Isnin, 18 Januari 2010

Ada orang sangat sedih - harapan tak menjadi


"Allah" adalah isu sensitif apabila Mahkamah memutuskan bahawa orang Kristian boleh menggunakannya. Isu ini cukup sensitif dan boleh menjadikan Negara ini porak-peranda.

Sesetengah mereka itu sangat mengharapkan agar isu ini memecahkan hubungan kaum dan agama di Negara ini. Mereka berharap agar kejadian-kejadian melimpar molotov cocktail (bomb) dan cat kearah gereja akan menyemarakkan satu emosi dikalangan penganut Kristian supaya bertindak balas.

Orang Islam akan terus memusnahkan gereja dan orang Kristian akan membakar masjid dan surau. Itulah harapan mereka. Apakah tujuan mereka? Mereka berharap supaya Negara ini pecah keamanan, huru hara dan haru-biru supaya satu pemerintahan Mageran dapat ditegakkan, semua parti-parti politik diharamkan dan semua kerajaan dari pusat hingga ke Negeri-Negeri dapat diperintah melalui undang-undang dharurat, parti-parti politik diharamkan, dan mereka akan memerintah manakala semua pemimpin aktif pembangkang akan ditahan dibawah ISA.

Rupa-rupanya harapan mereka tidak menjadi. Perbuatan jahat dari mereka melimpar bomb dan cat tidak berbalas.

Apa yang berlaku Parti-Parti Politik Pembangkang dan NGO-NGO Islam mengambil keputusan untuk turun menjaga gereja-gereja supaya perbuatan jahat dari mereka itu dapat dihalang. Orang Islam turun menjaga keselamatan gereja, satu fenomena yang cukup luar biasa yang mencemaskan golongan mereka yang jahat itu.

Kemudian, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam mengatakan adalah tidak mengapa bagi penganut-penganut Ugama Kristian untuk memanggil Tuhan mereka sebagai Allah seperti panggilan yang dibuat beribu-ribu tahun dulu oleh penganut-penganut Yahudi dan Kristian dan seterusnya penganut Ugama Islam.

Mereka yang jahat dan jahil ugama sahaja cuba mengsensasikan isu ini bukan untuk tujuan ugama tetapi tujuan politik kerana sokongan rakyat kepada mereka sudah menipis dan mereka berharap mereka dapat mengujudkan pemerintahan dharurat dan demokrasi dipadamkan.

Kini, mereka sangat bersedih kerana harapan mereka tidak menjadi. Rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama kini bersatu, dan tempat mereka yang jahat dan anti-rakyat sudah kehilangan!

Keseluruhan entry diatas di petik dari ( Blog Haji Suhaimi Said )





Ahad, 17 Januari 2010

Usah di tanya .

Apabila saya terpandang berita bahawa kononnya Anwar akan mencipta isu baru menjelang 25 Januari ? darah saya mengelegak serta merta, apa tidaknya, yang menjaja cerita tersebut adalah bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwanddin Hamzah yang kononnya pernah berkhidmat di akhbar rasmi PKR, 'Suara Keadilan' dan pernah memegang jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan.

Sebenarnya di akhbar utusan meloya ini, apa-apa juga berita yang berkaitan Anwar Ibrahim, malah di tambah-tambah lagi yang bertujuan untuk memburuk-burukkannya, maka segala bekas-bekas yang tidak berguna akan menjadi sangat berguna dan sangat bererti bagi utusan meloya, yang pangkat paling kecil akan serta merta bertukar menjadi pangkat paling besar .

Tetapi perangai ini sebenarnya kalau kita teliti bukanlah sesuatu yang menghairankan, di ketika Anwar gah di persada politik negara, di ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, akhbar utusan meloya ini jugalah yang sibuk menjaja kebaikan Anwar.

Di ketika itu segala yang dilakukan oleh Anwar adalah baik belaka ....begitulah ragam politik.

Kini Anwar di anggap pencabar kepada ketua no.1 negara, maka mahu atau tidak mahu, Anwar mesti di hapuskan dari pentas politik negara, bagaimana caranya, adalah terpulang kepada para pencacai melaksanakannya.

Kewangan tidak menjadi masaalah, kerana peruntukkan untuk tujuan tersebut sudah lama di sediakan, sudah lama di kumpulkan, dari mana sumbernya, usah di tanya, kerana kita mentimun, mana boleh tanya tentang Durian yang berduri, silap-silap tanya ISA menanti.

Begitulah falsafah demokrasi yang di ajar di Malaysia, Hakim, Polis, Sprm, dan semua cabang penguatkuasa serta media mesti di uruskan supaya faham peraturan bahawa mentimun tidak boleh tanya durian, durian memiliki kekuatan, boleh buat apa sahaja, mengolek kena, di golek pun kena.............

Kalau dah begitu keadaannya, maka apakah peranan rakyat jelata seperti kita ? apakah kita hanya berperanan melihat dan menonton sahaja ?...........kini semuanya terserah kepada diri kita sendiri ..................








Sabtu, 16 Januari 2010

Semakin bosan dengan politik

Satu berita di Utusan Malaysia atau di sebut sebagai Utusan Meloya oleh kalangan para penyokong pembangkang menarik perhatian saya, berita tersebut menyebut ................

KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.(seterusnya)

Apabila saya terbaca berita ini saya teringat tentang satu blog yang menyiarkan perkara ini terlebih dahulu, iaitu sebulan yang lepas dan saya telah mengulang siar di blog saya, ( klik di sini ) ianya di tulis oleh kickdefella.

Setelah membaca berita tersebut di Utusan M'sia hari ini, maka jelas lah bahawa apa yang di tulis oleh kickdefella sebelum ini, adalah benar. Namun satu kelebihan Nik Aziz didalam perkara ini ialah, beliau mempunyai ramai sekali pengikut yang sanggup melupa dan memaafkan segala perbuatannya, walau sebesar mana sekali pun kesalahannya.

Disinilah puncanya ramai dari kalangan peminat politik yang bosan dengan politik, apakah perlu kita sebagai penyokong, menjadi penyokong semata-mata tanpa boleh menilai samada seseorang pemimpin itu masih boleh disokong lagi atau tidak.

Satu masa dahulu Dr Mahathir sering menjadi sasaran dengan meminta beliau berhenti dari menjadi PM atas alasan beliau sudah tua, tetapi kini Nik Aziz juga sudah tua, tetapi tiada pula kita dengar suara penyokong Pas meminta beliau berhenti, malah atas rasa ketaksupan, masing-masing meminta beliau terus memegang jawatan.







Jumaat, 15 Januari 2010

Meludah kelangit .

Saya sangat tertarik dengan dua berita dibawah, kesimpulan dari berita tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa demi survival politik, Umno sanggup menjilat ludahnya kembali. Nah sekarang kepada para blogger yang menyokong Umno, kepada para pembaca yang pro Umno, kita ingin menyarankan kepada anda semua, bertanyalah kepada diri sendiri, dimanakah kedudukan anda sekarang.

Tidakkah segala kutukan anda semua kepada polisi baru Pakatan Rakyat yang jelas memperjuangkan Malaysia yang lebih adil, telah ditiru bulat-bulat oleh kerajana BN ?


Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah, selama ini, anda mengutuk pendirian Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaannya oleh penganut Kristian, nah sekarang......................................apa macam ?


Berita pertama =

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu 30 peratus daripada pengambilan baru pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) terdiri daripada bukan Melayu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuota pengambilan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus itu bertujuan membuktikan bahawa MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh adalah terbuka kepada semua kaum di negara ini.

"Walaupun kampus baru maktab tersebut yang terletak di Sungai Besi akan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang, tetapi pada tahun ini apabila keputusan PMR diumumkan, pengambilan pelajar ke tingkatan empat dan tingkatan 5 akan dimulakan sebagaimana mengikut arahan perdana menteri," katanya selepas menyampaikan sumbangan pada majlis malam amal 1Malaysia anjuran syarikat Vesta di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata ketika ini, jumlah pelajar bukan Melayu yang menuntut di maktab berkenaan adalah kira-kira lima peratus.

Katanya, berdasarkan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib, beliau yakin pengambilan pelajar di kalangan bukan Melayu akan meningkat sebanyak 50 peratus (berita selanjutnya)


Berita kedua =

Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.


Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ (berita selanjutnya)



Baca juga pendapat lain yg berkaitan





(2) Pekida, Pewaris & NGO, kenapa tak Bantah ?









Isnin, 11 Januari 2010

Ingatan kepada penyokong PR

Adalah dengan ini di peringatkan kepada para penyokong Pakatan Rakyat, baik daripada mana-mana parti pun, supaya jangan gatal tangan, cuba-cuba nak melempar bom petrol kearah mana-mana Gereja.

Ini adalah kerana di dalam keadaan PDRM ketandusan idea bagaimana mahu menangani masaalah pembakaran Gereja sejak akhir-akhir ini, di khuatiri ada diantara penyokong PR yang bertindak bodoh membaling bom petrol ini.

Jangan lupa kita mentimun, kalau geng PR satu orang saja yang buat, nanti semua yang berlaku itu, di tuduh kepada PR.

Umno suka sangat kalau perkara ini berlaku, bolehlah dia orang tuduh PR yang jahat dan sebagainya.................ingat tu..................


Sebagai tambahan, maka di bawah ini saya copy sepenuhnya dari blog Mutaligat

Memang sudah menjadi amalan dunia bahawa salah satu cara untuk menutup sesuatu isu besar dan rumit ialah dengan mencipta isu lain yang sensitif dan sensasi.

Semua orang tahu antara isu yang hangat diperkatakan sebelum ini ialah isu kehilangan enjin jet, isu PKFZ, isu kenaikan gula, isu MCA dan lain-lain. Kini isu-isu ini sudah hilang kerana ada isu yang lebih sensitif dan sensasi iaitu isu serangan ke atas gereja kristian.

Apakah isu ini sengaja direka dan ditempa oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup isu lain yang sememangnya membuktikan Umno/BN lemah dan lembap dalam mentadbir negara.

Mahu tidak mahu kita terpaksa mengaku bahawa inilah satu antara seribu cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah iaitu menutup isu dengan isu lain yang direkacipta.

Samada isu serangan gereja dan kalimah Allah ini direkacipta untuk kepentingan golongan tertentu sama-samalah kita fikirkan.

Rakyat sudah matang dan kenal siapa Umno/BN. Mereka sudah memerintah lebih 50 tahun .......tepuk dada tanya Iman, tepuk dada tanya akal fikiran kita jangan tanya nafsu .....





Jumaat, 8 Januari 2010

Lagi pening ...................

Wah !!!!!! tertarik juga saya, Utusan Malaysia sanggup membuat liputan langsung, perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah, belum pernah lagi utusan membuat liputan langsung didalam mana-mana demontrasi sebelum ini.




Yang menariknya ialah YB Khalid Samad, iaitu MP Shah Alam, turut menjadi mangsa kemarahan penunjuk perasaan tersebut.





Nasiblah kau Samad................sabor je...lah.............


Yang ini lagi pening.........
dan boleh mengelirukan, Allah untuk Islam sahaja ?

Bukankah Allah itu Tuhan semua manusia di dunia ini...........
tidak terkecuali sama ada dia orang nak percaya atau tidak, hakikatnya Allah untuk semua......

Tuhan hanyalah satu iaitu Allah, mana boleh Allah untuk orang Islam sahaja....

Apakah ada tuhan lain untuk Kristian, ada tuhan lain untuk Buddha, ada tuhan lain untuk Hindu ?
Hakikatnya kita tidak mengiktiraf tuhan-tuhan patung mereka itu, yang ada hanyalah Tuhan Allah, oleh itu perbuatan orang diatas itu tidak betul, mengatakan Allah untuk orang Islam sahaja, adalah ajaran sesat...... tak gitu ustaz.......... Lagi, lagilah peningnya...........................








Apakah ini yang kita inginkan ?

Apa yang di bimbangi sudah pun menjadi kenyataan, keganasan Ugama sudah bermula di Malaysia, kini Gereja di bakar, tidak mustahil sehari dua lagi Masjid pula akan hangus, Apakah ini yang kita inginkan untuk Malaysia ?

Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 9:00am
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

desa melawati church firebomb allah issue 1Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam.

desa melawati church firebomb allah issue 3Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.



Polis perlu bertindak segera sebelum api peragamaan ini merebak dengan lebih jauh, tidak perlu ada pihak yang mahu menjadi jaguh dibiarkan dalam perkara yang tidak menjadi masaalah pun sejak ratusan tahun lalu, sila baca (di sini ) untuk memahaminya.





Khamis, 7 Januari 2010

Double Standard

Saya menyokong pembantahan penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam di Malaysia diatas alasan di bimbangi boleh disalah guna oleh pendakyah Kristian bagi mengelirukan umat Islam.

Namun begitu, ini bukan alasan untuk saya terpukau dengan tindakkan segelintir pihak di dalam Umno yang menyedari bahawa sokongan orang Melayu terhadap mereka yang semakin terhakis, lantas menjadikan isu ini sebagai alat bagi memulihkan semula imej mereka.

Adalah tidak wajar didalam usaha Kerajaan menbuat rayuan diatas keputusan Mahkamah Tinggi, dan diyakini usaha itu akan berjaya, tiba-tiba mengambil keputusan membenarkan pula satu demonstrasi raksasa yang dijangka diadakan esok di beberapa lokasi di seluruh negara.

Didalam beberapa kes yang lepas, Kerajaan sering mengambil sikap bermusuhan terhadap para penunjuk perasaan, antara tindakan yang telah di ambil ialah tidak mengeluarkan permit, menghantar polis pencegah rusuhan (FRU) dan menyuraikan tunjuk perasaan tersebut dengan gas pemedih mata serta rotan, walau pun pihak penganjur menjanjikan satu tunjuk perasaan yang aman, dan tunjuk perasaan tersebut disertai pula oleh pelbagai kaum.

Namun keadaan tunjuk perasaan esok sangat berlainan, peserta yang dianjurkan oleh beberapa NGO ini antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah pada umumnya di hadiri oleh orang Islam sahaja.

Isu yang di jadikan alasan untuk tunjuk perasaan ini pula adalah satu isu yang sensitif melibatkan penganut Islam dan Kristian, iaitu dua Ugama terbesar di Dunia.

Persoalan yang bermain di benak kita ialah, sepatutnya "Perhimpunan aman harus dibenarkan di negara kita. Sama ada kita setuju atau tidak (dengan sesuatu isu), itu soal kedua," tetapi asasnya tunjuk perasaan secara aman harus di benarkan, tetapi mengapa Kerajaan mengambil sikap memilih-milih.

Apabila sesuatu tunjuk perasaan tersebut yang di fikirkan boleh menggugat dan bertentangan dengan kepentingan Kerajaan, walau pun ianya tidak mempunyai motif yang boleh membangkitkan semangat perkauman dan Ugama serta diadakan pula secara aman telah dihalang, Tetapi satu tunjuk perasaan lain yang jelas berbaur semangat keagamaan dan boleh menimbulkan ketegangan Ugama, di benarkankan pula.

Dimanakah keadilan bagi sebuah Kerajaan yang mengaku memegang amanah mentadbir negara Malaysia dengan Adil, Amanah dan bertanggung jawab ?

Adalah jelas perhimpunan esok akan dihadiri oleh orang-orang Islam sahaja dan asas mengapa tunjuk perasaan tersebut perlu diadakan adalah lemah, saya kata lemah kerana perkara ini boleh diatasi dengan mengadakan akta baru atau meminda akta sedia ada dengan memperketatkan syarat-syarat kebolehan penggunaannya.

Disamping itu kaedah perundingan juga boleh diadakan, sepertimana yang bakal diadakan oleh Pemuda PAS WP, yang berhasrat mahu jumpa ketua paderi bagi perundingan untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Oleh itu mengapa masih perlu satu tunjuk perasaan yang sudah jelas, boleh menimbulkan ketegangan Ugama ini diadakan dan direstui pula oleh pemerintah ? jawabnya kerana Umno bakal memperolehi laba darinya.

Kita dapat merasakan bahawa jika tunjuk perasaan tersebut berlangsung esok, antara sasaran penunjuk perasaan itu nanti ialah DSAI, dan barisan kepimpinan PAS yang telah mengambil keputusan mengizinkan penggunaan kalimah Allah tersebut, tetapi dengan bersyarat.

Umno akan mengeksploitasi isu ini sebaik munkin dengan konon alasannya memperjuangkan Agama, walhal selama ini kita tahu pihak mana yang pernah mencadangkan supaya nama Islam diharamkan dari penggunaannya oleh mana-mana pertubuhan, Nasib baik cadangan ini tidak mendapat perkenan yang di pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Itulah Umno yang mendabik dada sebagai pejuang Agama...........................................

Berita terkini menyebut bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

"Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif," katanya

Ini berbeza dengan reaksi Datuk Sri Najib yang ketika di minta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi, berkata Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah'.

Haiiiiiiiiiii apa ni ? kepentingan politik lebih penting dari keharmonian negara ?....terserah.....







Apabila kes Mahkamah ada campurtangan Politik

Walaupun bagi pembenci Anwar, berita ini tiada nilai bagi mereka, tetapi saya tetap menyiarkan juga, sekurang-kurangnya bagi rujukan saya di masa depan..........

Mahkamah Persekutuan Putrajaya akan menetapkan tarikh lain bagi memberi ruang kepada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memfailkan petisyen rayuan dalam usaha mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA dalam kes pertuduhan liwat.

Hakim Arifin Zakaria, Md Raus Sharif dan Abdul Hamid Embong bersetuju dengan hujah peguam bela Anwar bahawa kes itu tidak patut dijalankan dengan terlalu cepat dan akan menetapkan tarikh perbicaraan rayuan itu kemudian. Karpal Singh yang mewakili Anwar dalam hujahnya berkata pihaknya baru sahaja menerima rekod rayuan pada 30 Disember lalu dan mustahil bagi mereka memfailkan petisyen rayuan pada tarikh yang ditetapkan kerana ia jatuh pada hari cuti.

Malah beliau membantah kerana Anwar hanya diberi masa 10 hari dari tarikh 30 Disember itu sedangkan ia sekurang-kurangnya sebulan untuk memfailkan petisyen rayuan tersebut.

Menurut beliau, adalah penting untuk mengikut prosedur perundangan sedia ada kerana kelak akan memberi implikasi ke atas kes-kes jenayah pada masa depan.

Karpal berkata, “saya fikir mereka terlalu tergesa-gesa disebabkan perbicaraan kes tuduhan liwat itu bakal berlangsung 25 Januari ini, namun tidak sepatutnya mereka menggunapakai dalam kes ini.

“Ini kerana jelas dalam Seksyen 51 (a) Kanun Prosedur Jenayah perayu (Anwar) berhak mendapatkan dokumen bagi pembelaannya,” katanya.

Menurutnya lagi pihak pembelaan akan memfailkan petisyen rayuan itu pada 11 Januari nanti.

Anwar, yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas, berusaha mendapatkan dokumen penting dan mustahak bagi pembelaannya.

Namun sehingga kini dihalang dari mendapatkan dokumen serta memeriksa laporan perubatan, rakaman video litar dan sampel DNA akibat keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi rayuan pihak pendakwaan.

Anwar menuntut spesimen rakaman CCTV, laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi, Hospital Kuala Lumpur, nota pakar kimia, senarai pendakwaan, kenyataan pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid dan sampel DNA Saiful.

Dalam pada itu perbicaraan kes ‘Sodomy Trial II’ ditetapkan selama sebulan bermula 25 Januari hingga 25 Februari dengan pihak pendakwaan akan memanggil saksi memberi keterangan.

SEMENTARA ITU, di dalam perkembangan yang berasingan Mahkamah Syariah menetapkan Rabu depan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengarahkan pihak berkuasa Islam Wilayah Persekutuan memulakan pertuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan gagal mengambil tindakan wajar ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful yang difailkan hampir 18 bulan lalu.

Anwar telah menfailkan aduan Qazaf itu setelah Saiful membuat pertuduhan liwat terhadap beliau walaupun laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mendapati tidak ada bukti forensik menunjukkan Saiful diliwat.

Hari ini, Anwar meminta Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie JAWI dan pengarahnya serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom meneruskan pertuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful.

Anwar berkata pertuduhan liwatnya di Mahkamah Sivil telah dibiar berterusan dengan pelbagai kekangan yang beliau percaya berpunca daripada campur tangan politik.