Selasa, 2009 Disember 22

Cabaran baru dari Che Det




Berikut adalah petikan terbaru tulisan Che Det di blognya.................



1. Saya mengalu-alukan cadangan Lim Kit Siang supaya Najib membentuk satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat samada saya telah menghanguskan (melesapkan) RM100 billion melalui projek-projek hebat dan rasuah sepanjang 22 tahun pemerintahan saya.


2. Suruhanjaya tersebut hendaklah terdiri daripada penama bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi turut dianggotai oleh mereka yang bersih termasuklah orang asing dan anggota Transparency International.

3. Suruhanjaya tersebut harus tidak hanya membataskan (siasatnnya) kepada hanya satu Perdana Menteri sahaja tetapi juga keatas rejim Tun Abdullah Badawi.

4. Ianya harus melibatkan bagaimana wang Petronas RM270 billion yang dibayar sewaktu pentadbiran 5 tahun Abdullah itu dibelanjakan; apakah projek-projek yang dibiayai melalui dana sebesar itu dan kos kesemua projek tersebut.

5. Ianya harus melibatkan berapa jumlah wang yang lebur lantaran pembatalan (projek) Jambatan Bengkok dan landasan keretapi Johore Baru - Padang Besar.

6. Berapakah kos over-run (harga tinggi diluar jangkaan) bagi pembinaan projek Hydroelektrik Bakun.

7. Pembiayaan Jambatan Kedua P.Pinang dan prosidur pemberian kontrak tersebut.

8. Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan tersebut sebagai gambaran penglibatan Najib untuk “membenteras rasuah’.

9. Bagi tujuan suruhajaya tersebut berjaya, kerajaan mestilah memberikan mandat penuh kepada suruhanjaya tersebut keatas semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tempoh 1981-2009. Tiada apa-apa yang harus dirahsiakan.

10. Barry Wain mesti menyediakan dokumen, bukti tentang jumlah (wang) yang beliau dakwa telah saya lesapkan.

11. saya akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya tersebut.

12. Bergantung keatas keputusan suruhanjaya tersebut, Saya menangguhkan hak untuk menyamman Barry Wain, Lim Kit Siang dan Malaysiakini.com kerana menyibarkan fitnah bagi tuntutan sejumlah (wang) yang akan dinyatakan kelak.

13. Jika kerajaan menahan (penjualan) buku : "Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times", saya minta supaya buku tersebut dibebaskan sekarang juga . Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan.

sumber : [klik sini]











Ahad, 2009 Disember 20

Beranikah Kerajaan BN menirunya ?


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Antara yang paling menarik bagi saya ialah tentang janjinya ......................

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Begitulah lebih kurang antara intipati Konvensyen Pakatan Rakyat, kesemua cadangan tersebut, saya percaya tidak akan mampu dilaksanakan oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai azam yang tinggi untuk menghapuskan rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan.

Sebagai contoh Datuk Sri Najib selepas mengambil aleh kepimpinan negara, tidak berani membuat perubahan sebagaimana yang beliau janjikan, Mahkamah, terutama Mahkamah Rayuan, masih jelas di kongkong, SPR di kongkong, Polis di kongkong, SPRM juga di kongkong.

Oleh itu usaha berani Pakatan Rakyat yang berjanji untuk meletakkan semua yang saya sebutkan diatas dibawah tanggung jawab Parlimen adalah sangat dialu-alukan.

Tidak ramai pemimpin yang berani melakukan sebagaimana yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu, antara sebabnya ialah kesemua janji-janji yang di utarakan itu jika silap gayanya akan memakan tuannya, janji-janji seperti diatas tidak menguntungkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat jika PR berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU13 nanti.

Bayangkan, sebagai contoh, dengan kebebasan SPRM yang hanya tertakluk kepada Parlimen, yang hanya bertanggung jawab kepada Yang DiPertuan Agong, akan mengakibatkan ramai pemimpin yang rasuah akan didakwa, dakwaan ini pula sudah semestinya tidak akan memilih bulu, siapa juga yang bersalah akan didakwa.

Sudah tentulah jika pemimpin PR ada bercita-cita mahu melakukan rasuah setelah memerintah nanti, mereka tidak akan berani membuat janji seperti itu. Munkin ada diantara pembaca akan berkata ........alah itu janji......siapa pun boleh berjanji.......... jangan kata seperti itu, kerana setiap janji akan dituntut.

Ini berbeza dengan keadaan sekarang, semua institusi penting yang disebutkan diatas di pertanggung jawabkan kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri mana yang mahu bertindak, jika dia tahu bahawa tindakkannya nanti akan merosakkan reputasi diri dan parti pimpinannya.

Itulah sebabnya apabila di masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tindakan cuba diambil terhadap beberapa individu yang melakukan rasuah dan didapati semakin ramai pemimpin Umno yang didakwa.

Maka muncul disana sini ahli-ahli Umno yang menunjuk perasaan, membantah tangkapan tersebut dengan alasan, kenapa pemimpin Umno tertentu yang didakwa, klik tertentu tidak ditangkap sama, juga kenapa pemimpin pembangkang juga tidak ditangkap.

Semua ini berlaku kerana semua institusi penting negara terletak dibawah kawalan Perdana Menteri, saya sangat percaya jika institusi-institusi ini dibawah kawalan Parlimen, semua bantahan itu akan berkurangan.

SPRM dan lain-lain institusi tentulah tidak takut kepada sesiapa untuk bertindak, sudah tentulah didalam keadaan semua orang takut untuk melakukan rasuah dan lain-lain penyelewengan, maka penyelewengan pun akan berkurangan.

Saya kata berkurangan, kerana tidak munkin kita boleh menghapuskannya 100 %, oleh itu pencapaian yang sebegitu pun sudah boleh dikira sangat baik untuk negara, siapakah yang untung jika semua ini tercapai ? sudah tentu rakyat.

Kesimpulannya, keberanian Pakatan Rakyat membuat janji seperti itu adalah demi rakyat, rakyat yang akan untung, walau pun nanti, jika tersepit saya percaya Kerajaan BN akan cuba memintas sebagaimana cubaan Najib memintas dengan slogan " 1 M'sianya."

Kalau Kerajaan BN berani memintas dengan meletakkan semua institusi penting negara dibawah tanggung jawab Parlimen dan Yang Di Pertuan Agung, kita sebagai rakyat sangat mengalu-alukannya.........tetapi beranikah mereka menyorongkan leher mereka untuk dipancung dengan pedang.

Jawapannya ada didalam diri mereka-mereka semua, apakah mereka ada melakukan kesalahan ? oleh itu jika mereka tidak melakukan kesalahan, apa nak ditakutkan ......

buatlah...............tirulah ................










Berani ke ? ...............................

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada sesiapa sahaja yang tidak senang dengan posting saya hari ini......................
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar,Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu Kolej Tunku Kurshiah di Kuala Lumpur, semalam. -

Bukan apa ! apabila saya terpandang dengan gambar diatas, saya teringat kepada Mufti Perak Datuk Harussani yang sejak kebelakangan ini berminat benar mengulas mengenai politik Melayu, saya teringat beliau dan berfikir........... berani ke...si Harussani ni menasihatkan supaya keluarga diraja ni memakai tudung ?

Saya tengok semua tak pakai tudung, munkin bagi sesetengah orang, pakai tudung ni perkara remeh, tetapi saya tak fikir pulak Harussani juga akan menganggap remeh tentang pemakaian tudung ni !

Saya sangat berharap Harussani berani menegur perkara-perka begini...........jangan setakat berani tegur pembangkang je.....

Jangan marah !!!!!!!!!!!!

Sabtu, 2009 Disember 19

Kos rawatan Sultan Kelantan melebihi RM1Juta

Perjelas isu kos rawatan Sultan Kelantan menjadi salah satu tajuk di satu kolum berita Utusan Malaysia hari ini . Perkara tersebut berbangkit apabila Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung desas-desus yang bayaran kos rawatan Sultan Kelantan di Singapura tertunggak lebih RM1 juta.

Berita tersebut menyebut bahawa Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, sekiranya benar masalah itu berbangkit adalah wajar kepimpinan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikannya.

Sebenarnya didalam politik ini, kebenaran bukan menjadi perkara utama, yang menjadi perkara utama ialah peluang, peluang menyalahkan lawan didalam politik.

Oleh itu apabila Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin membangkitkan perkara ini, sebenarnya, secara tidak langsung memberi peluang rakyat menilai akan hala tuju perjuangan seseorang pemimpin dan bagaimana caranya berfikir.

Seperti yang kita ketahui, kos rawatan di Singapura tentulah lebih tinggi, kerana faktor nilai tukaran wangnya dan lain-lain sebab, tetapi kualiti perubatannya tidaklah sebaik mana.

Sebagai contoh Tun Dr Mahathir semasa berkuasa dahulu, dia memilih untuk membuat rawatan dan pembedahan didalam negara, walhal jika dia mahu, jangankan di Singapura, di hujung dunia mana pun dia boleh.

Lagi pun jika berubat didalam negara, kosnya tidaklah sebegitu tinggi, tetapi apa yang terjadi ialah Sultan Kelantan memilih untuk berubat di Singapura, setelah berada di Singapura beberapa bulan, kos perubatan dan lain-lain caj telah meningkat keangka melebihi RM1 juta.

Siapa yang tanggung semua ini ? rakyat ! sebagai Sultan, yang sepatutnya menjadi payung negeri, semua ini patut juga difikirkan, tetapi itulah yang terjadi, semua perkiraan ini tidak diambil kira.

Adalah dibimbangkan jika trend ini berterusan, tidak mustahil puluhan tahun akan datang, akan muncul pemimpin rakyat yang berani mempersoalkan apa yang dilakukan oleh para Raja-raja, sesuatu yang amat malang dan perlu dihindari.

Semoga semua ini tidak akan berlaku, tetapi jika berlaku juga, siapakah yang akan dipersalahkan ?

Oleh itu apabila ada rakyat yang mempersoalkan dan mencadangkan supaya Sultan di bawa pulang dan mendapatkan rawatan didalam negeri, supaya negeri tidak menanggung kos hutang perubatan yang tinggi, maka takkanlah itu pun di anggap sebagai satu kesalahan.






Khamis, 2009 Disember 17

Rasuah Dalam Industri Pembinaan Serius : SPRM

KOTA BAHARU, 17 Dis -- Gajala rasuah dalam industri pembinaan di negara ini berada pada tahap yang serius, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata ini terbukti dengan wujudnya masalah yang melibatkan projek-projek besar dan bernilai tinggi.

Menurutnya amalan rasuah juga akan mengakibatkan jumlah kos kontrak meningkat dan kemerosotan kualiti pembinaan kerana kontraktor terlibat dalam rasuah tidak akan mematuhi piawaian.

"Keadaan ini membahayakan nyawa dan harta benda serta menjatuhkan imej negara. Secara langsung perkara ini akan merugikan rakyat dan membebankan negara secara keseluruhannya," katanya dalam ucapan pada majlis penutup Seminar Pencegahan Rasuah Kontraktor-kontraktor Negeri Kelantan di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pesuruhjaya SPRM Kelantan Mohd Jaafar Hussin.

Abu Kassim berkata berdasarkan kajian, antara satu dan dua peratus daripada pulangan sesebuah syarikat pembinaan telah diperuntukkan untuk tujuan rasuah dan ia jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pulangan yang diperoleh daripada projek berskala besar.

Beliau berkata, pada masa ini negara memasuki era baru di bawah pimpinan baru yang bersemangat dan berwawasan tinggi dan kejayaan pentadbiran baru ini bergantung kepada keupayaan menterjemah segala wawsasan itu kepada kenyataan.

"Wawasan baru ini saememangnya menitikberatkan isu integriti dan rasuah. Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah meletakkan unsur integriti iaitu dengan mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi," katanya. (Bernama)







Ahad, 2009 Disember 13

Awan semakin mendung di Kelantan


Sebenarnya apa yang disiarkan dibawah adalah perkara-perkara kelabu yang dikatakan berlaku
di Kelantan, jika benar, ianya adalah satu perkara yang sangat di kesalkan, saya lebih mengharapkan supaya ianya tidak benar........................

Tetapi bagaimana jika ianya benar-benar berlaku..........................bala lah namanya tu........

Akhirnya segala sembahyang hajat yang selama ini diadakan diserata tempat termasuk di stadium telah makan tuan.........................aduhai..............


klik pada dokumen untuk melihat saiz sebenar

Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru.

Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyuarat bermula dengan langkah kiri apabila Dato’ Ahmad menafikan ucapan terimakasih wakil peniaga Pasar Lama MPKB-BRI.

“Kami ucap terima kasih kerana Dato’ TMB sudi berjumpa kami….” Kata wakil peniaga itu.

“Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga lalu menoleh ke arah pegawainya dan berkata, “cukup sampai sini saja mesyuarat…” lalu melangkah keluar hanya kembali semula ke dalam mesyuarat setelah sebahagian dari ahli mesyuarat meningalkan majlis itu.

Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar. Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.

Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.

Mari kita kembali merujuk kepada fakta dan sejarah.

Beberapa hari setelah Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Dewan Rakyat pada Februari 2008, YB. Dato’ Haji Husam bersama saya di pejabatnya merancang strategi mempertahankan Kelantan di dalam PRU ke 12 lalu. Husam kemudian mengarahkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang ketika itu baru dilantik ke jawatan Ketua Pegawai Operasi PMBK untuk hadir membawa pelan projek pembangunan bernama Madinatul Raudhah.

Husam yang baru satu penggal menjadi ahli Exco Negeri ketika itu mempertikaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada para peniaga. Memandangkan kebanyakan peniaga berpusat di Kota Bharu dan memandangkan dalam PRU ke 11 PAS tewas di Parlimen Kota Bharu dan Kerusi DUN Kota Lama PAS menang hanya dengan nyawa-nyawa ikan, adalah penting untuk PAS mendapat sokongan padu dari peniaga. Maka di pejabatnya tengahari itu, Husam mengeluarkan arahan supaya sebuah Bazar dibina di tapak projek Madinatul Raudhah untuk para peniaga.

Dua kumpulan peniaga telah dikenal pasti untuk dipindahkan di bazar yang akan diberi nama Bazar Tok Guru itu. Mereka ialah para penjaja di Pasar Lambak Arked UDA dan para peniaga di Pasar Lama MPKB BRI. Penjaja Arked UDA mempunyai 116 orang peniaga manakala peniaga Pasar Lama MPKB BRI mempunyai 300 orang peniaga. Gabungan pemilik gerai, keluarga mereka dan pekerja mereka, sekurang-kurangnya mereka mewakili suara lebih 1,000 orang pemilih dalam pilihanraya tersebut.

Pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.

Intipati memorandum yang ditandatangani sendiri oleh Tok Guru dan wakil-wakil Persatuan Peniaga ialah,

  • Kerajaan Negeri menerusi PMBK akan membangunkan projek itu tanpa berorientasikan keuntungan.
  • PMBK akan menyediakan pusat perniagaan dengan kemudahan terkini kepada peniaga.
  • Pusat perniagaan itu terletak di dalam cadangan pembangunan ‘Madinatul Raudhah’ yang mengandungi 1 blok hotel, 3 blok apartment beserta kedai dan pejabat, 2 aras podium Bazar Tok Guru, 1 aras tempat letak kereta bawah tanah.
  • Semua ini akan dibangunkan diatas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang dikenali sebagai PT388, Seksyen 12 Bandar Kota Bharu, Kelantan.
  • Tanah itu bakal diberi pemilikan kepada PMBK.
  • Tanah itu seluas 5.9 ekar.

Berdasarkan konsep tidak berorientasikan keuntungan ini, para peniaga dimaklumkan bahawa tapak perniagaan yang akan disediakan untuk setiap gerai adalah seperti berikut,

  • Tapak gerai terletak ditingkat bawah (ground level).
  • Keluasan gerai adalah 12 x 15 kaki.
  • Harga ialah RM40,000.00.

Malang bagi peniaga, beberapa bulan selepas menang besar didalam pilihanraya umum ke 12, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi PMBK telah bersetuju untuk menyerahkan projek Bazar Tok Guru kepada sebuah syarikat bernama Sensatimur Sdn Bhd. Para peguam PMBK beberapa kali menasihatkan PMBK bahawa terma-terma perjanjian dengan Sensatimur itu adalah berat sebelah dan akan menggadai falsafah disebalik pembinaan Bazar Tok Guru namun Arifahmi terus berkeras.

Pada 1 Jun 2009, perjanjian ditandatangani oleh Tok Guru dengan Sensatimur. Intipati perjanjian adalah seperti berikut,

  • Keluasan tapak diatas tanah milik PMBK ialah 5.9 ekar.
  • Tapak binaan Bazar Tok Guru ialah seluas 1.5 ekar.
  • Melalui perjanjian itu, Sensatimur akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan Bazar Tok Guru.
  • Sensatimur akan memberi pinjaman berjumlah RM5.5 juta kepada PMBk dan PMBK perlu bayar didalam tempoh 12 bulan dari tarikh siap bazar menerusi penyerahan hak jualan gerai milik PMBK untuk dijual oleh Sensatimur. Sensatimur akan ambil 50% dari hasil jualan setiap unit bagi mendapatkan semula wang RM5.5 juta itu.
  • Selepas 30 hari siap Bazar tersebut, PMBK akan menyerahkan baki 4.4 ekar tanah di tapak tersebut kepada Sensatimur dengan pajakan 99 tahun tanpa sebarang sekatan kepentingan dan syarat yang jelas.

Syarat-syarat lain didalam perjanjian PMBK-Sensatimur yang secara langsung membakar jambatan dengan para peniaga pula adalah seperti berikut,

  • Tingkat bawah (ground level) yang dijanjikan untuk dijual kepada peniaga telah menjadi milik Sensatimur.
  • PMBK hanya mendapat hak bagi aras 1 dan 2 sahaja.

Disebabkan Abdul Ariffahmi mensasarkan keuntungan besar dari projek yang asalnya tidak berorientasikan keuntungan itu, harga jualah bagi tapak gerai ditingkat 1 dan 2 diletakan pada harga RM92,000 setiap unit dengan keluasan dikurangkan kepada 8 kali 10 kaki sahaja.

Sewaktu majlis pecah tanah projek itu dibuat, Persatuan-Persatuan Perniaga telah mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana ternyata YAB Tok Guru telah melanggar perjanjian persefahaman di antara kedua-dua pihak iaitu,

  • Harga jualan setiap unit melambung lebih 100%.
  • Peniaga yang asalnya dijanjikan penempatan ditingkat bawah kini diarah berpindah ke tingkat 1 dan 2.
  • Semua ini berlaku tanpa para peniaga diajak berunding telebih dahulu.
  • Usaha peniaga untuk mengadakan dialog dengan PMBK didalam suasana sihat telah tidak dilayan oleh Ariffahmi.

Bagi memastikan airmukanya terjaga di majlis pecah tanah itu, Ariffahmi berjanji untuk menyelesaikan segala pertelingkahan itu dengan syarat Persatuan-Persatuan Peniaga menghantar wakil mereka di majlis tersebut.

Akhirnya persatuan-persatuan itu setuju untuk menghantar wakil tanpa mereka sedari, kehadiran mereka telah digunakan oleh Ariffahmi untuk memberitahu Menteri Besar bahawa ia adalah bukti para perniaga tidak mempunyai masalah dengan syarat baru pemilikan Bazar Tok Guru.

Sehingga kini, usaha persatuan peniaga untuk mengadakan sessi dialog dengan YAB Menteri Besar tidak dilayan baik oleh PMBK mahupun oleh MB sendiri.

Maka apabila segala kemelut yang onarnya yang semakin membara ini dihumbankan kepada Dato’ Timbalan Menteri Besar, ternyata ianya adalah satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Dato’ Ahmad Yakob oleh pihak tertentu.

Apakah ini adalah lagi satu projek Abdul Ariffahmi?

Saya tidak langsung musykil.



di petik dari blog-

kickdefella.











Sabtu, 2009 Disember 12

Mereka semakin bengong

Semakin hampir menjelangnya tahun baru 2010, BN dan Umno nampaknya semakin terdesak, talian hayat terakhir Umno didalam usaha mengekalkan kuasanya ialah meniupkan api perkauman dikalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Terkini pemimpin Umno memutar belitkan issue peruntukkan Masjid yang di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, perkara ini sudah pun dijelaskan oleh beberapa bloger dari Pakatan Rakyat, antaranya Zulkifli Nordin yang juga seorang ahli Parlimen PKR dari Kulim yang sehingga kini terus berjuang dan mempertahankan kebenaran, ( Klik disini ) beliau sanggup bertindak mengeluarkan kenyataan yang kadangkala dilihat bertentangan dengan prinsip seorang ahli politik, sehingga merugikan partinya sendiri, tetapi demi kebenaran, dinyatakan juga.

Namun semua penjelasan tersebut masih tidak memuaskan hati pemimpin BN yang ketandusan issue untuk diketengahkan (Klik disini) oleh itu api perkauman tersebut terus di tiup, kerana itulah sahaja senjata berbaki yang masih ada untuk di gunakan oleh mereka.

Maka dengan kerjasama akhbar yang mereka kuasai, terus memutarbelitkan (klik di sini) kenyataan sebenar, berdolak dalik dan teraba-raba mencari issue.

Namun apabila ABIM iaitu sebuah gerakkan Dakwah dan bukan merupakan sebuah pertubuhan politik juga mencadangkan supaya Kerajaan menambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam, ianya jelas boleh membuatkan Umno mati tersepit.

Didalam issue Biro Tata Negara (BTN) contohnya, apabila ramai ahli Parlimen dari pembangkang mengungkitkan tentang modul BTN yang bersifat perkauman, namun pada mulanya dinafikan oleh beberapa pemimpin BN, tetapi selepas keluar kenyataan dari Datuk Sri Najib Tun Razak, yang bersetuju supaya modul BTN dikaji semula supaya lebih sesuai dengan konsep 1 Malaysianya,

Maka saya percaya selepas ini, suara-suara yang menyokong Mahathir yang menggesa supaya modul BTN dikekalkan dan mengutuk Nazri Aziz diatas kenyataannya yang menyokong cadangan pembangkang supaya modul BTN dikaji semula akan sepi dan kembali menikus.

Begitulah betapa bercelarunya perjuangan Umno dan kefahaman pemimpinnya didalam mengimbangi kehendak generasi baru rakyat Malaysia sekarang ini, yang semakin jelas mahukan sebuah negara Malaysia yang ditadbir secara lebih adil, telus dan berhemah. Lebih bercelaru lagi apabila konsep 1 Malaysia gagal di fahami oleh pemimpin Umno sendiri, mereka teraba-raba mencari maksud 1 Malaysia.

Apa itu 1 Malaysia ? ...........entah .......... 1 Malaysialah.......yalah, apa dia ?......tak tahu....

Begitulah keadaan yang dihadapi oleh pemimpin Umno sekarang, mereka tidak tahu dan tidak faham dengan misi dan visi pemimpin mereka sendiri, kerana apa ? kerana mereka hanya mampu menjadi pemimpin Pak turut.

Yang penting bagi mereka, dengan menjadi pemimpin, mereka boleh terus hidup senang, hidup mewah. Begitulah senario yang dihadapi oleh pemimpin Umno hari ini. Semua ini akan berakhir apabila rakyat yang sudah sedar akan kebengongan mereka, akan menghumbankan mereka kedalam tong sampah selepas PRU13 nanti................................tunggulah apabila tiba masanya nanti.