Sabtu, 6 Disember 2008

PAHANG DAILY ONLINE BERWAJAH BARU


Pahang Daily Online pada hari ini telah menukar bajunya dan menurut
katanya, dia berazam untuk turut menukar pendirian sesuai dengan tema barunya " satu arah satu tujuan"

. Kami harap, dengan logo baru ini maka tidak timbul lagi spekulasi tentang Pahang Daily Online merupakan "talibarut" pihak-pihak tertentu baik dalam Pakatan Rakyat mahupun UMNO/BN sendiri. Kami adalah "independent" dan tertegak dengan suara rakyat. Kami akan melaporkan segala masalah rakyat dan kepincangan yang berlaku dalam segala urusan berkaitan rakyat. Kami akan membongkarkan segala yang tersirat dan tersurat.

Namun, ikhlas kami katakan, kami lahir sebagai "pejuang rakyat" dan tidak akan terikat dengan mana- mana parti politik semata-mata.

Begitulah azam baru Pahang Daily Online.

Saya sebagai salah seorang pembaca tetapnya, yang sentiasa meletakan kebenaran dihadapan memang sangatlah bersetuju dengan hajat barunya itu.

Dahulu pun saya pernah mengingat kan pahang daily online, supaya jangan sesekali membawa berita fitnah....saya cuma mengingatkan sahaja..bukan menuduh...tetapi telah dimarahi oleh lain-lain pelawat blok ini, sampai mengatakan " ababina babi "

Kini setelah terlancarnya logo baru
dan azam baru, maka saya berharap benarlah supaya kata-kata "kami lahir sebagai "pejuang rakyat" dan tidak akan terikat dengan mana- mana parti politik, dapat dilak sanakan .

Mulai keluaran akan datang, saya ingin melihat pahang daily online mengulas, selain masaalah penyelewengan oleh UMNO,juga kepincangan PAS,KEADILAN dan lain-lain.

Kebenaran mestilah sentiasa diuta makan meskipun mendapat tentangan.

Semoga Pahang Daily Online panjang usianya dan boleh dijadikan sebagai salah satu wadah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.

Sekian sahajalah.........

December 6, 2008 6:26 PM



Delete

Khamis, 4 Disember 2008

Eksklusif: UMNO Pengkhianat Melayu, Pasir Di Johor Sebenarnya Telah Dijual Ke Singapura !!

[korekpasir.jpg]

Salam kepada semua peminat blog Pahang Daily Online, lebih khusus kepada anak pahang jati dan lain-lain yg bertungkus lumus membela UMNO kesayangannya.

Saya sekali lagi ingin mengambil bahagian dan mengulas tentang tajuk yg di paparkan diatas.

Sekali lagi juga, saya masih memegang dengan pendapat saya, bahawa, adalah suatu kesilapan bagi orang ramai,untuk terus memberi undi kepada sesuatu parti untuk memerintah Negeri atau Negara secara terlalu lama.

Contohnya UMNO dan BN, rakyat memberikan mandat kepadanya memerintah Malaysia terlalu lama 51 tahun...

Memang diakui diperingkat awal dan pertengahan, BN telah berjaya membawa kemajuan dan pembangunan kepada Negara, tetapi kini setelah masa berlalu, semangat para pemimpin UMNO dan BN untuk membela rakyat sudah luntur.

Sebabnya mudah sahaja, ramai pemim pin-pemimpin ini melihat, kebanyak kan kawan-kawannya yang jadi juta wan adalah dari kalangan yang rendah moralnya,terlibat dengan berbagai-bagai penyelewengan, ter masuklah penyelewengan penjualan pasir di johor kepada singapura, seperti yang dijadikan tajuk berita, oleh Pahang Daily Online seperti diatas, tidak pernah diambil tindakan.

Kerapkali berlaku, tindakan hanya lah diperingkat siasatan,selepas itu diam...

Buatlah penyelewengan seberapa besar sekalipun, akhirnya siasat dan senyap...

Kenapa ini berlaku ?...sebabnya, yang buat salah pun dikalangan mereka, dan yang nak mengambil tindakan pun mereka juga...

Oleh itu, jalan yang terbaik bagi rakyat jelata untuk mengajar pemimpin yang seperti ini, ialah ,
jangan beri undi lagi kepada BN.

Didalam PRU13 nanti, semua rakyat, dari perlis sampai ke Sabah, mestilah memberi undinya kepada Pakatan Rakyat.

Munkin anak pahang jati akan bertanya saya , apakah bila Pakatan Rakyat memerintah nanti tiada penyelewengan ?

Munkinlah ada, tetapi biasanya, diperingkat awal dan pertengahan masih bagus lagi...yalah macam UMNO dan BN dulu...mula-mula elok...bila dah lama memerintah, baru mereka berani membuat penyele wengan.

Dimasa itu, kita sebagai rakyat hendaklah bijak...kita tukar pula kepada parti lain.

Yang penting, jangan kita taksub membuta tuli...

Apa macam resipi saya ? ok tak... mestilah ok...jom ramai-ramai pakat undi Pakatan Rakyat diPRU13 nanti.......




Rabu, 3 Disember 2008

"Eksklusif: Bongkar, Strategi Puak UMNO Rompak Hutan Balak Secara Berhemah Di Negeri Pahang !!"

Blogger
[balak3.jpg]

ababina328 said...

Sebagai rakyat pahang, saya sangat terkilan dng kes kecurian kayu balak yg seringkali berlaku, perkara ini sebenarnya bukan rahsia lagi,ianya ada dibincangkan secara sosek-sosek dikalangan rakyat.

Banyak pihak yg terlibat sebenarnya,selain kepimpinan umno,
yg paling merumitkan ialah penglibatan pihak istana didalam perkara ini.

Anda semua munkin belum lupa dengan nama "Tengku Wong" beberapa
tahun yg lampau.

Penglibatan berterusan pihak yg tidak bermoral ini, telah menyebabkan kerajaan pahang sering mengalami depisit di dalam belanjawan kerajaan negeri.

Perompakan balak ini terus berle luasa dan entah bila akan berakhir.

Munkin inilah bahayanya jika penguasaan pemerintahan dimonopoli terlalu lama oleh sesuatu parti.

Munkin telah sampai masanya monopoli ini di pecahkan.

Kini terserahlah kepada rakyat pahang untuk memikirkan cara mana
mengatasinya.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakyat pahang untuk membuat perubahan di PRU 13 nanti.

sekian...

December 3, 2008 3:40 PM





Delete

Selasa, 2 Disember 2008

ZAID DIPECAT MALAM INI?

[ScreenHunter_021.jpg]

ZAID DIPECAT MALAM INI?
=======================
Apakah benar Zaid ibrahim akan di pecat dari umno ?

Sebab-sebab pemecatannya ialah kerana hadir di kongres PKR baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan, mana-mana juga parti yg berwibawa,tidak akan membiarkan anggotanya hadir dimajlis parti lain yg sah musuhnya .

Jadi tidak hairanlah jika Zaid Ibrahim akan dipecat.

Cuma yg jadi kemuskilan ialah, sebab-sebab perletakan jawatannya dari Menteri dahulu.

Antara sebab-sebab dia meletakkan jawatan ialah kerana membantah diatas sikap kerajaan yg masih mengekalkan ISA.

Belum pernah seingat saya, ada menteri dari umno yg ada berpendirian seperti ini.

Biasanya yg ada pendirian seperti ini, adalah menteri dari jepun.

Maka sahlah bagi saya, Zaid Ibrahim
bukan calang-calang org.... sebab kalau dia hendak kekal jadi menteri...bukan susah... diam sahaja...apa juga yg dibuat oleh kerajaan...diam !!!! maka lama lah
dapat jadi menteri, tetapi Zaid memilih untuk bertindak meletakan jawatan.

Apa yg diperjuangkan oleh Zaid, sebenarnya adalah kehendak rakyat.

Rakyat sekarang semakin cerdik, bukan seperti dahulu lagi....mereka sudah tidak boleh terima lagi penahanan tanpa bicara.

ISA boleh dikekalkan, tetapi perlu dibuat pindaan supaya kehendak sebenar semasa ISA diujudkan dahulu tercapai.

Sebenarnya Zaid Ibrahim tidak takut dia dipecat, kalau dia takut,
tak munkin dia hadir di kongres PKR,semasa dia dia masih lagi sebagai ahli umno.

Tetapi itulah Zaid Ibrahim....dia tidak peduli apa org lain akan kata, yg penting, apa yg dia buat, dia rasa betul.

Kadang-kadang sesiapa juga yg jadi ketua kepada org seperti Zaid Ibrahim akan pening kepala...sebab
dia tak takut pada sesiapa pun demi perjuangannya.

Kalau diteliti kehendak perjuangan nya, memang dia lebih sesuai berada di dalam PKR yg memang memperjuangkan apa yg di ingini nya.

Kini terpulanglah kepadanya.....pisau dan mentimun berada ditangan nya.......

December 2, 2008 10:27 PM















Delete

Isnin, 1 Disember 2008

"Eksklusif: PKR Serius Akan Kembalikan Hak Raja,



[anwar10.jpg]


SHAH ALAM
: Parti Keadilan Rakyat (PKR) serius dalam membawa isu memperjuang dan mengembalikan kedaulatan institusi beraja di negara ini. Bagaimanapun penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep sebenar mengenainya perlu diteliti sewajarnya agar tidak wujud sebarang ketegangan antara kuasa eksekutif, pihak berkuasa politik dan kuasa istana.

Blogger ababina328 said...

"Eksklusif: PKR Serius Akan Kembalikan Hak Raja,

Saya rasa terpanggil untuk memberi ulasan terhadap tajuk diatas.

Pada pendapat saya, diantara jasa yg paling besar yg telah dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir selain membangunkan Malaysia,ialah menghapuskan imuniti raja-raja.

Apakah kita lupa peristiwa menampar rakyat jelata oleh kerabat diraja sebelum penghapusan imuniti raja-raja suatu masa dahulu ?

Apakah kita lupa peristiwa campur tangan istana di dalam perlantikan setiausaha-setia usaha kerajaan negeri .

Apakah kita mahu peristiwa tersebut berulang kembali...

Apakah kerana penghapusan imuniti raja-raja ini di lakukan oleh Tun Dr.Mahathir, maka setiap apa yg Tun Dr.Mahathir buat di kira tidak betul....walau pun hakikat sebenar nya elok.

Janganlah kita bersikap seperti tikus membaiki labu, perbetulkanlah yg tidak elok sahaja tetapi bukan cuba membaiki semua perkara.

Ingat seburuk-buruk BN, dia telah banyak pengalaman didalam mentadbir negara .

Banyak perubahan -perubahan yg di lakukan adalah disebabkan keperluan semasa .

Memang ada yg buruk, tetapi ada juga yg baiknya.

Fikir-fikirkan lah.....

December 1, 2008 10:57 AM

Sabtu, 1 November 2008

PENGUBAHSUAIAN GAMBAR YANG BOLEH MENJEJASKAN KREDEBILITI SESEBUAH AKHBAR



Baru-baru ini didalam Pahang Daily, tersiar berita tentang penganugerahan
gelaran datuk kepada shahrukh khan, maka disiarkan jugalah gambar shah rukh khan sedang memegang bendera pas yang telah diubah suai sebenarnya.

Dengan penerangan bahawa andainya keluarlah gambar shah rukh khan sedang memegang bendera Pas seperti ini, apakah gelaran Datuk yang telah
di berikan akan ditarik balik ?

Persoalan yang akan ditimbulkan disini bukanlah tentang penganugerahan sebenarnya, tetapi tentang pengubahsuaian gambar yang dilakukan oleh Pahang daily.

Saya berpendapat kaedah pengubahsuaian yang dilakukan, dan di siarkan adalah merbahaya kepada masa depan Pahang Daily sendiri.

Contohnya, jika disuatu masa nanti, Pahang Daily menyiarkan berita eksklusif tentang sesuatu berita, berserta dengan gambarnya sekali, orang akan kata '' alah itu gambar yang diubah suai ''

Kaedah ini sama lah dengan kisah budak-budak bermain disungai yang tiba -tiba dia berpura-pura meminta tolong,..... konon nya dia lemas......... apabila tiba diketika dia lemas betul-betul, orang masih menyangka dia berpura-pura .

Baru-baru ini adalah saya menegur Pahang Daily didalam ruangan komen, tentang perkara tersebut, (suatu teguran yang ikhlas) .....tiba -tiba, ada seorang pembaca yang marah-marah kepada saya dengan menyebut perkataan yang bagi orang melayu, tidak boleh terima '' babi ''.


Anonymous Anonymous said...

woi ababina babi, semua benda yang pahang daily kuarkan so far betul!! tepat!!!! 10000%
yang kau dok kalut apasal?takutttttttttttt kaaaaa?
berapa rosmah najib bayar ko?

woit bangsat, dok diam2 jer la

kepada pahang daily, doksah amik kira komen camni, gampang je.

October 31, 2008 1:48 PM


Blogger - sharuLcyber- said...

buat apa marah2. rasional sikit. org xde akal saja yg suka maki2. pemuda sekarang x suka dakwah keras.

November 1, 2008 1:48 AM

[najibpas.jpg]Gambar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdullah yang memakai serban
ini diterbitkan oleh Pahang Daily juga .

[paklahpas.jpg][hamidpas.jpg][mahathirpas.jpg]

Sabtu, 25 Oktober 2008

BINA MASJID CINA MUSLIM

Mufti Perlis sokong bina Masjid Cina Muslim

KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, penubuhan masjid itu adalah langkah terbaik kerana pengurusan masjid yang dikendalikan oleh golongan tersebut sendiri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina Muslim.

Katanya, jika imam-imam masjid itu terdiri daripada Cina Muslim, pengembangan agama Islam menjadi lebih mudah melalui pengunaan bahasa yang mudah difahami.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Parlimen semalam yang mahukan kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Sebenarnya kita terlalu taksub kepada pemikiran lama, iaitu jika orang cina masuk Islam dipanggil masuk melayu, dan nama pun mesti diubah kepada nama melayu, berpakaian pun seperti orang melayu, maka kerana itulah kita tidak boleh terima jika ada masjid yang akan mengadakan khutbah didalam bahasa mandarin.


Bagi kita Islam itu hanya untuk orang melayu sahaja, sebab itulah kita tidak boleh terima Masjid
khas untuk orang-orang cina sahaja .


Kini rasanya masih belum terlambat untuk kita membetulkan semula persepsi negatif tersebut,
andainya kita berjaya membina Masjid pertama untuk cina muslim, saya fikir perkembangan
dakwah dikalangan orang cina akan lebih lancar dan berkesan .

Andaikata perkara ini berlaku, secara tidak langsung kita berjaya merapatkan jurang antara kaum dan agama di negara kita........................semoga berjaya.................aminnnnn.....................