Jumaat, 31 Julai 2009

Satu lagi pilihanraya kecil yang tidak dapat di elakkan

PULAU PINANG 31 Julai — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini selepas beberapa hari menjalani rawatan di institut itu.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata, jenazah Mohd. Hamdan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir pukul 2 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini selepas solat Asar.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN Pas di negeri ini.

DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini di IJN.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik-beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

“Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung,” katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

- BERNAMA

Rabu, 29 Julai 2009

Si bahlol yang tidak layak jadi Menteri.

Satu perhimpunan besar-besaran bagi membantah ISA akan diadakan pada 1 hb Ogos ini yang mendapat sokongan oleh ngo dan parti-parti politik pembangkang, ianya tetap juga akan diadakan walau pun Polis memberikan amaran bahawa perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan.

Kenapakah pihak pembangkang tetap berkeras juga mahu mengadakan perhimpunan tersebut walau pun Polis melarangnya ? jawapannya ialah kerana pihak Polis Malaysia tidak pernah membenarkan sebarang perhimpunan besar yang dianjurkan oleh pihak pembangkang diadakan, walau pun di beri jaminan bahawa perarakan yang dianjurkan adalah aman.

Oleh itu pihak pembangkang berpendapat, jika mahu menunggu permit di perolehi baru mahu mengadakan perarakan yang kadang-kadang di batalkan pula disaat-saat akhir, maka lebih baik usah dipedulikan terus tentang permit di perolehi atau tidak, lebih baik buat sahaja dan jika Polis bertindak menyuraikannya, terima sahajalah.

Kenapakah Polis Malaysia begitu cemburu dengan perarakan besar-besaran ? puncanya ialah nostalgia 13hb mei 1969, yang akibat dari perarakanlah telah menyebabkan berlaku pergaduhan kaum yang dahsyat di Kuala Lumpur kira-kira 40 tahun yang lampau.

Berkaitan tuntutan di pihak pembangkang supaya ISA di mansuhkan, saya walaupun sehingga kini masih menyokong pembangkang, tetapi meminta supaya kerajaan menghapuskan ISA saya tidak bersetuju.

Saya juga tidak bersetuju perarakan diadakan, saya lebih bersetuju di pihak pembangkang bersabar sehingga kerajaan membuat pindaan terhadap akta tersebut sebagaimana yang dijanjikan dan lihat apa yang di pinda dan apa yang di kekalkan.

Jika pindaan tersebut masih longgar dan masih memberi ruang bagi menteri berkenaan menyalahgunakan kuasanya, barulah boleh perarakan diadakan.

Saya sangat mengharapkan kerajaan meminda akta tersebut dengan mengetatkan kuasa berkaitan penggunaannya dengan tidak membenarkan Menteri berkaitan menggunakan akta tersebut sesuka hati, contohnya yang paling jelas ialah penahanan YB Teresa Kok dan rakan-rakannya tempoh hari.

Adalah sangat memalukan, kononnya di umumkan bahawa si polan di tahan dibawah ISA atas alasan, mengancam keselamatan negara, tetapi tidak sampai 24 jam kemudian di bebaskan.

Jikalau sudah di putuskan kononnya sipolan - sipolan mengancam keselamatan negara, bagaimana boleh dilepaskan dengan sebegitu segera, tahan dan siasatlah dahulu , nampak jelas bahawa Menteri berkaitan menyalahgunakan kelonggaran kuasa yang diberikan kepadanya.

Begitu juga apabila kumpulam Hindraf mengamuk dijalanraya dan mencederakan anggota Polis, tindakkan diambil tetapi ditarik balik beberapa jam kemudian, dan penahanan terhadap pemimpin utamanya tidak pula melalui proses siasatan dilokap-lokap Polis sebaliknya dihantar terus keKemunting.

Ini semua contoh-contoh bahawa Menteri Dalam Negeri telah menggunakan kuasanya secara suka-suka " tahan dan lepas " serta tidak berasaskan kepentingan negara, tetapi lebih kepada kepentingan politik parti yang sedang memerintah.

Oleh itu kerajaan wajib meminda akta ISA dari di gunakan sewenang-wenangnya oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, kebenaran penahanan hanya di bolehkan kepada kes yang benar-benar mengancam keselamatan negara, bukan mengancam parti yang sedang memerintah sebagaimana yang berlaku sekarang ini.

Atau lebih dahsyat, jika penahanan dilakukan terhadap anggota parti lawan dengan matlamat untuk mengkucarkacirkan parti lawan, ini memang sah penyalahgunaan kuasa yang diberikan, tetapi didalam politik semua ini boleh berlaku.

Parti yang sedang memerintah memang dibolehkan digangu-gugat, malah dikucarkacirkan sekali pun oleh lawannya, tetapi negara adalah dilarang sama sekali untuk digangu gugat, disabotaj dan sebagainya.

Kerana itu, jika ada anasir yang cuba menggangu gugat keselamatan negara, mengancam keselamatan negara, sangat wajar orang tersebut ditahan dibawah ISA, itu pun didalam kes yang sukar untuk mendapatkan bukti, tetapi jika cukup bukti akta lain boleh digunakan.

Sebagai contoh didalam kes kumpulan Al Ma'unah, dimana kumpulan tersebut telah merampas sejumlah senjata api dan bertindak menentang kerajaan dengan senjata tersebut, maka memang bolehlah akta tersebut digunakan.

Oleh itu Menteri Dalam Negeri mestilah tahu membezakan diantara mengancam keselamatan negara dengan mengancam keselamatan parti yang sedang memerintah, Menteri yang tidak tahu membezakan diantara dua perkara tersebut, sebenarnya adalah si bahlol yang memang tidak layak untuk jadi Menteri.







Selasa, 28 Julai 2009

Semoga ianya menjadi kenyataan.............

Setelah lebih dari seratus hari menjadi peneraju utama negara Malaysia, Datuk Sri Najib hari ini memperincikan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan melafazkan iltizamnya untuk menjayakan perkara tersebut dengan targetnya seperti berikut ...


Berasaskan apa yang tertera di atas, kita sebagai rakyat sangat mengharapkan semoga ianya berjaya di laksanakan.

Saya sengaja menyimpannya untuk melihat sama ada azam PM kita ini berjaya dilaksanakan atau tidak.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Khamis, 23 Julai 2009

Polis semakin tidak propesional ?

Sedarlah saudara-saudara, bahawa tahap propesional kePolisian, SPRM, dan lain-lain pihak penguatkuasa di Malaysia semakin tenat, mereka tidak lagi berkhidmat untuk rakyat, tetapi berkhidmat untuk pemimpin.

Budaya ampu bodek semakin menjadi-jadi, buktinya sebagaimana lapuran dibawah ini.........

Seorang pelajar Universiti Malaya didakwa diugut dengan pistol polis sewaktu ditahan berhubung kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Anggota polis yang berpakaian biasa itu, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang sewaktu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditangkap di rumah sewanya di Kampung Kerinchi, 25 Jun lalu.

Mohd Syahruldeen yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beberapa kumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi esok.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham memberitahu Malaysiakini, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan.

"Tidak sepatutnya berlaku perkara tersebut, polis ada etika dan cara untuk menjalankan soal siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.

Mereka didakwa cuba melakukan perbuatan khianat di pintu dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API).

Kedua-duanya pelajar tahun dua jurusan syariah API Univerisiti Malaya.

Menurut Hilman lagi, selain aduan berhubung kes tersebut, kumpulan mahasiswa tersebut turut membuat aduan berhubung penahanan tujuh mahasiswa, termasuk dua wanitam pada Jumaat lalu.

Mereka ditahan berhubung perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Thailand bagi membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.

Selain itu, tambah Hilman, aduan itu juga berkaitan penahanan dua aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) yang didakwa menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.

Kedua-dua pelajar tersebut – setiausaha Dema, Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung – ditahan di kampus kira-kira jam 9 malam.

Mereka ditahan reman selama dua hari.

Selain KAMI dan Dema, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan hadir di pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut.


di petik dari Malaysiakini.





Selasa, 21 Julai 2009

Raja di Rimba

Saya sangat mengharapkan setelah Datuk Sri Najib menjadi Perdana Menteri, kisah-kisah Hakim membuat keputusan tidak mengikut garis perundangan yang betul, Peguam Negara membuat pendakwaan terpilih, SPRM membuat siasatan berdasarkan arahan pihak-pihak tertentu, sebagai mengambil hati pihak-pihak tertentu, tidak lagi menjadi issue.

Tetapi nyata setelah lebih dari 100 hari Najib menjadi PM, suara-suara sumbang tersebut tetap kedengaran, persoalannya, adakah suara-suara ini hanyalah suara pembangkang yang tidak munkin akan berpuashati walau apa pun yang dilakukan oleh kerajaan atau memang ada asas di sebalik protes-protes tersebut ?

Didalam menghadapi situasi seperti ini, saya cuba mengenepikan semua perasaan yang boleh dianggap menyebelahi sesuatu pihak, dan cuba melihat apa yang berlaku mengikut perspektif
yang sebenarnya.

Namun setelah di amat-amati, saya hanya menjumpai persoalan demi persoalan, sebagai contoh,
kenapa semasa Nizar di umumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi tempoh hari, tetapi boleh dirayu didalam tempoh tidak sampai 24 jam untuk ditangguhkan keputusannya ?

Tetapi apabila Nizar pula membuat rayuan, ianya mengambil masa berminggu-minggu untuk di dengari dan di putuskan oleh Mahkamah ?

Begitu juga apabila ada lapuran demi lapuran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap pihak pemimpin kerajaan yang melakukan penyelewengan, disertakan dengan bukti dan jumlahnya berjuta-juta ringgit, tidak dilakukan penyiasatan atas alasan bukti tidak lengkap.

Namun apabila lapuran yang di buat oleh pihak penyokong kerajaan, segera dilakukan penyiasatan walaupun melibatkan jumlah wang yang kecil, serta tiada bukti kukuh, tetapi suspek dan saksi dipaksa memberi kenyataan dan pengakuan, lalu jika enggan, lantas didera sehingga boleh melibatkan kematian.

Apa yang saya luahkan diatas, hanyalah sebilangan kecil dari apa yang sebenarnya berlaku dan nampaknya, ia terus akan berlaku tanpa ada tanda-tanda akan menemui noktahnya.

Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah kita kini menggunakan kaedah " Raja di rimba", iaitu sesiapa yang berkuasa di peringkat kerajaan persekutuan, maka mereka bebas bertindak terhadap lawannya tanpa mengira ianya mengikut lunas undang-undang atau tidak.

Adakah ini bermakna jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti, maka bolehlah pula mereka menekan lawannya tanpa mengira peruntukkan undang-undang lagi, dan desakkan untuk menghapuskan ISA perlu dihentikan, kerana jika dihapuskan ISA, maka peluang untuk kerajaan PR membalas dendam terlepas.

Adakah ini bentuk kerajaan yang di inginkan oleh rakyat Malaysia ? jika bukan ini yang dipilih,
maka rakyat perlu menolak kerajaan yang menjalankan hukum "Raja di rimba."

Tetapi jika rakyat merasakan kerajaan "Raja di rimba" boleh diterima, ayoh kita sama-sama terus menyokong ....................








Ahad, 19 Julai 2009

Nasib kaum India di Malaysia jauh lebih baik dari ........

Harapan Hindraf terhadap Pakatan berkecai - Uthayakumar

KECEWA... Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar dengan berlatarbelakangkan buku beliau berjudul Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang menggariskan perjalanan wawasan politik pihaknya selepas ia diharamkan tahun lalu dan lima pemimpin Hindraf dibebaskan baru-baru ini. Buku itu dilancarkan di Klang pagi tadi. Beliau juga mengumumkan penubuhan Parti Hak Asasi Manusia. AP

KLANG: Harapan terhadap PKR, DAP dan PAS berkecai! Ini sebahagian daripada luahan perasaan pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar dalam tulisannya yang dikeluarkan dalam bentuk buku setebal 114 halaman hari ini.

Kata beliau, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu kini mula mengabaikan kepentingan masyarakat India kerana dilihat sudah tiada kekuatan politik.

"Inilah hakikat politik yang kita lalui sekarang," kata beliau dalam bukunya bertajuk Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang dilancarkan sempena pengumuman penubuhan Parti Hak Asasi Manusia.

Kandungan buku itu dihasilkan ketika beliau berada dalam tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari di Kamunting, Taiping.

"Adalah jelas dan ketara bahawa apa yang PKR, DAP dan PAS mahukan daripada kita ialah hanya undi semata-mata.

"Ahli politik adalah ahli politik! Sejauh mana bezanya lima kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS berbanding bekas kerajaan negeri diterajui Umno ataupun kerajaan pusat Umno bagi (kepentingan) masyarakat India?" katanya.

Beliau memuatkan kekecewaan dengan prestasi Pakatan Rakyat yang didakwa tidak membantu masyarakat India dalam 10 halaman.

Katanya, selepas pilihan raya umum 2008 ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sepatutnya dilihat sebagai "parti pelbagai kaum" telah mengabaikan kepentingan masyarakat India.

"Kini kita berhadapan dengan keadaan sebenar dan sudah bersedia untuk bercakap mengenai realiti politik.

"Kita perlu berhadapan dengan fakta ini. Sebagai contoh salah satu daripada 18 perkara yang dituntut ialah kesemua 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kuil, krematorium, lokasi pengebumian dan kawasan setinggan diduduki masyarakat India diberikan tanah kerajaan dan diwartakan dengan sewajarnya," katanya sambil menambah, keadaan sebaliknya berlaku sekarang.

Tambah beliau, "nampaknya PKR, DAP dan PAS tidak berminat untuk menyelesaikan mana-mana perkara yang dituntut itu walaupun beberapa bidang terletak seratus peratus di bawah kerajaan negeri". Hindraf mengadakan perhimpunan di ibu negara dalam usaha mengetengahkan 18 tuntutan itu pada 25 November 2007 - lima bulan sebelum pilihan raya umum ke-12.

Gelombang kemarahan itu digunakan sebagai modal kempen oleh Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan dilihat telah menyumbang kepada prestasi baik pembangkang yang menawan lima kerajaan negeri dan menidakkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.


Begitulah luahan rasa dari pemimpin Hindraf P. Uthayakumar di dalam tulisannya di sebuah buku yang di tulisnya semasa di dalam tahanan, beliau juga sudah menubuhkan sebuah parti baru untuk orang India yang dinamakan "Parti Hak Asasi Manusia".

Sebenarnya tiada kerajaan di Malaysia ini baik dari Barisan Nasional atau Pakatan rakyat, yang mampu menunaikan semua hasrat tuntutannya yang mengandungi 18 perkara itu.
Ini adalah kerana kerajaan BN atau PR adalah dianggotai oleh pelbagai kaum, adalah mustahil kerajaan yang di sokong oleh pelbagai kaum boleh memenuhi tuntutan untuk satu kaum sahaja, seperti mana hasrat P.Uthyakumar tersebut.

Oleh itu tindakan P.Uthyakumar menubuhkan parti baru untuk masyarakat India sahaja adalah di alu-alukan, kita sama-sama lihat nanti sejauh mana pencapaian parti baru tersebut, dengan kaum India yang minoriti di Malaysia ini.


Kalau kita perhatikan pencapaian masyarakat India di Malaysia sekarang ini jauh lebih baik dari
pencapaian masyarakat Melayu sendiri,

Didalam bidang perniagaan misalnya, orang India kebelakangan ini, lebih maju dari orang Melayu, didalam pendidikan begitu juga, lebih ramai pelajar keturunan kaum tersebut didalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan.


Lagi pun keadilan perlu di tegakkan, keadilan bukan bermakna satu kaum perlu dilayan dengan memenuhi segala tuntutannya, sementara kaum lain di biarkan terpinggir.

Oleh itu kepada P. Uthyakumar, sedarlah kamu bahawa nasib kamu dan kaum kamu di Malaysia ini, jauh lebih baik dari nasib umat Islam di selatan Thailand, di selatan Filipina, di negeri Cina dan lain-lain.

Oleh itu bersyukurlah kamu.








Jumaat, 17 Julai 2009

Semuanya serba salah.

Sekali lagi negara di gemparkan dengan kematian suspek semasa dalam siasatan, kali ini Teoh Beng Hock, iaitu setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah pula menemui ajalnya di bangunan yang di kuasai oleh SPRM.

Persoalannya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku ? seperti mana kes-kes seperti ini yang berlaku, ianya memang menjadi perbualan ramai, maka pelbagai andaian akan berlegar di pasaran khabar angin.

Maka saranan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, supaya sebuah Badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh adalah wajar untuk di pertimbangkan.

Masaalahnya didalam mana-mana penyiasatan, baik kes Polis, BPR, SPRM, atau lain-lain agensi penguatkuasa, kes kekasaran pasti akan berlaku, ini adalah kerana, si suspek tidak mudah untuk memberikan kerjasama.

Tindakkan tidak mengaku adalah perkara biasa, walau pun si suspek tersebut memang terlibat didalam sesuatu kes, maka usahlah hairan jika yang memang benar-benar tidak terlibat, lagilah tidak mengakunya.

Yang menjadi masaalah ialah, si suspek yang tidak terlibat tetapi cuma di syakki sahaja tetapi dipaksa juga memberi keterangan, serta dipaksa mengaku terlibat, maka di sinilah kezaliman sering berlaku, kepada yang memang terlibat tetapi tidak mengaku, kita rasa memang patut di perlakukan macam mana sekali pun.

Maka didalam keadaan sedemikianlah, petugas-petugas negara ini terpaksa berdepan dengan delima diantara " kasihan" dengan menjalankan tugas demi untuk negara.

Kalau berlembut, sampai bila pun si suspek tidak akan memberikan kerjasamanya, maka terpaksalah digunakan kekerasan, dan didalam menggunakan kekerasan tersebutlah, kadang-kadang secara tidak di sedari, rupanya sudah melampaui batasan sehingga menyebabkan kematian.

Masaalahnya apabila sudah berlaku sedemikian rupa, semuanya akan lepas tangan, kawan-kawan akan lari, ketua akan lari, tinggallah kita terkontang-kanting seorang, dua orang atau lebih, menghadapi tuduhan berat, menyebabkan kematian yang akan menyebabkan kehilangan kerja dan dihukum penjara yang lama, kalau pun tidak di hukum mati.

Inilah nasib yang dialami oleh petugas-petugas negara ini didalam menjalankan tugas mereka.

Masaalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila, memang ada cadangan supaya di pasang CCTV baik di lokap, bilik penyiasatan, atau lain-lain tempat yang di fikirkan layak, bagi mengatasi kes seperti ini.

Masaalahnya jika dilakukan sedemikian rupa, pihak Polis, BPR, SPRM atau lain-lain, tidak akan mendapat maklumat, dan orang -orang jahat akan semakin bermaharaja lela, inilah yang perlu dihadapi oleh penguatkuasa kita.

Sekarang pun kita menghadapi keadaan dimana orang-orang jahat semakin bermaharajalela, mereka semakin tidak takut kepada penguatkuasa negara.

Saya sangat percaya, jika kita terlalu menjaga kepentingan orang-orang seperti ini, ianya akan sama seperti di mana guru-guru dilarang merotan murid-muridnya suatu ketika dahulu, semuanya atas alasan kita sudah maju, tidak sesuai lagi dizaman sekarang.

Namun setelah beberapa puluh tahun berlalu, kini kita dapati bahawa kaedah merotan seperti yang diamalkan oleh datuk nenek kita dahulu, rupa-rupanya adalah yang terbaik..............

Akhirnya sistem merotan dibenarkan kembali, namun nasi sudah menjadi bubur.......................

Oleh itu didalam kes orang tahanan mati semasa proses penyiasatan ini, perlu difikirkan secara mendalam kaedah mengatasinya, salah satu caranya saya fikir ialah, jangan tangkap seseorang kalau sekadar setakat syak wasangka sahaja.



Tangkapan boleh dilakukan setelah suspek tersebut benar-benar diyakini melakukan kesalahan, setelah itu proses penyiasatan dibenarkan, maka jika berlaku apa-apa kejadian semasa siasatan, walaupun sehingga kematian, tidak lah kita ralat sangat, kerana orang yang ditangkap tersebut menurut maklumatnya, memang melakukan kesalahan.

Didalam kes Teoh ini saya menyokong hasrat Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan 'sembunyi apa-apa' dan kerajaan sememangnya wajib bersikap seperti itu, jika tidak, adalah tidak mustahil negara akan menghadapi huru-hara kerananya.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Khamis, 16 Julai 2009

B N wajib tunai janjinya di Manek Urai

Kini keputusan diManik urai sudah pun terjawab, setelah berhempas pulas selama lebih dari 2 minggu, malah munkin 1 bulan, jika diambil kira sejak kematian penyandang DUN kawasan tersebut, maka keputusan PAS menang dengan hanya 65 undi, adalah satu keputusan yang menggambarkan betapa sengitnya pertempuran diarena politik dikawasan tersebut.

Kini pelbagai ulasan, saranan, dan kutukan yang di lemparkan diantara kedua-dua belah pihak tehadap lawan masing-masing, dan ini termasuklah apa yang saya hidangkan dibawah yang saya petik dari salah satu blog penyokong BN...........




Bangang lagi bodoh memang sudah patut di labelkan di setiap warga Kelantan yang terus menyokong Pas.


Keputusan Manek Urai memang sudah dijangka oleh semua pihak bahawa biar bermatian pun BN berkempen dan biar sebagus manapun calon yang diletakkan oleh BN pasti sukar untuk menang dimana-mana kerusi DUN Kelantan.

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini. Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.

Walaupun kemenangan kali ini agak memalukan PAS namun, mesej yang jelas dapat dirungkai bahawa rakyat Kelantan jenis manusia yang tidak faham erti kuasa dan politik.

Bagi BN, kekalahan di Manik Urai tidak menjejaskan apa-apa selain dapat melihat, ada juga sinar dan peluang bagi BN membawa harapan kepada rakyat Kelantan.

Untuk rakyat Manek urai, jangan sedikit cuba menuntut BN tunaikan janji kerana BN akan terus mengabaikan DUN tersebut dan tinggallah rakyat di sana dalam kemiskinan dan kemunduran. Janji pembangunan sudah terkubur kerana rakyat Kelantan tidak pernah bersyukur.

Bagi Pemimpin Pas mereka tidak berhak meminta kerajaan Pusat meneruskan projek pembangunan yang dijanjikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai jika Barisan Nasional (BN) tewas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Episod duka rakyat Kelantan terus disambung dan tinggallah orang Kelantan di dalam kemunduran disebalik negeri-negeri BN lain akan terus memacu misi nasional menuju wawasan 2020.

Inikah yang dikatakan pejuang bangsa Melayu ? inikah yang dinamakan pembela bangsa kononnya ?

Saya berpendapat BN yang walau pun kalah di Manek Urai, wajib melaksanakan janjinya membina Jambatan dan lain-lain janjinya dikawasan tersebut, kerana BN menang dikawasan yang memerlukan Jambatan itu iaitu di Manek Urai lama.

Pengundi-pengundi dikawasan tersebutlah yang dikatakan meningkatkan undi buat BN, oleh itu Muhyiddin anak Pak Yassin tidak boleh mengikut kata penyokong fanatik Umno seperti diatas, yang menyarankan supaya penduduk
Manek Urai di hukum.

Yang nak di hukum adalah orang Melayu yang dhaif di pendalaman, tetapi orang bukan Melayu yang turut menyokong pembangkang di bandar, tidak pula di hukum.

Tetapi inilah realiti politik kampung yang diamalkan oleh sesetengah pihak, yang tidak menghormati demokrasi.

Rakyat di seluruh negara akan menilai akan keupayaan kerajaan BN menunaikan janjinya di Manek Urai, kerana jika janjinya di sana tidak di lunaskan, BN akan di tuduh sebagai munkir janji.

Oleh itu tepuk dada dan tanya selera............

Ahad, 5 Julai 2009

Anggota PR sering bertelagah, mewajarkan BN terus memerintah .

Saya agak kecewa juga dengan pergolakan yang berlaku mutkakhir ini di dalam gabungan tidak resmi Pakatan Rakyat.

Nampak jelas dan terang bahawa Pakatan Rakyat tidak seiya sekata di dalam persefahaman mereka, masing-masing memang tiada semangat kerjasama.

Oleh itu apa yang tertulis didalam Utusan Malaysia ini Kemelut pakatan bukti BN terbaik walau pun tidak 100% benar, tetapi nampaknya boleh di pakai .............

Kepada para pemimpin PR, baik dari PKR, DAP, atau pun PAS, sedarlah kamu, bahawa rakyat sedang memerhatikan kamu, jika kamu semua masih bertelagah sesama sendiri, setelah Allah memberikan sedikit kemenangan didalam PRU12 dahulu, maka munkin elok jika Allah tarik semula kemenangan yang di perolehi ini didalam PRU13 nanti.

Bahawa sesungguhnya bukan mudah untuk menjaga kemenangan, oleh itu, dengan apa yang berlaku kini, membuatkan kita tersentak dari lamunan, bahawa BN telah berjaya mengekalkan kemenangan selama lebih dari 50 tahun, walau pun ada pertelagahan, tetapi tidak sampai memecahkan mereka.

Memang di akui persepakatan didalam PR terlalu longgar, semasa mula-mula dulu semuanya memperakui bahawa Datuk Sri Anwar adalah pemimpin PR, tetapi bila dah menang, masing-masing mula nak menaikkan pemimpin parti masing-masing.

Munkinlah agaknya jika PR berjaya memenangi pilihanraya nanti, lagi dahsyat perebutan untuk menjadi pemimpin.

Nampaknya selagi PR tidak berjaya memutuskan pemimpin yang benar-benar di terima semua pihak didalam Pakatan rakyat, maka bolehlah BN terus memerintah,

Begitulah adanya.............................................................................


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org