Isnin, 13 Disember 2010

Kegembiraan Yang Mengundang Padah

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara....Berita Penuh


Setelah menatap berita diatas, saya dapati didalam keghairahan Utusan mempromosikan  kenyataan yang berasal dari Agensi perisikan Singapura yang kemudian di panjangkan pula kepada  agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) memperakukan pertuduhan  liwat yang dihadapi oleh DSAI adalah kononnya benar, saya dapati pihak-pihak yang selama ini sering mendabik dada sebagai benteng di dalam mempertahankan kedaulatan Negara senyap dan diam membisu.

Mereka-mereka  yang saya maksudkan itu ialah PERKASA dan lain-lain NGO yang sewaktu dengannya, jikalau selama ini bila keluar sahaja kenyataan terutama dari DSAI yang agak konstroversi sedikit  walaupun belum jelas akan arah tuju dan buah butirnya,  namun akan segera disanggah dan disertakan dengan tunjuk perasaan, tetapi agak berlainan pula bila berhadapan dengan  kenyataan dari Singapura ini biar pun jelas ianya boleh menggugat kedaulatan Negara.

Apa yang saya maksudkan ialah,  berkaitan berita bahawa badan perisikan Singapura memperolehi maklumat tersebut melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.....  munkin bagi sesetengah orang, sesiapa sahaja boleh memintas  talian tersebut, tetapi bagaimana pula jikalau kita andaikan bahawa didalam usaha Singapura memperolehi maklumat sulit dari Malaysia, mereka bukan sahaja memintas berkaitan maklumat biasa tetapi juga meliputi maklumat-maklumat sulit Negara hatta maklumat ketenteraan Negara Malaysia.

Saya percaya bagi sesetengah pihak, oleh kerana terlampau gembira diatas kesudian Singapura yang turut memperakukan bahawa perbuatan liwat oleh DSAI adalah benar-benar berlaku, maka perbuatan Singapura mengintip perkara rahsia dari Malaysia telah dianggap tidak mengapa.

Kadang-kadang terfikir juga oleh kita apakah kenyataan dari Singapura ini boleh dipercayai ? atau munkinkah ianya di dorong oleh kerana sesuatu  kepentingan yang hanya Singapura sahaja yang tahu......... munkin konsep gua tolong lu..., lu tolong gua..... boleh berlaku......... wallahhuaqlam.







1-   Diplomat Singapura hina negara jiran
SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam. Lagi...



















Sabtu, 4 Disember 2010

Ucapan inikah yang dikatakan mahu MEMUSNAHKAN orang Melayu ?


Inilah ucapan Wan Azizah di konggres PKR hari itu, saya petik dan perturunkan ucapan di bawah tajuk kecil "Bangsa Bermaruah" dari point 27 hingga 32:
Saudara saudari sidang kongres;

Saya, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai tuan. Kitab al Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi tuan dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikan kepada insan lain).

Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu andainyasesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.


28. Sebenarnya dalam tradisi orang Melayu mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapann pantun klasik di bawah;

Tenang tenang air laut
Sampan kolek mudir ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasanya nak junjung.

Kapal belajar dari Arakan,
Ambil gaji jadi jemdui,
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

29. Justeru itu konsep ketuanan Melayu wajib dibakulsampahkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah. Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan orang Melayu.

Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, daif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi hanya dibayar RM 9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga dari keluarga itu adalah terdiri dari keluarga Melayu.


31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan hak kaum pribumi di negara ini.

Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu, manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan pula hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli ini dalam kerangka keupayaan kita.


32. Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO bukan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti ini hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu . Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat di Malaysia.

Cuba perhati dan hayati betuk-betul teks ucapan Wan  Azizah itu. Apakah di situ bermaksud ia ingin menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu atau membuang Raja-Raja Melayu, menyentuh langsung perlembagaan negara?


Di dalam perlembagaan Negara tidak ada perkataan ketuanan Melayu. Malahan konsep ketuanan Melayu yang diperagakan Umno itu tidak ada. Ini disahkan sendiri oleh ahli sejarah Prof Dr EmeritusKhoo Kay Kim dan juga pakar-pakar perlembagaan yang tidak berkepentingan serta peguam yang berdiri atas necara keadilan.


Maka berdasarkan apa yang tertera diatas nyatalah bahawa isu mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yang di tempekkan adalah modal murahan UMNO semata-mata.