Isnin, 19 Januari 2009

MAAFLAH SAYA BUKAN NAK MENGEJEK ATAU MENGATA

Cuit-cuit Cik Semut


Sedih juga saya membaca blog Shahaniza Samsuddin, Jangan dikenang apa yang sudah berlalu dan UMNO Perlu Berubah

Dia tercari-cari bagaimanakah caranya untuk mengubati UMNO yang sakit tenat, puas sudah dukun menjampinya sampai penat-penat, pawang pun dah nak berehat, agaknya tak jumpa ubat .

Dicari pula tabib, juga tidak serasi, lalu di panggil pula Doktor gigi, dikerat sana dibedah sini, dicucuk sana, dikorek ari-ari, pesakit sampai terkencing berlari, tetapi penyakit tersebut tidak juga mahu pergi .

Sebenarnya wahai orang-orang UMNO, sesungguhnya sakit partimu itu, tak leh nak buak guano, semuo caro yee dicubo tidak berguno, kecuali........................ dibiarke kalah dulu baru ado makno .

Setelah beberapa tahun kalahnya, maka tiada lagi orang yang ingin bersamanya, pemimpin yang dulu rapat entah kemana, kerana UMNO tidak boleh memberi kesenangan kepadanya,
maka jauhkanlah diri darinya .

Diketika itu, barulah dicari pemimpin yang betul-betul ikhlas, yang berjuang bukan untuk dibalas, juga bukan untuk wang kertas, cuma mahu duduk diatas .

Tetapi memanglah bukan mudah untuk mendapatkan pemimpin yang sebegitu, kerana masing-masing yang ditawarkan akan membisu, almaklumlah bebannya berat seperti batu,
begitulah falsafah orang dulu-dulu .

Bukan seperti pemimpin sekarang, lambat ditawarkan masing-masing menyerang, supaya menarik perhatian orang, silap haribulan pecah tembelang, barulah duduk terawang-awang, mulalah menyalahkan orang .

Diketika itu kontraktor tidak mahu menjadi pemimpin UMNO lagi, kerana asyik menghitung untung atau rugi, masing-masing menolaknya atas alasan tersendiri, maklumlah tidak mahu keluarkan duit poket lagi .

Munkin guru-guru atau giri-giri boleh menabur bakti, menjadi pemimpin dengan seikhlas hati, supaya mudah untuk ahli mengikuti, tiadalah lagi perasan iri hati, barulah rakyat tidak akan rugi .

Maaflah saya bukan mengejek atau mengata, kerana saya pun orang melayu juga, kalau cubit paha kiri sakit, paha kanan pun turut terasa, barulah kita boleh pulihkan UMNO semula .

Eh, saya sudah terlupa, semua ini akibat alpa, sebenarnya jangan silap sangka, saya bukan penyokong UMNO seperti yang dikata, walaupun saya bukan musuh seperti yang dijangka.


Sekian terima kasih untuk kali ini, semoga kita boleh berjumpa lagi, kalau pun tidak setiap hari.




Ahad, 18 Januari 2009

BESARNYA JASA PAK LAH KEPADA NEGARA MALAYSIA

Setelah membaca pelbagai analisis hari ini, terutama yang menyokong UMNO, didapati ada yang terkilan, dengan cara Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Hj.Ahmad Badawi membuat perubahan terhadap Sistem kehakiman, Pencegahan rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya dan lain-lain lagi .

Pelik juga memikirkan, apalah yang diperjuangkan oleh puak-puak UMNO ini, kalau sekadar kemenangan yang dicari, siapakah yang menang sebenarnya ? kalau sekadar kemenangan untuk Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh sahaja, apa yang anda dapat......................




wan_farid.jpgSepatutnya yang diperjuangkan ialah kemenangan Rakyat, maksudnya kemenangan itu membawa erti yang besar, membawa faedah yang besar kepada rakyat seluruhnya, tidak kira samada yang menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat .

Sebagai contoh, kita lihat suruhanjaya pilihanraya yang semakin bebas sekarang, walaupun pada dasarnya, seolah-olah BN telah kerugian, kerana akibat kebebasan yang diberikan, telah menyebabkan BN kalah di dua kawasan Parlimen di dalam tempoh beberapa bulan sahaja .

Tetapi sebenarnya rakyat telah mencapai kemenangan, kenapa saya berkata begitu ? sebabnya dengan bermulanya era suruhanjaya pilihanraya yang paling bebas dan bersih setakat ini, sehingga Haji Hadi sendiri pun memujinya .

Adalah diyakini dimasa hadapan, walaupun jika ditakdirkan Pakatan Rakyat akan mengambil aleh pemerintahan negara, dan jika selepas itu, berlaku perbagai penyelewengan, maka mudahlah bagi rakyat menyingkirkannya .

Begitu jugalah dengan kebebasan badan kehakiman dan suruhanjaya pencegahan rasuah, yang jika dilaksanakan dengan betul, paling mendapat manfaatnya nanti adalah rakyat jelata juga,
sebabnya dimasa itu InsyaAllah rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan akan semakin berkurangan .

Oleh itu sangatlah tidak kena jika ada, khususnya orang UMNO sendiri yang meratapi, kononnya kesilapan Pak Lah lah yang telah melaksanakan dasar tersebut, sehingga telah menyebabkan Barisan Nasional telah menerima tamparan kekalahan demi kekalahan .

Sesungguhnya bagi saya, yang sejak tahun 1978, iaitu semasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden Abim lagi, sehingga sekarang menyokong kepimpinannya, tetapi tetap merasakan tindakan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, berkaitan hal ini sangat terpuji .

Memanglah didalam politik, semasa seseorang itu masih berkuasa, akan ditidakkan kebaikannya, contohnya, semasa hayat Allah Yarham Tun Abdul Razak, apa yang tidak dikatakan orang terhadapnya, akan tetapi apabila dia tidak lagi menjadi ancaman kepada pesaing politiknya, diketika itu barulah jasanya akan dikenang .

Begitu juga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini tidak lagi bergiat didalam bidang politik, pesaing politiknya dahulu, mula mengatakan Dr Mahathir lebih baik pula .

Oleh itu adalah di yakini, jasa Pak Lah akan dikenang oleh jenerasi akan datang kerana reformasi yang dimulakan olehnya, walaupun dikatakan agak terlambat oleh sesetengah pihak, namun adalah jauh lebih baik dari tidak dilakukan langsung .

Semoga Pak Lah dapat bersara dengan aman pada bulan Mac 09 ini, dan jasamu akan tetap dikenang sepanjang masa .


http://www.malaysialeader.com/images/photo/abdullah-haji-ahmad-badawi.jpg


Berikut adalah sedutan analisis yang dikumpulkan, analisis yang dipilih, adalah dari dua kumpulan
iaitu dari UMNO dan dari Pakatan Rakyat =

1- SEDIKIT ANALISA PRK KT

2- BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen

3- Najib Tidak Layak Jadi PM!

4- Kita terima kekalahan dengan tangan terbuka

5- Tahniah Untuk PAS, Takziah Kepada BN dan Bebas

6- Siapa yang tewas... BN, Wan Farid atau Pak Lah?

7- Sebab kekalahan di KT: Calun, calun, dan calun

8- Rakyat Terengganu kalah 0-2!

9- KITA PULANG GEMBIRA KEKALAHAN





Sabtu, 17 Januari 2009

BERSEDIALAH BARISAN NASIONAL MENGHADAPI KEKALAHAN DI DALAM PRU 13 NANTI

Maka sahlah Pas menang dengan majoriti 2,631 undi, dengan PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252 undi, bebas 193 undi.

Mulai saat ini akan muncul berbagai-bagai analisis, baik melalui akhbar perdana, TV atau pemblog- pemblog yang akan menulis dengan berbagai-bagai gaya dan corak mengikut kegemaran masing-masing.

Dengan kemenangan PAS dari pakatan rakyat, merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu
hari ini, ianya telah dua kali berturut-turut, kerusi Parlimen telah di menangi oleh kumpulan dari Parti gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat .

Kesannya cukup besar, kerana Datuk Sri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara bulan Mac nanti, telah bertungkus lumus, malah dikatakan berkampung selama dua minggu dan berjuang habis-habisan di Kuala Terengganu .

Mulai hari ini, BN perlulah mempersiapkan diri, untuk menerima hakikat, bahawa tidak berapa lama lagi, iaitu di Pilihan Raya Umum ke13 nanti, insyaallah Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara.

Antara langkah segera yang perlu dilakukan ialah, memberi kebebasan kepada akhbar-akhbar, TV dan lain-lain sebaran am, untuk melapurkan perkara yang benar, biar pun pahit .

Menggunakan akhbar, TV dan lain-lain kemudahan kerajaan demi propaganda murahan bagi pihak kerajaan, telah ternyata gagal memberi kemenangan, malah membuatkan orang ramai hilang kepercayaan kepada media tersebut.

Oleh itu anggaplah, bahawa BN akan menjadi pengguna tidak berapa lama lagi, dan sebagai pengguna, biasanya mahu dilayan dengan baik, mahu mendapat hak yang samarata.

BN jangan sesekali, bersikap semakin kalah, semakin menekan rakyat, kerana jika itu yang dilakukan akan semakin mempercepatkan lagi kejatuhannya.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat pula, kemenangan adalah suatu ujian dari Allah, oleh itu berhati-hatilah dengan cubaan tersebut, perangai buruk pemimpin BN sekarang, wajar dijadikan sempadan, agar ianya tidak berulang dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat pula .

Andainya ini yang berlaku, maka rakyat pasti akan menolak Pakatan Rakyat, dan kesedihan yang dialami oleh BN sekarang, akan bertukar kepada Pakatan Rakyat .

Dibawah ini adalah disiarkan, pelbagai analisis selepas pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu

1- Propaganda BN dan Media Perdana terkubur

2- Kekalahan BN atas kesilapan sendiri

3- PAS menang kerana penyakit UMNO belum sembuh

4- Kemenangan PAS Di Kuala Trengganu Tidak...

5- Kegagalan sayap BN

6- PRK KT penuh rasuah dan salahguna jentera kerajaan

Rabu, 14 Januari 2009

MENGENANG KEMBALI KESILAPAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAF KAN

Siapakah yang bertanggung jawab di dalam menjadikan Singapura berkeadaan sedemikian rupa ?

Jawapannya ialah Tunku Abdul Rahman, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, beliaulah yang telah memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

Untuk mengetahui kisah seterusnya sila baca dibawah .....



Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.

Tentera Washington buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kecewa dengan kedegilan Israel dalam melaksanakan gencatan senjata.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert maklumkan negara Yahudi itu ‘tidak pernah setuju dengan campur tangan luar’ merujuk kepada Majlis Keselamatan.

Begitulah angkuhnya Israel, kenapa dia angkuh ? sebab ada Amerika dibelakangnya dan semua manusia didunia ini tahu, bahawa Amerika adalah negara terkuat didunia, siapa pun tidak sanggup menentangnya.

Itu kisah Israel yang angkuh dan Amerika yang melindunginya, yang malangnya kita di Malaysia ini juga, boleh menghadapi keadaan yang sama, jika kita tidak bijak menangani situasi yang munkin mendatang.

Apa yang saya maksudkan ialah negara jiran kita Singapura, Singapura sebenarnya sebiji macam Israel, kedudukannya yang dikelilingi oleh negeri-negeri Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, dan Brunei.

Menyedari situasi tersebut, Singapura telah memperkuatkan angkatan tenteranya sehingga kesatu tahap, Lee Kuan Yew iaitu bekas Perdana Menteri Singapura dan kini penasihat kepada Perdana Menteri Singapura mencabar mana-mana negara yang berhajat menyerang Singapura bolehlah berbuat demikian.

Maksud dari kenyataan Lee Kuan Yew itu ialah, Singapura kini berada didalan keadaan yang benar-benar bersedia, kelengkapan ketenteraannya adalah yang tercanggih dirantau ini, jet pejuangnya banyak dan terbaik, kereta kebalnya banyak juga terbaik, peluru berpandunya banyak dan boleh sampai beribu-ribu kilometer jaraknya dan penasihat ketenteraannya adalah Israel, malah tentera Singapura ada berlatih di Israel.


Lee Kuan Yew

Siapakah yang bertanggung jawab di dalam menjadikan Singapura berkeadaan sedemikian rupa ?

Jawapannya ialah Tunku Abdul Rahman, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, beliaulah yang telah memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

Alasannya ialah, beliau bimbang konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh Lee Kuan Yew boleh merebak keseluruh Malaysia, satu alasan yang sangat dangkal, munkin ada alasan peribadi, yang tidak boleh diberitahu, kecuali Allah Yarham sendiri yang tahu agaknya.

Tindakan tersebut telah mendapat sedikit tentangan, antaranya dari Mahathir Mohammad dan lain-lain individu didalam UMNO, selepas itu senyap ................ yalah apa nak dibuat lagi dah, benda dah terlepas, Tunku Abdul Rahman mengikut kata Mahathir, telah menandatangani surat penyerahan kemerdekaan Singapura tanpa merujuk kepada kabinet dan AMT UMNO terlebih dahulu.

Jikalah Singapura masih didalam Malaysia, tentulah ianya tidak menjadi ancaman kepada negara serantau, tentulah ianya tidak boleh memperkuatkan pasukan tenteranya, kerana segala-galanya masih bersama didalam Malaysia.

Tentang kebimbangan Tunku, kononnya Lee Kuan Yew akan menyebarluaskan konsep Malaysian Malaysia ke seluruh negara, saya hairan juga, setakat mana yang boleh disebarkan oleh Lee Kuan Yew, lebih-lebih yang dapat ditawan oleh PAP, iaitu parti yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew ketika itu, setakat Singapura, Pulau Pinang, dan munkin Perak atau Selangor.

Lain-lain negeri adalah tidak munkin ditawan oleh Lee Kuan Yew kerana majoriti penduduknya adalah Melayu.

Manakala konsep Malaysian Malaysia yang sama diperjuangkan oleh DAP sekarang, adakah ianya sangat bahaya kepada orang Melayu ?

Sebenarnya konsep Malaysian Malaysia, mahu atau tidak mahu, lambat laun terpaksa diterima juga oleh penduduk Malaysia, ianya samalah dengan kes penduduk kulit hitam di Amerika. yang diperingkat awalnya, jangankan hendak menjadi Presiden, hendak mengundi didalam Pilihan Raya pun tidak boleh.

Tetapi lama kelamaan, setelah 200 tahun, pemikiran orang pun telah berubah oleh kitaran masa maka perkara yang dulu tidak boleh, kini boleh, akhirnya jadilah Barrack obamma Presiden Amerika .

Begitu jugalah denga konsep Malaysian Malaysia, sekarang memanglah kita orang Melayu tidak boleh terima, kerana kita merasakan kita adalah penduduk asal di negara ini, tetapi jika 200 atau 300 tahun lagi, diketika itu semua orang di Malaysia, terutama orang-orang Melayu tidak boleh lagi berfikiran ada Bumiputra atau tidak Bumiputra, kerana semua orang di Malaysia akan merasakan dirinya sama.

Jadi jelaslah kebimbangan Tunku Abdul Rahman itu, adalah mengarut sama sekali, akhirnya dia telah membuat keputusan yang sangat bahaya, dan kesannya akan di tanggung oleh orang Melayu munkin 50, 100, 200, atau 300 tahun lagi.

Akhirnya sama- samalah kita berdoa semoga cicit, ciat dan entah apa lagi gelaran untuk generasi akan datang, tidak akan menghadapi situasi yang sama seperti yang dialami oleh penduduk Gaza sekarang ini ......................... Amin amin ya rabbal alamin .

Dulu seludup makanan, kini senjata

Kubu rahsia Hamas

Sabtu, 10 Januari 2009

EXCO PERAK MULA GUNA CAMRY , KEPUTUSANNYA SERI O - O

Belum pun berapa sejuk kisah Menteri Besar Terengganu pilihan Istana, Dato Ahmad Said membeli mercedes untuk kegunaan exconya, yang telah menimbulkan bantahan dari banyak pihak, beberapa bulan dahulu.

Kes tersebut telah memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Hj.Ahmad Badawi

Sebagai jalan penyelesaian sementara, Pak lah menegaskan kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri dan keputusan itu adalah muktamad.

Manakala Ahmad Said pula didalam reaksi merajuknya mengesahkan tidak menolak kemungkinan kerajaan Terengganu membeli Proton Perdana Executive V6 yang baru untuk kegunaan Exco kerana kereta sedia ada mengalami banyak kerosakan.

Begitulah senario yang berlaku ketika Ahmad Said membuat keputusan membeli kereta mercedes untuk kegunaan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri, tanpa merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu beberapa bulan yang lalu.

E200K Facelift

Sebenarnya Menteri besar Terengganu tersebut, tonton you tube, klik disini, sering menimbulkan konterversi sejak dari perlantikannya sehinggalah kisah membeli kereta "Mercedes tersebut .

Kini setelah masa berlalu, dan kisah diTerengganu pun semakin sejuk, maka giliran Menteri besar Perak pula menimbulkan kegemparan kerana menukarkan proton Perdana V6 untuk kegunaan exconya, kepada kereta Toyota Camry pula .

Alasannya hampir sama dengan apa yang berlaku di Terengganu, iaitu Proton Perdana V6 sering mengalami kerosakan serta kos baik pulih yang tinggi, maka sebagai satu cara untuk menjimatkan wang rakyat, kereta tersebut perlu ditukar, dan pilihan yang telah dibuat ialah membeli kereta Toyota Camry.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

"Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.



Kini kita sebagai orang awam, yang meletakkan kebenaran dihadapan, telah menjadi bingung terhadap kedua-dua kes tersebut, apa tidaknya, kalau ditinjau kepada pengguna yang telah menggunakan Proton Perdana V6, kata mereka, masaalah tu ada, tetapi tidaklah teruk sangat.

Habis tu kenapa, kedua-dua pihak mengatakan, perbelanjaan membaiki sahaja sampai ratusan ribu ringgit untuk sebuah kereta Proton Perdana V6 setahun ? mana satu yang betul ni........

Yang lucunya, semasa kes mercedes Mat Said di Terengganu dulu, mula-mula diperkatakan,
maka ramailah dipihak pembangkang yang mempertikaikannya, tetapi kini, bila Perak pula
yang membuat keputusan menukarkan kereta exconya, masing-masing tak dapat nak cakap apa lagi.

Kiranya didalam kes tukar kereta ni, serilah.....................bak kata orang Terengganu, mu dok leh nak kate kak ku, aku pong dok leh nak kate ke mu................

Maka sahlah proton perdana V6 tidak bermutu, untuk memulihkan imej semula, proton perlulah memperbaiki lagi tahap mutu pengeluarannya. klik disini untuk memandu uji Proton Perdana V6.





Rabu, 7 Januari 2009

KENAPA TUNGGU SAMPAI NASI SUDAH MENJADI BUBUR ?


Selain perhimpunan ala-Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu 'perarakan keranda' Februari ini berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi serangan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA ), selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Dua GAPENA Prof Madya Dr Hashim Ismail, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.

"Kalau (kerajaan) tidak endah juga, 15 Februari ini kita akan adakan satu perhimpunan besar-besaran," kata Dr Hashim kepada Malaysiakini hari ini.

Setelah saya teliti, rupanya tiada blogger yang ingin mengulas isu ini, munkin masing-masing sibuk mengulas isu P36 Kuala Trengganu atau sedang berada di Kuala Trengganu, agaknya !!!

Hairan juga ye....... kenapa setelah 6 tahun (dimulai pada 2003 ) pengajaran dan
Pembelajaran SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) dilaksanakan, baru sekarang Gapena mahu bertindak, kenapa tidak 3 tahun dulu, atau kenapa tidak 6 tahun dulu, iaitu semasa ianya baru dimulakan dan kenapa sekarang ?

Sebenarnya didalam sejarah pendidikan negara, bukan sekali dua kementerian pelajaran membuat keputusan silap, kesilapannya pula telah menyebabkan kegelapan satu generasi,
munkin saudara-saudara tidak lupa kepada Khir Johari seorang menteri pelajaran dizaman Tunku Abd.Rahman Putra yang telah membuat keputusan menghentikan pengajaran tulisan jawi disekolah rendah.

Keputusan tersebut telah menyebabkan satu generasi buta jawi, dan sehingga sekarang generasi tersebut masih wujud.


Kalau diteliti yang menyokong
PPSMI ada alasan tersendiri manakala yang menentang juga ada alasan tersendiri .

Jika tumpuan kita ialah tentang mudah atau sukarnya pelajar memahami pengiraan matematik, penggunaan bahasa ibundalah yang terbaik. Untuk pelajar Melayu, kebagusan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Matematik tidak dapat dinafikan. Melalui bahasa ibunda, pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pengiraan, kerana pengisahan atau andaian dalam bahasa sendiri mudah difahami.

Melalui bahasa Inggeris, pelajar terpaksa memahami pengisahan atau andaian terlebih dahulu. Melalui bahasa Inggeris masa terbuang untuk bahagian memahami masalah (understanding the problems) dan jika lemah bahagian itu, adalah mustahil untuk mendapatkan strategi dan langkah-langkah menyelesaikan masalah (strategies and steps to solve the problems).

Pengisahan dan andaian dalam bahasa Inggeris menimbulkan masalah kerana pelajar yang masih mentah hanya selesa dengan pengisahan dan andaian dalam bahasa sendiri. Saya fikir, persoalan ini bukanlah persoalan buruk berlawan dengan baik. Jika kita sekadar berlawan dengan cara mendesak atau memaksa pihak kerajaan berbalik ke bahasa Melayu, tiada kejayaan tulen yang akan kita kecapi.

Memanglah, buat apa juga pun didunia ini, akan ada yang menyokong dan menentang, itu
memang tidak dapat dielakkan, cuma janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk menentang.

Gapena bulan lalu, melalui Ketua Satunya, Profesor Emeritus
Tan Sri Ismail Hussein di laporkan membuat ancaman itu sebagai kemuncak kekecewaan mereka, cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu selepas desakan demi desakan yang dibuat, tidak mendapat maklum balas sewajarnya dari kerajaan.

Yang menghairankan kenapa semasa Tun Dr.Mahathir melaksanakan dahulu, tidak di buat penentangan yang bersungguh-sungguh seperti sekarang, atau sekarang kerana mahu mengambil kesempatan dari kelembutan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau disorot kembali dimasa silam, belum pernah ngo seperti Gapena ini boleh menyengat,
maka munkin ugutan tersebut hanya mainan Politik kepimpinan Gapena sahaja untuk mendapat publisiti murahan .

Walau macam mana pun, adalah diharapkan demi perkembangan kedaulatan bahasa Melayu,
maka kita mengharapkan agar salakan Gapena kali ini benar-benar akan memberi kesan .
Berita terkini perkembangan penentangan PPSMI =

1-
Saman K'jaan: Gapena jumpa peguam hari ini ....................................... 12.01.09






Sabtu, 3 Januari 2009

APAKAH MUNGKIN PAK LAH AKAN MUNGKIR JANJI ?

Malaysian Deputy Prime Minister Najib Tun Razak (L) and Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi (R) hold a press conference after the National Front Coalition meeting in Kuala Lumpur on October 8, 2008. Abdullah said he will step down next March and hand power to his deputy, ending months of uncertainty since disastrous general elections. From Getty Images by AFP/Getty Images.


Tarikh mac 2009 semakin hampir, maka muncullah pelbagai cerita dan ramalan termasuklah kononnya PAK LAH MASIH MAHU KEKAL JADI PM - tetapi cerita-cerita seperti ini kadang-kadang tidak boleh kita biarkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Telah banyak kali, cerita yang bermula dengan khabar-khabar angin tetapi berakhir dengan kebenaran, tetapi cerita Pak lah kali ini, bagi saya, sangat tidak seronok.

Bagi saya Pak lah dikenali sebagai seorang yang lembut dan agak waraq, jika kita bandingkan dengan pemimpin UMNO yang lainnya, maka jika beliau bertindak seperti itu, pastilah maruahnya akan tercemar dengan teruknya.

Tetapi didalam politik kadang-kadang mana ada kira semua itu, perhitungan kepentingan pribadi biasanya melebihi kepentingan moral, munkin kepentingan menantunya akan turut diambil kira.

Andainya benarlah Pak lah mungkir janji, maka harapan Datuk Sri Najib untuk menjadi PM akan
hancur berkecai, maka hancur berkecai jugalah harapan penduduk diPantai Timur untuk memperolehi seorang PM, setelah 33 tahun menanti .

Harapan sesetengah penduduk di Pantai Timur khususnya Pahang, terhadap Datuk Sri Najib, memanglah besar, bayangkanlah setelah kali terakhir memperolehi Perdana Menteri dari Pantai Timur iaitu TUN RAZAK pada tahun 1976 dulu, maka Datuk Sri Najiblah penawar yang diharapkan untuk membela penduduk diPantai Timur setelah usaha Tengku Razaliegh gagal dengan kekalahan tipis ditangan Tun Dr.Mahathir untuk merebut jawatan Presiden UMNO beberapa tahun yang lampau.

Penduduk diPantai Timur, sangat mengharapkan projek landasan keretapi berkembar dari Kuantan ke Kuala Lumpur menjadi kenyataan dan diharapkan menjadi pemankin kepada kemajuan dinegeri Pahang, harapan tersebut terletak dibahu Datuk Sri Najib, jika beliau berjaya menjadi PM nanti.

Masaalahnya ialah bolehkah diharap si Najib ni ? beliau dibesarkan didalam keadaan senang sepanjang masa, dan ditambah pula dengan kerenah Rosmah Mansor yang dikatakan menyerupai Amelda Marcos dari segi berbelanja.

Walau apa pun bulan Mac 2009 tetap ditunggu oleh segenap warga negara Malaysia, baik dikalangan UMNO atau Pakatan Rakyat .