Ahad, 13 September 2009

Tekad Baru

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak sepertinya ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, mulai keluaran ini dan seterusnya, saya telah bertekad untuk menulis berdasarkan "Berkata benarlah walau pun pahit."

Maksudnya mulai keluaran ini, saya akan menulis berdasarkan kebenaran semata-mata, oleh itu sudah semestinya kadang-kadang kita akan temui seolah-olah saya menyokong PR dan didalam masa yang lain pula saya menulis seolah-olah menyokong BN.

Ini tidaklah pula bererti bahawa saya ini seperti lalang, tiada pendirian sendiri.

Saya ada pendirian, pendirian saya ialah "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah."

Pendekatan saya ini sebenarnya adalah sesuai dengan sikap saya didalam pergaulan hidup saya sehari-hari, dimana saya sering berpegang kepada prinsip tersebut.

Memang saya akui, saya adalah penyokong PR, tetapi apabila bercakap atau mengulas tentang sesuatu issue dengan rakan-rakan, sering saya dituduh oleh rakan-rakan yang menyokong PR bahawa kononya saya ini adalah penyokong BN.

Manakala diketika yang lain pula apabila menyentuh issue yang lain dan secara kebetulan bercakap dengan penyokong BN, saya dikatakan penyokong PR.

Akibat buruk yang saya perolehi dari pendirian saya ini ialah, saya kurang disenangi oleh rakan-rakan dari kedua-dua kelumpok tersebut.

Kesannya ialah saya kurang KAWAN.

Namun saya tak boleh nak buat apa, kerana jiwa saya dah macam tu...........

Kini saya panjangkan pula pendirian saya ini kedalam Blog.

Munkin kesannya nanti ialah, kedua-dua pihak, iaitu penyokong PR dan BN menyampah dengan pendirian saya kerana dikatakan " lalang " yang tiada pendirian.

Habis nak buat macam mana ? .......................

Namun saya tetap dengan pendirian saya itu, iaitu "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah."

Tetapi ukuran salah dan benar tersebut sudah tentulah mengikut persepsi saya sendiri, disini sekali lagi sudah tentulah perbedaan pendapat akan berlaku.

Itulah sebabnya munkin ramai orang memilih untuk mengikut arus terbanyak, mudah dan senang, terutama bagi orang yang terikat dengan suasana di tempat kerja.

Umpamanya orang yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta, mereka terpaksa kena ikut arus di persekitaran di tempat kerja mereka, kalau Boss menyokong pendapat "A" umpamanya terpaksalah di iyakan dan begitulah seterusnya.

Bila ditanya kenapa ? ......... jawapan mereka ialah ........nak hidup ......






Tiada ulasan: