Sabtu, 20 Disember 2008

ULAT -ULAT YANG SUKA MENGENDENG

Semalam terlerai sudah permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meluahkan perasaan mereka yang kecewa dengan budaya mengendeng pemimpin yang berlaku dikalangan ahli UMNO. Budaya ini telah lama bermula dan bukan satu perkara baru malahan ramai ahli UMNO yang mengambil budaya ini sebagai satu profession, mereka sanggup mengikuti kemana sahaja pemimpin UMNO pergi dan adakala mereka hanya menunjukkan muka sahaja dan mengekori kemana sahaja pemimpin UMNO pergi.

Mereka bukan hanya mahu menggendeng projek tetapi ada juga yang mahu mengedeng jawatan. Perkara sebegini bukan sahaja berlaku kepada Perdana Menteri malahan ianya berlaku kepada menteri-menteri kabinet yang lain. Ada yang sanggup tunggu di lapangan terbang hanya semata-mata mahu menghantar dan menjemput pemimpin UMNO ini berlepas dan kembali dari mana-mana distinasi yang menggunakan laluan udara. Ada yang begitu peka dengan jadual harian pemimpin yang mereka mahu mengendeng dan sanggup terbang lebih awal untuk menyambut ketibaan pemimpin berkenaan.

Namun usaha orang-orang sebegini yang sanggup melabur untuk mengekori pemimpin UMNO ini berjaya mendapatkan apa yang di endeng mereka. Ada diantara mereka ini yang hanya menjadi broker juga telah menjadi kaya dan memiliki kereta mewah-mewah dan mereka ini kini tergolong dikalangan orang-orang yang elit dalam UMNO. Ada yang sanggup menghabiskan masa berhari-hari mengekori pemimpin UMNO ini untuk kelihatan rapat dengan pemimpin bekenaan. Benarlah apa yang dikatakan oleh kedua pemimpin ini, budaya ini merugikan dan membuang masa ketika berkempen, mereka bukan datang untuk berkempen tetapi untuk mengekori den mengendeng pemimpin-pemimpin BN.

Kononnya apabila mereka mengekori pemimpin ini, mereka turut juga berkempen dengan hanya menepelkan diri sahaja. Mereka ini sebenarnya tidak jujur, hanya mahu menunjuk-nunjuk dihadapan pemimpin sahaja tetapi tidak mahu berkhidmat jika tidak dilihat oleh pemimpin. Berapa ramai Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan yang turun ke padang untuk bekerja dengan ikhlas bagi membantu parti dalam pilihanraya terutama pilihanraya kecil.

Dalam UMNO juga ramai ulat-ulat politik yang mencari kesempatan apabila rapat dengan mana-mana pemimpin terutama yang berjawatan dalam kerajaan. Mereka ini juga akan memanjat pejabat-pejabat pemimpinn UMNO untuk meminta apa yang dihajati setelah merasakan diri rapat dengan pemimpin berkenaan. Jika gagal mendapat apa yang mereka mahu, pemimpin berkenaan akan menajadi mangsa kutukan mereka. Budaya ini juga perlu dibersihkan dari menular dalama UMNO kerana ianya akan menyulitkan pergerakan pemimpin UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan ‘hitam’ dan ‘kelabu.’

”Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena,” kata seorang ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tanpa merujuk sesiapa, beliau membangkitkan kekhuatiran bahawa dalam situasi pemilihan parti yang menebal, dalam tempoh menjelang tidak sampai dua setengah bulan nanti (Mac 2009), pastinya unsur menggendeng pemimpin tidak ‘mampu’ dielakkan.

”Saya juga berkempen di Permatang Pauh tempoh hari (Ogos lalu) dan melihat budaya ini tidak ketara di kalangan parti pembangkang. Walaupun ketua menteri dan pemimpin PKR meninjau satu-satu kawasan, para petugas parti mereka pula akan sibuk dengan kerja masing-masing, edar risalah di sana sini, tampal poster di pokok malah panjat tiang lampu gantung sepanduk waktu tengah hari,” katanya.

Persoalannya, siapa yang harus dijaga dalam menghadapi pilihan raya kecil seperti persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini yang disifatkan pemerhati pasti sengit - melibatkan lima penjuru.

Bagi kalangan ahli politik khususnya UMNO, kempen pilihan raya kecil selama 11 hari dari 6 Januari hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang keesokan 17 Januari itu bukanlah masa untuk mencuri perhatian, mengambil hati pucuk pimpinan atau mempromosi diri. Yang perlu diberi perhatian dan bantuan ialah jentera kempen parti. Dengan puluhan ribu pengundi berdaftar yang perlu dijengah, 36 saluran mengundi harus disusuri serta impian menggunung Pas untuk merampas kerusi itu, ia menuntut komitmen tinggi dan kerja keras berterusan.

Suatu ketika budaya menggendeng pemimpin ini pernah mengecewakan Abdullah sendiri. Ketika meninjau keadaan mangsa banjir pada 2003 di Seberang Perai Utara dari dalam Pajero yang membawanya, berulang kali beliau meminta konvoi yang agak panjang agar tidak mengekorinya.

Tetapi itulah yang berlaku. Bersesak-sesak bagaikan tidak pernah berjumpa Abdullah. Rakaman lensa kamera jurufoto media menarik perhatian seolah-olah ia ‘hari mempromosi diri’. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia ada kaitan dengan pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan tahun berkenaan.

Meskipun situasi ketika itu berorientasikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, keadaannya dalam politik juga serupa - sepatutnya memfokus dalam membantu jentera parti.

Turun padang seseorang pemimpin untuk bersama jentera kempen dan pengundi perlu dihormati. Ia bukan untuk disalahertikan bagi menangguk kepentingan peribadi.



Sekian sampai jumpa lagi .........








Tiada ulasan: