Selasa, 6 Julai 2010

Akhirnya mengaku juga...........

Setelah Ketua Polis Negara yang tamat tempoh perkhidmatannya tetapi disambung kembali berkhidmat oleh PM Najib, mengeluarkan kenyataan yang boleh disenaraikan sebagai Cakap besar,  iaitu apabila beliau memberi amaran, bahawa  mana-mana individu yang bersubahat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah,. Katanya, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra..

Begitulah amarannya  semalam sebagaimana dilapurkan oleh M'sia Kini,  namun hari ini, lain pula ceritanya, ................. hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein akhirnya bagi saya telah  mengaku kalah.

Kementerian dalam Negeri menjelaskan bahawa Malaysia gagal mengekstradisi penulis blog Raja Petra Kamaruddin dari Untited Kingdom untuk menghadapi dakwaan hasutan dan fitnah di negara ini. "Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan.

"Nak masuk ke negara ketiga, culik, seludup keluar macam pengganas? Tak mungkin..itu bukan cara kita di Malaysia. Jadi saya rasa tuduhan kepada PDRM itu tak adil," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di lobi parlimen hari ini..

Begitulah amaran dan penjelasan yang kita dengar dari pihak berkuasa  kerajaan Malaysia, yang jelas seperti kata Hishamuddin  "Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan..

Apakah yang dimaksudkan oleh Hishamuddin itu ?

Maksudnya mudah sahaja, Pihak berkuasa di UK itu tidak berminat menyerahkan Raja Petra dan P Balasubramaniam kepada M'sia kerana mereka berpendapat bahawa, kedua-dua insan ini sebenarnya di iniaya sahaja, mereka berdua ini cuba bercakap benar, tetapi dihalang dinegara mereka sendiri, akhirnya mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di luar negara..

Begitulah kesimpulan yang boleh kita ambil dari peristiwa ini, kini nyatalah bahawa reputasi Najib sebagai PM M'sia dimata dunia begitu buruk sekali,  semua ini berpunca dari kes Atantuya  dan kes komisyen Kapal selam  yang masih belum selesai, sehingga memaksa beliau mengupah agensi seperti APCO untuk memulihkan kembali kepercayaan dunia kepadanya.

Apakah beliau akan berjaya didalam usahanya itu ?

Saya malas mengulas panjang dan meneka itu dan ini, sama-sama kita tunggu dan lihat.......itu sahaja lah setakat ini..








Tiada ulasan: