Khamis, 29 Oktober 2009

Kalau lompat, isteri tercerai talak tiga.

Hari ini seekor lagi katak berjaya melompat keluar dari kandangnya, walau macammana pun katak yang melompat hari ini, melompat keluar kerana menyedari, bahawa tuannya akan mengusirnya keluar pada bila-bila masa sahaja.

Antara sebab tuannya mahu mengusirnya keluar, ialah kerana sifat malasnya yang keterlaluan didalam menjaga kebajikan keluarganya.

Begitulah lebih kurang kisah sebenarnya yang dialami oleh katak ini sehingga mendorong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor pada pagi ini, mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.


ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Begitulah kisah katak keempat dari PKR yang melompat keluar, walau macammana pun kita kagum juga apabila sehingga kini tiada katak yang melompat keluar dari kandang PAS.

Setelah diteliti, rupa-rupanya tiadanya katak-katak melompat keluar dari kandang Pas selain dari Ibrahim Ali ialah kerana takutnya mereka kepada lafaz taklik yang mereka buat semasa nak jadi calon Pas dahulu.

Rupa-rupanya setiap calon Pas diwajibkan membuat lafaz taklik, perkara ini didedahkan oleh blogger Mahaguru iaitu salah seorang yang hadhir didalam pertemuan dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan para blogger yang pro Umno di rumah Hassan Ali sehari dua yang lepas .

Blogger Mahaguru menceritakan bahawa Hassan Ali mendedahkan beberapa perkara penting, salah satunya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum.

Sama ada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka, setelah menang pilihanraya tersebut dan mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Dengan pendedahan ini, barulah kita faham, kenapa Hassan Ali tidak berani melompat masuk Umno .....................kah...kah..kah.

Rupa-rupanya dia takut isterinya tercerai talak tiga secara otomatik jika dia masuk Umno...................

Bila dah tercerai talak tiga, isterinya kena nikah dengan orang lain dulu, baru boleh nikah semula dengannya.........................

Patutlah dia panggil blogger yang pro Umno kerumahnya...........rupa-rupanya dia nak mengadu bahawa dia tak boleh masuk Umno kerana masaalah ini........................... kesiaaaaaaan...dia.

Di sini saya mengucapkan syabas kepada kepimpinan Pas kerana membuat syarat ini, walau pun nampak agak ganjil tetapi tindakakn ini adalah betul untuk menjaga kepentingan parti dari mereka yang tidak bertanggung jawab dan tamak.




Rabu, 28 Oktober 2009

Keputusan yang mendebarkan malam ini

Setelah saya membaca maklumat-maklumat terbaru dari para blogger yang menyebut bahawa mereka antara yang hadhir didalam pertemuan antara Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan para blogger di rumah Hassan Ali .


Bahawa beberapa perkara yang disahkan benar .......

(1) Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. cuma Nik Aziz tiada dalam perbincangan ini.

Ulasan: maksudnya memang wujud suatu perbincangan secara serious tentang kerajaan perpaduan ini, cumamya Nik Aziz dan yang sealiran dengannya sahaja, sengaja tidak di jemput
supaya tidak mendapat tentangan.


(2) Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

Ulasan : jika benarlah dakwaan ini, kononnya seluruh pimpinan Pas yg mencadangkan UG ini, kenapa Nik Aziz tidak tahu ATAU sekali lagi perkara ini sengaja dirahsiakan dari pengetahuan Nik Aziz supaya jika Nik Aziz melenting, katakan sahaja perkara ini fitnah, oleh itu Nik Aziz di tekan supaya minta maaf.



(3) Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.

Ulasan : Tuduhan yg sengaja di lemparkan kepada Husam Musa, sedangkan agenda Husam sebenarnya ialah mempastikan agar Pas terus bersama Pakatan Rakyat, sedangkan geng-geng yg pro UG ini sudah berkira-kira mahu bersama BN pula.........tapi yg peliknya tak mengaku tu.......



Perkara diatas adalah antara intipati yang disahkan benar oleh blogger Al-banjari, manakala selainnya adalah nukilan blogger Gomo yang pro Umno. (demikian kata Al-banjari )

Walau macam mana pun blogger Al-banjari mengesahkan bahawa yang di boldkan dengan warna kuning tersebut adalah benar.

Berdasarkan apa yang tersurat dan tersirat ini, tambahan pula di tampilkan dengan ..............

Membuatkan saya termenung seketika .....................................

Apakah yang akan terjadi jika khabar angin ini bertukar menjadi benar ?

Tetapi saya percaya kalau pun mahu dijadikan benar ! bukan mudah ............................

Langkah pertama kumpulan pro UG ini perlu mempastikan supaya pengaruh Nik Aziz di kurangkan didalam Pas, oleh itu dijangkakan mereka akan mempastikan didalam mesyuarat khas malam ini nanti, mereka akan menekan Nik Aziz supaya membuktikan kumpulan pro UG ini masih berhasrat mahu mewujudkan kerajaan perpaduan tersebut sedangkan kononya mereka sudah tutup buku.

Bila Nik Aziz tidak dapat buktikan, mereka akan menekan supaya Nik Aziz minta Maaf, bila ini berlaku, kalau pun mereka tidak mengambil tindakan disiplin kepada Nik Aziz, sekurang-kurangnya imej Nik Aziz sudah tercalar.

Setelah imej Nik Aziz sudah tercalar, mudahlah mereka bertindak lebih jauh dengan menyingkirkan semua penyokong Nik Aziz di dalam jawatan kuasa tertinggi Pas pusat.

Bila ini terjadi, barulah mereka mudah mengadakan rundingan dengan Umno untuk menjayakan kerajaan perpaduan mereka.

Persoalannya, adakah majoriti ahli Pas bersetuju dengan kerajaan perpaduan ini ? kalau tidak bersetuju, mengapa didalam muktamar yang baru sahaja berlalu tempoh hari, semua rantimg dan kawasan terus mengekalkan jawatan presiden sehingga tidak ditandingi, serta para perwakilan terus memberikan kemenangan besar kepada orang-orang presiden ?

Jawapannya ialah, kemunkinan majoriti ahli tidak percaya bahawa presiden tergamak mahu mengadakan kerjasama dengan musuh tradisi mereka iaitu Umno, lagi pun Haji Hadi dan kumpulan pro UG menafikan semua tuduhan itu.

Malah mereka sanggup pula menuduh kononya semua ini adalah angkara Umno yang mahu memecah belahkan Pas sahaja, sedangkan Pas tiada niat pun untuk bekerjasama dengan Umno.

Maka majoriti ahli pun percaya bahawa ini adalah fitnah semata........itulah sebabnya kumpulan pro UG boleh menang didalam mengisi jawatan penting didalam muktamar tempoh hari.

Kini setelah Nik Aziz mencacadangkan supaya satu EGM diadakan bagi membuat keputusan samaada Pas mahukan kerajaan perpaduan atau tidak dan semua yang berminat dengannya di singkirkan atau dikekalkan, barulah ahli Pas buka mata.

Tetapi semuanya sudah terlambat, kini orang-orang Haji Hadi sudah ramai didalam Jawatan kuasa tertinggi Pas dan pada malam ini di sekitar jam 9.00 malam, mereka akan menekan Nik Aziz supaya membuktikan semua tuduhan atau menarik balik semua tuduhan .



Apakah yang akan dilakukan oleh Nik Aziz nanti ?.........................................tunggu dan lihat.






Ahad, 25 Oktober 2009

Hari keempat khenduri aruah untuk Pas


Hari ini adalah hari keempat BN membuat khenduri arwah untuk Pas yang walau pun belum mati, tetapi oleh kerana gembiranya mereka, BN sanggup mengadakan khenduri tersebut lebih awal .

Semua ini berlaku, oleh kerana Pas yang terlalu gembira dengan kemenagan selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat sehingga boleh menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen, malah berjaya pula menawan beberapa Negeri untuk di perintah oleh PR, ia sepatutnya menjadi perangsang bagi parti-parti yang bergabung dibawah PR untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi.

Namun entah di mana salahnya, apabila fajar kemenangan baru sahaja menyingsing, tiba-tiba ada percubaan terutama dari Pas Selangor dan Pas Perak untuk mengadakan kerajaan campuran dengan Umno, iaitu musuh politik mereka selama ini, atas nama perpaduan Melayu kononnya, nasib baik ianya berjaya di tolak, maka akhirnya pihak yang berkepentingan tersebut terpaksa mendiamkan diri.

Setelah sepi buat beberapa ketika, idea tersebut di uji semula di pasaran, setelah mendapat reaksi negatif, mereka yang mengusung idea tersebut kembali menyepi, begitulah beberapa kali, sehingga musridul am Pas Tok Guru Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi.

Tok Guru mencabut serbannya serta melibas kearah mereka-mereka yang terlibat, tidak kira samaada mereka ini terdiri dari Presiden ke, Timbalan Presiden ke, atau mereka -mereka yang sejenis dengannya.

Kemarahan Tok Guru ada asasnya, setelah Pas mencapai kemenangan melalui PR, sepatutnya Pas berusaha bersama PR untuk mencari jalan bagi memperkasakan lagi Pakatan Rakyat, ini tidak ! tiba-tiba Presiden sendiri bertindak memberikan senjata kepada pihak lawan.

Setelah senjata berada ditangan lawan, apa yang boleh dilakukan lagi, jangan disalahkan lawan jika mereka menikam kita kembali dengan senjata tersebut.

Cuba baca dibawah ini, bagaimana gembiranya mereka memperolehi dan menggunakan akhbar milik mereka mengutuk dan mengadudumba supaya Pas lebih berpecah.............

'Tiada siapa jadi dalang'
Pas tak perlu ada EGM
Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat
Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu
Mustafa Ali berdiam diri
Nik Aziz dan EGM Pas


Rakyat kini memerhati apakah PR mampu atau pun tidak untuk menggantikan BN sebagai pemerintah baru pada PRU 13 nanti.

Sepatutnya PR semakin kuat dengan penyatuan parti-parti didalam PR dengan mewujudkan berbagai idea baru dan terkini seperti kearah satu simbol PR, ke arah mempercepatkan pendaftaran PR sebagai gabungan yang sah seperti BN kearah mewujudkan sekretariat PR diseluruh negara dan berbagai lagi.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerjasama semakin longgar, serangan dan tohmahan terhadap kerajaan yang ditadbir oleh PR semakin kerap dilakukan oleh wakil Pas sendiri.

Sepatutnya kerjasama semakin di pereratkan dengan rakan-rakan didalam PR seperti DAP dan PKR, kerana tanpa kerjasama tersebut Pas tidak akan memperolehi kejayaan sepertimana yang di nikmati hari ini.

Tetapi itulah yang berlaku....rupa-rupanya benarlah seperti kata sesetengah orang, bahawa menjaga kemenangan tersebut adalah lebih susah dari bekerja untuk mencapai kemenangan....................................................................................






Sabtu, 24 Oktober 2009

Kisah badut upahan

Berikutan tulisan Nik Aziz didalam blognya sehari dua yang lepas, pelbagai spekulasi yang timbul dari pemahaman masing-masing terhadap maksud yang tersirat dari penulisan tersebut, tambahan pula apabila di tanya oleh pemberita, Nik Aziz menyatakan bahawa beliau Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas.

Ada di antara penulis blog yang mencadangkan agar isu ini usah di perpanjangkan, dengan alasan ianya boleh menggugat kesepaduan didalam Pas, namun apakah kita boleh menutup badan gajah dengan nyiru ?

Kita jangan lupa bahawa Nik Aziz berjawatan Musridul am, satu jawatan yang tertinggi didalam Pas selepas Presiden, oleh itu apabila Nik Aziz menyuarakan isi hatinya di dalam blognya, sudah tentulah ianya perlu di beri perhatian oleh orang-orang Pas.

Tambahan pula apabila beliau menyatakan "Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.

Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini."

Seterusnya beliau menulis " Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita? "

Maksud dari pertanyaan Nik Aziz tersebut ialah " maka kita " perlu juga mengadakan EGM bagi membuat pilihan samaada masih mahu mengekalkan Presiden atau menggugurkannya.

Sesuatu yang pasti ialah jika diadakan EGM, maka kemunkinan besar Pas akan berpecah dua, satu menyokong haji Hadi dan satu lagi menyokong Nik Aziz, dan jikalau keputusan EGM tersebut menyebelahi Nik Aziz, apakah munkin mereka yang pro haji Hadi akan masuk Umno ?

Jika kita teliti dari dulu akan prinsip perjuangan haji Hadi, rasanya tidak munkin haji Hadi akan menyertai Umno, tetapi apabila direnungkan akan sikapnya sejak akhir-akhir ini, terutamanya selepas beliau mengeluarkan idea yang berkaitan Unity Goverment (UG) atau kerajaan perpaduan.

Maka kita merasakan ada sesuatu kepelikan didalam perjuangan haji Hadi, seolah-olah dari mustahil telah bertukar menjadi munkin.

Tetapi saya merasakan jika haji Hadi menyertai Umno, tidak ramai yang akan mengikutinya, ini adalah kerana jika kita mengikuti sejarah yang lepas, tidak pernah berlaku tokoh Pas yang menyertai Umno, memperolehi kedudukan yang sangat baik didalam pertubuhan tersebut.

Kebanyakannya selepas menyertai Umno, akan diangkat untuk seketika sebagai Menteri tetapi tidak berapa lama, iaitu kira-kira setahun dua, maka diadakan rombakan kabinet dan tokoh lompat ini biasanya akan digugurkan dan terus dilupakan, munkinlah haji Hadi juga akan menerima nasib yang sama jika dia menyertai Umno.

Oh ya! terlalu jauh khayalan saya sehingga membayangkan bahawa haji Hadi munkin menyertai Umno, sesuatu yang agak sukar untuk kita membayangkan akan kesan dari tindakan tersebut .

Berbalik kita terhadap cadangan Nik Aziz yang mahu satu EGM diadakan bagi menyelesaikan masaalah dalaman Pas, saya merasakan ianya tidak akan menjadi kenyataan, ini adalah kerana
cadangan tersebut timbul di ketika beliau mengulas tulisan Dr Aziz Bari di akhbar Sinar Harian.

Lagi pun acap juga Nik Aziz ni tersilap membuat kenyataan ketika mengulas sesuatu issue yang akhirnya beliau meminta maaf dan selepasnya, issue tersebut senyap begitu sahaja.

Oleh itu saya sangat percaya bahawa ramai dikalangan ahli Pas yang tidak bersedia menghadapi kesan dari EGM tersebut, samaada kumpulan haji Hadi kalah atau menang kesannya tetap ada, lagi pun apa perlunya diadakan EGM, yang tujuannya hanyalah untuk menyingkirkan pemimpin yang baru sahaja dilantik semula beberapa bulan yang lepas.

Di dalam muktamar tahunan Pas yang berlangsung baru-baru ini, haji Hadi dan Nasaruddin Mat Isa telah pun di ulangsahkan menjadi Presiden dan Timbalan Presiden di tengah-tengah gelora bahawa mereka berdua terlibat di dalam usaha mewujudkan kerjasama diantara Pas dengan Umno.

Orang-orang Pas terus menyokongnya juga, ini bermakna orang Pas suka kerjasama tersebut atau kalau tidak pun orang Pas ini bodoh, kerana kurang membaca, mereka hanya tahu membaca akhbar mereka sahaja iaitu Harakah.

Memang didalam Pas ini, oleh kerana pemimpin mereka pandai mengeksploitasi keadaan, maka jika ada berita yang memberitahu bahawa pemimpin pujaan mereka sudah bertukar angin, mereka tidak akan percaya.

Mereka akan kata itu hanyalah fitnah semata-mata, nah ! kini apa nak dikata lagi, apabila Nik Aziz mengajak supaya diadakan EGM supaya perwakilan Pas membuat keputusan samaada mahu mengekalkan Presiden dan lain-lain pemimpin yang bermasaalah atau menyingkirkan mereka, barulah mereka tercengang-tercengang.

Ahli-ahli Pas ini kebanyakannya masih bermentaliti seperti katak dibawah tempurung, mereka hanya tahu dunia tempurung mereka sahaja, lain-lain mereka tidak tahu, oleh itu untuk menjaga perpaduan didalam Pas, biarkan mereka terus berada didalam dunia mereka sahaja.

Seterusnya saya tidak tahu nak cakap apa lagi, yang sudah pasti didalam keadaan seperti ini, Umno dan Barisan Nasional sangat beruntung kerana wujud beberapa ekor badut didalam Pas yang sudi memberikan pisau kepada Umno untuk menikam Pas sendiri.

Apakah badut-badut ini benar-benar faham akan watak yang dimainkannya atau sekadar hanya mengikut arahan dari pengarah yang sekadar memberikan arahan dari jauh dengan menjanjikan upah yang lumayan jika lakonan tersebut menjadi.

Semua jawapan tersebut akan terjawab apabila sampai masanya nanti, sehingga jawapan tersebut diperolehi, kita hanya mampu melihat sahaja.......................................................








Jumaat, 23 Oktober 2009

Akta lindung pemberi maklumat tahun depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah untuk memerangi rasuah di negara ini, termasuk memperkenalkan akta perlindungan pemberi maklumat tahun depan.

Langkah itu, tegas Najib, ialah untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dan dihormati.

Menurutnya lagi, usaha tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah

di kalangan anggota penguatkuasa dan pentadbiran awam serta memastikan proses juga prosedur Perolehan Kerajaan dipatuhi.

Berucap membentang bajet hari ini, perdana menteri berharap langkah tersebut dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa.

Tiga langkah tersebut ialah pertama menggubalkan akta perlindungan pemberi maklumat bagi menggalak pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salahlaku yang lain.

Katanya, akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan.

Akta ini akan diperkenalkan pada tahun 2010.

Langkah kedua, kata perdana menteri ialah menubuhkan 14 buah lagi mahkamah sesyen khas rasuah dan empat mahkamah tinggi khas
rayuan rasuah.

Pada masa ini, katanya, hanya terdapat dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam, dan

Langkah ketiga, kata Najib ialah untuk meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, ini termasuk mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Semoga usaha membenteras jenayah rasuah ini benar-benar berjaya mencapai sasarannya, bukan sekadar hanya gimik politik semata-mata.......................................................................





Rabu, 21 Oktober 2009

Aduan SPRM terhadap salahguna kereta SUK Pahang

Menurut lapuran dari Malaysia Kini bahawa Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri itu, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Aduan tersebut dibuat oleh Naib Ketua DPP Pahang, Abdullah Abdul Karim di pejabat SPRM Temerloh - yang mengendalikan aduan di bahagian Pahang Barat - kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut Abdullah, laporan itu dibuat kerana semakan pihaknya mendapati terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penggunaan kenderaan kerajaan negeri.

Menurut laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin, terdapat 24 kes penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api melibatkan lima kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kesemua pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak lima liter dengan jumlah kos bahan api sebanyak RM574.53. Malah, sebuah Proton Perdana direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali dalam masa satu minit.

Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan, antaranya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 lebih tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.

Saya memetik berita mengenai penyelewengan yang telah pun di buat lapurannya oleh DPP Pas Pahang, bukanlah sangat kerana mahu memberikan publisiti kepada DPP Pas Pahang,

Bagi saya memberikan publisiti samaada kepada DPP Pas Pahang atau kepada Pergerakan Pemuda Umno tidak penting, yang penting bagi saya sebagai seorang rakyat biasa ialah membenteras segala penyelewengan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Kerana penyelewengan yang dilakukan yang melibatkan wang Kerajaan Negeri akan dengan segera memberi kesan kepada rakyat bawahan seperti saya, sebagai contoh, dengan segala penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang sekarang, yang menyebabkan Kerajaan Negeri boleh di ishtiharkan muflis pada bila-bila masa sahaja.

Kesan segera yang dirasai oleh rakyat biasa seperti saya ialah kenaikan cukai tanah yang meningkat sebanyak 300% mulai tahun hadapan.

Kenaikan cukai ini sudah tentunya adalah sebagai sebahagian strategi persediaan untuk mengelak dari Kerajaan Negeri Pahang menjadi muflis kerana tidak mampu melunaskan arahan Mahkamah bagi membayar denda berkaitan kes balak yang melibatkan wang berjumlah RM 64 juta.

Saya difahamkan bahawa ada dua kes lagi yang juga melibatkan puluhan juta ringgit sedang menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah dan sekiranya kes tersebut di menangi oleh pihak yang menuntut, sudah tentu rakyat jelatalah yang akan menerima kesannya nanti.

Oleh itu kepada semua orang Pahang, kita sebagai rakyat perlu memberikan perhatian kepada kes-kes sebegini, kerana andainya kita buat tidak kisah, akhirnya kesannya akan ditanggung oleh kita juga.

Satu cara yang paling berkesan untuk mengajar orang politik supaya mentadbir negeri kita dengan sebaik-baiknya ialah melalui peti-peti undi.

Andainya kita gagal mengajar orang-orang politik ini melalui peti undi, maka usahlah marah jika orang-orang politik ini mengelentong kita.

Memang orang bodoh mudah di kelentong oleh orang yang pandai, mahukah kita terus menjadi orang yang bodoh ? ........................................................tepuk dada tanya iman.





Isnin, 19 Oktober 2009

Elak pisang berbuah dua kali

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak " pisang berbuah dua kali ".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila anggota parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon BN dalam pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.

Begitulah kisah orang yang bernama Ibrahim Ali yang merasakan dirinya jaguh di Kelantan tetapi rupa-rupanya dia sebenarnya tidak disenangi oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Sikapnya yang tidak tahu mengenang budi itu akan sentiasa di ingati, terutama oleh Nik Aziz yang beria-ia mencalonkannya sebagai calon Pas tetapi terbukti akhirnya tindakan tersebut adalah satu kesilapan besar.

Oleh itu jika Umno pula bertindak menerimanya kembali, adalah jelas Umno sebenarnya menempah masaalah.

Lagi pun apa yang nak dirisaukan tentang Ibrahim Ali ini, beliau bukannya ada pengaruh, buktinya semasa PRU11 dulu, beliau sudah bertanding sebagi calon bebas tetapi tewas kepada calon Umno dan Pas sehingga beliau hanya mampu mendapat sekitar kurang dari 500 undi serta hilang wang pertaruhan.

Oleh itu adalah diharapkan supaya kedua-dua parti baik BN atau Pas agar tidak menerimanya kembali, biar dia terkontang kanteng keatas tidak kebawah tidak dan biarkan di PRU13 nanti beliau sekali lagi bertanding sebagai calon bebas.





Jumaat, 16 Oktober 2009

Harapan yang tidak kesampaian

Najib: Nasib saya kini di tangan ahli kata Presiden Umno itu ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung ke-60, petang tadi.

Ekoran pindaan perlembagaan parti itu semalam, kerusi presiden kini boleh dicabar oleh sesiapa saja yang dapat melepasi kelayakan minimum.

Katanya, mengikut peraturan pertandingan jawatan tersebut sebelum ini, seseorang calon perlu meraih sebanyak 58 pencalonan.

"Bukan mudah nak dapat 58 pencalonan bahagian. Bukan mudah... Biasanya nak dapat satu atau dua pun susah," katanya dalam ucapan penggulungan di perhimpunan parti itu petang ini.

"Nak jadi presiden sampai bila? Seumur hidup? Baik atau untung nasib saya, saya serahkan kepada ahli Umno," katanya lagi.

Begitulah luahan yang disampaikan oleh Datuk Sri Najib selaku Presiden Umno dihari terakhir perhimpunan agung Umno hari ini,

Saya sebagai seorang pemerhati dari tepi gelanggang berpendapat bahawa jikalah ahli-ahli Umno diseluruh negara benar-benar berjaya menghayati akan hasrat Datuk Sri Najib tersebut dan boleh merialisasikannya, saya percaya Umno yang kalau kita ibaratkan kepada orang sakit, munkin boleh pulih dari sakit tenatnya, atau setidak-tidaknya , bolehlah bangun dan berjalan perlahan-lahan.

Apa tidaknya, apabila segala impian rakyat dari akar umbi yang sememangnya mahukan pemimpinnya baik dari parti apa sekali pun, lebih mengutamakan rakyat, bak kata Datuk Sri Najib seterusnya bahawa pada masa dahulu Umno jadi kuat kerana ia merupakan parti pergerakan massa, bukan parti golongan elitis atau golongan bangsawan.

Sebaliknya, Umno adalah satu perhimpunan segala pimpinan Umno dari segala peringkat latar belakang dan bergerak sebagai satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani orang Melayu.

Masaalahnya kini kalau kita perhatikan setelah negara merdeka selama 53 tahun dan Umno juga telah terus berjaya mengetuai kepimpinan negara selama masa tersebut menerusi Barisan Nasional.

Maka hasil dari dasar ekonomi baru yang telah berjaya di eksploitasi oleh segolongan elitis Umno dan berjaya menjadikan mereka termasuk didalam golongan jutawan atau setidak-tidaknya sebagai hartawan, suatu hasrat yang tidak pernah terlintas didalam pemikiran penggiat-pengiat Umno yang terdahulu.

Maka setelah mereka berjaya meraih kejayaan yang sebegitu rupa menerusi kegiatan mereka didalam Umno selama ini, apakah mereka boleh kembali untuk bekerja seikhlas munkin, dengan tidak mengharapkan sesuatu ?

Apakah munkin ketua-ketua bahagian, ketua-ketua wanita, ketua-ketua pemuda, ketua-ketua puteri akan bekerja untuk parti dan rakyat dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan untuk mendapatkan projek dan sebagainya, sedangkan selama ini atas dorongan projeklah mereka-mereka ini sanggup kehulu kehilir kononya untuk menabur bakti.

Atas nama projeklah mereka-mereka ini sanggup bermati-matian mengejar jawatan dan cuba mempertahankannya selama munkin.

Apakah selepas ini, golongan yang saya sebutkan diatas, yang sedang menguasai Umno kini, akan membiarkan golongan lain mengambil aleh kepimpinan Umno, sedangkan menerusi jawatan mereka didalam Umnolah yang meletakkan mereka dikedudukan yang mereka nikmati hari ini.

Saya sangat percaya jika polisi sekarang yang menganugerahkan projek kepada ketua-ketua Umno dihentikan, munkin hasrat Najib tersebut boleh tercapai, semua projek di keluarkan secara tender terbuka, tiada sebarang keistimewaan walau kepada sesiapa pun.

Masaalahnya bolehkah Umno bergerak tanpa anugerah projek-projek ini ? bukan rahsia lagi bahawa Umno masih boleh bergerak kerana memperolehi kewangan dari pelbagai sumber yang diselewengkan dari projek-projek kerajaan.

Tanpa sumber-sumber ini, Umno tidak munkin boleh bergerak, apakah munkin Umno menjadikan ceramahnya sebagai tempat mengutip derma, sebagaimana yang dilakukan oleh Pas ?

Kalau pun idea ini cuba dilakukan oleh pemimpin Umno yang lahir dari kesedaran selepas perhimpunan Umno hari ini, apakah ada dikalangan ahli Umno yang akan menghulurkan derma sebagai mana ahli Pas yang sanggup menderma didalam progrem ceramah mereka sehingga puluhan ribu ringgit di sesetengan tempat.

Tanpa wang, adalah agak payah sesuatu organisasi untuk bergerak, lebih-lebih lagi pertubuhan seperti Umno yang ahlinya telah terbiasa bergerak dengan upah, nak behimpun kena upah, nak kempen kena upah, tampal poster kena upah, semuanya kena upah, tanpa upah kerja tak jalan.

Oleh itu saya sangat percaya hasrat Najib tersebut hanya cantik diatas kertas sahaja, untuk melaksanakannya sangat payah sekali.

Orang pertama yang akan melanggar iltizam perhimpunan Umno hari ini ialah dari pucuk pimpinan sendiri, merekalah yang akan membolot segala projek yang besar-besar dan selepas itu akan mengagih-agihkan pula kepada kroni-kroni mereka.

Mereka menyedari tanpa kroni-kroni, mereka tidak akan kekal lama dikerusi empuk mereka, maka diketika itu segala harapan dan impian untuk menjadikan Umno sebuah parti sebagaimana diawal kewujudan dahulu, yang pemimpinnya benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat, tidak bekerja untuk mengejar jawatan, tidak menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk mengejar kekekayaan, akan hancur berkecai sebagaimana hancurnya gumpalan debu-debu yang berterbangan.






Khamis, 15 Oktober 2009

Kekalahan yang ada hikmahnya

Setelah pilihan raya kecil Bagan Pinang berlalu, pelbagai analisis telah diutarakan oleh pelbagai pihak yang merasakan diri mereka pakar, baik didalam akhbar perdana mahu pun didalam akhbar -akhbar yang di panggil nyamok, malah tidak terkecuali juga melalui TV.

Oleh kerana kini di zaman internet yang membolehkan orang biasa seperti saya menulis dan turut menyampaikan pendapat kepada umum, maka bertaburanlah keluar pendapat-pendapat yang beraneka ragam ini di dalam laman blog masing-masing.

Didalam keadaan yang sedemikian rupa, saya sebagai insan kerdil, juga turut terpanggil untuk menyatakan pendapat saya, meski pun agak terlambat oleh kerana hambatan waktu didalam melayari kerjaya seharian.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah mengenai persoalan, mengapa Pas kalah teruk di dalam PRK Bagan Pinang sedangkan didalam PRK yang lepas, PR menang selesa kecuali di Batang Air di Serawak.

Antara sebabnya bagi saya ialah hilangnya keyakinan dikalangan masyarakat bukan Melayu terhadap pendekatan Pas didalam hubungannya bersama Pakatan Rakyat.

Sebagaimana yang kita semua tahu, masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina tersangat peka dengan percaturan Politik, lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan kepentingan masyarakat mereka.

Didalam keadaan dimana sebilangan besar orang bukan Melayu telah semakin hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Barisan Nasional dan didalam keadaan dimana mereka sudah boleh menerima Pas, sudah boleh memberikan undinya kepada Pas.

Malah didalam PRU12 yang lepas, bukan sedikit kawasan yang penduduk bukan Melayunya adalah melebihi 40% dan sebelum PRU12 kawasan tersebut ditandingi dan dimenangi oleh calon bukan Melayu, tetapi semasa PRU12 kawasan tersebut telah diberikan kepada calon Pas dan berjaya dimenangi olehnya.

Kenapakah ini semua boleh berlaku ? adakah ini berlaku kerana Doa dan Sembahyang hajat yang sering dianjurkan oleh Pas sehingga diadakan didalam stadium dan dihadiri berpuluh ribu orang ?

Saya tidak menafikan bahawa peranan Doa dan Sembahyang hajat memang boleh melembutkan hati seseorang, namun Doa dan Sembahyang hajat sahaja tidak cukup untuk mencapai hasrat yang di inginkan.

Oleh itu peranan yang paling penting yang telah berjaya mencuri hati orang-orang bukan Melayu sehingga mereka sanggup menolak calon dari bangsa mereka sendiri semasa PRU12 itu dan mengundi calon Pas, sedangkan Pas menggunakan lambang bulan dan tidak pun mengunakan lambang Pakatan Rakyat, ialah kerana keyakinan mereka bahawa Pas telah benar-benar berubah.

Pada sangkaan orang-orang bukan Melayu ini, Pas benar-benar mahu bersama Pakatan Rakyat, sanggup jatuh bangun bersama, berat sama di pikul ringan sama di jinjing.

Namun setelah keputusan PRU12 diumumkan dan memberikan pukulan maut kepada BN amnya dan Umno khasnya serta memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat yang didalam pakatan longgar tersebut merangkumi Pas, Pas mendapat manfaat besar dari pakatan tersebut dengan pertambahan wakil rakyatnya yang berkali ganda baik didalam Parlimen mahu pun didalam Dewan-dewan Undangan Negeri.

Rupa-rupanya kemenangan yang sepatutnya memberikan puluhan malahan ratusan kali ganda kekuatan kepada parti Pas sendiri dan juga Pakatan Rakyat, telah berubah menjadi kelemahan yang tidak di jangka.

Sudah ada dikalangan sebilangan pemimpin Pas merasakan bahawa dengan kemenangan tersebut mereka tidak perlu lagi bersama Pakatan Rakyat, mereka kononya boleh berdikari.

Mereka merasakan bahawa mereka boleh melupakan ikrar mereka dahulu, yang bertekad bahawa walau apa pun yang terjadi mereka tetap mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama dan bersetuju menjadikan Anwar sebagi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya memperolehi majoriti di Parlimen.

Sudah kedengaran suara-suara sumbang yang mahu ikrar tersebut di ubah dengan menjadikan Haji Hadi sebagai pemimpin utama didalam Pakatan Rakyat.

Malah yang paling mengejutkan ialah apabila ada pertemuan didalam gelap diantara pemimpin-pemimpin tertentu didalam Pas dengan pemimpin Umno yang kononnya mahu mengadakan kerajaan perpaduan diantara Pas dengan Umno.

Walau pun pada mulanya cuba dinafikan oleh mereka-mereka yang terlibat, namun masakan bangkai Gajah boleh ditutup dengan nyiru, akhirnya dengan muka tebal, pemimpin terbabit mengaku juga walau pun cuba dicari ayat-ayat yang sesuai bagi mewajarkan tindakkan mereka.

Sebenarnya idea Kerajaan Perpaduan atau lebih popular dengan nama Unity Goverment ( wah ! yang tak pandai bahasa mat saleh pun berbelit-belit mahu juga bercakap dan menyebut perkataan tersebut walau pun sebelumnya tidak pernah cakap orang putih pun ) ini memang satu perangkap maut bagi Pas.

Idea ini dibawa oleh Hj Hadi dan dikutip dari Indonesia, mujur juga masih tidak menjadi kenyataan, kalau tidak sudah tentu pasukan yang menamakan dirinya " Bendera " itu akan mengamuk sakan dengan membawa buluh runcing mahu menganyang Hj. Hadi kerana meniru idea tersebut dari negara mereka.

Bagi orang-orang bukan Melayu, tindakan sesetengah pemimpin Pas yang mahu bekerja sama dengan Umno adalah satu tindakan " tikam curi " yang sangat tidak wajar setelah mereka sanggup bekorban dengan memberikan undi mereka kepada Pas, sedangkan dikawasan tersebut turut di tandingi oleh calon bukan Melayu, namun atas semangat setiakawan mereka sanggup memenangkan calon Pas.

Oleh itu apabila tiba pilihan raya kecil di Bangan Pinang, mereka melihat calon yang bertanding adalah diantara Umno dan Pas, oleh kerana Pas cuba belot maka lebih baik mereka sokong saja calon Umno, tambahan pula Umno telah menjanjikan Bulan dan Bintang.

Adalah diharapkan semoga kekalahan teruk yang dihadapi oleh Pas ini akan memberikan suatu pengajaran yang sangat berguna bagi Pas.

Bahawa Pas dan Pakatan Rakyat rupanya sangat memerlukan sokongan dari pelbagai kaum seandainya masih mahu juga bercita-cita memerintah Malaysia di suatu hari nanti................................... Sekian.