Rabu, 1 April 2015

SATU KEJAYAAN KPD PAS.....

Saya mahu mengucapkan tahniah kpd parti Pas, iaitu sebuah parti yg berasaskan agama di atas kejayaan parti tersebut mengikuti peredaran masa.
Selama ini kita melihat peristiwa baling kerusi, bertumbuk dan sebagainya hanya berlaku di dlm parti MIC, sehingga ada yg mengatakan jika di dlm mesyuarat tdk berlaku tumbuk menumbuk, itu bkn mesyuarat MIC.
Kemudian benda ini berjangkit pula ke dlm parti UMNO, berjangkit lagi ke dlm MCA, melarat pula ke DAP, seterusnya virus itu merebak ke dlm parti PKR dan nampaknya parti terakhir yg di jangkiti kuman jahat ini ialah PAS.
Berdasarkan perkiraan akal yg cetek, rasanya tiada siapa yg menduga parti Pas boleh di jangkiti virus ini, kerana merasakan parti agama ini ada antibody yg kuat, melalui kefahaman agama yg sentiasa di suntik oleh tok2 guru mereka.
Namun tanpa di sangka rupanya kuman jahat ini berjaya menyusup masuk kedlm diri pemimpin Pas, termasuk yg berkopiah, berserban, berjubah malah yg berjanggut panjang.
Itulah yg saya katakan diawal tadi bahawa parti Pas telah berjaya mengikuti peredaran masa.
Terbaharu, Dr Zulkifli salah seorg AJK Pas pusat telah di tumbuk selepas balik dari sembahyang subuh, munkin yg menumbuknya adalah org upahan, siapa yg mengupahnya saya tak berani menuduh, kerana pelbagai kemunkinan.
Tetapi yg tentu, pihak yg mengupah pasti dari kalangan yg mempunyai kepentingan, apa kepentingannya, itu biar polis yg siasat kerana kes ini sdg dlm penyiasatan polis.
Cumanya nasib baik itu baru di upah tumbuk, bagaimana jika di upah tembak....
Persoalannya di sini kenapa sejak akhir2 ini benda2 buruk semakin byk berlaku di dlm Pas.
Ada penyokong UMNO yg menyatakan bahawa semua ini merupakan khifarat di atas perbuatan pemimpin Pas yg selama ini sering mengkafirkan pemimpin umno kerana tidak melaksanakan hudud.
Kini geng mengkafir yg selama ini menujukan kpd pemimpin umno telah beraleh kpd pemimpin Pas sendiri yg di tuduh sebagai anti ulamak, menyokong sosialis, sex bebas dan pelbagai tuduhan lagi...
Mangsa terbaru adalah Dr.Zulkifli yg termasuk di dlm golongan yg di cop sebagai anti ulamak, di mana tafsiran anti ulamak ini di kutip dan difatwakan berdasarkan kreteria mana tidak kita ketahui.
Kalau sekadar cuma mencadangkan Hj.Hadi di gantikan dng tokoh lain krna memandang dia sudah tua dan uzur sdh di cop sebagai anti ulamak, maka teruk sgtlah puak2 yg mahu di kenali sebagai pro ulamak ini.

Tiada ulasan: