Jumaat, 4 September 2009

Keadilan untuk Anwar

Lama juga saya tidak menulis atau menyentuh tentang seorang tokoh yang sentiasa dilanda kontroversi iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim, tetapi apabila saya membaca blog Rakan saya dan satu komen di utusan Malaysia bertajuk Anwar tak patut tangguh kes liwat maka tersentuh juga hati saya untuk menulisnya.

Nasib DSAI sentiasa di landa badai sejak peristiwa pemecatannya dari Umno pada tahun 1998 lampau, berbagai duka suka yang di alaminya sehingga apa yang dicapainya sekarang ini.

Walaupun saya sentiasa menyokongnya, tetapi saya akui dan berpendapat bahawa beliau sebenarnya terlalu gopoh untuk mencapai jawatan Perdana Menteri semasa berada dibelakang Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ( sekarang Tun)

Tetapi orang politik yang berkarisme sepertinya walau dimana-manapun didunia ini mempunyai sikap seperti itu, termasuk Tun Dr Mahathir sendiri yang pernah berkrisis dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehingga di pecat dari Umno.

Sikap tidak sabar-sabar untuk merialisasikan apa yang ada di kepalanya, dan akibat dari ketidak kesabarannya itu, beliau telah menerima padah yang sangat teruk dan akan diingati sepanjang hidupnya.

Setelah diaibkan sebegitu teruk dengan digunakan segala alat negara bagi melenyapkan beliau dari dunia ini, namun usaha tersebut tetap menemui kegagalan dan beliau bangkit kembali.

Oleh kerana pengaruhnya begitu kuat dan boleh menggugat parti yang memerintah, maka tidak hairanlah jika ada usaha-usaha yang berterusan untuk melenyapkan pengaruh beliau untuk kali kedua.

Berdasarkan apa yang saya sebutkan diatas, bukanlah menjadi perkara pelik apabila ada diantara penyokong beliau yang tidak akan mempercayai apa juga yang di tohmahkan kepada beliau selagi tiada bukti kukuh.

Sebagai contoh, kepada penyokong Barisan Nasional, apakah anda akan mempercayai segala tuduhan yang di lemparkan kepada Datuk Sri Najib atau lain-lain pemimpin Umno jika tidak disertakan bukti kukuh ?

Oleh itu usaha memanggil DSAI dengan panggilan yang buruk seperti Al juburi, pengkhianat Negara dan sebagainya sebagai usaha untuk mengurangkan sokongan kepada beliau adalah sia-sia sahaja, sebaliknya menambahkan dosa, terutama dibulan puasa ini.

Berkaitan tuduhan kononnya bahawa DSAI melambat-lambatkan proses perbicaraan berkaitan tuduhan liwatnya terhadap Saiful, adalah sesuatu yang ganjil, mahkamah adalah dibawah bidang kuasa siapa ?

Proses perbicaraan yang lambat tersebut adalah proses yang biasa dinikmati oleh mana-mana kes, setiap keputusan Mahkamah dibolehkan membuat rayuan, rayuan tersebut pula dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jika kes seperti ini berlaku kepada mana-mana tokoh Umno, pendakwa langsung tidak akan mendakwanya, alasan yang sering di keluarkan ialah tidak cukup bukti.

Apakah anda suka jika Mahkamah bersidang sepertimana yang berlaku di masa Hakim Augustin Paul dahulu mengadili kes liwat pertama Anwar, yang berakhir dengan ketidak kepuasan hati semua pihak.

Akhirnya Mahkamah terpaksa bersidang beberapa kali oleh proses rayuan demi rayuan sehingga Sukma Darmawan iaitu adik angkat Anwar yang di tuduh bersubahat merelakan dirinya di liwat oleh Anwar dan dihukum penjara 2 tahun tetapi dibebaskan kerana Hakim Mahkamah rayuan memutuskan bahawa tuduhan tersebut adalah berniat jahat dan hanya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar sahaja.

Munkin anda yang membenci DSAI tidak mempedulikan soal ketelusan dan keadilan Mahkamah lagi, yang penting bagi anda, Anwar mesti dihukum serta beliau mesti didapati bersalah walaupun sekiranya beliau tidak bersalah sekali pun.

Memang semangat orang yang membenci kepada sesuatu begitu, bagi mereka hati mesti puas, lain-lain tolak tepi.........

Kalau itulah pendirian anda, saya mohon berundur........................terima kasih.






1 ulasan:

Muhammad faiz mahayudin berkata...

saya bersetuju dengan pendapat saudara.. sekarang rakyat sudah bijak menilai..