Khamis, 22 Januari 2009

APAKAH REAKSI PEMIMPIN UMNO TERHADAP TINDAKAN SPRM ?

Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap................................

Abang Tuah

SPRM pastikan semua ruang dan peluang rasuah ditutup
Politik wang pemilihan Umno: Bekas setiausaha politik menteri disiasat
Politik wang Umno: Calon MT serah diri di SPRM
Tiada kompromi terlibat politik wang

Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang disiarkan didalam akhbar-akhbar, berkaitan tindakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap rasuah politik didalam UMNO .

Saya sangat teruja dengan berita diatas, pertamanya saya ingin tahu, apakah reaksi dari para pemimpin UMNO, dari ahli-ahli UMNO, dari penyokong-penyokong UMNO, keduanya apakah reaksi dari para pemimpin pembangkang, ahli-ahli parti pembangkang, dan para penyokong parti pembangkang .

Seperti biasa, didalam apa juga issue, lazimnya akan ada yang menyokong dan ada juga yang menentang, tambahan pula inilah kali pertama didalam sejarah, tindakan diambil terhadap rasuah politik, yang dahulunya dipanggil politik wang, melalui tindakan penguatkuasaan oleh
SPRM yang baru ditubuhkan itu .

Apa yang lebih penting, ialah apakah, akan ada campurtangan dari pihak-pihak tertentu untuk menghalang supaya tindakkan tidak diteruskan kepada munkin lebih ramai lagi yang terlibat,
kerana almaklumlah, ada diantara mereka-mereka yang ditahan ini, merupakan kawan-kawan, atau orang suruhan mereka .

Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap kumpulan ini, dan kenapa tidak terhadap kumpulan satu lagi .

Akan ada dikalangan ahli UMNO yang mengutuk Pak Lah, kerana dialah yang beria-ia sangat mahu menubuhkan SPRM itu, munkin ada yang mengatakan Pak Lah sengaja mahu melumpuhkan UMNO, mensabotaj UMNO, dan sebagainya lagi, mentang-mentanglah dia akan berundur Mac ini .

Sebenarnya, disinilah ujian sebenar, terhadap cakap-cakap yang selama ini berlegar didada-dada akhbar, yang kononnya, sangat benci kepada rasuah politik, lebih malang lagi, ada kalanya yang bercakap itu rupa-rupanya dialah kepalanya .

Bahawa sesungguhnya, jika tindakkan terhadap rasuah politik, dan pelbagai lagi penyelewengan, baik didalam Parti UMNO atau didalam pentadbiran kerajaan, dilaksanakan bersungguh-sungguh, dengan seikhlas-ikhlasnya dan terbukti berkesan, maka jangan risau, rakyat yang sekarang semakin menjauhi UMNO, akan kembali mendekati semula .

Tetapi masaalahnya, apakah sanggup, Datuk Sri Najib yang akan menerajui kerajaan Mac nanti,
bersungguh-sungguh menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan pelbagai lagi penyelewengan didalam kerajaan ?

Disinilah ujian sebenar terhadap Datuk Sri Najib nanti, sama ada beliau benar-benar bersungguh -sungguh atau hanya suatu permainan silap mata sahaja .
[najib.jpg]

Andainya beliau memilih untuk menggunakan pendekatan lama, iaitu semua sampah sarap disapu dan disorok dibawah permaidani yang indah maka jangan harap UMNO akan bangkit semula .

Tetapi daripada pengamatan penulis, bukan mudah untuk UMNO membuat perubahan,
ini kerana UMNO terlalu bergantung kepada penyelewengan untuk meneruskan hidupnya .

Kenapa sokong UMNO ? kerana nak dapatkan projek, bukan kerana memperjuangkan kepentingan rakyat .......................

2 ulasan:

politik-kampong berkata...

Salam,
Saya pecaya tulisan saudara hanya berasaskan kepada presepsi semata-mata dan buka kepada hasil kajian yang dijalankan atau dari mana-mana sumber yang membawa suara dan pendapat ramai.

Masalah menyertai UMNO kerana ingin mendapat kesempatan saya rasa adlah masalah umum sama seperti masalah kronism dan nepotism. Kenapa orang menyertai PAS dan PKR, alasannya sama. Mungkin bukan kepada peringkat bawahan kerana mereka tidak berpeluang mendapat kesempatan itu, tetapi diperingkat yang lebih atas dan berpeluang mengambil kesempatan mereka akan mengambil kesempatan itu. Percayalah. Cuma pakatan pembangkang bukan parti pemerintah jadi pendedahan kepada peluang kepada penyalahgunaan kuasa itu masih terhad. Kita akan lihat nanti apa akan terjadi apabila mereka sudah punyai masa lama memerintah di Penang,Perak,Kedah dan Selangor. Masa akan menentukannya.

Kehidupan akan melalui pusingannya. Kebawah, keatas dan kebawah semula. Soalnya; politikus adalah sama sahaja. SAMA SAHAJA.

ababina 328 berkata...

Terima kasih kepada politik kampung,

Maafkan saya kerana mengambil masa yang agak lama untuk menjawab ulasan sdr.

Saya sangat bersetuju dng pendapat sdr, bahawa jika ada pendedahan, jika ada peluang pemimpin2 Pakatan Rakyat juga tidak mustahil akan mengambil kesempatan .

Kerana menyedari itulah, maka kami dari Pakatan Rakyat sangat2 mengalu-alukan penubuhan SPRM.

Malah jika boleh, pelaksanaannya haruslah diperketatkan lagi, supaya kita berjaya seperti Hong Kong, Singapura dan lain-lain negara yang
kegiatan rasuah dan penyelewenganya
agak kecil .

Masaalahnya kita di Malaysia ini, ada ahli2 UMNO yang menentang penubuhan SPRM, walaupun ianya adalah dari idea Presiden UMNO sendiri, iaitu Pak Lah .

Maka kalau begitu, apakah matlamat
sdr2 didlm perjuangan UMNO ?

Sepatutnya kita berpolitik adalah untuk menyokong kebaikan, tetapi bukan sebaliknya, mempertahankan
rasuah dan penyelewengan .

Wahai saudara-saudara ku didalam UMNO , kembalilah semula kepangkal jalan , hayatilah perjuangan orang dulu-dulu didalam UMNO, yang memperjuangkan kebenaran dan menentang kebatilan .

Sekian terima kasih .