Isnin, 9 Februari 2009

KAWAN BIAR RAMAI, TETAPI MUSUH JANGAN DI CARI .......

Nampaknya harimau tua ini mengamuk, dia mengamuk tanpa mengira siapa lagi musuhnya, siapa juga yang melintas didepan, di belakang, dikiri, dikanan, akan disergahnya .

Tetapi kasihan..................dia sendiri mengaku, dia kini kesepian, Lim kit Siang, Lim Guan Eng dah tak dengar katanya lagi...... tetapi oleh kerana dirinya dari baka harimau, maka walau pun tidak mampu bergerak lagi, dia tetap menerkam.......... kini katanya sesiapa juga yang membuat lapuran polis terhadapnya akan menerima padahnya.



GEORGE TOWN: Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

Isnin, 2 Februari 2009

POLITIK DI PERAK, APAKAH AKAN JADI SETERUSNYA ?

Nampak gayanya ketidak ketentuan telah menyelubungi keadaan politik diPerak, berikutan berita terbaru setakat jam 12.30 pagi ini ..........





2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Suasana politik di Perak semakin hangat, sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, bagi dunia politik .

Akibat kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah tipis, maka tersangatlah mudah goyangnya, ini ditambah lagi oleh faktor pemilihan cincai, atau boleh diistilahkan sebagai pemilihan bidan terjun semasa hampir PRU12 dahulu .

Semasa menghampiri PRU12, PKR terutamanya, sangat kekurangan calon-calon yang berwibawa dari segi semangat perjuangan, maklumlah PKR diketika itu, masih belum diyakini sangat, akan kebolehannya dan kemampuannya untuk memenangi pilihanraya .

Maka dicekup sahajalah mana-mana calon secara rambang, akibatnya terpilihlah muka-muka baru yang tidak pernah teruji dari segi semangat perjuangan, ini termasuklah 2 exco PKR yang menimbulkan masaalah sekarang ini, kerana gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”.

Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kerananya mereka mudah dijadikan modal untuk dipujuk rayu dan ugut, akhirnya menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menjadi tidak menentu kini .

Kalau kita perhatikan di Kelantan sebelum PRU12 dahulu, kerajaan PAS disana, hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja, tetapi oleh kerana semangat kental dikalangan wakil-wakil rakyatnya, mereka tidak dapat di pujuk, dibeli, atau diugut, akhirnya kerajaan negeri dapat meneruskan pemerintahannya sehingga tamat penggal tersebut .

Tetapi adalah diyakini PKR dibawah teraju DSAI didalam pilihan raya umum yang ke13 nanti, masaalah ini akan berkurangan, oleh kerana keyakinan orang ramai terhadap PKR semakin bertambah, maka mudahlah mencari tokoh yang lebih berwibawa untuk dijadikan calun .

Video sekitar reformasi kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar

.
Saksikan video refomasi kebangkitan rakyat menentang kebobrokan Umno/BN di Kuala Kangsar pada Jumaat 6 Februari 2009

Saksikan video : Di sini


Sabtu, 31 Januari 2009

KALAULAH SAYA AHLI UMNO, SAYA SANGAT MALU DENGAN TINDAKAN MEREKA - MEREKA INI

Terkini .......

Kalaulah saya menjadi ahli UMNO saya sangat malu dengan gelagat ahli-ahli yang membantah
tindakan yang diambil oleh SPRM, lebih-lebih lagi, kalau kita baca komen mereka, berkaitan
ketidakpuasan hati mereka ....... baca seterusnya.....


  • Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin
    Abdul Rahim Sabri | Jan 30, 09 4:38pm
  • Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan SPRM, Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu membanteras gejala politik wang.LAGI
  • Pemuda fobia untuk keluar rumah
    Tidak pernah setuju siasatan SPRM


Sepatutnya yang mereka bantah ialah penderaan terhadap Halimi Kamaruzzaman yang mendakwa didera serius sewaktu disiasat berhubung amalan politik wang selama empat hari mulai 23 Januari, tetapi bukannya membantah diatas usaha membenteras rasuah oleh SPRM....
bukannya meminta dikaji semula peranan SPRM ....................
  • Badan khas siasat isu deraan SPRM
    Jan 30, 09 7:30pm
  • suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan pemimpin Umno Maran didera oleh pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu.LAGI
  • Tiada kompromi dengan pegawai
    Jika palsu, tindakan ke atas pengadu
  • PAS: Tindakan SPRM jejas Agong
    Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 7:10pm
  • mahfuz omar 01PAS menyifatkan isu penyiasat SPRM didakwa membelasah seorang pemimpin Umno Maran sebagai tindakan yang menjejaskan nama baik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.LAGI
  • Badan bebas kaji kesahihan dakwaan
    Keluarkan mereka daripada SPRM
Wahai saudara-saudaraku didalam UMNO, janganlah kamu memperjuangkan untuk kepentingan diri semata-mata, sehingga akhirnya nampak jelas, bahawa perjuangan kamu tiada hala tuju..................tiada matlamat..............




Jumaat, 30 Januari 2009

TERIMA KASIH KEPADA PARA DEMONTRASI MEMBANTAH TINDAKAN SPRM

Abang Tuah

Didalam catitan saya pada 22hb. Jan. 2009 yang lepas bertajuk APAKAH REAKSI PEMIMPIN UMNO TERHADAP TINDAKAN SPRM ?

Saya ada meramalkan didalam catitan tersebut, bahawa Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap kumpulan ini, dan kenapa tidak terhadap kumpulan satu lagi .


Dan kini 30 hb Jan. 2009 ianya telah menjadi kenyataan melalui Demo bantah SPRM di Menara Dato Onn,

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Mereka juga telah menjeritkan kata-kata seperti "Kami menolak SPRM, boleh blah" serta "Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga."

Malah mereka mendesak supaya pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti semula penubuhan SPRM.

Maka jelaslah, sesungguhnya ahli-ahli UMNO masih dibuai mimpi, mereka sesungguhnya masih tidak menyedari bahawa barah rasuah didalam UMNO sudah begitu teruk atau munkin mereka
memikirkan peluang mereka untuk mendapat habuan akan terhalang sedikit demi sedikit.

Oleh itu mereka mula rasa gelabah dan terancam, sepatutnya jika mereka sayangkan UMNO yang ternyata sedang sakit tenat, mereka sepatutnya minta kerajaan bertindak lebih tegas.

Jika dirasakan tindakan sekarang hanyalah ditujukan kepada sesuatu puak, mintalah SPRM bertindak terhadap semua yang terlibat, jangan memilih bulu, jika itu yang mereka rasa tidak puas hati.

Dengan meminta dikaji semula penubuhan SPRM, samalah seperti meminta supaya rasuah diteruskan, dan jangan dibuat apa- apa kepada pemberi dan penerimanya .

Dan sesungguhnya kepada kita yang menyokong Pakatan Rakyat , rasa sangat berterima kasih terhadap para penDEMO tersebut, ini adalah kerana, melalui tindakan mereka yang munkin mewakili sebahagian besar orang-orang UMNO yang tidak suka kepada tindakan SPRM
yang cuba menghapuskan rasuah politik didalam UMNO dan pelbagai lagi rasuah didalam negara .

Jelas memberi gambaran bahawa orang-orang UMNO tidak mahu kearah perubahan yang lebih baik, maka tidak silap lagi jika golongan muda yang inginkan perubahan, perlulah menyokong Pakatan Rakyat yang jelas mempunyai komitmen untuk menghapuskan rasuah .

Semoga ianya memberi kesedaran kepada orang yang masih diatas pagar, sama ada mahu menyokong BN atau Pakatan Rakyat supaya terus membulatkan tekad menyokong PAKATAN RAKYAT.


Isnin, 26 Januari 2009

PERLUMBAAN KE PUTRAJAYA , SIAPA SAMPAI DULU ?

Dalam perkembangan terkini jelas memberi bayangan, bahawa kedudukan Datuk Sri Najib Tun Razak yang bakal memgambil alih kepemimpinan negara Mac nanti, ibarat seperti telur dihujung tanduk, apakah beliau mampu sampai dulu ke Putra jaya dari pesaingnya yang paling hampir sekarang iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim.


Sekiranya Datuk Sri Najib berjaya mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada mac nanti, apakah beliau akan cuba mempengaruhi keatas pendakwaan kes liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim ?

Sebenarnya jikalau Datuk Sri Najib benar-benar ikhlas mahu memulihkan semula imej UMNO,
maka sepatutnya beliau tidak boleh menjadikan kes liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai senjata utamanya untuk menjatuhkan DSAI .

Apakah beliau lupa, bahawa Tun Dr Mahathir pernah menjadikan kes liwat (1) dulu sebagai senjata utama untuk menjatuhkan Datuk Sri Anwar Ibrahim, tetapi ternyata walaupun berjaya,
kejayaannya turut dipenuhi dengan kecacatan didalam sistem kehakiman .

Datuk Sri Najib, tidak boleh mengulangi semula kesilapan Tun Dr Mahathir dahulu, kerana walaupun memang nampak secara kasarnya, senjata itu seolah-olah sangat baik, tetapi jika silap
olahannya, tidak mustahil ianya akan meranapkan terus UMNO.

Sekarang pun rakyat sudah nampak, bahawa penangguhan demi penangguhan perbicaraan kes liwat tersebut, memang jelas sengaja diada-adakan .

Apa perlunya kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah tinggi, sedangkan kes tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah sesyen yang sedang dibicarakan sekarang ?

Mahkamah hanya membicarakan soal "pindah mahkamah" dan masalah teknikal yang berlaku. Sebaliknya "kes sebenar" masih lagi belum dibuka sepenuhnya.

Apakah kerana peguam Saiful takut berhujjah dengan sembilan orang barisan peguam terkenal Anwar Ibrahim?. Lantaran itulah, seboleh-bolehnya mereka mahu membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Ini mungkin, kerana "di atas kertas" mereka tahu akan tewas berhujjah dan tiada "prima facie" untuk mensabitkan Anwar dengan kes itu. Tambahan pula mereka juga melihat Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta yang mengendalikan kes itu iaitu Hakim K.Koomathy merupakan seorang hakim yang telus, adil dan jujur dalam melaksanakn tanggungjawabnya.

Maka itu mereka gusar kes Anwar akan dibicarakan "seadil-adilnya" yang mana sudah pasti akan memerangkap mereka kemudian hari. Atas alasan inilah "ketakutan" itu muncul dan berlegar-legar di benak fikiran mereka.

Akhirnya, bermati-matianlah mahu dipindahkan kes liwat itu ke Mahkamah Tinggi, kerana mereka tahu mereka boleh menentukan "siapakah hakim" yang akan ditugaskan mengadili kes berkenaan nanti.

Maka itulah mereka beriya-iya sangat mahu menukarkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Andainya, berjayalah kelak pihak pendakwaan, membawa kes tersebut ke Mahkamah tinggi dan kiranya DSAI dijatuhkan hukuman kelak, apakah rakyat terbanyak boleh menerimanya ?

Adalah lebih baik Datuk Sri Najib tidak menjadikan kes liwat DSAI sebagai senjatanya, biarkan sahaja Mahkamah sesyen sekarang, meneruskan penghakimannya, dan biarkan sahaja kes itu diantara Saiful dan DSAI, jika kes tersebut benar-benar diantara Saiful dan DSAI .

Masaalahnya ialah, apakah benar kes tersebut hanya diantara Saiful dan DSAI sahaja, sedangkan Datu Sri Najib sangat memperolehi keuntungan jika kes tersebut di menangi oleh Saiful ?

Didalam keadaan perlumbaan kePutra Jaya yang semakin mendebarkan sekarang ini, maka adalah dipercayai bahawa Datuk Sri Najib sangat menginginkan supaya kelajuan DSAI disekat.
[najib.jpg]

Salah satu cara yang paling mudah untuk menyekat pergerakkan DSAI ialah, dengan memenjarakannya dan tiada cara lain buat masa ini, untuk memenjarakan DSAI melainkan
melalui kes Saiful, maka apakah Datuk Sri Najib akan membiarkan peluang berlalu begitu
sahaja ?

Tetapi Datuk Sri Najib perlu berhati-hati, kerana selain Hakim Mahkamah , Hakim Rakyat juga
perlu diambil kira ....................jangan dibiarkan yang menag jadi abu, yang kalah jadi arang berlaku .


Dibawah adalah berita-berita terkini yang sangat mebuatkan Datu Sri Najib tidak lelap tidur ......

3 lagi ADUN BN Perak sertai Pakatan?
PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

MB Perak tidak tolak kemungkinan jawatan untuk ADUN Bota PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan menawarkan jawatan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Pakatan Rakyat semalam.

Umno Perak jumpa Najib hari ini bincang isu ADUN bota

IPOH: Badan Perhubungan Umno Perak akan bertemu Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini bagi membincangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Anwar Ibrahim dan berita selanjutnya............

Langkah ADUN Bota petanda awal 'gelombang wakil rakyat'?

Menghadiri Seminar Penghayatan IslamAnwar Ibrahim



Khamis, 22 Januari 2009

APAKAH REAKSI PEMIMPIN UMNO TERHADAP TINDAKAN SPRM ?

Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap................................

Abang Tuah

SPRM pastikan semua ruang dan peluang rasuah ditutup
Politik wang pemilihan Umno: Bekas setiausaha politik menteri disiasat
Politik wang Umno: Calon MT serah diri di SPRM
Tiada kompromi terlibat politik wang

Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang disiarkan didalam akhbar-akhbar, berkaitan tindakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap rasuah politik didalam UMNO .

Saya sangat teruja dengan berita diatas, pertamanya saya ingin tahu, apakah reaksi dari para pemimpin UMNO, dari ahli-ahli UMNO, dari penyokong-penyokong UMNO, keduanya apakah reaksi dari para pemimpin pembangkang, ahli-ahli parti pembangkang, dan para penyokong parti pembangkang .

Seperti biasa, didalam apa juga issue, lazimnya akan ada yang menyokong dan ada juga yang menentang, tambahan pula inilah kali pertama didalam sejarah, tindakan diambil terhadap rasuah politik, yang dahulunya dipanggil politik wang, melalui tindakan penguatkuasaan oleh
SPRM yang baru ditubuhkan itu .

Apa yang lebih penting, ialah apakah, akan ada campurtangan dari pihak-pihak tertentu untuk menghalang supaya tindakkan tidak diteruskan kepada munkin lebih ramai lagi yang terlibat,
kerana almaklumlah, ada diantara mereka-mereka yang ditahan ini, merupakan kawan-kawan, atau orang suruhan mereka .

Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap kumpulan ini, dan kenapa tidak terhadap kumpulan satu lagi .

Akan ada dikalangan ahli UMNO yang mengutuk Pak Lah, kerana dialah yang beria-ia sangat mahu menubuhkan SPRM itu, munkin ada yang mengatakan Pak Lah sengaja mahu melumpuhkan UMNO, mensabotaj UMNO, dan sebagainya lagi, mentang-mentanglah dia akan berundur Mac ini .

Sebenarnya, disinilah ujian sebenar, terhadap cakap-cakap yang selama ini berlegar didada-dada akhbar, yang kononnya, sangat benci kepada rasuah politik, lebih malang lagi, ada kalanya yang bercakap itu rupa-rupanya dialah kepalanya .

Bahawa sesungguhnya, jika tindakkan terhadap rasuah politik, dan pelbagai lagi penyelewengan, baik didalam Parti UMNO atau didalam pentadbiran kerajaan, dilaksanakan bersungguh-sungguh, dengan seikhlas-ikhlasnya dan terbukti berkesan, maka jangan risau, rakyat yang sekarang semakin menjauhi UMNO, akan kembali mendekati semula .

Tetapi masaalahnya, apakah sanggup, Datuk Sri Najib yang akan menerajui kerajaan Mac nanti,
bersungguh-sungguh menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan pelbagai lagi penyelewengan didalam kerajaan ?

Disinilah ujian sebenar terhadap Datuk Sri Najib nanti, sama ada beliau benar-benar bersungguh -sungguh atau hanya suatu permainan silap mata sahaja .
[najib.jpg]

Andainya beliau memilih untuk menggunakan pendekatan lama, iaitu semua sampah sarap disapu dan disorok dibawah permaidani yang indah maka jangan harap UMNO akan bangkit semula .

Tetapi daripada pengamatan penulis, bukan mudah untuk UMNO membuat perubahan,
ini kerana UMNO terlalu bergantung kepada penyelewengan untuk meneruskan hidupnya .

Kenapa sokong UMNO ? kerana nak dapatkan projek, bukan kerana memperjuangkan kepentingan rakyat .......................

Selasa, 20 Januari 2009

MUHYIDDIN YASSIN TERCARI-CARI FAKTOR PENARIK UNTUK UMNO

Akhirnya tercari-carilah Muhyiddin Yasin dimanakah daya tarikan untuk UMNO, kalau orang perempuan, munkin di lenggang lenggoknya, lesung pipitnya, budi bahasanya. baca seterusnya dibawah..........
Muhyiddin Yassin


Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri
Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu. Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu. "Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.Baca seterusnya disini

Setelah tamat PRK P.036 Kuala Terengganu, mulai sekarang , kita akan berjumpa analisis demi analisis berkaitan UMNO pula, tambahan pemilihan UMNO semakin hampir .

Sebenarnya kalau diteliti sehalus-halusnya, Punca utama segala permasaalahan didalam UMNO kini dan seterusnya adalah berkait rapat dengan NAFSU, oleh itu bukan mudah untuk mengatasinya, walaupun nampak seolah-olah para pemimpin UMNO bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Kesedaran demi kesedaran diluahkan, tetapi tetap gagal diatasi, ianya seperti kita berada di alam mimpi, kita menghadapi masaalah, tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Semuanya berpunca dari dalam diri pemimpin itu sendiri, walaupun kalau kita lihat, rata-rata pemimpin UMNO kini adalah kaya raya, tetapi nafsu serakah mereka tetap tidak mencukupi,
mereka semakin tamak, tamak dan tamak.

Rakyat sebenarnya mengimpikan seorang pemimpin yang sudi hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, dan seluruhnya sederhana.

Masaalahnya ramai dikalangan pemimpin yang menganggap, jawatan yang disandang sebagai peluang, segala-galanya peluang dan tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Sedangkan rakyat teramai, semakin terhimpit kehidupannya, semakin ramai orang yang hilang kerja kehidupan menjadi semakin susah, harga barang keperluan harian masih berada ditahap yang mahal .

Kalau kita teliti keluhanan Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas, bahawa UMNO telah kehilangan faktor " Penarik" untuk menarik rakyat memberi sokongan kepada UMNO .

Maka apakah faktor Penarik tersebut ? mengikut penilaian saya, faktor penarik yang diinginkan oleh rakyat jelata ialah kesederhanaan, kesederhanaan didalam melaksanakan projek, kesederhanaan didalam perbelanjaan, malah sederhana didalam serba serbi .

Apakah kerajaan tidak menyedari, bahawa antara faktor kekalahan demi kekalahan didalam pilihanraya sejak akhir-akhir ini, antara salah satu dari berpuluh-puluh sebab, adalah berkait rapat dengan cara kerajaan menangani perbelanjaan.

Kerajaan sangat berkira, apabila ianya berkaitan kepentingan rakyat jelata, contohnya, semasa harga minyak hendak dinaikkan dahulu, sibuklah mengatakan bahawa kerajaan sekarang terpaksa menanggung subsidi 3 bilion RM setahun .

Maka kononnya kerajaan tidak sanggup lagi menanggungnya, lantas keputusan dibuat, harga minyak pun dinaikkan sebanyak 70 sen seliter sekali gus .

Akibat segera yang diterima oleh rakyat jelata ialah, kenaikkan mendadak harga barang-barang
keperluan harian, maka kerajaan pun kononnya untuk menunjukkan prihatin kepada rakyat,
mulalah memberi rebet tunailah dan aneka macam lagi, tetapi tetap gagal menyelesaikan masaalah .

Kalaulah kerajaan boleh bersabar sebentar, harga minyak tidak langsung perlu dinaikkan, malah boleh pula diturunkan lagi, maka inflasi pun tidak lah seteruk sekarang ini .

Faktor penarik seterusnya, ialah cara hidup pemimpin, apakah ada dikalangan pemimpin UMNO sekarang yang mengamalkan kehidupan sehariannya, seperti Tuan Guru Nik Aziz MB kelantan sekarang, kalau pun tak sepenuhnya, dapat sipi-sipi pun jadilah.

Kalau hidup dengan cara terlampau mengikut hawa nafsu, maka dimanakah daya penariknya ?
pemimpin hidup dengan gaya berlebih-lebihan, tetapi rakyat hidup melarat .

Memanglah kalau diikutkan nafsu, kebetulan pula duit melimpah ruah, pangkat ada, jawatan besar, pengikut pula kuat membodek, maka syaitan pun mulalah masuk jarum, kawan-kawan pula memang mendorong kearah kemungkaran, maka keburukan pun menjadi-jadilah .

Kawan-kawan ni pun satu masaalah, dia orang suka sangatlah, kalau pemimpin tu ada skandal, senang dia orang nak cucuk hidung .

Bukan sedikit pemimpin UMNO yang terlibat seperti ini, lagi pun pepatah melayu ada mengatakan, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit, itu baru seekor, bagaimana jika 10 ekor, 50 ekor, atau pun lebih dahsyat lagi beratus-ratus ekor, hancur berkecai dibuatnya .

Akhirnya tercari-carilah Muhyiddin Yasin, dimanakah daya tarikan untuk UMNO, kalau orang perempuan, munkin di lenggang lenggoknya, lesung pipitnya, budi bahasanya.

Habis kalau UMNO dimana ? tentulah, di cara hidup pemimpinnya yang serba sederhana, dan bertimbang rasa.....................apakah pemimpin-pemimpin UMNO ada ciri-ciri tersebut ?

Sekian .