Selasa, 20 Januari 2009

MUHYIDDIN YASSIN TERCARI-CARI FAKTOR PENARIK UNTUK UMNO

Akhirnya tercari-carilah Muhyiddin Yasin dimanakah daya tarikan untuk UMNO, kalau orang perempuan, munkin di lenggang lenggoknya, lesung pipitnya, budi bahasanya. baca seterusnya dibawah..........
Muhyiddin Yassin


Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri
Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu. Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu. "Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.Baca seterusnya disini

Setelah tamat PRK P.036 Kuala Terengganu, mulai sekarang , kita akan berjumpa analisis demi analisis berkaitan UMNO pula, tambahan pemilihan UMNO semakin hampir .

Sebenarnya kalau diteliti sehalus-halusnya, Punca utama segala permasaalahan didalam UMNO kini dan seterusnya adalah berkait rapat dengan NAFSU, oleh itu bukan mudah untuk mengatasinya, walaupun nampak seolah-olah para pemimpin UMNO bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Kesedaran demi kesedaran diluahkan, tetapi tetap gagal diatasi, ianya seperti kita berada di alam mimpi, kita menghadapi masaalah, tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Semuanya berpunca dari dalam diri pemimpin itu sendiri, walaupun kalau kita lihat, rata-rata pemimpin UMNO kini adalah kaya raya, tetapi nafsu serakah mereka tetap tidak mencukupi,
mereka semakin tamak, tamak dan tamak.

Rakyat sebenarnya mengimpikan seorang pemimpin yang sudi hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, dan seluruhnya sederhana.

Masaalahnya ramai dikalangan pemimpin yang menganggap, jawatan yang disandang sebagai peluang, segala-galanya peluang dan tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Sedangkan rakyat teramai, semakin terhimpit kehidupannya, semakin ramai orang yang hilang kerja kehidupan menjadi semakin susah, harga barang keperluan harian masih berada ditahap yang mahal .

Kalau kita teliti keluhanan Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas, bahawa UMNO telah kehilangan faktor " Penarik" untuk menarik rakyat memberi sokongan kepada UMNO .

Maka apakah faktor Penarik tersebut ? mengikut penilaian saya, faktor penarik yang diinginkan oleh rakyat jelata ialah kesederhanaan, kesederhanaan didalam melaksanakan projek, kesederhanaan didalam perbelanjaan, malah sederhana didalam serba serbi .

Apakah kerajaan tidak menyedari, bahawa antara faktor kekalahan demi kekalahan didalam pilihanraya sejak akhir-akhir ini, antara salah satu dari berpuluh-puluh sebab, adalah berkait rapat dengan cara kerajaan menangani perbelanjaan.

Kerajaan sangat berkira, apabila ianya berkaitan kepentingan rakyat jelata, contohnya, semasa harga minyak hendak dinaikkan dahulu, sibuklah mengatakan bahawa kerajaan sekarang terpaksa menanggung subsidi 3 bilion RM setahun .

Maka kononnya kerajaan tidak sanggup lagi menanggungnya, lantas keputusan dibuat, harga minyak pun dinaikkan sebanyak 70 sen seliter sekali gus .

Akibat segera yang diterima oleh rakyat jelata ialah, kenaikkan mendadak harga barang-barang
keperluan harian, maka kerajaan pun kononnya untuk menunjukkan prihatin kepada rakyat,
mulalah memberi rebet tunailah dan aneka macam lagi, tetapi tetap gagal menyelesaikan masaalah .

Kalaulah kerajaan boleh bersabar sebentar, harga minyak tidak langsung perlu dinaikkan, malah boleh pula diturunkan lagi, maka inflasi pun tidak lah seteruk sekarang ini .

Faktor penarik seterusnya, ialah cara hidup pemimpin, apakah ada dikalangan pemimpin UMNO sekarang yang mengamalkan kehidupan sehariannya, seperti Tuan Guru Nik Aziz MB kelantan sekarang, kalau pun tak sepenuhnya, dapat sipi-sipi pun jadilah.

Kalau hidup dengan cara terlampau mengikut hawa nafsu, maka dimanakah daya penariknya ?
pemimpin hidup dengan gaya berlebih-lebihan, tetapi rakyat hidup melarat .

Memanglah kalau diikutkan nafsu, kebetulan pula duit melimpah ruah, pangkat ada, jawatan besar, pengikut pula kuat membodek, maka syaitan pun mulalah masuk jarum, kawan-kawan pula memang mendorong kearah kemungkaran, maka keburukan pun menjadi-jadilah .

Kawan-kawan ni pun satu masaalah, dia orang suka sangatlah, kalau pemimpin tu ada skandal, senang dia orang nak cucuk hidung .

Bukan sedikit pemimpin UMNO yang terlibat seperti ini, lagi pun pepatah melayu ada mengatakan, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit, itu baru seekor, bagaimana jika 10 ekor, 50 ekor, atau pun lebih dahsyat lagi beratus-ratus ekor, hancur berkecai dibuatnya .

Akhirnya tercari-carilah Muhyiddin Yasin, dimanakah daya tarikan untuk UMNO, kalau orang perempuan, munkin di lenggang lenggoknya, lesung pipitnya, budi bahasanya.

Habis kalau UMNO dimana ? tentulah, di cara hidup pemimpinnya yang serba sederhana, dan bertimbang rasa.....................apakah pemimpin-pemimpin UMNO ada ciri-ciri tersebut ?

Sekian .

Tiada ulasan: