Jumaat, 20 Mac 2009

Muhyiddin Yassin kata , UMNO sudah berada di penghujung jalan ......


Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu kini sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Umno, katanya, hanya mempunyai masa empat tahun untuk berubah sebelum diadili semula oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13.

Dalam masa yang sangat terbatas itu, tambahnya, semua pihak mesti komited menjayakan usaha memulihkan kembali imej parti termasuk sedia menerima perubahan.

"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," Baca seterusnya.........

Itulah pendapat Muhyiddin Yassin, salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO, beliau bercakap secara berterus terang, ini sangat berbeza dengan Isa Samad dan Zahid Hamidi iaitu calun naib presiden UMNO semasa ditemu bual didalam rangcangan Hujah di TV9 tempuh
hari .

Sebenar saya menyokong penuh pendapat Muhyiddin Yassin tersebut, UMNO sudah berada di penghujung jalan dan perlu dicari jalan untuk memulihkannya, bagaimana cara untuk memulihkannya ?

Masaalah utama ialah ada sesetengah ahli yang masih tidak percaya bahawa UMNO sudah berada di penghujung jalan, kerana itu ada dikalangan ahli dan pemimpin UMNO yang sangat mengharapkan UMNO sebagai tempat mencari duit, bukan sebagai tempat untuk merialisasikan matlamat perjuangan .

Bukan menjadi kehairanan lagi, apabila kita terserempak dengan sekumpulan anggota UMNO yang berbincang di kedai kopi ke, di coffe house ke atau dimana-mana sahaja, mereka tidak akan membincangkan perihal bagaimana cara untuk mengatasi pelbagai masalah dikalangan rakyat, tetapi yang dibincangkan ialah bagaimana untuk mendapatkan projek .

Bagi mereka masaalah rakyat adalah urusan kerajaan, urusan mereka ialah bagaimana untuk menjadi lebih kaya, dan kaya dan lagi kaya.

Kalau inilah yang ada didalam minda mereka, macam mana nak mengharapkan golongan muda yang akan menjadi pengundi terbesar dialaf akan datang, memberikan sokongan kepada UMNO

Tambahan pula, wujud sekatan tidak bertulis dikalangan pemimpin UMNO, untuk tidak menerima golongan cerdik pandai yang bukan dikalangan saudara mara mereka untuk menjadi
ahli UMNO, mereka bimbang golongan ini merampas kuasa dari mereka.

Sekali lagi, yang mereka khuatirkan ialah peluang untuk membuat duit, bukan mereka khuatirkan tentang UMNO yang semakin gagal menarik golongan muda, bagi mereka semakin kurang orang cerdik berada didalam UMNO, lagi baik, sebab saingan kepada mereka semakin kurang.

Sebab itu apa yang berlaku, dinegeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang, contohnya Kelantan, perebutan jawatan sesama didalam UMNO juga hebat, mereka lagi suka kalau pembangkang terus memerintah, sebab saluran projek terus dari kerajaan pusat dibawah pembangunan persekutuan disalurkan kepada mereka .

Oleh itu usaha untuk memulihkan semula UMNO bukan satu kerja mudah, ianya memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa, yang bukan sahaja bersih, tetapi memang nampak bersih, sehingga penyokong dikalangan pembangkang pun kagum dengan pemimpin tersebut, apakah pemimpin seperti ini wujud didalam UMNO sekarang ?

Perlu diingat yang memenangkan seseorang calun UMNO itu bukan undi dikalangan orang UMNO sahaja, tetapi undi dikalangan pengundi atas pagar dan kadang-kadang dari penyokong pembangkang juga .............................oleh itu jangan dianggap semua penyokong pembangkang itu musuh, kerana kadang-kadang yang dianggap musuh itu, boleh menyokong kita .
( hari ini aku memberikan ulasan seikhlas munkin, sehingga aku gambarkan diriku seolah-olah penyokong umno, macam pelakon dramalah, untuk menghayati watak yang diberikan oleh pengarah, terpaksa kita menggambar diri kita adalah watak tersebut, baru real...........boleh terima ? )



Tiada ulasan: