Rabu, 4 Ogos 2010

Umno sendiri gagalkan 1Malaysia

PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli
jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka runtuhlah (1Malaysia) Najib,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh.”
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.
Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.

"Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami...," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.
"K
enapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.
Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa "Salam 1Malaysia" diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu "protes" terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri. 





Baca juga entry saya yang lepas berkaitan isu ini yang bertajuk  ....Siapakah yang menggagalkan 1 Malaysia ?










Tiada ulasan: