Khamis, 4 Februari 2010

Anggota tentera bocor rahsia kepada pihak asing: Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara.

Katanya, beliau akan memaklumkan segera penemuan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tindakan membocorkan rahsia negara dan usaha mendapatkannya oleh sebuah kedutaan asing merupakan jenayah yang serius.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

"Saya akan membuat satu pengumuman selepas berjumpa dengan Perdana Menteri secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan siasatan melalui Kor Risik ATM, pihaknya yakin terdapat individu yang diupah oleh kedutaan terbabit yang mengambil peluang berada di negara ini menjalankan kegiatan itu.

Katanya, pihaknya sedang mengemaskinikan maklumat yang tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk diperketatkan agar tidak lagi berlaku kebocoran terutama selepas kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Bernama


Ini satu lagi perkara yang sangat bahaya, bahawa kewujudan kedutaan asing yang telah memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara adalah sesuatu yang sangat membimbangkan, beberapa tahun yang lepas kita telah mengalami kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Semua ini adalah sebagai salah satu usaha pihak luar yang mahu tahu setakat mana kekuatan pertahanan negara kita.

Rupanya negara kita sangat mudah untuk di tembusi jika sampai masa yang di perlukan, agaknya sudah ada perancangan pihak-pihak tertentu yang membuat perancangan untuk mensabotaj dan dengan mudah boleh mengalahkan pertahanan negara kita apabila sampai masanya nanti.

Satu lagi masaalah ialah, sering terjadi , kelemahan yang sebegini rupa, telah dijadikan alat oleh pihak karajaan untuk mengajak orang Melayu bersatu menyokongnya, kononya kalau kita tidak bersatu, kita akan hancur, betul !!!! jika kita tidak bersatu kita akan hancur.

Tetapi di ketika kita bersatu, ada pula pihak si kitul yang mahu membolot kekayaan segera dengan mengambil komisyen yang bernilai ratusan juta ringgit dan tidak ada satu tindakan pun diambil terhadap pesalah tersebut.

Maka insiden ini sudan tentu menjadi satu motivasi kepada sesetengan orang di dalam ATM sendiri yang juga tengah kelaparan duit, untuk membuat perkara yang sama.

Bak kata pepatah, Bapa ketam mahu mengajar anaknya berjalan betul tetapi dia sendiri berjalan mengereng, mana mahu jadi betul, oleh itu bapa ketam tersebut perlu di perbetulkan terlebih dahulu, munkin mengurungnya didalam sangkar adalah satu cara terbaik untuk mengajarnya.

Tetapi untuk mengurungnya di dalam sangkar, bukan kerja mudah diketika sepitnya masih menganga untuk menyepit sesiapa yang boleh menggugatnya, oleh itu langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuang sepitnya.................siapakah yang boleh membuang sepitnya itu ?








Tiada ulasan: