Rabu, 7 Januari 2009

KENAPA TUNGGU SAMPAI NASI SUDAH MENJADI BUBUR ?


Selain perhimpunan ala-Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu 'perarakan keranda' Februari ini berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi serangan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA ), selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Dua GAPENA Prof Madya Dr Hashim Ismail, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.

"Kalau (kerajaan) tidak endah juga, 15 Februari ini kita akan adakan satu perhimpunan besar-besaran," kata Dr Hashim kepada Malaysiakini hari ini.

Setelah saya teliti, rupanya tiada blogger yang ingin mengulas isu ini, munkin masing-masing sibuk mengulas isu P36 Kuala Trengganu atau sedang berada di Kuala Trengganu, agaknya !!!

Hairan juga ye....... kenapa setelah 6 tahun (dimulai pada 2003 ) pengajaran dan
Pembelajaran SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) dilaksanakan, baru sekarang Gapena mahu bertindak, kenapa tidak 3 tahun dulu, atau kenapa tidak 6 tahun dulu, iaitu semasa ianya baru dimulakan dan kenapa sekarang ?

Sebenarnya didalam sejarah pendidikan negara, bukan sekali dua kementerian pelajaran membuat keputusan silap, kesilapannya pula telah menyebabkan kegelapan satu generasi,
munkin saudara-saudara tidak lupa kepada Khir Johari seorang menteri pelajaran dizaman Tunku Abd.Rahman Putra yang telah membuat keputusan menghentikan pengajaran tulisan jawi disekolah rendah.

Keputusan tersebut telah menyebabkan satu generasi buta jawi, dan sehingga sekarang generasi tersebut masih wujud.


Kalau diteliti yang menyokong
PPSMI ada alasan tersendiri manakala yang menentang juga ada alasan tersendiri .

Jika tumpuan kita ialah tentang mudah atau sukarnya pelajar memahami pengiraan matematik, penggunaan bahasa ibundalah yang terbaik. Untuk pelajar Melayu, kebagusan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Matematik tidak dapat dinafikan. Melalui bahasa ibunda, pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pengiraan, kerana pengisahan atau andaian dalam bahasa sendiri mudah difahami.

Melalui bahasa Inggeris, pelajar terpaksa memahami pengisahan atau andaian terlebih dahulu. Melalui bahasa Inggeris masa terbuang untuk bahagian memahami masalah (understanding the problems) dan jika lemah bahagian itu, adalah mustahil untuk mendapatkan strategi dan langkah-langkah menyelesaikan masalah (strategies and steps to solve the problems).

Pengisahan dan andaian dalam bahasa Inggeris menimbulkan masalah kerana pelajar yang masih mentah hanya selesa dengan pengisahan dan andaian dalam bahasa sendiri. Saya fikir, persoalan ini bukanlah persoalan buruk berlawan dengan baik. Jika kita sekadar berlawan dengan cara mendesak atau memaksa pihak kerajaan berbalik ke bahasa Melayu, tiada kejayaan tulen yang akan kita kecapi.

Memanglah, buat apa juga pun didunia ini, akan ada yang menyokong dan menentang, itu
memang tidak dapat dielakkan, cuma janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk menentang.

Gapena bulan lalu, melalui Ketua Satunya, Profesor Emeritus
Tan Sri Ismail Hussein di laporkan membuat ancaman itu sebagai kemuncak kekecewaan mereka, cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu selepas desakan demi desakan yang dibuat, tidak mendapat maklum balas sewajarnya dari kerajaan.

Yang menghairankan kenapa semasa Tun Dr.Mahathir melaksanakan dahulu, tidak di buat penentangan yang bersungguh-sungguh seperti sekarang, atau sekarang kerana mahu mengambil kesempatan dari kelembutan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau disorot kembali dimasa silam, belum pernah ngo seperti Gapena ini boleh menyengat,
maka munkin ugutan tersebut hanya mainan Politik kepimpinan Gapena sahaja untuk mendapat publisiti murahan .

Walau macam mana pun, adalah diharapkan demi perkembangan kedaulatan bahasa Melayu,
maka kita mengharapkan agar salakan Gapena kali ini benar-benar akan memberi kesan .
Berita terkini perkembangan penentangan PPSMI =

1-
Saman K'jaan: Gapena jumpa peguam hari ini ....................................... 12.01.09






Tiada ulasan: