kali ini Utusan tidak kesaorangan tetapi ada teman iaitu bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo .
Ahli parlimen DAP Teresa Kok yang memfailkan saman fitnah tersebut dengan kos
Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta
Dalam tuntutannya, ahli parlimen Seputeh (foto) mendakwa Dr Mohamad Khir memetik coretan blog 'Pembela Melayu' dan membuat tuduhan salah terhadap plaintif pada 26 Jun lalu.
Plaintif menamakan ketua pembangkang di Dewan Undang Negeri Selangor itu sebagai defendan pertama, sementara penerbit harian itu Utusan Melayu Bhd sebagai defendan kedua.
Akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama berhubung perkara tersebut bertajuk 'Ada usaha larang azan di masjid Selangor' pada 8 Sept lalu.
Teresa berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan membawa maksud beliau bersifat perkauman, seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertolak ansur.
Plaintif juga mendakwa tuduhan kedua-dua defendan telah menyebabkan beliau ditangkap dan ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 Sept lepas.
Berdasarkan apa yang berlaku ini, adalah diharapkan ianya menjadi suatu pengajaran berguna dimasa depan kepada Utusan Malaysia .
Saya tidak dapat membayangkan apakah BISIK-BISIK AWANG SELAMAT akan membuat komennya terhadap berita ini, tetapi yang pasti, sehingga coretan ini saya tulis, belum keluar
lagi beritanya didalam berita terkininya, munkin Awang Selamat malu untuk mengulas terhadap
berita ini, maklumlah biasanya ulasannya terhadap apa-apa yang berlaku kepada pembangkang adalah pedas-pedas .
Walau macam mana pun kita masih menunggu ulasan dari Awang Selamat .................
Sekian sahaja ...........................
Isnin, 22 Disember 2008
PAS TERSEPIT DENGAN HUKUM HUDUD TETAPI UMNO SELESA
Assalamualaikum, saya tertarik untuk mengambil bahagian, mengulas tentang hasrat Pas tetap laksana hudud seperti ditegaskan oleh naib presidennya Datuk Husam Musa semasa debat Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang di sini malam kelmarin.
Menariknya hari ini pula Husam menyatakan Lambat lagi laksana hudud. ini semua ada kena mengena dengan bantahan dari DAP bantah hasrat laksana hudud yang disuarakan oleh setia usaha agongnya Lim Guan Eng .
Sebenarnya didalam bab hukum hudud ini, PAS berada didalam keadaan serba salah, ini adalah kerana sejak puluhan tahun lampau, PAS telah menjadikan hukum hudud sebagai salah satu
simbol perbezaannya dengan UMNO.
Mereka telah menwar-warkan dikampung-kampung bahawa PAS akan laksanakan hukum hudud, jika berjaya memerintah, sedangkan UMNO tidak mahu, isu hudud juga menjadi salah satu dari faktor kes mengkafirkan pengikut UMNO satu ketika dahulu dan munkin sekarang masih ada lagi .
Oleh itu, setelah puluhan tahun negara Islam dan Hudud dijadikan penambat hati pengikutnya,
dan sesetengahnya telah sebati dengan hasrat tersebut, maka bukanlah perkara mudah bagi para penyokong PAS untuk menerima kata-kata bahawa PAS tidak munkin berjaya menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia .
Sebab itulah apabila Husam Musa diasak oleh Khairi Jamaluddin didalam debat tersebut dengan
masalah perlaksanaan Hukum Hudud, cepat-cepat Husam Musa menjawab bahawa jika PAS berjaya memerintah PAS TETAP akan melaksanakannya.
Sebenarnya jawapan tersebut, adalah jawapan politik semata-mata, sebabnya Husam tahu adalah tidak munkin PAS berjaya memerintah berseorangan, didalam keadaan penduduk Malaysia yang berbilang kaum, pendapat PKR dan DAP sebagai rakan kongsinya mesti diambil kira .
Oleh itu, sampai bila-bila pun UMNO akan selesa dengan kes hukum hudud ini, kerana UMNO dari dahulu lagi telah mengambil pendirian yang lebih realistik tentang perkara ini.
Hasrat Haji Hadi untuk melaksanakan hukun hudud keatas orang Islam sahaja pun, mengundang pelbagai pendapat dikalangan ulamak sendiri, apakah wajar didalam negara wujud
dua undang-undang, iaitu satu untuk orang Islam dan satu lagi untuk orang bukan Islam.
Betul sekarang pun telah wujud, dua undang-undang, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah, tetapi tidaklah melibatkan kes yang besar-besar seperti hukum hudud.
Maka didalam keadaan seperti ini, jika PAS mahu kembali menjadi rialistik dengan keadaan
politik negara, sudah tentulah akan menerima ejekan dari penentangnya seperti komen ini
Perak Bangkit
Sebenar nya PAS semakin tersepit dengan hukum hudud, maka kepada para penentang PAS kasihanilah kawan kita itu, jangan lah ketuk kepala dia kuat-kuat..............
Sekian sahaja kali ini ........jumpa lagi .....
Ahad, 21 Disember 2008
DATUK SRI NAJIB WAJAR TERIMA SEMULA IBRAHIM ALI MASUK UMNO
Dengan penuh kenyakinan, Ibrahim Ali mengisytiharkan "BN kena menang dan akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu".Ibrahim Ali kata, dia yakin BN akan menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi.
Saya bukanlah cuba mahu mempertikaikan apa yang diyakini oleh Ibrahim Ali tersebut, tetapi kalau kita fikirkan .........apakah kita boleh menilai hati para pengundi di Kuala Trengganu secara
tepat, tambahan pula Ibrahim Ali adalah orang luar, maka andaiannya itu hanyalah satu pandangan beliau sahaja. tambahan pula kalau diteliti hujah Ibrahim Ali selanjutnya, seperti berikut ........
Banyak isu-isu besar yang menyebabkan rakyat menolak BN dalam PRU12 telah diatasi. Selain itu, pengundi atas pagar dan penyokong UMNO yang mengundi PAS dan PKR dalam pilihanraya dulu sudah kembali kepada UMNO. Puncanya ialah mereka tidak yakin kepada kemampuan PAS untuk menjaga kepentingan Melayu-Islam, hujah Ibrahim Ali.
Katanya lagi, kegagalan Dato Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada 16 September juga menyebabkan rakyat sedikit-sebanyak hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
Saya berpendapat, hujah Ibrahim Ali diatas hanyalah pandangan dangkalnya semata-mata yang tidak munkin sama dengan pemikiran orang-orang di Kuala Trengganu.
Bagi saya, segala luahan tersebut, sangat jelas memberitahu bahawa Ibrahim Ali telah meluahkan isi hatinya bahawa dia masih sayang kepada UMNO, dari perasaan sayanglah maka timbul pendapat yang sedemikian itu, lagi pun tawaran dari Nik Aziz supaya dia menyertai PAS
langsung tidak dihiraukannya .
Selain itu, cuba kita tanya pendapat orang yang condong kepada PAS atau PAKATAN RAKYAT
saya rasa sudah pasti orang tersebut akan memberikan berbagai-bagai alasan yang menyatakan bahawa PAS pula yang akan menang.
Kalau kita teliti sejak beberapa bulan terakhir ini , Ibrahim Ali yang walau pun menang sebagai
ahli Parlimen di Pasir Mas Kelantan pada pilihanraya ke12, awal 2008 yang lalu atas tiket PAS, tetapi boleh disifatkan sebagai satu sedekah dari PAS, saya berkata begitu kerana pada pilihanraya ke 11 pada tahun 2004, beliau bertanding atas tiket bebas dengan kekuatan dirinya sendiri, tetapi tewas sehingga hilang wang pertaruhan kerana mendapat 500 lebih undi sahaja, lebih kurang sama dengan undi Nenek calun bebas di Parlimen Kuala Trengganu 2008 yang lepas.
Satu lagi, rekodnya sejak beberapa bulan lepas menunjukkan dia tidak membunyai semangat PAKATAN RAKYAT, buktinya, dia juga pernah muncul di Astro awani bersama-sama ahli Parlimen Muar kalau tidak silap saya, begitu jelas sekali dia memperlekeh-lekehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dengan memek-memek mukanya sekali .
Maka berdasarkan apa yang berlaku, sangat jelas bahawa sebenarnya Ibrahim Ali masih sayangkan UMNO.
Oleh itu di sini saya mencadangkan kepada Datuk Sri Najib, apabila menjadi Perdana Menteri dan Presidan UMNO selepas bulan Mac 2009 ini nanti......ajenda utama yang perlu beliau dilakukan ialah, menerima semula kemasukan Ibrahim Ali kedalam UMNO.
Kepada Ibrahim Ali pula, saya mengingatkan beliau supaya cepat-cepat membuat surat permohonan untuk masuk UMNO semula, apabila masuk sahaja bulan Feb 2009 nanti, bukan apa saya bimbang pintu yang terbuka tiba-tiba tertutup pula.........habislah peluang nanti .
Sekian Sahajalah ............ jangan marah ........nanti kena jual .
Sabtu, 20 Disember 2008
ULAT -ULAT YANG SUKA MENGENDENG
Semalam terlerai sudah permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meluahkan perasaan mereka yang kecewa dengan budaya mengendeng pemimpin yang berlaku dikalangan ahli UMNO. Budaya ini telah lama bermula dan bukan satu perkara baru malahan ramai ahli UMNO yang mengambil budaya ini sebagai satu profession, mereka sanggup mengikuti kemana sahaja pemimpin UMNO pergi dan adakala mereka hanya menunjukkan muka sahaja dan mengekori kemana sahaja pemimpin UMNO pergi.
Mereka bukan hanya mahu menggendeng projek tetapi ada juga yang mahu mengedeng jawatan. Perkara sebegini bukan sahaja berlaku kepada Perdana Menteri malahan ianya berlaku kepada menteri-menteri kabinet yang lain. Ada yang sanggup tunggu di lapangan terbang hanya semata-mata mahu menghantar dan menjemput pemimpin UMNO ini berlepas dan kembali dari mana-mana distinasi yang menggunakan laluan udara. Ada yang begitu peka dengan jadual harian pemimpin yang mereka mahu mengendeng dan sanggup terbang lebih awal untuk menyambut ketibaan pemimpin berkenaan.
Namun usaha orang-orang sebegini yang sanggup melabur untuk mengekori pemimpin UMNO ini berjaya mendapatkan apa yang di endeng mereka. Ada diantara mereka ini yang hanya menjadi broker juga telah menjadi kaya dan memiliki kereta mewah-mewah dan mereka ini kini tergolong dikalangan orang-orang yang elit dalam UMNO. Ada yang sanggup menghabiskan masa berhari-hari mengekori pemimpin UMNO ini untuk kelihatan rapat dengan pemimpin bekenaan. Benarlah apa yang dikatakan oleh kedua pemimpin ini, budaya ini merugikan dan membuang masa ketika berkempen, mereka bukan datang untuk berkempen tetapi untuk mengekori den mengendeng pemimpin-pemimpin BN.
Kononnya apabila mereka mengekori pemimpin ini, mereka turut juga berkempen dengan hanya menepelkan diri sahaja. Mereka ini sebenarnya tidak jujur, hanya mahu menunjuk-nunjuk dihadapan pemimpin sahaja tetapi tidak mahu berkhidmat jika tidak dilihat oleh pemimpin. Berapa ramai Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan yang turun ke padang untuk bekerja dengan ikhlas bagi membantu parti dalam pilihanraya terutama pilihanraya kecil.
Dalam UMNO juga ramai ulat-ulat politik yang mencari kesempatan apabila rapat dengan mana-mana pemimpin terutama yang berjawatan dalam kerajaan. Mereka ini juga akan memanjat pejabat-pejabat pemimpinn UMNO untuk meminta apa yang dihajati setelah merasakan diri rapat dengan pemimpin berkenaan. Jika gagal mendapat apa yang mereka mahu, pemimpin berkenaan akan menajadi mangsa kutukan mereka. Budaya ini juga perlu dibersihkan dari menular dalama UMNO kerana ianya akan menyulitkan pergerakan pemimpin UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dalam mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.
Yakni, budaya menggendeng pemimpin.
Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan ‘hitam’ dan ‘kelabu.’
”Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena,” kata seorang ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Tanpa merujuk sesiapa, beliau membangkitkan kekhuatiran bahawa dalam situasi pemilihan parti yang menebal, dalam tempoh menjelang tidak sampai dua setengah bulan nanti (Mac 2009), pastinya unsur menggendeng pemimpin tidak ‘mampu’ dielakkan.
”Saya juga berkempen di Permatang Pauh tempoh hari (Ogos lalu) dan melihat budaya ini tidak ketara di kalangan parti pembangkang. Walaupun ketua menteri dan pemimpin PKR meninjau satu-satu kawasan, para petugas parti mereka pula akan sibuk dengan kerja masing-masing, edar risalah di sana sini, tampal poster di pokok malah panjat tiang lampu gantung sepanduk waktu tengah hari,” katanya.
Persoalannya, siapa yang harus dijaga dalam menghadapi pilihan raya kecil seperti persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini yang disifatkan pemerhati pasti sengit - melibatkan lima penjuru.
Bagi kalangan ahli politik khususnya UMNO, kempen pilihan raya kecil selama 11 hari dari 6 Januari hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang keesokan 17 Januari itu bukanlah masa untuk mencuri perhatian, mengambil hati pucuk pimpinan atau mempromosi diri. Yang perlu diberi perhatian dan bantuan ialah jentera kempen parti. Dengan puluhan ribu pengundi berdaftar yang perlu dijengah, 36 saluran mengundi harus disusuri serta impian menggunung Pas untuk merampas kerusi itu, ia menuntut komitmen tinggi dan kerja keras berterusan.
Suatu ketika budaya menggendeng pemimpin ini pernah mengecewakan Abdullah sendiri. Ketika meninjau keadaan mangsa banjir pada 2003 di Seberang Perai Utara dari dalam Pajero yang membawanya, berulang kali beliau meminta konvoi yang agak panjang agar tidak mengekorinya.
Tetapi itulah yang berlaku. Bersesak-sesak bagaikan tidak pernah berjumpa Abdullah. Rakaman lensa kamera jurufoto media menarik perhatian seolah-olah ia ‘hari mempromosi diri’. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia ada kaitan dengan pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan tahun berkenaan.
Meskipun situasi ketika itu berorientasikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, keadaannya dalam politik juga serupa - sepatutnya memfokus dalam membantu jentera parti.
Turun padang seseorang pemimpin untuk bersama jentera kempen dan pengundi perlu dihormati. Ia bukan untuk disalahertikan bagi menangguk kepentingan peribadi.
Sekian sampai jumpa lagi .........
Jumaat, 19 Disember 2008
MENJELANG PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TRENGGANU
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa, kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby sehingga perbincangan lanjut diadakan berhubung perkara itu adalah sangat membimbangkan.
Ini adalah kerana penangguhan tersebut menimbulkan beberapa persoalan, seperti kata NOBISHA Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia, didalam blognya
- nobisha begini komen nya ......................
Keputusan Kabinet - "Apa? Tangguh?"
Mengapa tangguh?
Adakah "tangguh" kerana nak tunggu masa yang sesuai untuk setuju?
Sampai bila nak tangguh?
Adakah "tangguh" sehingga pilihanraya kecil Kuala Terengganu?
Dalam sidang akhbar hari ini, Najib menafikan penangguhan itu adalah kerana pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Saya percaya Najib jujur dengan kenyataan itu. Bagaimanapun, mampukah Najib menyakinkan pengundi P36 Kuala Terengganu?
Untuk meningkatkan harapan untuk menang, kerajaan hanya ada satu saja pilihan -- tolak cadangan Sime Darby itu. Andainya tidak, ia memberikan pembangkang satu lagi isu rakyat untuk dijadikan bahan ceramah.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat Nobisha tersebut, ini adalah kerana penswastaan biasanya membawa mala petaka kepada rakyat miskin dikampung-kampung .
Di tambah pula, sehingga sekarang ini, satu polisi insurance pun belum berjaya diwujudkan lagi bagi mengatasi masaalah kesihatan masyarakat luar bandar dan pekerja persendirian, walaupun dulu ada terdengar dari mulut seorang menteri kesihatan yang mencadangkan perkara ini .
Cuba anda semua fikirkan, jikalau IJN nanti diswastakan, perbelanjaan mendapatkan rawatan
disitu pasti akan meningkat berkali ganda, munkinlah diperingkat permulaan belum naik lagi,
tetapi lama kelamaan ianya pasti meningkat, dengan berbagai alasan yang diada-adakan .
Sekarang pun orang susah dikampung-kampung dah tak termampu, nanti kalau diswastaskan
lagi teruk jadinya .
Oleh itu orang ramai mesti besuara menyatakan bantahan sehingga hasrat menswastakan IJN
ini dibatalkan .
Sekian ........sampai jumpa lagi ......
Khamis, 18 Disember 2008
MUDAH NYA DAPAT WANG MELALUI POLITIK
bagaimana borosnya mereka membelanjakan duit tersebut Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta
Cubalah anda fikirkan, mengikut lapuran diatas, BALKIS iaitu Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor iaitu satu pertubuhan yang dianggotai oleh isteri -isteri wakil rakyat dari UMNO semasa BN berkuasa dahulu, telah mendapat sumbangan wang yang besar, sumbangan itu dari enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. kepada badan itu, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.
Untuk pengetahuan anda semua, BALKIS ini, pada ketika itu diterajui oleh isteri menteri besar selangor Dr.Mohamad Khir Toyo iaitu Puan Zaharah Kechik .
Apa yang membuat saya termenung ialah, cuba anda bayangkan, jikalah BALKIS ini bukan berkaitan dengan politik, bukan berkaitan dengan orang yang berkuasa yang ketika itu meme gang tampuk kekuasaan diselangor, apakah akan ada syarikat atau orang persaorangan yang akan menghulurkan sumbangan sebegitu besar ?
Jawapannya .... jangan haraplah ....... oleh sebab itulah, maka kita akan dapati semakin ramai orang-orang yang berminat dengan politik.... terutama sekali di dalam UMNO, ( kerana ianya masih berkuasa diperingkat pusat ) sehingga untuk memegang jawatan sebagai ketua cawangan pun, terpaksa mengeluarkan wang yang bukan sedikit .
Kesimpulanya begitulah antara salah satu contoh mudahnya mendapat wang melalui penglibatan didalam dunia politik ......
Sekian untuk kali ini .....terima kasih .
Selasa, 16 Disember 2008
SAIFUDDIN NASUTION DEDAHKAN RASUAH PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Di parlimen hari ini, Saifuddin Nasution Ismail yang juga ahli parlimen Macang, Kelantan. Semasa perbahasan didewan rakyat telah mendedahkan tentang seorang calon timbalan presiden UMNO yang menurutnya telah melakukan rasuah melalui juru-juru kempennya
Menurut Saifuddin, beliau ada bukti di mana pertemuan tersebut diadakan dan berapa wang yang bakal diperolehi iaitu RM500.00 seminggu serta tiket penerbangan dan penginapan hotel percuma, disamping itu,dia juga mempunyai senarai nama pemberi dan penerima wang tersebut .
Buletin Utama/16 Disember 08
Ini satu lagi berita yang menggemparkan, gempar kerana ianya dibangkitkan diparlimen dan yang membangkitkannya adalah seorang ahli parlimen dari PKR, saya rasa pasti ada komen dari pemimpin UMNO yang marah kepada Saifuddin Nasution kerana menyibuk didalam urusan UMNO.
Perkara seperti ini telah berlaku dahulu di Johor, apabila seorang pemimpin muda PAS Johor, ia itu sdr Mazlan Aliman telah membuat lapuran polis tentang rasuah politik didalam pemilihan disuatu bahagian di Johor.
Walau macammana sekalipun, saya berpendapat sebagai seorang warga negara yang bertanggung jawab, kita tetap membenci politik rasuah walau berlaku didalam parti apa sekalipun.
Tambahan lagi jika ianya berlaku didalam UMNO, iaitu sebuah parti yang besar, yang telah menerajui pemerintahan negara selama lebih 50 tahun.
Oleh itu adalah diharapkan supaya lembaga disiplin UMNO dapat menjalankan tugas nya dengan cemerlang tanpa mengira yang melakukan rasuah politik itu ikan bilis atau ikan jerung .
Sekian terima kasih ........................ jumpa lagi lain kali ......
# Amboi lembutnya nya ulasan aku diatas ....... saja-saja nak buat lembut .......tetapi kalau nak tahu parahnya rasuah politik didalam UMNO, silalah baca tulisan bekas calon BN di parlimen Tumpat, Kelantan iaitu sdr Dr.Asyraf Wajdi Dusuki .........................................................................
sila klik dibawah .........
atau berita dibawah ini
TUDUHAN RASUAH POLITIK: BPR NAK SIASAT TAPI DISEKA...
Sabtu, 13 Disember 2008
KATA - KATA KESAT DAN MENCARUT DIALAM CYBER
Salam sejahtera, pada harini penulis ingin mengulas tentang kecenderungan sesetengah penulis blog yang menulis didalam blog masing - masing dengan bahasa yang kesat, mencarut dan lebih dahsyat menyebarkan fitnah.
Didalam parlimen baru-baru ini, speaker telah memberi ingatan tentang kecenderungan sesetengah ahli-ahli parlimen untuk mengeluarkan kata - kata kesat, makin hamun dan sebagainya dan memberi amaran akan bertindak lebih tegas lagi dimasa-masa akan datang .
Semua ini berpunca dari tekanan perasaan secara spontan, akibat hujahan pihak lawan yang pada pandapat pengucap tidak sepatutnya atau memang perangainya begitu .
Dialam cyber pula, ada sesetengah penulis blog yang menulis kata-kata kesat dan mencarut adalah bagi meluahkan perasaan masing-masing, cuma ianya tidaklah secara spontan, ini kerana pemblog mempunyai masa untuk berfikir bagi mendapatkan idea penulisannya .
Oleh itu saya berpendapat, adalah tidak sepatutnya pemblog-pemblog ini menulis secara begitu, tambahan pula, sebagai seorang melayu yang penuh dengan budaya dan sopan santun, malah lebih-lebih lagi jika si penulisnya adalah dari kalangan cerdik pandai.
Perbezaan pendapat dibenarkan didalam Islam dan didalam sistem demokrasi, adalah demi kebaikkan ummah, melalui perbezaan pendapat, kita dapat mengembangkan, atau meningkatkan lagi cara-cara mengatasi masaalah demi untuk membangunkan negara.
Antara sebab-sebab dibenarkan penubuhan pelbagai parti-parti politik didalam sistem demokrasi ialah supaya rakyat diberi pilihan untuk menilai dan memilih yang mana satu pemimpin dan corak pemerintahan yang diingini .
Satu lagi kelebihan didalam sistem demokrasi, ialah rakyat diberi pilihan untuk menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui sistem pilihanraya .
Cumanya jika mahu dikatakan kelemahan sistem ini, ialah, ianya boleh menyebabkan orang ramai bercakaran sesama sendiri didalam menegakkan pendapat atau menyokong pemimpin pilihan mereka dan inilah yang berlaku setelah wujudnya internet dan orang ramai bebas membuat dan menulis blog masing-masing.
Menambah kecelaruan lagi, ialah apabila dibenarkan pemblog-pemblog ini untuk tidak menzahirkan identiti dan gambar masing-masing dan ini menyebabkan pemblog -pemblog berani mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut dan menyebarkan fitnah kerana mereka tahu , orang tidak mengenali mereka .
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengawal keadaan ini dari berlaku ialah, diwajibkan pemblog-pemblog ini mendaftar menggunakan nama sebenar dan disertakan gambar masing-masing .
Munkin dengan cara tersebut, diharapkan perkara ini boleh diatasi ..................
Dibawah ini disertakan contoh blog-blog yang mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut dan memfitnah tersebut ....
Eksklusif: Kerajaan Bela Babi kini menangih duit judi dan arak!
Ini bukanlah berita palsu. Ini juga bukannya omongan kosong. Tapi ini adalah hakikat yang belum dibongkarkan lagi. Cuma kita buka dulu mukasurat pertama siri kejahilan Kerajaan Negeri yang bela Babi. Babi yang dimaksudkan di sini merujuk kepada bilangan 7 daripada 11 EXCO nya yang makan babi. Kerajaan Negeri apakah itu? Sudah pasti pembaca kejap mengetahui apakah nama kerajaan Negeri yang dipimpin seorang kononnya bertaraf Ulama'. Walhal dia bukan ngaji jadi Ustaz. Tapi belagaknya mengalahkan Khulafa' Ur Rasyidin. Memang sial semua pengikutnya yang buta hati. Buta kerana berjalan macam babi. Main terus jer tak tengok kiri dan kanan.
Entahlah demokrasi pun tidak dihormati lagi dah.......
Ini Wajah Dajjal?
Inilah Wajah Dajjal
Ganyang Cina Apek dan Keling Wahai GGMM
Sepaikan Apek Tongkang Makan Babi dan Keling Gampang tu wahai GGMM. Andalah Hero Melayu Muda Masakini. PANAS! PANAS! MAKIN PANAS!!! BEWARE OF DOGS!
Senarai Syaithan Pakatan Jahat
1. Raja Syaithan Besar - (D.S.) Datuk Syaithan Anwar Iblisi of PKR
2. Raja Muda Syaithan Besar - Raja Ponggong Keadilan (RPK)
3. Yang Bangsat Azmin Ali - ADUN Bukit Antarabangsat
4. Yang Bangsat Teresa Cock
5. Tuan Guru Syaithan Farish Noor -->Penghina Ulama' Islam No. 1
6. Yang Bangsat Tian Chua
7. Yang Berzina Kecil Mat Sabu Kaki Mencarut No.1
8. Kakak-kakak Dalam Neraka - Sisters In Neraka Jahannam
9. Yang Bangsat Go-BALA (Bala yang bertimpa-timpa)
10. Bar Council a.k.a. Bar Mabuk Arak
PKR maksudnya Pungkok, Kongkek, Rogol.
wow...teruknya ....mencarut pulak dah
- Anonymous said...
woi ababina babi, semua benda yang pahang daily kuarkan so far betul!! tepat!!!! 10000%
yang kau dok kalut apasal?takutttttttttttt kaaaaa?
berapa rosmah najib bayar ko?
woit bangsat, dok diam2 jer la
kepada pahang daily, doksah amik kira komen camni, gampang je
Khamis, 11 Disember 2008
PERDANA MENTERI KOTAKAN JANJI
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 – mengotakan apa yang dijanjikannya untuk membawa pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.
Begitulah tajuk berita di utusan malaysia online harini .
Saya sebagai salah seorang dari rakyat Malaysia, yang tidak mempunyai kepentingan apa -apa
didalam bidang politik, sangat menyambut baik terhadap berita tersebut .
Adalah menjadi harapan, supaya suruhanjaya perlantikan kehakiman, suruhanjaya pencegahan rasuah yang dibentangkan diparlimen musim ini di luluskan.
Rasuah adalah musuh negara yang terbesar tetapi sangat sukar untuk dihapuskan, melalui peng
amalan rasuah contohnya, maka berlakulah kelulusan pembangunan dilereng-lereng bukit, yang tidak sepatutnya berlaku dan akhirnya telah menyebabkan berpuluh- puluh buah rumah ranap dikawasan perumahan dibukit antarabangsa .
Begitu juga dengan kemasukan tidak terkawal pendatang asing kenegara ini, telah menyebabkan
peluang pekerjaan semakin mengecil serta berbagai-bagai masaalah lagi kepada penduduk tempatan .
Bagi rang undang-undang suruhanjaya perlantikan kehakiman 2008 pula, yang dibentangkan buat kali pertama semalam, walaupun pada pendapat bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad harini, bakal mencetuskan masaalah didalam pemilihan perlantikan ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan, namun adalah diharapkan ianya boleh diatasi nanti.
Yang paling penting perlantikan hakim itu nanti, boleh diterima oleh sebahagian besar rakyat dan juga mampu meyakinkan kembali para pelabur untuk kembali membuat pelaburan di malay sia.
Semoga dihari-hari terakhir sebelum persaraan perdana menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi nanti benar-benar meninggalkan sesuatu yang berharga bagi rakyat untuk dikenang,
bak kata pepatah, gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan jasa.
Usaha awal telah dilakukan PM Abdullah, sekarang terpulanglah kepada penggantinya nanti untuk melaksanakan urusan selanjutnya.....berjaya atau tidak bergantung kepada kesungguhan
dan keupayaan Datuk Sri Najib Tun Razak di dalam menjayakanya.
Adalah diharapkan semoga ianya berjaya........sekian .
Isnin, 8 Disember 2008
BUKAN KERANA IANYA UMNO
Salam aidil adha ditujukan khusus kepada pemblog-pemblog diseluruh negara.
Ketika menziarahi kerumah rakan-rakan, sempena aidil adha ini , maka adalah juga rakan-rakan, ketika sedang menjamu selera, menyentuh tentang perkembangan politik tanah air.
Seperti biasa, oleh kerana UMNO adalah parti yang menjadi tunjang didalam parti yang sedang memerintah iaitu Barisan Nasional, maka ianya mudah menjadi sasaran.
Ayat-ayat seperti " alah UMNO memang macam tu " atau " selagi UMNO memerintah sampai bila pun macam ni " ianya dirujuk kepada setiap kepincangan yang berlaku di dalam negara .
Saya hanya mendiamkan diri, bila bertemu topik-topik perbualan seperti ini, saya diam kerana memikirkan, adalah tidak munkin semua perkara adalah salah UMNO.
Kalau kita teliti diperingkat awal kemerdekaan dahulu, UMNO lah yang telah berjaya menyatupadukan orang-orang melayu, UMNO lah yang telah berjaya membawa pembangunan
kepada orang melayu, UMNO lah semasa dibawah kepimpanan TUN ABD.RAZAK mewujudkan Felda dan telah berjaya membawa beratus ribu orang orang melayu keluar dari kepompung kemiskinan.
Begitu juga diperingkat pertengahan, kita mendapat seorang perdana menteri dari UMNO yang berjaya merobah Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri dan maju iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
Maka kenapa ianya berlaku seperti sekarang ?
Saya berpendapat, puncanya adalah kerana peluang, peluang untuk melakukan penyelewengan
terbuka terlalu luas, tambahan pula rekod menunjukan, tindakan jarang diambil, walau pun penyelewengan tersebut bernilai berbilion-bilion ringgit, jika yang melakukan nya adalah dari
puak kita (kroni)
Tidak perlulah saya menunjukkan contoh nya disini, kerana saya rasa, ramai masih ingat tentang penyelewengan tersebut .
Saya paling terkilan kepada TUN DR MAHATHIR, kerana walau pun dia yang paling berjaya
membawa pembangunan kepada Malaysia, tetapi dia langsung tidak berusaha mencegah penyelewengan.
Contoh paling nyata ialah, kurang berfungsinya BPR, sehingga terpaksa Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan sebuah suruhanjaya.
Begitu juga badan kehakiman telah menjadi robot, akibat campurtangan berlebihan dari perdana menteri, khasnya semasa perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.
Satu lagi yang menjadi bantahan rakyat ialah ISA, ramai berpendapat bahawa walaupun ISA wajar dikekalkan, tetapi ianya perlu dibuat pindaan, supaya peluang menyalahgunakan nya ditiadakan langsung .
Paling mengherankan saya ialah, kenapa UMNO yang masih beria-ia mempertahankan untuk tidak mahu meminda ISA , sedangkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain menuntut supaya ISA di pinda.
Saya berpendapat, hanya ada dua peluang untuk rakyat mendapatkan perubahan, pertama melalui Perdana Menteri baru, iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak.
Diharap Allah membuka pintu hati kepada Datuk Sri Najib Tun Razak untuk benar-benar membuat perubahan baik didalam BPR, Kehakiman, mahupun ISA .
Saya tahu ramai kawan-kawan saya tersenyum sinis, bila saya mengharapkan Datuk Sri Najib Tun Razak untuk membuat perubahan, mereka kata saya mengharapkan harimau menjaga kerbau.......tak pe lah ..apa salahnya, kita berdoa untuk kebaikan.
Jikalau nanti Datuk Sri Najib Tun Razak masih mahu mengekalkan cara lama, malah mengatakan cara lama adalah yang terbaik, maka kita ada pilihan kedua iaitu melalui beramai-ramai mengundi Pakatan Rakyat.
Jikalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya dan Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, perubahan-perubahan yang diharapkan pasti akan berlaku, ini kerana memang itulah
hasrat beliau didalam manifesto pilihan raya nya.
Setelah perubahan- perubahan seperti yang diharapkan, berjaya dilakukan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim, maka sesiapa juga yang menjadi perdana menteri selepas beliau, akan mudah mengawal penyelewengan, walau pun ditakdirkan UMNO menang semula.
Seelok- eloknya dipinda peraturan supaya seorang perdana menteri hanya boleh berkhidmat selama tidak lebih dari 15 tahun, ini bagi mengelakkan dari penyalah gunaan kuasa berlaku .
Semoga hasrat diatas berjaya berlaku dimasa akan datang.
Sekian sahajalah.........wallahhuaklam .
Ahad, 7 Disember 2008
Memahami Tujuan Kenyataan Hassan Ali
KALAU bukan kerana tragedi tanah runtuh di bukit Antarabangsa semalam sudah pasti kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali akan menjadi tumpuan media dan juga blog. Blogger akan mengulas dan mengupas mengikut kecederungan politik masing-masing.
Kenyataan berterus terang oleh Hassan itu sedikit mengejutkan dan kurang menyenangkan pihak tertentu. Saya sendiri merasa pelik dan aneh dengan kenyataan itu dan mencari apakah tujuannya.
Apakah faedahnya Hassan membuat kenyataan sedemikian. Apakah beliau didalam keadaan tertekan sehingga tepaksa bercakap sedemikian kepada media massa? Bahawa beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaan (cita-citanya) sendiri?
Hassan menerusi kenyataan itu dipetik membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Sehubungan itu katanya menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.
Bagaimanapun tegas Hassan, Pas sesekali tidak akan tunduk kepada tekanan-tekanan yang berlaku terutamanya mengenai Islam yang menjadi matlamat Pas. Pas katanya Pas tidak akan bertolak ansur dengan hal-hal yang haram seperti pelacuran dan akan bertegas dengan hal itu.
Apa yang menyebabkan saya tidak faham dan merasakan kenyataan tersebut seperti membuka pekong di dada, adalah kerana ianya akan memberi kesan tidak baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan itu mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam keadaan bergelora dan tidak padu?
Pendedahan Hassan itu juga mendedahkan bahawa berlaku masalah dalaman Pakatan Rakyat. Apakah dengan pendedahan itu Hassan dapat menyelesaikan isu dalaman itu? Selesaikah masaalah Hassan dengan pengakuan itu? Ataupun beliau ada tujuan lain ingin memberi isyarat bahawa Hassan sedang bergerak ke landasan lain daripada kerabat Pakatan Rakyat. Begitukah?
Seperkara yang Hassan perlu ingat, apa-apa keputusan atau tindakan yang hendak diambil oleh Pas Selangor ia mesti mendapat restu daripada Pas Pusat. Apapun juga keputusan yang ingin dibuat oleh Pas Selangor, kalau Pas Pusat tidak merestuinya ia tidak boleh dilaksanakan. Tindakan itu bertentangan dengan parti. Kecualilah Hassan bersedia untuk melanggar keputusan Pas Pusat.
Dari sudut mana pun bagi saya kenyataan Hassan itu tidak bijaksana kerana ia tidak memberi kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Kenyatan itu menyebabkan timbul persepsi dari kalangan rakyat bahawa Pas tidak 'ngam' dengan Pakatan Rakyat. Ini juga menyebabkan orang akan boleh membuat kesimpulan Pas Selangor masih melakukan angagement dengan Umno.
Secara tidak langsung juga kenyataan akhbar itu, mendedahkan kelemahan Hasaan sendiri untuk meletakkan Pas menjadi parti penting dalam Pakatan Rakyat. Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Pas dalam kerajaan negeri Selangor. Berterus terang itu baik tetapi dalam politik ia natijahnya bukan begitu. Di sini fatanah Hassan sebagai politician nampaknya tidak ada.
Yang pastinya kenyatan begitu akan memburukkan lagi suasana dan hubungan Hassan dengan PKR dan DAP dan juga dengan individu-individu di dalam Pas sendiri yang kemaruk dengan politik baru Pakatan Rakyat di Selangor itu.
Diharap lain kali Hassan akan menggunakan mekanisme lain untuk mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapinya. [wm.kl. 7:45 am 07/12/08]
Seluruh rencana diatas adalah dipetik dari tulisan sdr. Mohd. Sayuti Omar dari bloknya merah tinta, saya sangat meminati tulisan nya kerana beliau menulis dengan begitu berterus terang.
Celoteh murai bersirinya, sangat menarik, memberi tauladan yang baik disamping sangat menghiburkan.
Sekalung tahniah kepada sdr. Mohd.Sayuti dan teruskanlah mengabdikan diri didalam dunia penulisan .
Sekian terima kasih..............jumpa lagi......
Sabtu, 6 Disember 2008
SUHAIMI SAID PEJUANG RAKYAT YANG TIDAK BERNASIB BAIK
Sejak tersiarnya berita
Eksklusif: PKR Serius Akan Kembalikan Hak Raja
didalam Pahang Daily Online, saya sangat mengharapkan agar Tuan Haji Suhaimi Said ( THSS) seorang peguam merangkap ketua bahagian PKR kuala krau dan bloger "The Spirit of Lubuk Kawah" menulis didalam blognya berkaitan isu tersebut.Saya mengharap begitu kerana , saya mengenali beliau sebagai seorang pejuang sosialis diera 70an, sebagai seorang pejuang sosialis, biasanya sangat kritikal dengan kuasa-kuasa fuedal begitu.
Alhamdulillah akhirnya hajat saya tercapai juga, apabila pada 5hb Dis 08 beliau menulis didalam blognya dengan tajuk "Imuniti raja -raja ".
Bagi saya THSS sepatutnya sudah lama menjadi menteri, lebih dahulu dari Sabaruddin Chik, iaitu seorang menteri yang berasal dari Temerloh.
THSS bergiat didalam politik sejak ditahun 70an lagi, cumanya dia tidak bergiat awal didalam UMNO, sebalik nya dia mula bergiat di dalam Parti sosialis rakyat malaysia (PSRM)
Saya percaya jika dia memulakan kegiatan politiknya didalam UMNO, insyaalaah dia sekarang adalah bekas menteri.
Walau macamana pun, oleh kerana jiwanya seorang pejuang rakyat, maka walaupun pernah akhirnya memasuki UMNO dan sempat memegang jawatan sebagai naib ketua umno bahagian Temerloh, tetapi tetap tidak sesuai dengan umno dan akhirnya keluar, lantas sekarang memasuki PKR.
Didalam PKR sekarang, dia memperjuangkan nasib orang asli didalam hal berkaitan geran hak milik tanah .
Beliau seorang yang sangat sederhana didalam menjalani kehidupannya, katanya dia sekarang senang je, dapat duit untuk minum teh dan belanja kawan-kawan makan dah.....
Semoga THSS tetap sihat dan terus dapat berbakti kepada masyarakat di negeri pahang.
Sekian wassallam