Selasa, 12 Mei 2009

Siapa juga yang mengatakan Najib tidak cekap, sahlah mata dia buta.

Wahai seluruh rakyat Malaysia, baik yang menyokong Barisan Nasional atau yang menyokong Pakatan Rakyat atau yang menyokong Parti Bebas, ketahuilah kamu sekelian bahawa sesungguhnya mulai dari hari ini, jika ada diantara kamu yang mengatakan kononnya pemerintahan Najib Razak tidak efision, tidak cekap, nyatalah bahawa kamu boleh di kategorikan =

(1) Jika kamu tidak gila, munkin kamu sewel

(2) munkin mata kamu buta agaknya ?

Cuba kamu lihat kes Nizar contohnya, Nizar mengambil masa 96 hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa beliau masih menteri besar yang sah.

Tetapi apabila terkena batang hidung BN yang berwakil walikan Zambry, nah tidak sampai 24 jam, Mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan di tangguhkan , maka Nizar yang baru mahu melabuhkan punggungnya di kerusi Menteri Besar terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Apa tak cekap lagi ke macam itu................

Begitu juga apabila rakyat melapurkan apa-apa juga penyelewengan dan rasuah yang melibatkan pemimpin BN yang lengkap dengan bukti dan sebagainya, tiada siasatan di buat atau kalau ada pun, akan diakhiri dengan kenyataan bahawa tidak cukup bukti.

Tetapi apabila orang-orang BN yang membuat lapuran berkaitan kononya ada penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, maka walaupun buktinya hanya sebesar semut, tetapi di hebohkan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh, seperti yang dialami oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa itu tak cekap lagi ke.......

Apabila pemimpin PR memohon kebenaran untuk membuat sesuatu majlis atau ceramah, permitnya di luluskan, tetapi akan dibatalkan di saat-saat akhir.
Tetapi jika BN mahu membuat apa-apa juga majlis atau perjumpaan, walau pun di tengah jalan raya dan tidak memohon permit, tidak akan diapa-apakan.

Apa itu tak bagus lagi ke BN memerintah, apa tak adil lagi ke BN memerintah..............

Heeee kamu ni memang tak ada otak jika kamu mengatakan bahawa BN tidak adil...............






Ahad, 10 Mei 2009

Semuanya jadi serba tak kena ..............................

Semakin jelas dan nyata Najib semakin resah, semua yang dilakukannya tidak menjadi, dulu dia cakap bahawa peminpin Hindraf tidak akan dibebaskan kerana masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara, tiba-tiba setelah Manoharan ugut nak letak jawatan sebagai ADUN Selangor, tiba-tiba orang yang dikatakan menjadi ancaman disatu masa dahulu, kini telah tidak menjadi ancaman lagi........

Akhirnya Manoharan dan rakan-rakannya dibebaskan dan diberikan sambutan sebagai hero,
oleh penyokongnya, begitu juga dulu exco selangor pernah di tahan, atas alasan menggugat ketenteraman awam, tetapi beberapa hari kemudian, tiba-tiba dibebaskan, kalau betul menggugat ketenteraman awam, kenapa baru sehari ditahan dibebaskan pula ?

Paling terkini ialah sepertimana di lapurkan oleh para blogger bahawa Polis halang tayangan VCD peristiwa 7 Mei. pelik kenapa tayangan peristiwa benar di DUN tidak boleh di tayangkan, kita tak faham atas arahan siapa polis menghalang penayangan tersebut, malah sehingga merampas VCD yang sedang ditayangkan.

Kalaulah saya menjadi pemimpin UMNO, saya akan membantah semua yang berlaku seperti yang disenaraikan diatas tadi, ini adalah kerana, tidakkah dipihak kerajaan terfikir, bahawa tindakan sedemikian rupa, munkin juga merupakan salah satu sabotaj dari pihak anggota kerajaan kepada kerajaan sendiri ?

Dengan membuat keputusan yang bodoh begitu, telah menyebabkan rakyat yang selama ini duduk diatas pagar, kini terus menyebelahi pembangkang, maka sudah tentulah masa depan BN di PRU13 nanti semakin gelap.

Tetapi saya sangat percaya, apa juga yang berlaku tersebut, memang ada sabotaj dikalangan anggota kerajaan sendiri, cumanya perkara tersebut berlaku secara tidak jelas, atau pun munkin juga pemimpin UMNO kini sudah benak-benak belaka, semuanya akibat sering memakan benda-benda haram, maka apa juga yang berlaku yang merugikan diri mereka sendiri, mereka tidak lagi nampak.

Buktinya seperti berita ini kononnya si Zambry telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap lapuran media, apa yang tidak puas hatinya lagi ? kalau kita membaca lapuran akhbar Utusan dan lain-lain yang seangkatan dengannya, saya sangat menyampah, semuanya sangat senget, semuanya tidak melapurkan perkara sebenar, habis Zambry mahu lapuran yang macam mana lagi.

Semua lapuran tersebut ditulis sebegitu rupa, seolah-olahnya BN semuanya ikut peraturan dan pembangkang semuanya melanggar peraturan, habis lapuran macam mana lagi dia mahu ?

Akibat lapuran akhbar arus perdana dan sebaran am lain yang melampau-melampau itulah, akhirnya saya yang tidak pernah menulis blog, tidak layak pun untuk menulis.............. menulis juga, untuk melepaskan geram, walau pun menyedari bahawa bolg saya hanya layak di panggil blog cap ayam sahaja, soal orang nak baca ke....... tak nak baca ke............... itu orang punya pasal...............janji geram dapat di lepaskan.






Polis telah bertindak melampau ................

Penulis sangat memprotes terhadap apa yang berlaku didalam majlis yang di langsungkan di Perak sepertimana yang dilapurkan di dalam blog dibawah.....

DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 Ia di anjurkankan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham. Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya.

Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu. Orang ramai memberi amaran supaya polis tidak mengganggu tayangan VCD tersebut. Tetapi, polis tidak mempedulikan semua itu. YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Nga Kor Ming telah berunding dengan polis untuk tidak mengganggu makan malam itu. Tetapi, polis berdegil juga dalam usaha untuk merampas alat-alat tayangan (VCD).

Seorang juruteknik kamera yang memasang alat-alat VCD di dewan itu telah ditahan oleh polis . Datuk Ngeh Koo Ham telah pergi ke balai polis untuk membela juruteknik itu.

Kenapa polis tidak memberi kebenaran untuk tayangan video peristiwa 7 Mei 2009?

Apakah yang ingin di selindungi oleh polis dalam usaha menghalangan tayang peristiwa 7 Mei 2009?

Rakyat berhak untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam Dewan Negeri. Oleh yang demikian polis tidak sewajarnya mengambil tindakan-tindakan untuk 'black out' isu 7 Mei sama sekali.

Apa salahnya untuk pengundi-pengundi mengetahui peristiwa 7 Mei itu? Kenapa ianya di halang oleh polis? Blog Speaker Perak/suara perak


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Sabtu, 9 Mei 2009

Keributan yang akan berakhir hanya di PRU13 nanti

Bahawa sesungguhnya saya sudah bosan dengan apa yang berlaku di DUN Perak itu, saya belek akhbar utusan, berita harian, beritanya langsung tiada nilai, mereka melapurkan apa yang telah
di olah mengikut selera mereka, yang mewajarkan semua tindakkan yang dilakukan oleh BN.

Saya beralih ke blog, coraknya begitu juga, kalau blog tersebut penyokong pakatan, maka mereka semuanya menyokong dan sebaliknya jika penyokong BN, semuanya menentang, begitulah yang kita akan jumpa.

Jadi apa yang sebenarnya yang saya cari ? saya cuba mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku, jika begitu dimanakah kebenarannya ? sebenarnya kita tidak akan menemui kebenaran, yang kita jumpa ialah kebenaran yang berasaskan kepentingan..................... contohnya......

Ada yang mengatakan bahawa BN yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri sepatutnya mengambil tindakkan membubarkan sahaja DUN Perak sebagai jalan penyelesaian yang paling baik.

Masaalahnya didalam keadaan mood rakyat yang tidak suka kepada BN sekarang, adalah tidak munkin bagi BN mengambil keputusan tersebut yang sudah pasti merugikan mereka, jangankan nak bubarkan DUN Perak, nak menghadapi pilihanraya kecil pun mereka ketar gegar, macam orang kena demam malaria.

Oleh itu didalam keadaan mereka masih berkuasa di peringkat pusat, maka mereka sudah pasti akan mempertahankan untuk tidak membubarkan DUN Perak, walaupun apa yang akan berlaku, hatta memperalatkan polis, malah tidak mustahil mereka akan sanggup memperalatkan tentera sekali pun.

Kini cara yang paling seronok bagi mereka ialah berlindung di belakang Sultan Perak, apakah ini bermakna UMNO ni sangat menyokong raja ? sebenarnya dari sejarah yang lepas, UMNO hanya memperalatkan raja, jika raja tersebut memberikan keuntungan kepada mereka.

Mereka akan bermati-matian mempertahankan raja selagi raja tersebut boleh memberikan keuntungan kepada mereka , tetapi bila ianya tidak memberikan keuntungan lagi, mereka jugalah yang akan melucutkan kekebalan raja-raja, dan ini telah pun berlaku.

Oleh itu untuk mengharapkan kerajaan BN membubarkan DUN Perak, samalah seperti kita mengharapkan supaya kucing tumbuh tanduk, sesuatu yang tidak munkin berlaku, nak harapkan Sultan Perak pula membubarkan.........pun susah juga...............sebabnya ? tak boleh nak cerita ...nanti dikatakan derhaka pulak.

Oleh itu saya jangkakan keadaan kecoh di DUN Perak ini akan berlarutanlah sampai ke PRU13 nanti..............itulah hakikat yang terpaksa kita terima seadanya...............wallahuaklam.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Ahad, 3 Mei 2009

Masaalah di Penanti rupanya belum selesai ........

Sejak keluar berita bahawa kononnya di DUN Penanti: PAS Permatang Pauh tetap mahu tanding
pada 1 hb mei, dan pada 2 hb mei, keluar pula berita Anwar kata itu masalah kecil, PAS janji sokong calon PKR dan di tambah pula dengan berita Haji Hadi ulangi pendirian sokong calon PKR di Penanti. Kita merasakan bahawa masaalah di penanti ini boleh diselesaikan dengan baik

Tiba-tiba hari ini 3 hb mei, keluar pula berita Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula. menurut berita yang disiarkan oleh m.star online itu, yang memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

Menurutnya Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS.

Beliau berkata peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota DUN Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Mujahid berkata Pakatan Rakyat wajib mengambil kira suara-suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Setelah meneliti hujjah Mujahid tersebut, dan diambil kira apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, terutama apa yang berlaku di Perak, berikutan pembelotan 3 ekor berok yang melompat keluar dari kandang PR dan kononnya menjadi wakil rakyat bebas, tetapi menyokong BN itu, telah menyebabkan kerajaan Perak yang diterajui PR sebelum ini tumbang.

Kita merasakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku didalam gabungan Pakatan Rakyat,
memang di akui secara diam-diam sejak peristiwa tersebut ramai orang PAS yang marah kepada wakil rakyat PKR yang didapati kurang berdisiplin, akibat kurang disiplin tersebut telah menyebabkan mereka mudah diperangkap oleh ajen-ajen BN yang berkeliaran macam musang mencari ayam dimalam hari.

Melalui peristiwa tersebut juga dapatlah kita fahami, bagaimana puncanya ahli-ahli PAS Permatang Pauh yang selama ini taat setia, tiba-tiba mengangakan taringnya, seolah-olah tidak boleh dikawal lagi.

Bahawa sesungguhnya kita kena fahami, banyak juga kawasan yang dulunya kawasan tersebut di tandingi oleh PAS dan ahli-ahlinya ramai orang PAS, akan tetapi demi setiakawan didalam PR, kawasan tersebut telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi, malangnya setelah menang, mereka tidak berminat untuk berkhidmat bersungguh-sungguh seperti apa yang berlaku di DUN Penanti itu.

Walau macam mana pun satu perkara perlu di renungi oleh orang-orang PAS, iaitu seperti yang kita sedia maklum PKR adalah satu parti baru, ditambah pula trend pengundi yang beralih kepada PR ini juga adalah trend baru, maka setiap yang baru, keyakinan orang kepadanya adalah kurang, oleh itu bukannya senang bagi Anwar untuk mencari calun yang benar-benar amanah dan bertanggung jawab.

Oleh itu diperingkat awal, berlakulah pemilihan calon pakai cekup, dan hasilnya yang di perolehi ialah apa yang berlaku di Perak tersebut, yang walaupun sudah diikat dengan sain borang kosong, tetapi masih meronta dan akhirnya terlepas.

Munkin untuk dimasa akan datang ini Anwar terpaksa memikirkan satu cara baru untuk mengikatnya, bagaimana dan apakah alatnya yang akan digunakan, munkin beliau sedang memikirkannya.

Dan satu perkara lagi yang perlu direnungi oleh orang-orang PAS ialah, hakikat kemenangan yang di perolehi sekarang ini adalah kerana pengaruh Anwar, oleh itu usahlah bertindak seolah-olah kemenangan tersebut adalah kemenangan kerana kekuatan PAS semata-mata.

Kita kena ingat, walau sekuat mana sekali pun PAS, tanpa sokongan dari ahli gabungan komponen parti-parti lain didalam PR, PAS tidak akan menang seperti sekarang ini, oleh itu ketika terbang diawan yang tinggi usahlah lupa rumput dibumi.

Para pengundi yang sebelum ini telah memberikan undinya kepada PR sedang memerhatikan telatah anda semua, andainya anda lebih berminat untuk bercakaran sesama sendiri, tunggulah
di PRU 13 nanti, padah sedang menanti anda...............timun dan pisau ditangan anda, tepuk dada tanya selera......

PAS larang ahli lawan PKR di Penanti

Ada ahli Pas mungkin tanding tiket bebas

PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Sabtu, 2 Mei 2009

Buat lah apa yang patut....................................

Si Zambry dah buat auta, kononnya Ada pihak ingin demonstrasi ketika sidang DUN:
dia kata "Saya dimaklumkan tujuan demonstrasi itu diadakan untuk `bersaing' dengan sidang DUN bagi menentukan siapa yang lebih kuat.

Kalau pasal buat cerita karut, kita serahkan kepada si Zambry ni........dia memang pakar tentang
kerja-kerja macam ni, maklumlah gurunya bukan calang-calang orang.

Seterusnya dia menyatakan bahawa beliau yakin pasukan keselamatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan yang bercanggah dengan undang-undang selain mengadakan kawalan ketat di luar bangunan Perak Darul Ridzuan sepanjang sidang DUN dari 7 hingga 13 Mei ini bagi memastikan perjalanan persidangan itu berjalan lancar.

Usah bimbanglah Zambry oiiii........... Dewan bersidang pada 7 hb, pada 4 hb lagi .........Polis dah penuh, nak risau apa..................kan Malaysia ni UMNO punya.......... buatlah apa yang kamu suka,
rakyat peduli apa............dia orang bukan boleh buat apa-apa pun........

Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini ?

Penulis ingin berkongsi kelucuan yang penulis perolehi, setelah penulis membaca satu artikel di Utusan Malaysia bertajuk PKR, Pas 'umpan' BN

Yang menggelikan hati penulis ialah kerana yang mengeluarkan pendapat sedemikian rupa ialah Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak, bukan nya orang biasa-biasa tetapi Pensyarah Universiti.

Beliau mahu menunjukkan kepada umum bahawa pandangan beliau jauh lebih kehadapan lantas mengatakan kononya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah boleh memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini. "Sengaja mereka buat begitu (konflik), kalau tidak PKR akan jadi seperti kes syok sendiri atau ingin berlawan tetapi tiada lawan. Calon bebas bukannya lawan sebenar, jadi jika menang sekalipun tidak akan beri momentum kepada mereka,"

Mohamad berkata, sebenarnya PKR tidak akan berkompromi dalam perkara ini kerana kemenangan DUN Penanti amat penting bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Bagaimanapun, katanya, BN pada masa ini berada dalam dua dilema iaitu:

(1) Sekiranya bertanding, bermakna terpaksa memasuki gelanggang PKR dan bakal berhadapan dengan reputasi dan persepsi teruk jika ditakdirkan tewas.

(2) Sekiranya tidak bertanding, BN bakal dicap sebagai pengecut sekali gus membolehkan PKR mendabik dada.

Sehubungan itu, kata Mohamad, BN perlu memikirkan penyelesaian terbaik supaya tidak mudah terperangkap dengan tipu daya PKR tetapi pada masa sama tidak pula dengan sewenang-wenangnya dianggap sebagai pengecut.

"BN kena congak betul-betul dan pastikan corak peperangan terbaik yang akan digunakan kerana pada masa ini PKR dan Pas sedang bersandiwara untuk membuka 'selera' BN supaya turut bertanding," katanya.

Begitulah pendapat seorang Dekan Universiti di sebuah Univerrsiti tempatan, anda nilailah sendiri pendapatnya sama ada anda bersetuju atau sebaliknya.

Tetapi bagi penulis, pendapat tersebut tersangatlah teruk nya, ada ke patut dikatanya Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya ?

Apa dia tak terfikir ke, bagaimana peningnya kepala Anwar memikirkan bahawa si Fairus, iaitu wakil rakyat yang meletakkan jawatan tu, dah di komplen oleh orang di kawasan Penanti, bahawa dia tersangat jarang melawat kawasan, sehingga wujud satu laman blok khusus untuk menjatuhkannya iaitu Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang ! antaranya kisah ini

Siri 47 : Fairus 'corner' 360 darjah, salahkan Setiausaha Sulit dan lain-lain lagi.....

Anda bacalah sendiri didalam blog tersebut di posting yang lama-lamanya, kalau dia tak padam akan jumpalah masaalahnya, kenapa si Fairuz ni sering memeningkan kepala Anwar.