Rabu, 25 Februari 2009

Profesional Apakah Yang Ingin Di Bawa Oleh Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia ?

Penulis setuju sepenuhnya dengan apa yang disiarkan oleh blog Pemuda bersih ini, oleh itu dibawah ini penulis perturunkan sepenuhnya kandungan artikel tersebut, sekurang-kurangnya boleh juga dijadikan rujukan dimasa hadapan .....................



Apakah makna "profesional" sebenarnya yang mahu diagung-agungkan sangat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?. Apakah profesional dalam "menipu rakyat" atau profesional "membuat siasatan rasuah" atau mungkin juga profesional "membuat penyiasatan terpilih" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini?.

Sementara itu Perdana Menteri Malaysia yang bakal "diturunkan takhta" iaitu Pak Lah Badawi menegaskan, bahawa suruhanjaya itu perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, profesional, tanpa rasa takut dan tidak memihak kepada sesiapa pun.

Soalnya apakah SPRM boleh melakukan sedemikian rupa. Sedangkan mereka yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah adalah dipilih oleh kerajaan sendiri.

Dalam ucapan rasminya di Majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara semalam Pak Lah berkata
‘‘Pegawai dan anggota SPRM perlu mematuhi undang-undang semasa bertugas kerana tindakan sebaliknya akan memusnahkan usaha untuk melakukan transformasi dalam badan ini melalui peruntukan undang-undang,’’.

Masalahnya sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu.

Mutakhir ini, rakyat melihat banyak penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan.

Lihat sahaja dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun baru seminggu laporan dibuat oleh NGO yang pernah dipimpin oleh "Petualang Rakyat" Ezam Md Noor iaitu GERAK.

Namun sepantas kilat pegawai SPRM menubat penyiasatan dan ingin mendakwa MB Selangor itu. Malah Ketua Pesuruhjayanya sendiri pun awal-awal lagi sudah mewar-warkan kononnya Tan Sri Khalid bersalah dan terlibat dengan kes berkenaan.

Walhal ia masih belum dapat dibuktikan serta perbicaraan masih belum dijalankan. Bukankah ini bukti jelas bahawa SPRM sebenarnya memang "profesional" membuat kerja mereka untuk "mengampu kerajaan" UMNO dan Barisan Nasional.


Pendakwaan terpilih, Speaker Perak dan MB Selangor di dakwa
Tetapi Dua bekas Exco Perak cuba untuk dilepaskan

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan.

Apakah ini namanya "profesional" yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu agaknya. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaann berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan.

Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya. Itu belum termasuk lagi isu rasuah "politik wang" dalam UMNO yang terus didiamkan begitu sahaja setelah dikecohkan seketika.

Mungkin agaknya SPRM takut dengan ancaman kerajaan BN dan pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu mereka "menjaga tepi kain UMNO" dalam hal siasatan rasuah ini. Lantaran itulah ada pemimpin UMNO yang mendakwa dipukul, diteranjang serta dizalimi oleh pegawai SPRM semasa dalam siasatan di Kuantan baru-baru ini. Kenapa isu itu terus menyepi? Bahkan tiada lagi laporan mahupun berita mengenai "politik wang UMNO" yang disiarkan oleh media arus perdana hingga ke hari ini.

SPRM nampaknya meneruskan budaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) terdahulu yang hanya menyiasat serta membuat pendakwaan terpilih. Ikan bilis didakwa tetapi ikan paus dilepaskan! Ahli UMNO disiasat dan didakwa, sebaliknya pemberi rasuah iaitu pemimpin UMNO yang akan menjadi calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti itu Mac ini dilepaskan begitu sahaja seperti Khir Toyo, Mat Taib, Khairy, Mukhriz dan ramai lagi sebenarnya.


Profesional SPRM, rasuah pemimpin pembangkang cuba dibongkarkan
tetapi rasuah pemimpin UMNO pula cuba ditutup rapat-rapat

Dalam kes dua bekas Exco ADUN PKR Perak, Jamaluddin Md Razi dan Osman Jailu pun begitu. Kes rasuahnya kini ditangguhkan oleh mahkamah dan SPRM dilihat seolah-olah cuba mencari jalan untuk melepaskan mereka dari segala pertuduhan selepas melihat kedua-dua "mangkuk hayun" itu keluar dari Parti Keadilan Rakyat, menjadi "calon bebas" dan seterusnya menyokong Barisan Nasional di Perak hingga pakatan itu berjaya "merampas kuasa" di negeri itu baru-baru ini.

Laporan rasuah serta penyelewengan kuasa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang kini mengambilalih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak telah dibiarkan begitu sahaja. SPRM seolah-olah "dibutakan mata dan hati" untuk tidak melihat kes "lompat parti" mereka itu adalah berkaitan dan rasuah dan sogokan wang jutaan ringgit.

Justeru itulah kita tidak hairan terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan kelibat pegawai SPRM juga dilihat muncul di rumah Najib Razak bersama kedua-dua ADUN Perak terbabit sebelum mereka bertindak melompat parti dulu. Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa rosak dan "tidak profesionalnya" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu dimata rakyat sebenarnya.

Maka dengan ini kami sekali lagi ingin menjelaskan bahawa kami langsung tidak termakan dengan istilah "profesional" yang diperkatakan oleh Pak Lah terhadap SPRM semalam.

Apa yang jelas ialah SPRM hanya akan profesional terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam melaksanakan tugas mereka. Atas alasan inilah orang ramai terutamanya di Lembah Kelang dipelawa hadir beramai-ramai untuk bersama dengan Saudara CheguBard dalam progrem Himpunan Protes SPRM di Depan Pejabat Suruhanjaya itu di Putrajaya

Berikan sokongan anda bagi menyedarkan pihak berkenaan tentang apakah erti "profesinoal" sebenarnya. Jika beginilah caranya profesional yang dimaksudkan oleh SPRM, maka eloklah badan itu dibubarkan sahaja dari terus berfungsi, tambahan pula Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri dilihat terbabit dengan rasuah dan penyelewengan dalam hal berkaitan kes anaknya di Autralia dulu. Ini semua jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa SPRM "cakap tak serupa bikin".


Speaker DUN Perak disiasat SPRM ( bakal memberi kesan buruk kepada sistem demokrasi di Malaysia)

Pemuda PKR serah SPRM lembu hina kerajaan, satu kesalahan ( memang hina pun.............)


Sabtu, 21 Februari 2009

TINDAKKAN PASUKAN POLIS DAN SPRM SEMAKIN DI RAGUI

Sejak penubuhan SPRM dan usaha memulihkan imej POLIS , yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi, ramai dikalangan rakyat Malaysia, rasa teruja dan menaruh harapan yang tinggi agar apa-apa juga yang berkaitan dengan Polis dan SPRM khususnya yang berkaitan dengan Isu Rasuah Di Malaysia dapat dikurangkan, kalau pun masih tidak dapat dihapuskan .


SPRM sepatutnya perlu profesional tetapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, jelas menunjukkan bahawa, harapan rakyat, akan tinggal harapan sahaja .

Buktinya ialah apa yang berlaku kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim berkaitan dengan lapuran Polis yang dibuatnya

Anwar buat laporan polis kedua kes mata lebam

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis kedua berhubung pembabitan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dikatakan memalsukan bukti penyiasatan kes mata lebam beliau pada tahun 1998.


AMK guna lembu arak laporan rasuah ( kecewa dng sikap SPRM )


Tetapi sebaliknya apabila ada lapuran dari pihak UMNO , cepat-cepat SPRM atau Polis akan bertindak walau pun kesnya masih ditahap yang diragui akan kesalahannya .

Polis akan panggil Speaker Perak

Malah tidak cukup dengan Polis, SPRM pun ikut sama menyibuk, meletakkan seolah-olahnya apa juga yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat adalah tidak mengikut saluran undang-undang, manakala apa juga yang dilakukan oleh UMNO adalah betul .

  • SPRM akan siasat Speaker Perak
    Feb 20, 09 4:45pm
  • ahmad said hamdan aca bpr bossKetua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata dakwaan kes salah guna kuasa terhadap V Sivakumar akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.LAGI
  • Gantung MB dan exco
    Pemuda Umno buat laporan
Tambah meloyakan lagi ialah, apabila kes yang melibatkan UMNO, contohnya Kes Nizar: mereka sibuk meminta diganti hakim yang baru kerana kononnya mereka meragui, akan keadilan hakim tersebut, kerana hakim tersebut pernah menjadi ahli PAS, walhal hakim Mohammad Ariff hampir setahun telah keluar Pas .

Begitu juga berkaitan kes liwat ke 2 Datuk Sri Anwar Ibrahim, mereka juga meraguinya, tetapi kali ini, mereka ragu kerana Hakim tersebut terlalu jujur, mereka tidak mahu Hakim yang terlalu jujur, kerana Hakim yang jujur tidak boleh dibeli, oleh itu berkali-kali mereka meminta kes tersebut dipindahkan keMahkamah tinggi .

Apabila keadaan menjadi sedemikian rupa, sehingga sebilangan rakyat telah hilang keyakinan
terhadap kewibawaan Polis, SPRM dan Mahkamah, apa yang boleh diharapkan lagi .

Kita bimbang, bila keadaan menjadi begini, rakyat langsung tidak mahu memberi kerjasama lagi, sedangkan untuk menyelesaikan sesuatu kes, kerjasama dari orang awam sangat-sangat diperlukan .

Kita ambil contoh, didalam kes Tan Sri Khalid Ibrahim, iaitu MB selangor, beliau telah menyatakan tidak puas hatinya diatas sikap SPRM yang dikatakan dwi standard ...........

  • Dakwa Khalid: SPRM 'dwi standard'
    Abdul Rahim Sabri | Feb 20, 09 6:23pm
  • suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionPeguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan SPRM yang berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya.LAGI
  • Kenapa tidak Musa, Gani Patail?
    MB tiada sebarang kenyataan

Beliau juga tidak puas hati, apabila ada unsur gertak dilakukkan ...............

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim


Anak pengerusi SPRM di tahan, cuba seludup bahan PORNO


Isu Lembu: Antara Dua Darjat MB, Zaman Khir Toyo Terima 123 Ekor Mesra Rakyat, Tapi Bila Tan Sri Khalid Terima 46 Ekor Dikira Penyelewengan


Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti


Kalau keadaan begini berterusan, sampai bila pun negara akan dilanda krisis keyakinan di kalangan rakyat jelata, melaksanakan undang-undang rimba, siapa kuat dia adalah raja .........


Khamis, 19 Februari 2009

TINDAK TANDUK MENOLAK RAJA - RAJA KEHADAPAN SEMAKIN MENJADI - JADI

wah....lucu...lucu...semakin lucu, kenyataan para pemimpin UMNO berkaitan isu tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri dewan itu selama 18 bulan .
  • BN tidak cadang adakan p'raya di Perak
    Feb 19, 09 4:12pm
  • abdullah ahmad badawiPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan Speaker Perak menggantung menteri besar dan enam exconya semalam adalah satu cara untuk mengguling kerajaan BN di Perak.LAGI
  • Isu gantung MB Perak
    PM: Ia satu muslihat...
  • Hang Tuah buat laporan SPRM terhadap Sivakumar
    Muda Mohd Noor | Feb 19, 09 12:35pm
  • Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu bagi pihak pergerakan itu, berkata tindakan speaker Perak itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa, menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.LAGI
  • Minta peguam kaji
    'Menderhaka kepada Sultan'
Di sini saya ingin mengingatkan kepada semua rakan-rakan blogger yang menyokong Pakatan Rakyat, supaya menyimpan keratan akhbar semua kenyataan para pemimpin UMNO berkaitan
kes yang berlaku diPerak sekarang .

Saya sangat percaya, dimasa hadapan , bila mereka menghadapi masaalah dengan raja-raja , kita pulangkan paku buah keras ini balik kepada mereka.

Dimasa yang lepas, bukan sekali dua, UMNO menghadapi masaalah dengan raja-raja, tetapi bila mereka yang melakukannya, walaupun memanggil raja " natang" tidak menderhaka, tetapi kita
tak ada pun memaki hamun raja-raja, dianggap menderhaka pula .
http://www.tranungkite.net/v7/gambar/derisnatang2.jpg

Sekarang ini tersangat jelas UMNO memperalatkan raja-raja, mereka yang melakukan kesalahan, tetapi menolak raja-raja kehadapan dan mereka berlindung dibelakang raja .

Dari belakang raja mereka mengambil kesempatan, melontar apa-apa sahaja objek yang ada ditangan mereka kepada Pakatan Rakyat, tetapi apabila Pakatan Rakyat cuba membalas balik kepada mereka, mereka kata Pakatan Rakyat menderhaka kepada raja, kerana membaling kepada raja, sedangkan Pakatan Rakyat bukannya mahu membaling kepada raja, tetapi mahu membaling kepada puak-puak UMNO, malangnya kerana raja berada dihadapan mereka, maka balingan tersebut secara tidak sengaja terkena kepada raja, lantas mereka pun bertempik mengatakan Pakatan Rakyat menderhaka kepada raja .

Sudalah puak-puak UMNO, rakyat sudah muak dengan cara double standard kamu, mereka akan menjadi hakim didalam pilihanraya kecil tidak berapa lama lagi ........

Munkin bila kalah nanti, mereka akan menuduh bahawa orang-orang yang mengundi Pakatan Rakyat adalah penderhaka kepada raja, kerana kononnya, kumpulan mereka mempertahankan
raja-raja, oleh itu orang-orang melayu mesti menyokong mereka, jikalau tidak, akan dituduh menderhaka kepada raja .

Dengan cara yang digunakan sekarang, saya pasti para penyokong Pakatan Rakyat, akan lebih bersemangat menghadapi pilihanraya kecil nanti, maklumlah orang yang ditindas, biasanya, semakin kuat ditindas, semakin kuat semangatnya .

Oleh itu saya sangat suka dengan penindasan demi penindasan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO sekarang, ianya ibarat seperti menambah minyak petrol kedalam tangki kereta yang sudah kekurangan minyak, sudah pastilah minyak yang ditambah tersebut akan menjadikan
kereta tersebut boleh memecut dengan lebih laju ..........


YANG MENANG JADI ABU, YANG KALAH JADI ARANG

Keadaan politik diNegeri Perak semakin tidak menentu, apakah yang akan terjadi seterusnya tidak mudah untuk diramalkan, benarlah seperti kata pepatah " menang jadi abu, kalah jadi arang" .

Tindakan 'kelakar' - Nazri
Zambry akan ambil tindakan susulan

Dengan episod terbaru, penggantungan MB dan semua exco oleh jawatan kuasa hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri, tambah merumitkan keadaan yang sudah sememangnya rumit .

  • MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
    Feb 18, 09 6:50pm
  • dikemaskini Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.LAGI
  • Perak hadapi krisis baru
    Hee letak jawatan?
Sebenarnya jikalau kita cuba duduk ditengah-tengah, kekanan tidak, kekiri tidak, kita akan nampak dimana silapnya .

Kita tidak boleh menyalahkan dipihak Pakatan Rakyat semata-mata, kerana bertindak seperti apa yang telah terjadi, saya sangat yakin bahawa jika perkara ini terjadi kepada Barisan Nasional
mereka juga akan mempertahankan hak mereka .

Sudah banyak rekod, menunjukkan bahawa jika perkara yang sama berlaku kepada Barisan Nasional mereka juga akan melenting, malah lebih dahsyat lagi, mereka akan menggunakan semua saluran media massa, untuk menunjukkan bahawa tindakkan mereka betul .

  • Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman
    Feb 18, 09 12:18pm
  • nizar jamaluddin and perak and judiciary law Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan danTugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.LAGI
  • Pasukan 10 peguam
    Exco turut hadir
Kesilapan terbesar yang berlaku, ialah sikap memihak DYMM Sultan Perak kepada Barisan Nasional, sepatutnya sebagai seorang raja yang menjadi payung kepada semua rakyatnya, Tuanku tidak boleh memihak kepada mana-mana parti, jika benar pun seperti dakwaan dipihak
Barisan Nasional, bahawa Sultan ada hak untuk menggunakan budi bicara Baginda didalam hal ini .

Tuanku sepatutnya tetap berada ditengah-tengah, dan cara yang tidak memihak kemana-mana ialah dengan memperkenankan permohonan MB Nizar Jamaluddin untuk membubarkan dewan undangan negeri Perak .

( Sultan S'gor serah pada MB ' sepatutnya sultan perak, bersikap seperti sultan selangor, iaitu mengambil pendirian berkecuali didalam politik . )

Jikalau pembubaran tersebut berlaku, dan pilihan raya diadakan, jika ditakdirkan keadaan masih sama, barulah boleh baginda menggunakan budi bicaranya, dan diketika itu, munkinlah
rakyat akan berpuashati .

Diketika keadaan sudah menjadi seperti sekarang, dan kes sudah sampai keMahkamah, jika ditakdirlah kes ini memihak kepada MB Nizar Jamaluddin pun, belum tentu masaalah akan selesai .

Kes Nizar lwn Zambry: Hakim tarik diri

Peristiwa seperti apa yang berlaku di Terengganu, iaitu dipihak Sultan tidak mahu menerima
MB yang dicadangkan, tidak mustahil akan berulang di Perak pula .

Dan jika keputusan Mahkamah memihak kepada BN, dengan kedudukkan ahli dewan 28/28
masaalah juga tidak mudah untuk diselesaikan.

Oleh itu rakyat Negeri Perak perlulah menerima hakikat, bahawa jika diibaratkan sekarang Negeri Perak sedang dilanda peperangan, maka peperangan ini bukan mudah untuk ditamatkan
munkin pengguguran bom atom seperti diHiroshima dan Nagasaki, diperlukan untuk menamatkan peperangan ini ..........

http://i190.photobucket.com/albums/z92/ckwms/atomic-bomb.jpg

Tetapi kepada rakyat perak, usahlah risau dengan keadaan yang berlaku kini, ini adalah proses demokrasi yang biasa berlaku dimana-mana pun didunia, teruskan kerja anda seperti biasa, urusan politik biarkan diuruskan oleh orang politik, kita hanya mengambil bahagian dimasa-masa tertentu sahaja .


Rabu, 18 Februari 2009

KU LI ULANGI PENDIRIAN, NIZAR MASIH MENTERI BESAR YANG SAH

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yang dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan

Depetik dari ........

razaleigh.com : the rule of law/kedaulatan undang-undang


Berita terkini dan seterusnya dibawah =

  • Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman
    Feb 18, 09 12:18pm
  • nizar jamaluddin and perak and judiciary lawDatuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.LAGI
  • Pasukan 10 peguam
    Exco turut hadir



KUASA RAJA - RAJA KITA -





Selasa, 17 Februari 2009

SUATU PENJELASAN BERKAITAN PENGURNIAN GERAN MILIK KEKAL DI PERAK

Dibawah dipeturunkan penjelasan oleh MB Perak ( yang masih didalam proses mahkamah untuk menentukan kesahihannya sama ada beliau masih sebagai MB Perak atau tidak ) sebagai menjawab pertuduhan oleh UMNO kononnya beliau diperkudakan oleh DAP, didalam urusan pengurnian geran milik kekal diPerak .
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/d/db/Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpg


Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

    Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

    Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

    DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

    Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

    Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

    Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

    Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

    Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

    Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!)



  • BIARKAN SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABU NYA ......BIARKAN....BIARKAN .

    Sepanjang saya menulis blog, belum pernah lagi saya menulis berkaitan blog Che Det, oleh itu izinkan saya untuk kali ini, saya menyentuh sedikit tentang tulisan blog paling popular ini .

    Walaupun saya adalah penyokong tegar Datuk Sri Anwar Ibrahim, kerana kekaguman saya terhadap corak kepimpinannya, tetapi saya kagum juga terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir .

    Antara jasa besar yang paling saya kagum terhadap Tun Dr Mahathir ialah kejayaannya menghapuskan kekebalan raja-raja, saya pasti jasa Tun Dr Mahathir ini akan dikenang sampai bila-bila oleh generasi akan datang .

    Untuk kali ini saya tidak akan mengulas berkaitan imuniti raja-raja tersebut, sebaliknya saya akan menyentuh tentang tulisannya dibawah .................

    Che Det
    TINGKAT EMPAT - 1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Me..
    http://www.brusselstribunal.org/images/mahathir1.jpg

    Setelah saya membaca tulisannya kali ini, maka saya terfikir juga, apakah akan terjadi jika .......

    6- Kata berita angin, mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

    Yang pasti Datuk Sri Najib nampaknya tidak berpeluanglah menjadi PM, dan Pak Lah akan terus memegang jawatan sebagai PM manakala Datuk Sri Najib hanya memegang jawatan sebagai Presiden umno sahaja, sehingga ke PRU ke 13 nanti .

    Seterusnya Tun Dr Mahathir berpendapat .................

    9. Jika ada ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, ini tidak mungkin berjaya, oleh kerana sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini, manakala ahli parti lawan memang hendakkan supaya Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan, Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka tentang perkara ini .

    10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, agak sukar bagi kumpulan Datuk Sri Najib (BN) untuk mendapat cukup bilangan bagi meluluskan undi tidak percaya, terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, maka dengan keadaan tersebut jelas Pak Lah boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia .

    Walau macammana pun, dapat difahami, bahawa kekhuatiran Tun Dr Mahathir lebih kepada kumpulan Khairy Jamaluddin yang di rujuknya sebagai orang di
    Tingkat Empat, yang menurutnya, telah tersangat bimbang, terhadap perancangan Pak Lah untuk meletakkan jawatan pada Mac ini .

    Sebenarnya saya terfikir juga tentang
    si Khairy ni jikalau benarlah Pak Lah meletakkan jawatannya pada Mac nanti, bagaimanakah hala tujunya .

    Beliau secara tanpa berselindung lagi didalam blognya mengutuk Datuk Sri Najib, maka jelaslah jika begitu keadaannya, beliau memang tidak mengharapkan apa-apa dari Datuk Sri Najib .

    Maka hala tujunya didalam umno selepas ini, jelas akan terumbang ambing, harapannya untuk menang jawatan ketua pemuda umno, rasanya tersangatlah tipis .

    Tetapi jika berita angin yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir itu menjadi kenyataan, maka suatu suasana baru didalam politik Malaysia akan berlaku .

    Bak kata Tun Dr Mahathir di akhir blognya .........biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya .......biarkan .....................biarkan .

    Jumaat, 13 Februari 2009

    KALAU DIIBARATKAN DI MEDAN PERANG, SATU GENCATAN SENJATA DIPERLUKAN .

    Apabila anda ketepi pantai, anda akan melihat ombak, ada masa ombak melambung tinggi dan ada masa pula ombak menurun, begitu jugalah dengan pergolakkan didalam parti-parti politik,
    kalau beberapa bulan dulu, Barisan Nasional risau dan bimbang, tentang kemungkinan ada diantara anggotanya, yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, kini giliran Pakatan Rakyat pula risau tentang kemunkinan anggotanya melompat ke BN .

    • Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan

    • bn versus pkrKetua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad berkata, rundingan untuk memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan.LAGI
    • 'Tunjuk tanda positif'
      Kemelut politik
    Dari apa yang telah berlaku, jelas bahawa, satu pindaan didalam perlembagaan Malaysia, perlu dilakukan segera, jikalau tidak, sampai bila pun, masaalah ini tidak akan selesai .

    Saya sangat percaya, jikalau pindaan dilakukan sekarang, kedua-dua pihak iaitu BN dan PR akan bersetuju, ini adalah kerana kedua-dua belah pihak telah merasa tertekan dengan apa yang berlaku

    Jikalau selama ini, jika ada pihak pembangkang mencadangkan supaya dibuat pindaan, dipihak BN tidak akan bersetuju, kerana merasakan bahawa mereka berada dipihak yang kuat dan tidak munkin ada ahlinya yang akan melompat ke PR .
    [DSC01868.JPG]

    Begitu juga jika cadangan ini dibuat oleh BN beberapa bulan yang lepas, sudah pasti dipihak PR tidak mahu menyokongnya, kerana merasakan ianya akan merugikan mereka, kerana ada beberapa individu dari BN yang menunggu masa akan melompat ke PR .

    Tetapi kini setelah keadaan, jika diibaratkan dimedan perang, tentera kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan, dan kemusnahan yang sama teruk, maka adalah diyakini bahawa masing-masing memerlukan satu gencatan senjata, dan kedua-dua belah pihak dipercayai akan bersetuju terhadap cadangan tersebut .

    Sebenarnya jika diadakan pungutan suara berkaitan isu ini, saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia tidak akan bersetuju berkaitan isu lompat melompat tersebut, walau diatas apa alasan sekali pun .

    Lompat melompat ini, bukan sahaja menyebabkan ketidak setabilan, malah mengkhianati amanah rakyat, tidak bermoral, dan bermacam-macam lagi keadaan .

    Oleh itu menjadi harapan sebilangan besar rakyat, agar ahli-ahli parlimen kita, boleh memikirkan perkara ini, dan membuang kepentingan peribadi masing-masing, lantas merangka suatu undang-undang anti lompat parti yang boleh di terima oleh kedua-dua belah pihak .

    Semoga ianya boleh menjadi kenyataan didalam masa terdekat ini ............


    Khamis, 12 Februari 2009

    SEKATLAH INTERNET SEKALI, SUPAYA SEMUA RAKYAT JADI BODOH, BARULAH SENANG DI PERINTAH

    Sekali lagi, dengan jelas bahawa pemimpin kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional, tidak pernah terfikir bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan disuatu hari nanti .

    Bagi mereka, Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia untuk selama-lamanya, apakah munkin begitu ?

    Buktinya rampasan hampir 20,000 naskhah akhbar Suara Keadilan yang dilakukan diseluruh negara minggu lepas, dengan jelas menggambarkan hakikat tersebut, alasan mereka bahawa akhbar Suara Keadilan sering memutar belitkan berita, adalah suatu alasan yang sangat mengelirukan .

    • Hampir 20,000 akhbar PKR kena rampas

    • suara keadilanAkhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata Tian Chua.LAGI
    • Rampasan tertinggi sejak Mac 2008
      KDN keluarkan surat amaran
    Apakah akhbar arus perdana tidak memutar belitkan berita ? tanyalah Menteri Besar Terengganu sekarang Dato Ahmad Said, atau tanyalah Tengku Razaleigh untuk mengesahkannya .

    Satu lagi alasan mereka untuk merampas akhbar Suara keadilan ialah kononnya akhbar tersebut adalah untuk ahli sahaja, oleh itu ianya dilarang dijual kepada khalayak umum .

    Kalau ia pun untuk ahli, kalau tidak dijual dikedai, dimana ahli mahu mendapatnya, tentulah dikedai ............... yang bukan ahli, terpulanglah kepada individu tersebut, sama ada mahu membelinya atau tidak, bukan dipaksa .

    Dengan membuat rampasan begitu, dengan jelas, telah merampas hak rakyat untuk mendapatkan berita alternatif dari sumber lain selain dari saluran media mereka .

    Setiap hari media yang mereka kuasai, baik melalui TV, radio, dan akhbar, hanya menyiarkan berkaitan berita dan bahan propaganda kerajaan semata-mata, sehingga muak dan menyampah untuk kita membacanya lagi .

    Apakah setelah mereka menjadi pembangkang kelak, barulah mereka sibuk bercakap soal kebebasan akhbar, dan lain-lain, yang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak demokratik .

    Ingatlah, jika kita mahu dilayan dengan elok, kita mesti melayan orang dengan elok terlebih dahulu, tetapi jika kita sudah mengajar orang dengan layanan buruk, maka apakah boleh kita mengharapkan layanan baik dari orang lain ?

    Atau pun, adakah kini kerajaan mendapat nasihat, bahawa kononnya dengan memberi sedikit kelonggaran yang dipelopori oleh kepimpinan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, maka Barisan Nasional kini telah menerima tamparan kekalahan demi kekalahan didalam setiap pilihan raya
    yang disertainya baik umum atau kecil, oleh itu kebebasan akhbar perlu disekat .

    Jikalau benarlah begitu, nasihat yang diperolehi, maka saya mencadangkan supaya disekat pula internet, sebab internet juga, mampu menjadi alternatif yang sangat berkesan, terutama dikalangan generasi muda, mudi, biar semua rakyat Malaysia jadi bodoh, barulah senang diperintah .


    Rabu, 11 Februari 2009

    ANDAINYA MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA NIZAR MASIH SAH SEBAGAI MENTERI BESAR ......

    Bagaimanakah agaknya peristiwa dua menteri besar ini akan berakhir ? sampai bilakah Datuk Sri Ir Nizar Jamaluddin boleh bertahan untuk terus berada di rumah resmi Menteri Besar Perak tersebut ?

    Penulis pening memikirkan keadaan ini, semuanya terjadi gara-gara Sultan Perak lebih berminat atau lebih yakin kepada kepimpinan Barisan Nasional .

    • Polis halang Nizar ke pejabat MB

    • Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.LAGI
    • Nizar menuju bangunan SUK
      Datang secara aman, pergi aman
    Memanglah kalau mengikut perkiraan kita, jikalau Sultan Perak mengistiharkan saja Dewan Undangan Negeri Perak di kosongkan, sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar, tentulah, keributan seperti sekarang, tidak akan berlaku .

    Cumanya munkin sekarang kita sibuk untuk menghadapi pilihanraya dewan undangan negeri Perak dan sekali gus Parlimen Bukit Gantang .

    Tetapi sekarang sultan memilih untuk memihak kepada kehendak barisan nasional apa nak dikata lagi, sebagai rakyat jelata, kita kena taat sahajalah ...........................
    itulah adat melayu, pantang melayu derhaka kepada rajanya, akibatnya, mereka-mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan, diatas ketaatan orang melayu kepada rajanya ....

    Penulis masih ingat lagi, semasa krisis meminda perlembagaan Malaysia membuang imuniti Raja-Raja dahulu, Pas diketika itu mengambil pendirian menyokong Raja-Raja Melayu menentang Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) samalah seperti UMNO sekarang menyokong Sultan Perak didalam krisis MB Perak sekarang .

    Nampaknya didalam politik ini, pendirian sering berubah mengikut kepentingan, maka usahlah hairan jika UMNO mengambil pendirian seperti sekarang .........................

    Cuma cuba kita bayangkan, kes ini sekarang didalam proses mahkamah, untuk mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah.

    Takdirlah tiba-tiba kes ini memihak kepada Pakatan Rakyat, dan di istiharkan bahawa Datuk Sri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak, apalah agaknya yang akan terjadi ................... malunya Sultan Perak tidak terkira .

    Tetapi andainya keputusan adalah sebaliknya, maka Datuk Sri Nizar Jamaluddin terpaksalah keluar dari kediaman resmi Menteri Besar dengan kenangan-kenangan silam, baik yang manis atau pun pahit .

    Munkin antara kenangan manisnya ialah seperti kenyataan Presiden Majlis Peguam dibawah ...




    Terasa Sebak Dada Baca Catatan ni..................


    Kajian: Majoriti mahu DUN Perak dibubar