Jumaat, 16 Oktober 2009

Harapan yang tidak kesampaian

Najib: Nasib saya kini di tangan ahli kata Presiden Umno itu ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung ke-60, petang tadi.

Ekoran pindaan perlembagaan parti itu semalam, kerusi presiden kini boleh dicabar oleh sesiapa saja yang dapat melepasi kelayakan minimum.

Katanya, mengikut peraturan pertandingan jawatan tersebut sebelum ini, seseorang calon perlu meraih sebanyak 58 pencalonan.

"Bukan mudah nak dapat 58 pencalonan bahagian. Bukan mudah... Biasanya nak dapat satu atau dua pun susah," katanya dalam ucapan penggulungan di perhimpunan parti itu petang ini.

"Nak jadi presiden sampai bila? Seumur hidup? Baik atau untung nasib saya, saya serahkan kepada ahli Umno," katanya lagi.

Begitulah luahan yang disampaikan oleh Datuk Sri Najib selaku Presiden Umno dihari terakhir perhimpunan agung Umno hari ini,

Saya sebagai seorang pemerhati dari tepi gelanggang berpendapat bahawa jikalah ahli-ahli Umno diseluruh negara benar-benar berjaya menghayati akan hasrat Datuk Sri Najib tersebut dan boleh merialisasikannya, saya percaya Umno yang kalau kita ibaratkan kepada orang sakit, munkin boleh pulih dari sakit tenatnya, atau setidak-tidaknya , bolehlah bangun dan berjalan perlahan-lahan.

Apa tidaknya, apabila segala impian rakyat dari akar umbi yang sememangnya mahukan pemimpinnya baik dari parti apa sekali pun, lebih mengutamakan rakyat, bak kata Datuk Sri Najib seterusnya bahawa pada masa dahulu Umno jadi kuat kerana ia merupakan parti pergerakan massa, bukan parti golongan elitis atau golongan bangsawan.

Sebaliknya, Umno adalah satu perhimpunan segala pimpinan Umno dari segala peringkat latar belakang dan bergerak sebagai satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani orang Melayu.

Masaalahnya kini kalau kita perhatikan setelah negara merdeka selama 53 tahun dan Umno juga telah terus berjaya mengetuai kepimpinan negara selama masa tersebut menerusi Barisan Nasional.

Maka hasil dari dasar ekonomi baru yang telah berjaya di eksploitasi oleh segolongan elitis Umno dan berjaya menjadikan mereka termasuk didalam golongan jutawan atau setidak-tidaknya sebagai hartawan, suatu hasrat yang tidak pernah terlintas didalam pemikiran penggiat-pengiat Umno yang terdahulu.

Maka setelah mereka berjaya meraih kejayaan yang sebegitu rupa menerusi kegiatan mereka didalam Umno selama ini, apakah mereka boleh kembali untuk bekerja seikhlas munkin, dengan tidak mengharapkan sesuatu ?

Apakah munkin ketua-ketua bahagian, ketua-ketua wanita, ketua-ketua pemuda, ketua-ketua puteri akan bekerja untuk parti dan rakyat dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan untuk mendapatkan projek dan sebagainya, sedangkan selama ini atas dorongan projeklah mereka-mereka ini sanggup kehulu kehilir kononya untuk menabur bakti.

Atas nama projeklah mereka-mereka ini sanggup bermati-matian mengejar jawatan dan cuba mempertahankannya selama munkin.

Apakah selepas ini, golongan yang saya sebutkan diatas, yang sedang menguasai Umno kini, akan membiarkan golongan lain mengambil aleh kepimpinan Umno, sedangkan menerusi jawatan mereka didalam Umnolah yang meletakkan mereka dikedudukan yang mereka nikmati hari ini.

Saya sangat percaya jika polisi sekarang yang menganugerahkan projek kepada ketua-ketua Umno dihentikan, munkin hasrat Najib tersebut boleh tercapai, semua projek di keluarkan secara tender terbuka, tiada sebarang keistimewaan walau kepada sesiapa pun.

Masaalahnya bolehkah Umno bergerak tanpa anugerah projek-projek ini ? bukan rahsia lagi bahawa Umno masih boleh bergerak kerana memperolehi kewangan dari pelbagai sumber yang diselewengkan dari projek-projek kerajaan.

Tanpa sumber-sumber ini, Umno tidak munkin boleh bergerak, apakah munkin Umno menjadikan ceramahnya sebagai tempat mengutip derma, sebagaimana yang dilakukan oleh Pas ?

Kalau pun idea ini cuba dilakukan oleh pemimpin Umno yang lahir dari kesedaran selepas perhimpunan Umno hari ini, apakah ada dikalangan ahli Umno yang akan menghulurkan derma sebagai mana ahli Pas yang sanggup menderma didalam progrem ceramah mereka sehingga puluhan ribu ringgit di sesetengan tempat.

Tanpa wang, adalah agak payah sesuatu organisasi untuk bergerak, lebih-lebih lagi pertubuhan seperti Umno yang ahlinya telah terbiasa bergerak dengan upah, nak behimpun kena upah, nak kempen kena upah, tampal poster kena upah, semuanya kena upah, tanpa upah kerja tak jalan.

Oleh itu saya sangat percaya hasrat Najib tersebut hanya cantik diatas kertas sahaja, untuk melaksanakannya sangat payah sekali.

Orang pertama yang akan melanggar iltizam perhimpunan Umno hari ini ialah dari pucuk pimpinan sendiri, merekalah yang akan membolot segala projek yang besar-besar dan selepas itu akan mengagih-agihkan pula kepada kroni-kroni mereka.

Mereka menyedari tanpa kroni-kroni, mereka tidak akan kekal lama dikerusi empuk mereka, maka diketika itu segala harapan dan impian untuk menjadikan Umno sebuah parti sebagaimana diawal kewujudan dahulu, yang pemimpinnya benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat, tidak bekerja untuk mengejar jawatan, tidak menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk mengejar kekekayaan, akan hancur berkecai sebagaimana hancurnya gumpalan debu-debu yang berterbangan.






Tiada ulasan: