Sabtu, 24 Oktober 2009

Kisah badut upahan

Berikutan tulisan Nik Aziz didalam blognya sehari dua yang lepas, pelbagai spekulasi yang timbul dari pemahaman masing-masing terhadap maksud yang tersirat dari penulisan tersebut, tambahan pula apabila di tanya oleh pemberita, Nik Aziz menyatakan bahawa beliau Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas.

Ada di antara penulis blog yang mencadangkan agar isu ini usah di perpanjangkan, dengan alasan ianya boleh menggugat kesepaduan didalam Pas, namun apakah kita boleh menutup badan gajah dengan nyiru ?

Kita jangan lupa bahawa Nik Aziz berjawatan Musridul am, satu jawatan yang tertinggi didalam Pas selepas Presiden, oleh itu apabila Nik Aziz menyuarakan isi hatinya di dalam blognya, sudah tentulah ianya perlu di beri perhatian oleh orang-orang Pas.

Tambahan pula apabila beliau menyatakan "Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.

Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini."

Seterusnya beliau menulis " Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita? "

Maksud dari pertanyaan Nik Aziz tersebut ialah " maka kita " perlu juga mengadakan EGM bagi membuat pilihan samaada masih mahu mengekalkan Presiden atau menggugurkannya.

Sesuatu yang pasti ialah jika diadakan EGM, maka kemunkinan besar Pas akan berpecah dua, satu menyokong haji Hadi dan satu lagi menyokong Nik Aziz, dan jikalau keputusan EGM tersebut menyebelahi Nik Aziz, apakah munkin mereka yang pro haji Hadi akan masuk Umno ?

Jika kita teliti dari dulu akan prinsip perjuangan haji Hadi, rasanya tidak munkin haji Hadi akan menyertai Umno, tetapi apabila direnungkan akan sikapnya sejak akhir-akhir ini, terutamanya selepas beliau mengeluarkan idea yang berkaitan Unity Goverment (UG) atau kerajaan perpaduan.

Maka kita merasakan ada sesuatu kepelikan didalam perjuangan haji Hadi, seolah-olah dari mustahil telah bertukar menjadi munkin.

Tetapi saya merasakan jika haji Hadi menyertai Umno, tidak ramai yang akan mengikutinya, ini adalah kerana jika kita mengikuti sejarah yang lepas, tidak pernah berlaku tokoh Pas yang menyertai Umno, memperolehi kedudukan yang sangat baik didalam pertubuhan tersebut.

Kebanyakannya selepas menyertai Umno, akan diangkat untuk seketika sebagai Menteri tetapi tidak berapa lama, iaitu kira-kira setahun dua, maka diadakan rombakan kabinet dan tokoh lompat ini biasanya akan digugurkan dan terus dilupakan, munkinlah haji Hadi juga akan menerima nasib yang sama jika dia menyertai Umno.

Oh ya! terlalu jauh khayalan saya sehingga membayangkan bahawa haji Hadi munkin menyertai Umno, sesuatu yang agak sukar untuk kita membayangkan akan kesan dari tindakan tersebut .

Berbalik kita terhadap cadangan Nik Aziz yang mahu satu EGM diadakan bagi menyelesaikan masaalah dalaman Pas, saya merasakan ianya tidak akan menjadi kenyataan, ini adalah kerana
cadangan tersebut timbul di ketika beliau mengulas tulisan Dr Aziz Bari di akhbar Sinar Harian.

Lagi pun acap juga Nik Aziz ni tersilap membuat kenyataan ketika mengulas sesuatu issue yang akhirnya beliau meminta maaf dan selepasnya, issue tersebut senyap begitu sahaja.

Oleh itu saya sangat percaya bahawa ramai dikalangan ahli Pas yang tidak bersedia menghadapi kesan dari EGM tersebut, samaada kumpulan haji Hadi kalah atau menang kesannya tetap ada, lagi pun apa perlunya diadakan EGM, yang tujuannya hanyalah untuk menyingkirkan pemimpin yang baru sahaja dilantik semula beberapa bulan yang lepas.

Di dalam muktamar tahunan Pas yang berlangsung baru-baru ini, haji Hadi dan Nasaruddin Mat Isa telah pun di ulangsahkan menjadi Presiden dan Timbalan Presiden di tengah-tengah gelora bahawa mereka berdua terlibat di dalam usaha mewujudkan kerjasama diantara Pas dengan Umno.

Orang-orang Pas terus menyokongnya juga, ini bermakna orang Pas suka kerjasama tersebut atau kalau tidak pun orang Pas ini bodoh, kerana kurang membaca, mereka hanya tahu membaca akhbar mereka sahaja iaitu Harakah.

Memang didalam Pas ini, oleh kerana pemimpin mereka pandai mengeksploitasi keadaan, maka jika ada berita yang memberitahu bahawa pemimpin pujaan mereka sudah bertukar angin, mereka tidak akan percaya.

Mereka akan kata itu hanyalah fitnah semata-mata, nah ! kini apa nak dikata lagi, apabila Nik Aziz mengajak supaya diadakan EGM supaya perwakilan Pas membuat keputusan samaada mahu mengekalkan Presiden dan lain-lain pemimpin yang bermasaalah atau menyingkirkan mereka, barulah mereka tercengang-tercengang.

Ahli-ahli Pas ini kebanyakannya masih bermentaliti seperti katak dibawah tempurung, mereka hanya tahu dunia tempurung mereka sahaja, lain-lain mereka tidak tahu, oleh itu untuk menjaga perpaduan didalam Pas, biarkan mereka terus berada didalam dunia mereka sahaja.

Seterusnya saya tidak tahu nak cakap apa lagi, yang sudah pasti didalam keadaan seperti ini, Umno dan Barisan Nasional sangat beruntung kerana wujud beberapa ekor badut didalam Pas yang sudi memberikan pisau kepada Umno untuk menikam Pas sendiri.

Apakah badut-badut ini benar-benar faham akan watak yang dimainkannya atau sekadar hanya mengikut arahan dari pengarah yang sekadar memberikan arahan dari jauh dengan menjanjikan upah yang lumayan jika lakonan tersebut menjadi.

Semua jawapan tersebut akan terjawab apabila sampai masanya nanti, sehingga jawapan tersebut diperolehi, kita hanya mampu melihat sahaja.......................................................








Tiada ulasan: