Rabu, 4 Januari 2012

Kenapa keputusan perbicaraan Anwar penting untuk setiap Rakyat Malaysia?

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.  Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kuku besi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka.  


Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah.  Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah.  Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang.  


54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.  


Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.

Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat.  


Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri.  


Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya.  Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin UMNO-BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.

Lawan kepada rejim UMNO adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil.  


Kini UMNO cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.

Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia.  Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi.  


Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang.  Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini. 
 ( Di Petik dari sini )

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya Allah yang maha mengetahui...

Kes Anwar tidak ada kena mengena dengan politik dan sudah diadili dengan sebaiknya oleh mahkamah.

Hakim tidak akan membuat keputusan selagi tiada bukti yang kukuh.

Pihak tertuduh (ANWAR) sepatutnya berani buktikan dia tidak bersalah dengan cara yang betul bukan dengan alasan tangguh dan tangguh.

Wahai penulis blog yang budiman, anda nilailah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu.

T.kasih