Selasa, 31 Mac 2009

Pelbagai larangan semasa pilihan raya di bukit gantang


Aku sangat-sangat mengharapkan berita yang di lapurkan oleh m.Star online ini tidak benar, beritanya ialahLarangan sentuh isu Altantuya dan juga dilarang "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja." kononnya larangan tersebut diberikan sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhdap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Kalaulah benar berita tersebut, nampaknya senget sangatlah amalan demokrasi dinegara kita Malaysia yang di cintai ini, tak pernah berlaku dimana-mana negara didunia, semasa diadakan
proses kempen pilihan raya, di pihak kerajaan menggunakan semua saluran yang ada dari TV, Radio, dan Akhbarnya, manakala di pihak pembangkang tidak di benarkan, malah disekat-sekat.

Kalau hasutan perkauman, memang kita sokong disekat, ini tidak pula, kerana UMNO memang
sebagai parti perkauman, itulah modal mereka, memainkan isu perkauman, sebaliknya pula dipihak pembangkan tidak memainkan pun isu perkauman.

Kepada para pengundi di Bukit Gantang, fikir-fikir dan renunglah apa yang di lakukan oleh BN semasa memerintah, inilah masanya kita buktikan bahawa rakyat di bukit gantang menolak pemerintahan BN.

Bantahan PPSMI bergema dalam p'raya

Jom Bantu Polis - Edarkan Banner & Poster "JANGAN SEBUT ALTANTUNYA"

Pemimpin PKR, DAP pula dilarang berkempen di Bukit Gantang.



Betulkah umno/BN di Bukit gantang bergolak ?

UMNO/BN Bukit Gantang bergolak lagi. ini bukan omongan kosong, tapi kenyataan. tak percaya, korang boleh buat survey sendiri dekat kawasan-kawsan sekitar Bukit Gantang. pi la ronda-ronda dekat semua markas-markas dan jugak bilik-bilik gerakan pilihanraya UMNO/BN. kalau nak cakap tak dak orang langsung, memang penipu, tapi kalau nak cakap ada orang, memang penipu kalau lebih dari 20 orang ada.

2 hari dah aku dok perati keadaan ni dan benda ni memang dari awal lagi aku dah agak dan dari awal jugak aku dah dapat info bahawa ada ahli UMNO yang bertindak memboikot 2 pilihanraya kecil yang diadakan serentak pada 7hb. April, 2009 kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan UMNO dalam PAU lepas.

Malam sebelum hari penamaan calon geng dari Kolumpo call bagitau awal-awal yang ramai geng-geng UMNO dari PAU yang sepatutnya bergerak terus dari PWTC ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengambil keputusan untuk memboikot 2 Pilihanraya Kecil ni sebab tak puas hati.

Memula aku kurang percaya sebab kalau ikut sejarah, kalau 10 benda orang UMNO cakap, 20 tak betul. tapi bila sampai waktu Hari Pencalonan aku tengok penyokong UMNO/BN yang berkumpul sampai jam 8:00 pagi tak sampai 1000 orang dan majoriti yang ada hanya kaum India yang diangkut dengan bas, aku mula percaya depa memang boikot.

Masa hari pencalonan tu pulak, mungkin lepas habis ikhtiar, UMNO/BN terpaksa kumpul budak-budak PLKN (tak tau betul tidak) untuk meramaikan penyokong depa. tu pasai lambat sangat depa pi masuk padang. lepas depa kerah budak-budak PLKN pun angka penyokong depa masih lagi kecil berbanding penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau nak nisbahkan, aku letak Pakatan Rakyat 10, UMNO/BN 1 - (10:1). nak percaya boleh, tak mau percaya pun aku tak kesah. tu pasai dalam TV ngan surat khabar tak keluar gambar penyokong UMNO/BN. depa dok tayang gambar calon je.

Kalau tayang gambar penyokong kang takut pulak kantoi bila mak bapak budak-budak PLKN tu nampak anak depa dipergunakan, tak kek mampuih..?

Ni dah masuk hari ke-2 kempen pilihanraya kecil P-059. markas-markas UMNO/BN lengang. majlis ceramah setakat kecil-kecilan (kelompok) je depa buat. semalam Ezam datang, ada la dalam 400-500 orang datang dok dengar Ezam melebong.

Dengar cerita Ezam nak pakuk DSAI, tapi macam tak dak kesan pun? silap strategi ka?

Hari ni aku tak ambik gambar markas UMNO/BN walaupun aku cakap nak snap gambar petang tadi. bukan apa, kalau aku snap pun, rasaa macam rugi bateri je. sebab suasananya sama je macam yang aku publish sebelum ni.

Kesian pun ada.

Dengar cerita bajet untuk pilihanraya pun tak sampai-sampai lagi. tu pasai tak dak orang. ni la bezanya petugas UMNO/BN dengan petugas Pakatan Rakyat. hangpa berkhidmat untuk RM, petugas Pakatan Rakyat berkhidmat untuk menang. tak sama perjuangan.

Hari ni pulak ada blogger jumpa bendera kempen UMNO berbucu bintang 6 (Star Of David)... ni memang tak sengaja ke memang sabotaj?

Kalau tak sengaja aku kira bohong. tak kan dalam ramai-ramai petugas tak dak sorang pun yang terfikir benda tu?

Samada tak terfikir, kurang pandai berfikir atau saja buat, aku tak tau.......dicedok dari Perisik


Isnin, 30 Mac 2009

Hari ini bilik gerakkan BN lengang, betul ke ..........

Aku nak keluar pi meronda dekat markas-markas UMNO/BN... tau nak buat apa?

Aku nak pi snap gambar-gambar dekat markas-markas UMNO/BN pasai geng call bagitau tempat-tempat tu lengang-selengang-lengangnya. geng tanya aku, betoi ka UMNO/BN tak bertanding?

Jadi... untuk geng-geng UMNO/BN yang dok baca post ni, tolong bagitau geng-geng hangpa, Topeng Perak Unmasked on the way meronda dengan kamera. penuhkan cepat-cepat markas hangpa kalau tak nak malu...!!!

Kalau aku tengpok lengang, siap la hangpa... satu Malaysia aku kasi tengok..!

Nak bertanding ka tak mau woi..?........dari Perisik Rakyat .



Untungnya bila isu perkauman dijaja oleh umno di Bukit Gantang. (Zulkifli Sulong)


Isu BN di Bukit Gantang amat mudah untuk dijawab!( Suhaimi Said)




Gambar dibawah adalah suasana dihari penamaan calon semalam 29.03.09




















































































Ahad, 29 Mac 2009

Nizar Jamaludin mengimamkan Solat Maghrib di majlis yang di hadiri Zambry dan Muhyiddin .

Taiping: Pada hari pertama berkempen, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin, telah dijemput untuk majlis bacaan Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang di sini, jam 7.30 malam.

Ketika itu Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga hadir, yang hebatnya YB Mohd. Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus di jemput oleh AJK masjid untuk mengimamkan solat Maghrib.

Selepas solat Maghrib, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin di jemput pula memberi tazkirah seperti yang lazim yang dilakukan olehnya, sementara menunggu sembahyang isyak, tetapi dibantah oleh Zambry dan Imam jemputan bersongkok tinggi, maka untuk mengelakkan konfrantasi berpanjangan, Nizar pun menukarkan dengan majlis bacaan Yaasiin, Zambry bertindak keluar, tetapi Muhyiddin meneruskan bacaan Yaasiin.

Sebenarnya berita diatas saya olah dari berita mutakahir yang disiarkan oleh Berita harian yang
bertajuk Mutakhir!

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry 23:02 PM .

Saya sangat percaya, versi asal peristiwa yang berlaku ialah seperti mana yang saya olah diatas, sebab BN ni memang pandai membuat cerita karut, buktinya ialah seperti yang dialami oleh PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN yang ditulis didalam blognya hamirdin bertajuk TAZKIRAH NIZAR .

Yang sebenarnya Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin memang sering dijemput memberi tazkirah dimerata-rata masjid, sama ada semasa masih memegang jawatan Menteri Besar Perak atau selepasnya, jadi rakyat Perak sememangnya sudah biasa dengan keadaan tersebut, cuma Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir saja buat-buat terkejut.


Penjelasan sebenar dari Nizar =

PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas

Imam bagi penjelasan, Zamry sebenarnya tipu


Dibawah adalah petikan Video dan gambar pilihan sempena hari penamaan calon di P059 Bukit Gantang hari ini =


Bukit Gantang : Pas dakwa BN-Umno terlebih dulu guna masjid


ANGGOTA polis merampas bendera Pas yang dibawa penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Air. Bagaimanapun ia dikembalikan semula selepas itu.


ANGGOTA polis merampas bendera Pas yang dibawa penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Air. Bagaimanapun ia dikembalikan semula selepas itu.

PENYOKONG Pas ketika di Dewan Perbandaran Taiping tempat pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

PENYOKONG Pas ketika di Dewan Perbandaran Taiping tempat pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

http://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/03/mailgooglecom.jpg

KHAIRY Jamaluddin bersalaman dengan para penyokong Pas di tempat pencalonan yang bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

KHAIRY Jamaluddin bersalaman dengan para penyokong Pas di tempat pencalonan yang bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

PERANG POSTER ... Kehangatan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen (P.59) Bukit Gantang mula dirasai apabila parti-parti bertanding mula menaikkan bendera masing-masing di Kampung Sendok, Bukit Gantang di Taiping.

PERANG POSTER ... Kehangatan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen (P.59) Bukit Gantang mula dirasai apabila parti-parti bertanding mula menaikkan bendera masing-masing di Kampung Sendok, Bukit Gantang di Taiping.

Bendera parti yang bertanding di pilihan raya Parlimen Bukit Gantang di gantung sepanjang jalan Kampung Paya.

Bendera parti yang bertanding di pilihan raya Parlimen Bukit Gantang di gantung sepanjang jalan Kampung Paya.
PENYOKONG Pas membawa replika Kapal Selam di Padang berhadapan Dewan Majlis Perbandaran Taiping Barisan bagi proses penamaan calon.

[IMG_3413.JPG]



Foto penamaan calon Bukit Selambau



Khamis, 26 Mac 2009

Dengan kemenangan Khairy, komen Tun Dr Mahathir sangat di nantikan

Dengan pengumuman bahawa Khairy Jamaluddin, memenangi jawatan sebagai ketua pemuda UMNO yang baru mengalahkan Muhriz Mahathir dan Khir Toyo, maka perkara pertama yang saya tunggu ialah komen dari mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad


Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita
  • Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya.LAGI
  • Pengiraan semula ketua Pemuda
    Pengiraan selesai lebih awal

Kalau sebelum ini, beliau menegaskan, kiranya UMNO mahu bangkit kembali, maka didalam pemilihan inilah sebagai peluang terakhir bagi UMNO melakukannya, tetapi jika orang-orang yang jelas melakukan rasuah, tetapi masih lagi terpilih, malah terpilih pula sebagai ketua pemuda UMNO, bagi beliau sebenarnya UMNO masih belum mahu berubah.

Malah bagi Tun Dr Mahathir, perkara terakhir yang ditunggunya ialah, semasa penggumuman
barisan kabinet baru Datuk Sri Najib nanti, jika didalam barisan kabinet baru itu nanti, masih terlantik muka perasuah tersebut, maka bagi Tun Dr.Mahathir, beliau sudah hilang keyakinan
kepada Datuk Sri Najib.

Perkara seterusnya yang ditunggu ialah sikap Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri baru nanti, apakah beliau boleh bersikap lunak, walau pun jika Datuk Sri Najib tidak melantik anaknya Mukhriz ?

Atau jika Datuk Sri Najib melantik anaknya Mukhriz, apakah beliau boleh mendiamkan diri
sekiranya Datuk Sri Najib juga melantik Khairi Jamaluddin kedalam kabinetnya kelak, sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti.

Perkara seterusnya yang menjadi perhatian ialah, dengan kemenangan Khairy Jamaluddin, maka apakah proses peralihan jawatan Perdana Menteri akan berjalan lancar ? ini adalah kerana, terdapat desas desus sebelum ini, kononnya Pak Lah munkin tidak akan meletakkan jawatannya, kerana kononya akan ada usul undi percaya yang akan dibawa oleh pihak pembangkang, supaya Pak lah mengekalkan jawatannya.

Tetapi setelah Khairy Jamaluddin menjadi ketua pemuda UMNO yang baru, senario munkin telah berubah, tambahan pula semasa ucapan penangguhan sebelum sidang berakhir, Khairy ada berkata bahawa dengan kemenangannya, jelas menunjukkan bahawa anggapan orang selama ini kononnya beliau menumpang tuah ayah mertuanya adalah meleset sama sekali.

Bahawa beliau boleh juga menjawat jawatan berprestij tersebut, walau pun ayah mertuanya akan berundur hanya beberapa hari sahaja lagi, tentunya akan menguatkan semangatnya, dan adalah dijangkakan beliau pasti akan cuba menjadi jaguh ketika berhadapan dengan pembangkang
didalam pilihanraya kecil nanti.........................


P'wakilan bantah Khairy, Ali mengundi

Perjuangan belum selesai - Mukhriz


KJ Menang Tapi Tidak Menang


KENAPA SAYA TIDAK HADIR ( komen Dr.Mahathir)


Rabu, 25 Mac 2009

UMNO semakin tertekan dengan semakin hampirnya Pilihan Raya kecil di Perak dan Kedah

“Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramai-ramai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis,” demikian kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali.

Inilah alasan Polis, kononnya perhimpunan tiada permit, kalau dah sengaja tidak diberi, mana nak ada permit, memang dasar BN yang mempelopori ketidak adilan .

Polis telah menggunakan “water canon” (semburan air) untuk menyuraikan lebih 10,000 orang yang menyertai perhimpunan di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di Sungai Petani malam tadi.

Perhimpunan diadakan dihadapan Padang awam, bukannya mengganggu jalan raya, kenapa ditempat seperti itu pun tidak diluluskan permit.

Sebenarnya Polis diarahkan supaya menghalang rakyat dari mendapat sebarang maklumat, tambahan pula diperhimpunan tersebut dijangka dihadiri oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masaalahnya, diketika rakyat dihalang dari mendapat maklumat dari saluran yang sebenarnya iaitu dari sumber PKR sendiri, dipihak kerajaan pula bebas menyalurkan berita palsu, melalui TV dan akhbar yang di kontrol oleh mereka.

Diketika pihak pembangkang dilarang memulakan kempen, mereka telah lebih awal lagi berkempen melalui Radio, TV, dan akhbar-akhbar, ini telah menyebabkan rakyat semakin tidak berpuashati lantas mereka berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar dari sumber ceramah dan sebagainya.

Justeru itu percayalah, bahawa usaha menyekat rakyat dari mendapat maklumat dari pihak pembangkang tidak akan mempengaruhi pengurangan undi kepada Pakatan Rakyat, seperti
mana yang dihajati oleh pihak BN, sebaliknya undi yang akan diperolehi oleh Pakatan Rakyat nanti adalah semakin meningkat.

Telah beberapa kali strateji yang salah seperti ini memakan tuan, namun selepas pilihan raya, masih kedengaran ulasan oleh para penganalisis yang kononya pakar, bahawa " kekalahan ini adalah disebabkan rakyat memprotes diatas sikap kita yang bertindak keterlaluan terhadap orang ramai."

Kononya rakyat tidak benci kepada kerajaan BN tetapi rakyat memprotes diatas sikap Polis yang melampau semasa menghalang rakyat dari mendapat maklumat daripada sumber alternatif.

Yang lucunya, walaupun sudah memahami, kenapa ianya berlaku, tetapi semasa menghadapi pilihan raya seterusnya, sikap pihak Polis masih sama seperti semasa menghadapi pilihan raya sebelumnya, ertinya pihak kerajaan secara tidak sengaja, atau disengajakan, telah bertindak mengikut acuan yang dikehendaki oleh pihak lawannya.

Puncanya adalah kerana, dipihak kerajaan berpendapat kononya, bila rakyat disekat dari mengetahui perkara sebenar dari pihak pembangkang, adalah diharapkan orang ramai akan memberikan undinya kepada BN, tetapi apa yang sebenarnya terjadi ialah dengan berbuat demikian, undi rakyat kepada BN akan semakin mengecil, ini adalah kerana para pengundi semakin simpati kepada pembangkang yang sentiasa ditekan dan ditindas .

Tambahan pula seperti kes diPerak, nampak jelas bahawa kezaliman BN yang bertindak merampas kuasa yang rakyat berikan kepada PR, oleh itu undi simpati, pasti akan mempengaruhi sebilangan besar pengundi nanti.................justeru itu, saya meramalkan bahawa insyaAllah PR akan menang di ketiga-tiga kawasan yang dipertandingkan kelak....................sekian.


Selasa, 24 Mac 2009

Nizar Jamaluddin Calon Pakatan Rakyat di P059 Bukit Gantang


Tepat jam 10.47 malam Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mengumumkan DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat sempena PRK P059 Bukit Gantang. Nizar yang masih menjawat jawatan Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak sekarang ini.

Sementara itu di Mahkamah Persekutuan harini, Panel lima hakim menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.

Ape kebende.......lah, tolak sana, tolak sini ............akhirnya tiada tarikh ditetapkan ............

Apa-apa pun diharap Datuk Sri Ir Mohd Nizar Jamaluddin akan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang itu nanti ..........

Hanya dengan kemenangan besar nanti, barulah dapat menutup mulut para blogger yang menyokong BN, macam-macam mereka kata kepada Nizar, tamaklah, konon alim lah, dan bermacam-macam lagi kata-kata nista .

Sebenarnya kata-kata nista tersebut hanya akan menguatkan lagi semangat penyokong Pakatan Rakyat didalam menghadapi PRK itu nanti .