Sabtu, 10 Julai 2010

Siapakah yang menggagalkan 1 Malaysia ?

Harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat dan mewariskan kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya kehadapan,  keamanan dan kesetabilan bagi sebuah negara yang bernama Malaysia nampaknya akan hancur berkecai.

Semuanya ini adalah gara-gara, cara parti Umno yang sedang mendominasi didalam pakatan yang dinamakan Barisan nasional memilih cara berpolitiknya berdasarkan semangat perkauman,

Oleh itu apabila setelah sekian lama Umno menerajui Barisan Nasional, keadaan semakin berubah, kehendak generasi baru menjurus kearah mengurangkan semangat perkauman dan menganggap Malaysia adalah negara bersama.

Melihat keadaan ini, Umno menyedari bahawa berkurangnya sokongan umum kepadanya  terutama dari kaum-kaum bukan Melayu adalah kerana angin perubahan ini, akhirnya Umno terpaksa  mengikut rentak tari dan kehendak rakyat teramai yang semakin menuntut agar Malaysia ditadbir tidak lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan, lantas timbullah idea 1 Malaysia .

Keadaan ini menyebabkan orang Melayu yang masih tebal semangat keMelayuannya mula tawar hati kepada Umno dan belajar menjeling kepada pihak lain, kebetulan Ibrahim Ali yang diceraikan oleh Umno dan bergaduh pula dengan suami angkatnya iaitu PAS, sedang tercari-cari tapak baru untuk berpijak.

Tiba-tiba datang idea untuk menubuhkan Perkasa, yang di daftarkan bukan sebagai sebuah parti politik tetapi sebagai sebuah pertubuhan yang menganggap dirinya NGO.

Perkasa ini tanpa diduga telah menjadi tempat persingahan baru bagi mereka -mereka yang pernah berkuasa tetapi kini terpinggir tetapi masih berminat didalam politik, perkasa juga menjadi persinggahan bagi mereka-mereka yang sudah bosan kepada Umno dan menganggap Umno tidak memperjuangkan Melayu lagi.

Tanpa diduga juga, Perkasa yang kini mendapat sambutan hangat dikalangan orang Umno, dan telah menjadi harapan pula kepada Perdana Menteri, agar membantunya membendung penyakit lari dari rumah dikalangan orang Umno, supaya jika lari pun masih bermalam di rumah Perkasa dan boleh di pujuk supaya  menyokong Barisan Nasional semula .

Untuk memainkan peranan ini Perkasa terpaksa meniupkan  terompit perkauman, ternyata terompit ajaib ini berjaya memukau sebahagian dari orang Umno agar berlindung di bawah bendera Perkasa.

 Tidak mustahil kerana jasanya Perkasa akan dijadikan salah satu parti komponen Barisan Nasional dan Ibrahim Ali akan dilantik sebagai Menteri sekali lagi.

Kerana melihat kejayaan inilah maka timbul idea dari kepimpinan MCA agar sebuah badan yang menyerupai Perkasa di tubuhkan dikalangan masyarakat Cina pula dengan rmembayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

Nah ! bukankah ini yang dinamakan penyakit ?  kini penyakit perkauman semakin merebak didalam Barisan Nasional sendiri, kerana apa ?

Kerana Barisan Nasional itu sendiri adalah parti perkauman..............

Hidup dan matinya nya adalah kerana semangat perkauman, bukankah parti-parti yang mendukung Barisan Nasional itu adalah memperjuangkan kaum masing-masing..................

Kalu dah begitu..........hancurlah 1 Malaysia ciptaan Najib !!!!!!!!!

Tiada ulasan: