Rabu, 19 Ogos 2009

Gajah sama gajah berkelahi, kancil mati tersepit di tengah-tengah

Munkin tiada siapa yang nak ambil peduli terhadap tulisan saya, maklumlah saya bukan orang penting di dunia ini, lainlah kalau saya seorang tokoh yang terkenal di Malaysia malah di seluruh Dunia.

Namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menyampaikan perasaan dan pendapat saya kepada umum, diatas apa juga issue yang tiba-tiba menjengah, walaupun tidak di minta, contohnya kita bosan dirumah, lantas kita kekedai kopi selepas Maghrib sementara menunggu sembahyang Isyak.

Sampai dikedai kopi, entah macammana tuan punya kedai memutar channelnya ke siaran TV3 dan berita baru nak dimulakan, tiba-tiba keluar berita berikut .........

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.


Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno. "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Saya sebenarnya cuba melarikan diri dari suasana politik, cuba tidak membaca akhbar, cuba tidak menonton TV, tetapi apakan daya, setelah dicuba, namun gagal, semuanya gara-gara pergi kekedai kopi dan tuan kedai tersebut memasang TV nya.

Setelah mendengar, jiwa dan fikiran saya bertindak balas terhadap apa yang didengar itu, maka
tangan pun mula menekan keyboard ....................

Saya yang sering menulis didalam blog ini menyokong pembangkang, terasa malu untuk terus menulis menyokong apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu, jika benar itu yang diluahkan olehnya.

Saya faham benar bahawa Nik Aziz sering menggunakan bahasa kiasan terhadap apa juga yang di ulasnya, namun kadang-kadang bahasa kiasan tersebut menjadi tidak sesuai malah boleh menimbulkan fitnah pula.

Oleh itu adalah sangat tidak wajar untuk orang politik sepertinya, mengeluarkan pendapat seperti itu.

Banyak keputusan politik sebenarnya mempunyai liku-liku yang sukar untuk dijelaskan dan kadang-kadang keputusan di buat adalah kerana terpaksa atau untuk menjaga muslihat umum.

Itulah sebabnya kalau kita mengimbau kembali kisah lama semasa dewan ulamak PAS bersidang untuk membuat keputusan bagi menyertai Barisan Nasional kira-kira 35 tahun yang lampau, kita akan dapati Nik Azizlah, orang yang mula-mula mengeluarkan pendapat bahawa bekerjasama dengan Umno di bolehkan dengan alasan-alasan tertentu serta dengan dibacakan ayat-ayat tertentu dari Al Qur'an.

Setelah mendengar apa yang dilafazkan oleh Nik Aziz itu, maka ulamak-ulamak lain pun di dalam PAS menyokong ijtihad Nik Aziz tersebut dan keputusan pun di buat bagi menyertai Barisan nasional.

Begitu jugalah kini kita dapati Nik Aziz mengeluarkan pendapat terhadap Umno seperti diatas dengan alasan-alasan tertentu juga bagi mewajarkanya.

Oleh itu kesimpulannya, untuk memahami kenapa ini boleh berlaku memang merumitkan dan itulah sebabnya kita akan dapati mengapa sesetengah ulama telah menyokong ijtihad Umno dan sesetengah ulamak lagi menyokong ijtihad yang di ambil oleh PAS.

Kadang-kadang kita orang awam terjebak dan berkeadaan serba salah, umpama kata pepatah, gajah sama gajah berkelahi, kancil mati tersepit ditengah-tengah.

Saya minta maaf banyak-banyak kepada penyokong Pas, andainya tulisan saya kali ini merobek hati anda semua, saya hanya meluahkan pendapat saya sahaja, saudara-saudara boleh bersetuju dan boleh tidak bersetuju................... sekian.






1 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam sahabat,

kita sentiasa benar untuk menyatakan pendapat kita biarpun akhirnya pendapat kita itu didapati salah. begitu juga sebaliknya, jangan merasakan satu kesalahan apabila kita menyatakan pendapat kita yang berbeza kerana mungkin diakhirnya didapati pendapat kita itu ada benarnya. kita sering dalam kekeliruan dan itupun bukanlah satu kesalahan, namun menyatakan pendapat kita adalah hak bagi kita. teruskan menulis walaupun kadang-kadang kita merasa kecewa ~ bRAVEhEART