Selasa, 3 Mac 2009
INI LAH CORAK PEMIKIRAN CALUN NAIB PRESIDEN UMNO .................
Apakah anda menonton siaran langsung hujah 'di tv9 ? pesertanya ialah dua orang ahli panel yang akan bertanding naib presiden umno mac ini, iaitu Isa Samad dan Zahid Hamidi.
Bagi mereka umno tiada cacat celanya, yang cacat ialah orang ramai kerana tidak mahu menyokong umno, amat jelas bahawa para pemimpin umno masih tidak tahu dimana sakitnya mereka, mereka masih merasakan bahawa mereka tidak sakit, saja orang tuduh mereka sakit.
Bagi Isa Samad pula, ketika ditanya kenapa golongan muda semakin menjauhkan diri dari umno,
o..o..o..o..o..o..o..o kononnya kerana kurang penerangan dari pemimpin umno berkaitan pelbagai perkara, kononnya rakyat tidak faham dan pembangkang memutarbelitkan isu .
Apabila ditanya, apakah tidak cukup dengan pelbagai saluran media, baik tv atau akhbar perdana yang sering menyiarkan pelbagai kenyataan dari pihak kerajaan ? Isa Samad mengakui
bahawa golongan muda tidak menonton berita ditv dan membaca akhbar, sebaliknya mereka membaca blog .
Tetapi Isa Samad tidak pula memberitahu kenapa golongan muda tidak mahu membaca akhbar dan menonton berita ditv ?
Perlulah dijelaskan disini, bahawa golongan muda dan generasi baru dimasa akan datang sebenarnya banyak pilihan, mereka bosan dengan media yang dikuasai oleh kerajaan yang bukan memuatkan berita, sebaliknya menyiarkan propaganda kerajaan .
Berita dengan propaganda tidak sama, berita ialah pemberitahuan tentang kejadian yang benar-benar berlaku dan suasana yang benar-benar dialami, tetapi sebaliknya propaganda hanya menyiarkan berita atau ulasan, yang bentuknya menguntungkan pihak kerajaan semata-mata, inilah yang membuatkan golongan muda bosan dan tidak mahu menonton berita di tv dan membaca akhbar arus perdana, jika mereka baca akhbar pun mereka tidak akan mempercayai lagi berita tersebut .
Tetapi malangnya pemimpin umno tidak mahu mengakui hakikat tersebut, terutamanya Zahid Hamidi dan Isa Samad, tetapi mereka sebaliknya menuduh, kononnya golongan muda telah terpedaya dengan putar belit pembangkang, apakah mereka fikir golongan muda ini bodoh ke ........inikah mentaliti pemimpin umno yang nak bertanding jawatan naib presiden umno ?
Berkenaan dengan perkara-perkara yang membuatkan rakyat tidak puas hati, contohnya rasuah dan sebagainya, bagi mereka rasuah bukan masaalah, sistem kehakiman tiada masaalah, polis tiada masaalah, semuanya tiada masaalah, yang penting semua badut-badut ini menyokong mereka dan selagi boleh diperalatkan tiada masaalah .
Mereka tidak sedar bahawa rakyat marah kepada kerajaan, antara sebabnya ialah menguruskan
wang rakyat secara tidak berhemah, rakyat membayar cukai, tetapi wang yang diperolehi dibelanjakan sesuka hati mereka, apabila rakyat bersuara, polis digunakan untuk menutup mulut rakyat, lucunya mereka masih mengaku, kononnya mereka juga mengamalkan demokrasi.
Bagi Zahid Hamidi pula, kononnya apa yang berlaku di PERAK adalah baik, malah boleh menguatkan umno pula, kalau dah kuat kenapa takut kepada pembubaran DUN, kononnya bukan takut, tetapi alasannya untuk menjimatkan wang rakyat, sejak bila pula menteri-menteri
umno pandai berjimat................
Kesimpulannya, jelas hasrat rakyat terbanyak mahu melihat perubahan kearah kebaikan dilaksanakan dinegara ini, tidak akan berjaya, selagi tampuk pemerintahan masih dipegang oleh
orang-orang yang sakit tetapi mengaku mereka masih sihat, malah sangat sihat .
Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan