Sabtu, 29 Ogos 2009

Polis telah tersilap langkah

Arak kepala lembu bantah pindah kuil

Beberapa orang penduduk di seksyen 23 di Shah Alam telah tersilap langkah, tujuan utama mereka ialah membantah pembinaan kuil dikawasan perumahan mereka yang majoritinya orang Melayu.

Yang menjadi salah dan tidak mendapat sokongan dari kedua-dua parti politik utama di negara ini iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan nasional ialah kerana mereka membawa kepala lembu, satu lambang suci dikalangan orang-orang hindu.

Dikalangan orang-orang Pas, mereka tidak memberikan sokongan kerana tindakkan penunjuk perasaan tersebut di tujukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, manakala dikalangan penyokong Barisan Nasional pula, mereka tidak memberikan sokongan kerana menyedari perbuatan penunjuk perasaan tersebut yang membawa kepala lembu boleh mengundang kemarahan dikalangan penganut ugama Hindu.

Oleh itu bagi menyekat perbuatan tersebut dari merebak, maka Pemuda Umno yang di ketuai oleh Khairi Jamaluddin telah mengutuk perbuatan tersebut.

Yang tersepit angkara tindakkan tersebut ialah pasukan Polis, disini jelas dan terang bahawa pasukan Polis kita telah bertindak secara tidak propessional, kalau Polis menjalankan tugasnya secara propessional, sepatutnya mereka menyuraikan tunjuk perasaan tersebut sedari awal sebagaimana yang mereka sering lakukan terhadap mana-mana juga tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pembangkang.

Jelas bahawa tunjuk perasaan tersebut tidak mendapat permit Polis, tetapi oleh kerana tunjuk perasaan tersebut ditujukan kepada kerajaan pembangkang didalam usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan rakyat, maka Polis telah memejamkan mata sahaja, membiarkan sahaja kepala lembu diarak sehingga kedepan pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Itulah Allah maha kuasa, dia mahu tunjukkan kepada semua orang yang kononnya mengatakan Polis bertindak adil, nah kini terbukti bahawa Polis selama ini telah sanggup menjadi alat parti yang sedang memerintah, Polis yang tiada maruah tidak perlu di hormati.

Kepada pencacai-pencacai semua bukalah mata kamu luas-luas dan buka juga otak kamu dan lihat apa yang berlaku disekeliling kamu...................





Khamis, 20 Ogos 2009

Awas ! ! ! DNA pun boleh dipalsukan

Berdasarkan berita dibawah yang sudah pun berlaku dan betapa pantasnya pergerakkan sesuatu perkara baik berupa musibah seumpama influenza A(H1N1) yang merebak dari satu negara kesatu negara lain, atau berupa ciptaan teknologi baru seperti kejayaan seorang penyelidik di AS yang telah berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan.

DNA boleh dipalsukan


SATU babak dalam drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation. - Gambar hiasan


WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi


Didalam keadaan yang sebegitu rupa, maka usahlah kita merasa hairan, jika ada individu-individu tertentu yang berpengaruh didalam masyarakat dan menyedari dirinya menjadi saingan kepada pihak yang kini sedang berkuasa didalam negara dan sedang dikenakan tuduhan-tuduhan tertentu yang telah enggan memberikan sampel badannya untuk di DNA.

Rupa-rupanya kebimbangan individu tersebut memang berasas, berdasarkan berita diatas adalah jelas bahawa jika sesuatu pihak mahu melakukannya memang boleh.

Tambahan pula didalam zaman modern ini, pembunuhan secara fizikal seperti mana yang dilakukan oleh Raja-Raja di zaman dahulu terhadap pesaingnya tidak boleh dilaksanakan lagi, oleh itu pilihan yang ada ialah membunuh kariernya.

Antara cara yang paling mudah untuk membunuh karier seseorang ialah dengan mencipta sesuatu masaalah kepadanya, setelah itu diperlukan bukti, maka berdasarkan berita diatas yang DNA boleh di manupulasi, bolehlah dipaksa kepada individu terbabit untuk memberikan DNAnya, setelah diperolehi DNA tersebut maka pandai-pandailah untuk menjadikannya seperti benar-benar terjadi.

Oleh itu kepada pihak-pihak tertentu yang gemar memanggil individu terbabit dengan berbagai-bagai gelaran sedangkan ketentuan bersalah atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu, maka saya menyeru supaya anda berpada-padalah.

Saya ada juga menulis mengulas terhadap tokoh-tokoh tertentu yang tidak sehaluan dengan saya tetapi tidak pernah sampai memanggilnya dengan gelaran-gelaran buruk, mencarut atau yang sangat mengaibkan...............semoga kita sama-sama menjaga adap dan tata susila didalam menulis blog.........................sekian.











Rabu, 19 Ogos 2009

Gajah sama gajah berkelahi, kancil mati tersepit di tengah-tengah

Munkin tiada siapa yang nak ambil peduli terhadap tulisan saya, maklumlah saya bukan orang penting di dunia ini, lainlah kalau saya seorang tokoh yang terkenal di Malaysia malah di seluruh Dunia.

Namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menyampaikan perasaan dan pendapat saya kepada umum, diatas apa juga issue yang tiba-tiba menjengah, walaupun tidak di minta, contohnya kita bosan dirumah, lantas kita kekedai kopi selepas Maghrib sementara menunggu sembahyang Isyak.

Sampai dikedai kopi, entah macammana tuan punya kedai memutar channelnya ke siaran TV3 dan berita baru nak dimulakan, tiba-tiba keluar berita berikut .........

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.


Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno. "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Saya sebenarnya cuba melarikan diri dari suasana politik, cuba tidak membaca akhbar, cuba tidak menonton TV, tetapi apakan daya, setelah dicuba, namun gagal, semuanya gara-gara pergi kekedai kopi dan tuan kedai tersebut memasang TV nya.

Setelah mendengar, jiwa dan fikiran saya bertindak balas terhadap apa yang didengar itu, maka
tangan pun mula menekan keyboard ....................

Saya yang sering menulis didalam blog ini menyokong pembangkang, terasa malu untuk terus menulis menyokong apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu, jika benar itu yang diluahkan olehnya.

Saya faham benar bahawa Nik Aziz sering menggunakan bahasa kiasan terhadap apa juga yang di ulasnya, namun kadang-kadang bahasa kiasan tersebut menjadi tidak sesuai malah boleh menimbulkan fitnah pula.

Oleh itu adalah sangat tidak wajar untuk orang politik sepertinya, mengeluarkan pendapat seperti itu.

Banyak keputusan politik sebenarnya mempunyai liku-liku yang sukar untuk dijelaskan dan kadang-kadang keputusan di buat adalah kerana terpaksa atau untuk menjaga muslihat umum.

Itulah sebabnya kalau kita mengimbau kembali kisah lama semasa dewan ulamak PAS bersidang untuk membuat keputusan bagi menyertai Barisan Nasional kira-kira 35 tahun yang lampau, kita akan dapati Nik Azizlah, orang yang mula-mula mengeluarkan pendapat bahawa bekerjasama dengan Umno di bolehkan dengan alasan-alasan tertentu serta dengan dibacakan ayat-ayat tertentu dari Al Qur'an.

Setelah mendengar apa yang dilafazkan oleh Nik Aziz itu, maka ulamak-ulamak lain pun di dalam PAS menyokong ijtihad Nik Aziz tersebut dan keputusan pun di buat bagi menyertai Barisan nasional.

Begitu jugalah kini kita dapati Nik Aziz mengeluarkan pendapat terhadap Umno seperti diatas dengan alasan-alasan tertentu juga bagi mewajarkanya.

Oleh itu kesimpulannya, untuk memahami kenapa ini boleh berlaku memang merumitkan dan itulah sebabnya kita akan dapati mengapa sesetengah ulama telah menyokong ijtihad Umno dan sesetengah ulamak lagi menyokong ijtihad yang di ambil oleh PAS.

Kadang-kadang kita orang awam terjebak dan berkeadaan serba salah, umpama kata pepatah, gajah sama gajah berkelahi, kancil mati tersepit ditengah-tengah.

Saya minta maaf banyak-banyak kepada penyokong Pas, andainya tulisan saya kali ini merobek hati anda semua, saya hanya meluahkan pendapat saya sahaja, saudara-saudara boleh bersetuju dan boleh tidak bersetuju................... sekian.






Ahad, 9 Ogos 2009

Tokoh yang layak di panggil " tokok " sahaja

Saya sungguh tidak faham, kenapa suara-suara seperti dibawah, hanya berani disuarakan sekarang, kenapa tidak semasa Tun Dr Mahathir masa mula-mula berura-ura dan melancarkan PPSMI di sekolah-sekolah dahulu ?

3 juta murid rugi jika teruskan PPSMI

Begitulah suara tokoh kita, sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, masaalahnya kenapa keberanian bercakap seperti ini, hanya wujud sekarang, kenapa tidak dulu ? dimanakah semangat perjuangan di ketika itu ? terlalu takutkah jika tidak terpilih sebagai salah seorang jemaah Menteri ?

Semua persoalan tersebut sentiasa berligar-ligar di kepala orang-orang seperti saya, lebih menghairankan saya, semasa Dr.Mahathir masih menjadi PM, tiada seorang pun yang berani bersuara.

Pada masa itu saya dapati semua orang dari jemaah Menteri, ahli majlis tertinggi Umno, Ajk bahagian dan ahli biasa menyokong Projek PPSMI Dr Mahathir, semuanya kata baik, semuanya kata elok, malah keputusan UPSR dan PMR pun dikatakan meningkat didalam subjek Sains dan Matematik.

Betul ke meningkat, atau sengaja direndahkan tahap ukurannya, supaya nampak ramai lulus ?

Kenapa tiba-tiba sekarang berani kata bahawa PPSMI tidak elok, tidak baik ,tidak sesuai ??????? apa ni ? janganlah dijadikan rakyat sebagai mangsa percubaan sesuatu dasar,

Kenapa kita jadikan rakyat kita seperti tikus yang dijadikan bahan ujian oleh para doktor perubatan di Makmal Hospital ?

Kadang-kadang saya terfikir juga, apakah boleh dipercayai semua kata-kata Menteri yang sekarang sedang mengiyakan segala kata-kata Datuk Sri Najib diatas apa juga projek yang dilancarkan.

Kalau berdasarkan kes PPSMI ini, kebanyakkan Menteri dan AMT Umno, kini tidak boleh di percayai atau pun sekurang-kurangnya mereka sedang berada ditahap boleh diragui akan keikhlasan pendapat mereka.

Mereka langsung tiada semangat seperti Syed Jaafar Albar atau Tun Dr Ismail iaitu dua tokoh yang sangat di kagumi suatu ketika dahulu didalam Umno, diatas keberanian mereka menyuarakan sesuatu yang dirasakan boleh merugikan kepentingan orang Melayu pada ketika itu.

Ataupun seperti semangat Mahathir Mohamad yang sanggup menentang Tunku Abd.Rahman, berkaitan kes memberikan kemerdekaan kepada Singapura, sanggup di pecat dari Umno, demi menyatakan kebenaran.

Kita sesungguhnya kekeringan tokoh seperti itu didalam Umno sekarang.

Yang ada didalam Umno kini ialah tokoh " Yes " semasa PM masih berkuasa, tetapi " No" setelah PM tersebut tiada kuasa lagi ...................

Kepada yang berperangai begini sebenarnya, tidak layak dipanggil tokoh, tetapi boleh dipanggil "tokok", apa dia tokok ? iaitu sebagai penambah untuk membanyakkan sesuatu ............ oleh itu tokoh yang seperti ini hanya layak di jadikan penokok sahaja.








Khamis, 6 Ogos 2009

Apakah kita pakai dua cermin mata ?

Dulu semasa Nizar Jamaluddin jadi menteri besar Perak, beliau telah meluluskan geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah tersebut sejak berpuluh-puluh tahun yang lampau tanpa mengira dari kaum apa.

Pada masa tersebut Umno telah menjadikannya satu issue besar, sehingga dibawa kedalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Nizar di tuduh kononnya sebagai pengkhainat bangsa Melayu, malah lebih dahsyat di cap, penjilat DAP kerana tindakannya itu.

Penyokong-penyokong Umno tanpa segan silu mengutuk Datuk Sri Nizar dengan berbagai kutukan didalam blog mereka..............

Nah, kini saya nak dengar pula apa kata penyokong Umno terhadap apa yang saya petik dari berita Bernama ini .............


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang bersidang di sini Rabu memutuskan untuk memberi hak pemilikan automatik kepada rakyat negeri itu yang menetap di sesebuah lot tanah untuk selama 10 tahun, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta merta dan sekaligus penduduk yang telah menduduki tanah milik kerajaan selama itu hanya perlu membayar cukai tanah.

"Keputusan ini dibuat memandangkan ada penduduk yang telah menetap di sesebuah kawasan hampir 80 tahun, tapi taraf mereka masih lagi berstatus TOL sedangkan mereka sudah lama di situ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri.

Menteri Besar itu juga berkata kerajaan negeri akan memperkemas sistem pengurusan tanah dan menyediakan model terbaik untuk memastikan rakyat sentiasa selesa berurusan di pejabat-pejabat tanah di Perak.

"Untuk itu, kita akan lakukan aspek penambahbaikan dengan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas setiap pejabat tanah di seluruh Perak," katanya.

Mengenai sasaran setinggan sifar, Zambry berkata ia akan menjadi agenda utama dalam setiap mesyuarat jawatan kuasa tanah dan juga mesyuarat jawatan kuasa daerah.

Beliau berkata, kerajaan sedang mengenalpasti beberapa kawasan setinggan yang sudah pun menjadi perkampungan untuk diiktiraf sebagai kawasan disitu.

-- BERNAMA

Hah, kutuklah si Zambry ni.....................tidakkah si Zambry ni melakukan perkara yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Nizar dahulu..............

Atau pun kita ada dua kacamata, satu untuk Nizar yang akan dikatakan salah jika dia melakukannya tetapi apabila Zambry yang buat, sudah bertukar jadi tak salah ?