Khamis, 25 Disember 2008

ONG TEE KEAT CABAR DAP BOIKOT P36 KUALA TREGGGANU

Berdasarkan tajuk berita diatas, nampaknya kesan dari kenyataan politik Husam Musa berkaitan hukum hudud di Kota Bharu tempoh hari, masih panas, cabar mencabar terus kedengaran, baik dari UMNO kepada PAS atau dari MCA kepada DAP, lebih-lebih lagi pilihan raya kecil P36 Kuala Trengganu semakin hampir.

Sebenarnya perkara berkaitan hukum Hudud, dan Negara Islam sepatutnya tidak menjadi satu masaalah besar, sehingga boleh meretakkan hubungan diantara sesama parti didalam Pakatan Rakyat, atau diantara PAS dengan UMNO.

Yang paling penting semua harus faham bahawa, bagi orang Islam wajib ada didalam diri setiap muslim hajat atau cita-cita untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud
jika termampu, baca s.i.n.i dan s.i.n.i serta di s.i.n.i untuk memahami tentang hukum hudud .


Cumanya ianya menjadi masaalah, ialah apabila PAS sering menuduh UMNO tidak mahu melaksanakan hudud, atau tolak hudud, tetapi perkara ini berlaku pada pendapat saya adalah berpunca dari UMNO juga.

Munkin anda masih ingat, semasa ditahun 60an, dan 70an dahulu, ketika itu masih di awal era kemerdekaan, diketika itu UMNO semasa cuba mematahkan hujah PAS semasa kempen pilihanraya dikampung-kampung, terutama di Kelantan dan Trengganu yang menjadikan Hudud diantara salah satu perkara penting didalam kandungan manifestonya telah menyatakan bahawa
jika hudud dilaksanakan diMalaysia, maka habis lah tangan orang-orang Melayu kena potong, dan jika hukum rejam kepada penzina dilaksanakan, habislah batu, nanti kita nak buat jalan raya tak ada batu lagi dah.

Di masa itulah kemuncaknya isu kafir mengkafir, sehingga berlaku sembahyang Juma'at berasingan .

Tetapi ketika di awal era 80an, iaitu diketika Anwar Ibrahim mula menyertai UMNO
keadaan telah berubah, pendekatan UMNO menhadapi isu hudud turut berubah, UMNO dibawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir (ketika itu Datu Sri ) membawa pendekatan bahawa
UMNO bukan tidak mahu, tetapi perlu diteliti untuk mengatasi beberapa kelemahan .

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad itu ialah, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad dan tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Pendekatan lembut UMNO itu telah melemaskan PAS, tetapi masih menyerang dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, UMNO tolak hudud, UMNO tolak negara Islam .

Kenapa PAS masih boleh bersikap begitu ?

1- Kerana sasaran utama PAS adalah di Kelantan dan Trengganu yang penduduk bukan Islamnya adalah sedikit.

2- Kerana PAS pada ketika itu belum yakin untuk memperolehi kemenangan sehingga boleh memerintah dinegeri yang majoriti orang Islam nya kurang .

3- Anda boleh tambah sendiri .........................................................................

Kini selepas pilihan raya umum ke12 yang lalu, keadaan telah berubah, tiba-tiba PAS mendapat
dua orang Menteri Besar dari partinya, di negari yang belum pernah di kuasainya sebelum ini, walaupun di negeri Perak, PAS menang kecil sahaja.

Kini PAS juga sedar, bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, munkin PAS tidak boleh memerintah, cumanya masaalah besar ialah, selama ini PAS telah berjanji kepada penyokongnya untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Haji Hadi pernah menyatakan bahawa jika PAS berjaya memerintah, tafsiran Islam sebagai Agama resmi akan ditafsir semula, sekarang difahami Islam sebagai Agama perasmian, tetapi jika PAS memerintah menurut Haji Hadi, Islam adalah ADDIN, maka perlembagaan Negara tidak perlu lagi dipinda untuk melaksanakan hukum Hudud.

Apakah benar begitu ? wallahhuaklam ...........................

Persoalannya sekarang ini ialah, apakah PAS boleh memerintah Malaysia ? Jawapannya ialah PAS hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan lain-lain parti dari gabungan Pakatan Rakyat, Sama seperti UMNO, yang hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional .


Oleh itu cakap-cakap jika PAS memerintah, adalah cakap-cakap politik sahaja, kerana PAS tahu tanpa keizinan parti-parti gabungannya didalam Pakatan Rakyat, tidak munkin hasrat PAS tersebut boleh menjadi kenyataan, baca di sini


Ada cadangan supaya PAS dan UMNO bergabung supaya hasrat merialisasikan Negara Islam dan Hukum Hudud tercapai .

Jika ini berlaku, maka suhu politik Negara menjadi tersangat panas, kerana orang-orang bukan Islam akan bersatu dan menentangnya dan kemunkinan akan ada campurtangan dari negara luar, apakah kita mahu kes di Iraq dan Afganistan berlaku di Malaysia ?

Munkin orang PAS akan marah kepada saya dari kenyataan seperti ini, mereka akan kata saya pengecut, kalau mati pun kata mereka, ketika mempertahankan negara Islam, akan mati Syahid.

Entahlah ............... betul juga kata mereka..... anda bagaimana ?

Maka diketika inilah perbezaan pendapat diantara mahu atau tangguh dibolehkan, apabila ada halangan yang besar didalam melaksanakan sesuatu yang asalnya wajib, dibolehkan kita memilih diantara salah satunya .

Saya rasa ramai pemimpin PAS sekarang yang memilih tangguh, tetapi malu, takut nanti dikatakan mengikut UMNO pulak, mahu tidak mahu terpaksalah bercakap atas dasar politik sahajalah .

Sampai bila cakap politik ini akan berlaku ?

Sampai Pakatan Rakyat berjaya memerintah, diketika itu hujjah dibolehkan memilih mudharat yang lebih kecil dari menghadapi mudharat yang lebih besar akan kedengaran dari mulut pemimpin PAS .


Sekian Sahajalah .





Tiada ulasan: