Isnin, 29 Disember 2008

APAKAH SERANGAN ISRAEL KEATAS GENTING GAZA ADALAH TAKDIR ?

Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina begitu ?
Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.

Begitulah intipati coretan saya kali ini ................ untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca seterusnya .................


Israel terus mengganas



BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu. Berita seterusnya Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Begitulah berita demi berita yang melapurkan keadaan terkini di semenanjung Gaza. Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Itulah sahaja kemampuan negara-negara Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia, sekadar mengutuk dan rakyat negara masing-masing mengadakan tunjuk perasaan dihadapan kedutaan Amerika Syarikat.

Untuk bertindak lebih jauh, kita tiada kemampuan, atau kepada yang panas baran, ada yang menyertai Jemaah Islamiah, seperti yang dilakukan oleh Allah Yarham Nordin Mohd Tob dan rakan-rakannya dengan melepaskan geram lantas mengebom Hotel di Bali, Indonesia, beberapa tahun yang lampau contohnya.

Semasa diambang kemenangan Barrack Obamma sebagai Presiden Amerika baru-baru ini, ada jugalah orang-orang Islam yang menaruh harapan kepadanya, tetapi selepas pengumuman bakal barisan kabinetnya, harapan orang-orang Islam kepadanya hancur berkecai.

Siapakah yang bersalah sebenarnya didalam perkara ini, kalau dikenang kembali sejarah Islam di zaman lampau, semasa di zaman keagungan Islam dahulu, kerajaan Islam dimasa itu pernah menjadi kuasa terkuat didunia, kalau sekarang ini,.... Amerika lah...........Tetapi setelah masa berlalu, kini kuasa Islam tiada lagi, kenapakah terjadinya demikian ?

Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina begitu ?

Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.

Umat Islam dan ugama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran ini, dan kerana ajaran inilah maka umat Islam yang mendahului di bidang sains dan teknologi di suatu ketika dahulu, telah meninggalkannya, lantas diambil dan dimajukan oleh orang bukan Islam........ tetapi apabila kita menyoal mereka ini, mereka tidak mahu mengaku, tetapi mereka menyalahkan takdir.

Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh-musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina didunia? atau tidakkah semua ini berlaku kerana tafsiran berkepentingan orang-orang tertentu ?

Kita patut mengambil ikhtibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad S.A.W selain daripada AMANAH.

Baginda mendapat gelaran al'amin kerana beramanah. kerana amanah , baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar.

Ajaran Islam yang di sampaikan oleh Baginda begitu baik, sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah-kabilah mereka telah dapat di damaikan dan dalam jangka masa dua ratus tahun, bangsa yang dahulunya hanya tahu merayau-merayau dipadang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan, dan mulia.

Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi.

Mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain, mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia.

Penduduk Asia tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad yang beramanah.

Kini kerana meninggalkan sifat Amanah tersebut, kita umat Islam sangat ketinggalan didalam bidang sains dan teknologi, kita bergantung sepenuhnya kepada negara bukan Islam untuk mendapatkan alat kelengkapan ketenteraan bagi mempertahan diri. Sehingga untuk mendapatkan teknologi Nuklier pun mesti mendapatkan kebenaran dari negara bukan Islam terlebih dahulu.

Negara Israel yang walaupun kecil jika dibandingkan dengan negara- negara Arab, tetapi kerana kekuatan ketenteraannya yang jauh lebih canggih dan tambahan lagi disokong oleh Amerika, maka tiada negara Islam yang berani bertindak balas.

Sampai bilakah trajedi ini akan berterusan, atau kita perlu menunggu munculnya Imam Mahadi yang akan menebus segala kelemahan umat Islam ?

Ingat Allah, tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu, melainkan umat itu sendiri yang mengubahnya.


Sekian sahaja untuk kali ini ........




[syahid.jpg]





Tiada ulasan: