Sabtu, 29 Ogos 2009

Polis telah tersilap langkah

Arak kepala lembu bantah pindah kuil

Beberapa orang penduduk di seksyen 23 di Shah Alam telah tersilap langkah, tujuan utama mereka ialah membantah pembinaan kuil dikawasan perumahan mereka yang majoritinya orang Melayu.

Yang menjadi salah dan tidak mendapat sokongan dari kedua-dua parti politik utama di negara ini iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan nasional ialah kerana mereka membawa kepala lembu, satu lambang suci dikalangan orang-orang hindu.

Dikalangan orang-orang Pas, mereka tidak memberikan sokongan kerana tindakkan penunjuk perasaan tersebut di tujukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, manakala dikalangan penyokong Barisan Nasional pula, mereka tidak memberikan sokongan kerana menyedari perbuatan penunjuk perasaan tersebut yang membawa kepala lembu boleh mengundang kemarahan dikalangan penganut ugama Hindu.

Oleh itu bagi menyekat perbuatan tersebut dari merebak, maka Pemuda Umno yang di ketuai oleh Khairi Jamaluddin telah mengutuk perbuatan tersebut.

Yang tersepit angkara tindakkan tersebut ialah pasukan Polis, disini jelas dan terang bahawa pasukan Polis kita telah bertindak secara tidak propessional, kalau Polis menjalankan tugasnya secara propessional, sepatutnya mereka menyuraikan tunjuk perasaan tersebut sedari awal sebagaimana yang mereka sering lakukan terhadap mana-mana juga tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pembangkang.

Jelas bahawa tunjuk perasaan tersebut tidak mendapat permit Polis, tetapi oleh kerana tunjuk perasaan tersebut ditujukan kepada kerajaan pembangkang didalam usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan rakyat, maka Polis telah memejamkan mata sahaja, membiarkan sahaja kepala lembu diarak sehingga kedepan pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Itulah Allah maha kuasa, dia mahu tunjukkan kepada semua orang yang kononnya mengatakan Polis bertindak adil, nah kini terbukti bahawa Polis selama ini telah sanggup menjadi alat parti yang sedang memerintah, Polis yang tiada maruah tidak perlu di hormati.

Kepada pencacai-pencacai semua bukalah mata kamu luas-luas dan buka juga otak kamu dan lihat apa yang berlaku disekeliling kamu...................





1 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam Sahabat,
Mereka manusia biasa yang tidak lekang dari berbuat salah dan silap, atau mungkin mereka benar-benar datang dengan wajah sendiri bukan wakili pembangkang atau pro kerajaan, sebaliknya sebagai penduduk sekitar kawasan yang berkenaan yang benar-benar tidak puas hati kepad kedua-dua pihak - kerajaan negeri dan pusat. Wallahualam!