Selasa, 23 Februari 2010

Apalah ada dengan keadilan


Sejak tulisan saya yang terakhir pada 13 feb 10 yang lepas, sampai hari ini saya tidak mengulas apa-apa, namun rupanya apa yang saya ulas dulu sampai sekarang, masih tidak habis, isunya ialah 50 ahli Parlimen Australia yang meminta supaya kes liwat DSAI di tarik balik.

Kini apa yang lebih menariknya ialah gesaan Haji Hadi yang mengambil pendirian tolak campur asing telah di jadikan modal oleh Umno, untuk mengambarkan bahawa Haji Hadi menyokong pendirian Umno.

Pada hal dengan jelas Haji hadi mengatakan bahawa beliau menolak camputangan asing, tetapi menerima hakikat bahawa persekitaran sistem kehakiman kitalah yang mengundang orang luar bukan sahaja memandang serong malah jijik dengan sistem kehakiman kita yang nampak jelas segala keputusannya mengikut skrip yang telah disediakan sejak awal dan para Hakim kita hanya mampu mengikuti arahan sahaja.

Sebenarnya soal mencampuri urusan negara orang lain, ini bukanlah sesuatu yang memelikkan, negara kita juga sering mengkritik negara lain terutama ketika di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dulu.

Contohnya kita mengkritik Israel yang berlaku zalim kepada penduduk palestin, begitu juga kita mengkritik Thailand yang menindas rakyatnya yang berugama Islam di selatan Thailand dan berbagai-bagai lagi kritikan kita terhadap negara yang pada pandangan kita berlaku tidak adil samada kepada negara jiran atau kepada rakyatnya sendiri.

Oleh itu apalah salahnya kepada ahli Parlimen Australia, yang mana mereka melihat keadaan layanan kerajaan kita kepada DSAI berlainan sekali dengan layanan yang diterima oleh rakyat biasa lain, yang juga menghadapi tuduhan dan kesalahan yang sama.

Sangat jelas perbicaraan keatas DSAI sekarang bukan perbicaraan jenayah tetapi lebih kepada perbicaraan politik dan kepentingan politik telah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sekurang-kurangnya begitulah persepsi orang ramai didalam menghadapi kes DSAI ini.

Satu sahaja cara untuk mengatasi masaalah ini iaitu, Perdana Menteri perlu membuat pengumuman bahawa, kerajaan berjanji mulai sekarang, tidak akan campur tangan di atas apa juga keputusan Mahkamah, samada ianya menguntungkan kerajaan atau tidak

Malah untuk memberi keyakinan kepada rakyat, kerajaan perlu membuktikan bahawa tiada campurtangan itu dapat di lihat dan benar-benar dihayati. Selagi krisis keyakinan ini gagal diatasi, maka kita usahlah mengharapkan kepada suatu perbicaraan yang adil dapat dilaksanakan kepada kes DSAI ini.

Banyak pihak merasakan bahawa kerajaan sekarang, di atas kepentingan tertentu mengambil pendirian, biar apa orang atau negara lain akan kata, mereka tidak peduli, biarlah pelabur tidak melabur di sini mereka tidak peduli.

Apa yang paling penting bagi mereka ialah, dapat terus memerintah Malaysia, jikalau dengan berlaku adil tetapi keadilan tersebut boleh menyebabkan mereka tersungkur, mereka lebih rela memilih untuk bersikap tidak adil.

Begitu juga sebaliknya, jika melalui cara tidak adil tersebut, ianya boleh memberi peluang untuk mereka terus berada di tampuk kekuasaan, maka mereka akan memilih cara ini, begitulah prinsip yang mereka pegang sekarang ini.

Yang paling penting sekali bagi mereka ialah DSAI mesti disingkirkan dari arena politik Malaysia.

Tersingkir DSAI bermakna masa depan mereka masih cerah, inilah perhitungan mereka...

Bagi mereka DSAI adalah pengacau paling besar di dunia ini, maka untuk itu, mereka akan berusaha dan terus berusaha, selagi kuasa masih ada ditangan, kerana melalui kuasa, segala-gala menjadi mudah dan lancar........................................








Tiada ulasan: