Jumaat, 3 April 2009

Perlantikan DSNTR melengkapkan Teori RAHMAN .......................



Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, harini, dengan selesainya upacara tersebut, bermakna secara resminya sahlah DSNTR menjadi PM Malaysia yang ke-6.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak dinafikan bahawa, menjadi harapan kita semua, agar DSNTR akan berjaya memimpin seluruh rakyat Malaysia kearah negara yang lebih makmur, lebih terbuka dan dapat keluar dari kemelut ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini.

Di dalam menjayakan hasrat tersebut, berdasarkan apa yang berlaku didalam 2 bulan terakhir, sebelum pengambilalehan yang berlaku sekarang, diyakini pendekatan yang akan dilakukan oleh DSNTR ialah terkebelakang dari apa yang di ambil oleh Datuk Sri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.

Sikap terbuka yang selama ini cuba dilaksanakan oleh DSAHAB telah di anggap sebagai salah satu punca kononnya kerajaan BN menghadapi kekalahan demi kekalahan didalam pilihanraya
baik besar atau pun kecil.

Antara langkah pertama yang di percayai akan di laksanakan dan telah pun dimulai sejak 2 bulan terakhir ini ialah, mengetatkan saluran balas penerangan oleh pembangkang kepada rakyat, langkah kedua ialah mengkucarkacirkan penyatuan pembangkang didalam menghadapi kerajaan.

Salah satu cara mudah untuk mengkucarkacirkan pembangkang ialah dengan memenjarakan Datuk Sri Anwar Ibrahim, oleh kerana kes Saiful Bohari sedang didalam proses perbicaraaan, maka langkah menekan Mahkamah, sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu akan sekali lagi di ulang, kebetulan pula penggerak utama perlakuan tersebut seperti peguam negara dan ketua polis negara, masih berada didalam perkhidmatan.

Dengan memenjarakan DSAI, pihak pembangkang diyakini seperti anak ayam kehilangan ibu, tiada lagi pemimpin yang boleh menjadi faktor penyatuan dikalangan mereka, pembangkang akan semakin sering bertelagah sesama mereka, dan terakhirnya, didalam pilihan raya umum yang ke 13 nanti, BN akan menang besar.

Itulah antara intipati dan hajat yang diingini oleh seseorang pemimpin, tentunya DSNTR tidak terkecuali dari impian tersebut, diketika itu nanti Datin Sri Dr. Wan Azizah terpaksa sekali lagi berperanan menggantikan tempat DSAI, cumanya kali ini beliau akan dibantu oleh anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Masaalahnya ialah apakah formula yang diguna pakai oleh Tun Dr Mahathir dahulu, masih releven untuk digunakan sekarang ini ?

Releven atau tidak, saya amat yakin bahawa filem tersebut akan di putar sekali lagi, sama ada filem tersebut boleh boxoffice atau tidak, itu soal kedua, yang penting, sebahagian besar ahli UMNO percaya, kononya kaedah yang diguna pakai oleh Tun Mahathir dahulu, amat serasi dan sangat berjaya.

Masaalahnya, penonton sekarang adalah dari generasi muda, selera mereka telah tidak sama dengan penonton 10 tahun yang lalu, apakah generasi baru sekarang masih boleh menerima corak pengarahan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir dahulu tetapi cuma diolah sedikit oleh pengarah baru DSNTR ?

Dengan berkembangnya sains dan teknologi, maka internet telah semakin mengambil aleh peranan yang dimainkan oleh media lama, oleh itu pemikiran generasi muda pun turut di pengaruhi oleh persekitaran baru, apakah mereka masih boleh menerima corak pemerintahan Bulldozer Tun Dr Mahathir, cuma bezanya kali ini ianya dipandu oleh orang baru seperti DSNTR .

Semua jawapannya akan di perolehi selepas PRU13 nanti, tetapi kalau mengikut teori RAHMAN, Najib adalah dari abjad terakhir iaitu
" N," munkinkah Najib adalah Perdana Menteri terakhir dari UMNO ?



Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam (video)

Cerita pengawal peribadi Razak

Pemikiran luar biasa Najib

: Siapa Rosmah Mansor?










Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Tiada ulasan: