Ahad, 28 Jun 2009

Nasi sudah jadi bubur ...........

Saya sejak akhir-akhir ini semakin malas menulis, entah apa sebabnya saya pun tidak tahu, tetapi apabila terpandang berita ini MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika' yang disiarkan oleh Malaysia kini, saya jadi seperti orang tua menelan pil viagra, tiba-tiba bingkas dan cergas semula.

Puncanya adalah kerana saya terbaca kata-kata, " Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi," kata menteri besar Johor.

Aik... apa hal ni................ tiba-tiba melenting Datuk Abdul Ghani Othman dengan marahnya "Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya,"

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Adoh ! kenapa melenting sekarang weh............ setelah nasi sudah menjadi bubur, sesudah gelas jatuh kebumi dan hancur berkecai.

Inilah masaalahnya kita, jika kerajaan terlalu kuat, apakah kita lupa bahawa dasar PPSMI ini di wujudkan semasa zaman Tiger Dr.Mahathir, semasa itu tiada siapa yang berani menyanggahnya, dimasa itu jika papan yang berwarna hitam dihadapan tetapi Mahathir kata putih, maka orang lain turut kata putih.

Sebab itulah kita dengar di kalangan penyokong kerajaan dimasa itu semuanya menyokong dasar tersebut, malah jika ada yang menentang akan dianggap sewel, begitulah kuatnya pengaruh Mahathir.

Kini barulah berani beberapa pemimpin dikalangan Umno yang menghujahkan bahawa, jika kita mahu pelajar kita mahir berbahasa Inggeris, yang perlu dilakukan ialah menambah masa pengajaran bahasa tersebut tetapi bukan dengan mengajar matematik dan sains didalam bahasa Inggeris.

Munkin kerana menyedari kesilapan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sokongan terhadapnya terlampau kuat, terutama diawal dan di pertengahan pemerintahannya, maka semasa mengulas issue kerajaan perpaduan Hj.Hadi tempoh hari, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa kerajaan yang terlampau kuat sokongannya, tidak bagus untuk negara.

Persoalannya kenapa baru kini beliau mengatakan bahawa sokongan yang terlampau kuat kepada kerajaan tidak bagus untuk negara ?

Oh... kerana beliau kini telah tidak berkuasa dan tidak memerlukan sokongan sebegitu lagi...............Kini semuanya sudah terlambat.

Satu lagi perkara yang munkin mengalami nasib yang sama ialah Pusat latihan khidmat negara (PLKN), ini adalah kerana, perbelanjaan untuk mewujud dan mengadakan latihan di pusat tersebut menelan belanja melebihi RM500 juta setahun.

Kita khuatir setelah puluhan tahun dan puluhan billion wang negara dihabiskan, maka baru disedari bahawa ianya tidak setimpal dengan belanja yang di keluarkan, hasilnya tidak seberapa, akhirnya dasar tersebut dikaji semula, malah munkin dibatalkan terus.

Begitulah nasib beberapa dasar yang dilaksanakan namun berakhir dengan kegagalan dan kita sebagai rakyat tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya mampu bertekak di kedai kopi, tekak semakin kering dan order air secawan lagi................. lagi satu cawan!!!...


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Ahad, 21 Jun 2009

Sekali lagi berkaitan kerajaan perpaduan

Kerajaan perpaduan sehingga kini begitu hebat di perkatakan, kerana idea kerajaan perpaduanlah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md Isa teruk di belasah oleh Musridul am Pas TG Nik Aziz, sehingga memintanya keluar dari Pas dan meletakkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Bachok jika masih mahu meneruskan niatnya.

Kerana kerajaan Perpaduanlah, ketaatan kepada pemimpin khususnya Haji Hadi terburai, malah ada suara-suara dikalangan ahli Pas yang meminta supaya Hj.Hadi dan Nasharuddin Ma Isa jangan hadhir di PRK Manek Urai yang akan diadakan pada bulan depan, begitulah marahnya sesetengah orang Pas kepada idea kerajaan perpaduan.

Kenapa jadi begitu ? adakah orang Pas ini memusuhi perpaduan dikalangan orang Melayu ?

Saya tidak pasti jawapan yang sebenarnya, tetapi saya yakin perkara ini terjadi adalah gara-gara kenangan silam, sejarah lama semasa Pas berada didalam Barisan Nasional dan berakhir dengan Pas ditendang keluar.

Sejarah lama itulah yang sering di ungkit oleh sesetengah pemimpin Pas, sehingga apabila di sebut sahaja perpaduan dengan Umno, seolah-olah cuba mahu berbaik-baik dengan harimau dan mesti dijauhi.

Walau macam mana pun, kalau diikutkan pendapat Tun Dr Mahathir, Pas dan Umno tidak boleh bersatu atas dasar mahu mewujudkan kerajaan Melayu, ianya bahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia yang sememangnya berada didalam keadaan yang kurang baik sejak akhir akhir ini.

Begitu juga jika diadakan kerajaan perpaduan diantara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat,
ianya akan menyebabkan tiada pembangkang lagi didalam Parlimen Malaysia, sesuatu yang tidak baik juga pada pandangan Tun Dr Mahathir.

Kerajaan perpaduan yang sedemikian rupa, boleh di umpamakan seolah-olah manusia hidup tanpa cermin untuk melihat kekurangan atau kelebihan dirinya dan dikhuatiri boleh menyebabkan semakin banyak penyelewengan, begitulah pendapat Tun.

Kalau begitu keinginan orang Pas dan pendapat negarawan terkemuka Tun Dr Mahathir, maka apalah gunanya di heboh-hebohkan lagi berkaitan kerajaan perpaduan tersebut ?

Rupa-rupanya kalau mengikut penilaian blogger NOBISHA ISU "KERAJAAN PERPADUAN" ini adalah untuk me MANTAPKAN PAS ? oi betul ke begitu...

Saya secara pribadi menyokong kerajaan perpaduan ini tetapi dengan syarat, jika ianya berlaku diantara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, alasan saya ialah =


(1) Saya sependapat dengan Tun Dr Mahathir bahawa jika perpaduan diantara Pas dan Umno sahaja, ianya menjadi perpaduan Melayu, perpaduan Melayu sahaja sangat bahaya kepada kesejahteraan Malaysia.

(2) Didalam keadaan politik biasa, amatlah sukar bagi kerajaan untuk bertindak secara benar-benar liberal, ini adalah kerana persaingan politik menyebabkan di pihak pemerintah cuba menguasai semua agensinya, melalui penguasaan inilah menyebabkan berlaku ketidak adilan kepada rakyat.

(3) Kekurangan pilihan orang yang layak untuk memegang sesuatu jawatan, ini berlaku kerana orang yang layak munkin berada di pihak lawan, jika melalui konsep kerajaan perpaduan, pemilihan tidak terikat kepada sesuatu parti lagi.

(4) Kurang Politiking, sekarang pemimpin politik asyik memikirkan dan mencari jalan bagaimana mahu memusnahkan parti lawannya lebih dari memikirkan kaedah mahu membangunkan negara dari kegawatan ekonomi yang dihadapai sekarang.

(5) Boleh mengurangkan ketegangan pendapat dikalangan rakyat, kini ketegangan sering terjadi, walaupun tidaklah begitu memudharatkan dan masih boleh dikawal.

Satu hakikat yang tidak boleh di tolak oleh sesiapa pun, kerajaan perpaduan seperti mana yang di ilhamkan oleh Hj Hadi itu, sangat sukar untuk dilaksanakan.

Sebagai contoh, apa yang berlaku di Indonesia selepas kejatuhan Presiden Suharto, ianya di gantikan oleh Presiden BJ Habibie, tetapi Habibie sedari awal memang telah diberitahu bahawa beliau hanya sebagai Presiden sementara sahaja, iaitu sementara proses untuk mengadakan pilihanraya pertama secara benar-benar demokrasi.

Oleh itu beliau telah membuat perubahan secara bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan dengan meminda perlembagaan, memberi kebebasan kepada badan kehakiman, polis, akhbar dan lain-lain yang di fikirkan perlu sehingga akhirnya beliau telah berjaya memulihkan proses demokrasi di Indonesia.

Antara salah satu punca kejayaannya ialah kerana beliau telah membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan mengajak semua parti-parti politik bersama didalam kabinetnya.

Beliau boleh melakukannya kerana sedari awal beliau memang hanya berhasrat untuk menjadi Presiden sementara.

Sebagai seorang yang tidak berhajat untuk kekal memerintah, maka beliau telah mengambil tindakan dengan mengenepikan kepentingan politik untuk dirinya sendiri, seterusnya beliau bertindak hanya demi kepentingan negaranya sahaja.

Oleh sebab itu walau pun umur pemerintahannya hanyalah 2 tahun sahaja, tetapi beliau telah berjaya meletakkan asas yang benar-benar kukuh didalam sistem negaranya dan diwarisi sehingga sekarang oleh Presiden-Presiden selepasnya.

Apakah situasi di negara kita sekarang sama seperti situasi dimasa Presiden Habibie mengambil alih jawatannya ?

Jawapannya tidak, sekarang Najib yang menjadi Perdana Menteri, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sementara, seperti orang lain yang berkedudukan sepertinya, sudah tentu beliau mencari jalan bagaimana untuk mempertahankan dirinya dan partinya agar kekal memerintah sekurang-kurangnya 2 atau 3 penggal lagi.

Oleh itu sangat janggal untuk mengharapkan Najib boleh melakukan seperti mana yang Habibie lakukan, kerana itulah banyak pihak menyatakan bahawa idea Haji Hadi tersebut hanyalah angan-angan beliau semata-mata, malah jangan terkejut jika ada yang menuduhnya sebagai seorang yang tergila-gilakan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2 ?

Betul atau tidak, bukan saya yang kata, tetapi ada orang sudah tulis didalam blognya.....................








Ahad, 14 Jun 2009

Pindaan yang dialu-alukan .

Walaupun saya sehingga kini bukan ahli PKR, tetapi sebagai rakyat Malaysia, yang bukan tergolong dikalangan orang yang bertaraf jutawan, maka jika berlaku apa-apa kepada negara ini, sudah tentulah saya dan keseluruhan keturunan saya tidak mampu untuk berhijrah kenegara lain.

Justru saya sangat mengharapkan agar negara saya di perintah secara telus, adil, berhemah, kurang rasuah, dan berbagai-bagai lagi harapan yang baik-baik.


Oleh itu apabila PKR iaitu sebuah parti yang di anggotai oleh masyarakat yang berbagai kaum mengadakan kongres khas baru-baru ini bagi meluluskan pindaan perlembagaan parti itu, saya turut menaruh harapan tinggi.

Antara beberapa perkara yang di luluskan, yang diyakini boleh membantu mengurangkan masaalah didalam parti dan seterusnya didalam negara, ialah berkaitan dengan menghadkan masa memegang jawatan sebagai Presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun sahaja.

Selain itu PKR juga mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti, selain itu PKR akan mengadakan pemilihan yang bebas dan akan menginstitusikan amalan undi sulit dalam parti.

Satu lagi pembaharuan yang dilaksanakan ialah menggunakan dakwat kekal yang dicalitkan pada jari semasa proses pengundian serta beberapa perubahan lagi.

Berdasarkan apa yang diluluskan didalam kongres tersebut, jelas menggambarkan bahawa PKR adalah sebuah parti yang cakap serupa bikin, saya berkata demikian ialah kerana kita telah disumbat telinga kita dengan keriuhan yang berlaku didalam sesetengah parti politik, kononnya mahu membanteras politik rasuah (tetapi dipanggil politik wang) .

Malangnya parti tersebut sehingga kini tidak berani membuat perubahan drastik yang sedemikian rupa, semuanya gara-gara pemimpin mereka masih mahu bergayut dan terus berada di tampuk kekuasaan selagi hayat di kandung badan.(walau macam mana pun dikhabarkan bahawa satu perhimpunan khas akan diadakan pada Nov nanti dan munkin beberapa perubahan juga akan dilakukan)

Oleh itu diatas keberanian kepimpinan PKR membuat perubahan tersebut sangatlah dialu-alukan, adalah diharapkan selepas ini, lain-lain parti politik akan turut sama melakukan perubahan sebagaimana yang di lakukan oleh PKR tersebut.





Selasa, 9 Jun 2009

Kisah pelanduk yang lupakan jerat .........

Sungguh lebar senyuman para pemimpin Umno apabila di sahkan Nasharuddin Md Isa mengekalkan jawatan timbalan presiden Pas, munkin pada perkiraan mereka bahawa jerat yang dipasang sudah mengena.

Bahawa sesungguhnya idea unity government adalah satu malapetaka kepada Pakatan Rakyat, tiada siapa pun boleh menyangkal bahawa kesepakatan didalam Pakatan Rakyat akan beransur- ansur renggang selepas ini.

Kita sebagai penyokong bawahan sangat tidak faham diatas idea yang dipelopori oleh Hj.Hadi ini,
apa itu kerajaan perpaduan ? kononnya kerajaan perpaduan bukan sebuah ikatan sebagaimana Barisan Nasional, kononnya ianya sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang, semua ahli boleh menjadi pembangkang dan penyokong.

Maksudnya jika timbul sesuatu isu, dan dikehendaki membuat keputusan, anggota kabinet boleh
menyokong dan boleh menentang, dan akhirnya keputusan dicapai melalui keputusan majoriti,
mana-mana negeri yang telah di perintah oleh dulunya parti pembangkang, terus dibawah penguasaan mereka dan begitulah seterusnya.

Indah sungguh idea ini, kenapa Hj.Hadi tiba-tiba dapat idea sebegini rupa, apakah sebelum tidur, Haji Hadi mengelamun jauh memikirkan tentang nasib hubungannya dengan PKR, tentang Anwar Ibrahim yang telah diwar-warkan bahawa jika PR menang, sahlah Anwar yang akan dilantik sebagai PM.

Apakah Hj. Hadi tidak rela Anwar menjadi PM ? malah lebih rela Najib yang jadi PM ? atau Hj.Hadi benar-benar memikirkan nasib masa depan umat Islam di Malaysia yang kononnya kuasanya semakin terhakis kini ?

Apakah Hj.Hadi dan Nasharuddin mampu mempengaruhi Najib agar membuat perubahan atau HJ.Hadi dan Nasharuddin yang berubah nanti ? ....................oi....serabut sungguh .

Kononnya idea ini telah datang selepas PRU12 dulu lagi, cuma di perhangatkan lagi menjelang muktamar baru-baru ini .

Yang lucunya Umno berlakun seolah-olah mereka tak kisah pun, didalam perhimpunan mereka baru-baru ini, tidak pula kedengaran ada di bincangkan tentang kerajaan perpaduan ini, tetapi didalam muktamar PAS, isu ini meletup pula dan di bayangkan kononya mendapat sokongan.

Andainya nanti kerajaan perpaduan tersebut benar-benar menjadi kenyataan, maka sudah pasti PAS akan berpecah dua, separuh menyokong dan separuh lagi menentang.

Yang sudah pasti, jangka hayat nyawa Umno akan semakin panjang dan setelah Umno kembali kukuh nanti, maka bolehlah dirancang bagaimana cara untuk menyembelih leher para pemimpin PAS yang kebulur sangat nak jadi menteri tu.

Nampaknya ada segelintir diantara pemimpin PAS yang sudah lupa bahawa lubang yang dilaluinya itu dahulu pernah di patuk oleh ular, atau munkin mereka kali ini telah menuntut ilmu yang boleh menawarkan bisa ular tersebut.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org


Selasa, 2 Jun 2009

Perihal pemimpin yang tiada maruah .

Malas sungguh saya nak menulis sekarang ini, tetapi apabila terpandang berita Perihal ayam betina yang cuba berkokok, saya gagahkan juga, bukan apa, saya nak bagi tau bahawa, sebagai manusia kita seharusnya menjaga maruah kita.

Namun dah memang jenis tak tahu menjaga maruah, nak kata apa lagi ............. Pemimpin Umno kini memang tak ada maruah, kalau dia ada maruah dia tak kan berani nak berkata kononnya keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.

Dah la takut nak letak calon, kemudian kempen kepada ahli Umno supaya jangan keluar mengundi, lepas tu ugut lagi, maka yang tak keluar mengundi tu adalah ahli Umno, 5000 orang je, selebihnya adalah penyokong PKR yang yakin PKR boleh menang, jumlahnya 1000 lebih.

Dah sah jika BN masuk bertanding, akan dapat 5000 undi je...... maknanya BN akan kalah juga.

Malangnya akhbar-akhbar kepunyaan mereka berani kata PKR dapat undi merosot, memanglah merosot sebab yang tak datang mengundi tu penyokong Umno, jumlahnya 5,000 orang pegundi sahaja.

Nasib baik kini ada Internet, boleh juga dijadikan alat untuk menyatakan kebenaran, jika tidak, sedap benarlah mereka memutar belitkan berita.

Terbaru berita mengenai Bumbung Stadium Gong Badak runtuh satu lagi kisah yang sangat memalukan jika pemimpin Umno ada maruah, tetapi kerana pemimpin Umno dah hilang kemaluannya, maka terpaksalah ADUN BN mohon maaf pada Husam.

Begitulah kisah pemimpin Umno di hujung usianya, munkin kerana mereka dah nyanyok akibat dari penyakit tuanya, maka kita penyokong PR usah ambil hatilah..........


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org