Jumaat, 30 April 2010

Saya Sokong Musa Hassan


Apr 29, 10 6:02PM
Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.











Buat pertama kalinya, saya menyokong pendapat Musa Hassan, antara alasan saya ialah............

Kes ini bukan melibatkan anggota parti politik, oleh itu mustahil ada campur tangan dari mana-mana pihak untuk memaksa anggota Polis bertindak melampaui undang-undang,

Lagi pun apa perlunya anggota Polis bertindak diluar lingkungan undang-undang, kes ini tidak sama dengan kes Teoh Beng Hock yang melibatkan unsur-unsur politik.

Kadang-kadang saya kasihan juga kepada anggota Polis ini, mereka sentiasa di pandang serong oleh masyarakat kita, tetapi semua ini berlaku kerana salah pihak Polis juga, mereka sudi di peralatkan oleh orang politik.

Apakah benar dakwaan ini ? jawapannya tidak benar, pihak polis sebenarnya bukan sudi pun di peralatkan oleh pihak pemerintah, tetapi mereka tiada pilihan, mereka dipaksa berketuakan orang politik, nak buat macam mana, ikut sahajalah.................

Itulah sebabnya ada rasional juga desakan oleh pihak pembangkang supaya Polis dan lain-lain institusi penting negara, yang sepatutnya berkecuali didalam menjalankan tugasnya mengawal negara, berada dibawah tanggong jawab Yang di Pertuan Agong atau Parlimen sahaja.

Selama ini Polis sering bertindak diluar lingkungan undang-undang, apabila berdepan dengan kepentingan politik pemerintah, polis jadi serba salah, diikut salah, tak diikut lagi salah, ini kerana institusi polis diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri yang Menterinya adalah orang Umno.

Apabila keadaan sedemikian rupa, maka berlakulah konflik "kepentingan" berlakulah ketidakadilan, bila ini berlaku, perasaan masyarakat sudah berkecamuk, akhirnya masyarakat telah tidak dapat membezakan diantara tidakkan polis yang mendapat arahan pemerintah demi kepentingan politik, dengan tindakkan polis yang menjalankan tanggung jawabnya secara benar-benar demi kepentingan negara.

Inilah masaalahnya apabila intitusi penting negara berada didalam tekanan orang politik, satu lagi contoh ialah berkaitan SPR, Suruhan Pilihan Raya sepatutnya langsung tidak boleh memihak, apabila SPR memihak kepada pemerintah, pasti setiap keputusan pilihan raya akan di persoalkan, tidak lagi diyakini.

Munkin ada yang berkata, alah ! pembangkang memang perangai macam tu, kalau dia kalah, semua tidak betul, tapi bila menang,.......senyap.

Betul, perangai itu memang ada pada pembangkang, tetapi jika SPR benar-benar berkecuali, akhirnya pembangkang boleh terima, mereka akan insaf juga akhirnya, dan menerima hakikat bahawa mereka sudah di tolak rakyat, itulah sebabnya yang penting SPR betul-betul berkecuali, tetapi jika SPR berperangai seperti sekarang, memanglah akan di persoalkan.

Bila ini berlaku, maka setiap keputusan pilihanraya tidak di terima, akhirnya negara menjadi huru hara, oleh itu penting semua institusi penting negara di pastikan tidak memihak kepada mana-mana kelumpok.

Kesimpulannya, demi masa depan negara, institusi polis perlu dilepaskan dari belenggu mana-mana parti politik, persoalannya siapakah mahu melakukan ini semua didalam keadaan parti pemerintah sangat memerlukan polis sebagai alat untuk mengalahkan lawannya.

Sebagai jalan penyelesaiannya, rakyat perlu membuat keputusan dengan menyokong pihak yang berani dan berazam mahu membuat perubahan di dalam meletakkan semua institusi penting negara di bawah tanggung jawab Parlimen atau Yang Di Pertuan Agong.

Siapakah yang berani itu ? saya sangat-sangat berharap yang berani itu ialah DS Najib Tun Razak................tetapi apakah munkin beliau berani ?








Khamis, 29 April 2010

Jangan hukum pengundi Cina tak sokong BN - Khairy

KUALA LUMPUR 28 April - Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengundi Cina diambil kira dan bukan “dihukum” kerana tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dari segi perbandingan, walaupun sokongan orang Melayu dan kaum India adalah lebih baik kepada BN di Hulu Selangor, kebanyakan pengundi Cina sekali lagi memilih untuk mengundi pembangkang.

“Mengetepikan masyarakat Cina adalah tidak sihat terutama apabila pegangan BN terhadap masyarakat utama yang lain tidak akan menjadi mutlak,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika memberikan respons kepada beberapa cadangan daripada beberapa pihak tertentu bahawa pengundi Cina perlu diajar dengan menarik balik peruntukan yang dijanjikan kepada mereka semasa kempen pilihan raya.

Beliau berkata, politik bukan hanya setakat undi sebaliknya ia juga mengenai sesuatu yang ideal, prinsip dan melakukan apa yang betul.

“Saya pasti jika kita terus membantu semua masyarakat dengan penuh keadilan dan kesaksamaan, persepsinya akan bertambah baik.

“Saya percaya ramai yang tidak mengundi kita kekal sinis dan mahu kita menunaikan janji sebelum menyokong BN,’’ katanya. - (Utusan)


Setelah membaca berita diatas, aku rasa nak tergelak besar, apa tidaknya........kononya kerajaan BN tidak akan hukum masyarakat Cina...............kah...kah..kah.......memang barua betul.

Apa ke bendanya ni..... ada ke kemampuan kerajaan BN ni nak menghukum masyarakat Cina tu....... masyarakat Cina ni adalah satu masyarakat yang sangat berdikari, mereka tidak pun memerlukan bantuan kerajaan, hendak pulak kerajaan BN, langsung mereka tak kebulur nak memintanya....

Saja kerajaan terhegeh-hegeh nak kan sokongan mereka, maka dijanjikanlah bantuan kepada sekolah-sekolah Cina, bila Cina tak undi BN, marah pulak...........tapi tak boleh nak buat apa-apa, maka katalah, kita tidak akan pinggirkan orang Cina.......puih....

Yang sebenarnya orang-orang Cina ni kebanyakannya berada dibandar-bandar, ekonomi mereka pegang................... mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa bangunkan juga prasarana dibandar, lagi pun si pelesit yang berada didalam kerajaan ni, nak kan duit projek, tanpa projek, depa ni tak hidup........

Tu sebabnya Kerajaan suka sangat orang ni miskin, biar depa boleh pulas dan ugut.......orang Melayu dan India bolehlah depa pulas.......orang Cina depa tak boleh buat apa....

Tapi tak mahu tunjuk kalah, maka katalah, “Mengetepikan masyarakat Cina adalah tidak sihat terutama apabila pegangan BN terhadap masyarakat utama yang lain tidak akan menjadi mutlak,”

Yang ianya, kerajaan BN tak mampu nak buat apa dengan orang Cina............nak mengaku malu.........................Sudahlah...



Isnin, 26 April 2010

Apakah yang diinginkan oleh masyarakat Cina ?

Sejak selepas PRK Hulu Selangor semalam, banyak sekali saya membaca analisis yang ditulis oleh baik dari pihak pembangkang atau oleh pihak Umno, namun didalam banyak-banyak tersebut, saya tertarik dengan analisis oleh Dr Khir Toyo, bekas Menteri besar Selangor didalam blognya Dr Mohamad Khir Toyo




Didalam tulisan tersebut beliau kebingungan tentang beberapa perkara, walaupun bukan taraf saya untuk menjawab persoalan yang membelenggu di pemikiran Dr Khir, tetapi sebagai warganegara yang percaya kepada kebebasan bersuara selagi ianya tidak menyalahi undang-undang, maka izinkan saya memberikan pendapat saya....


Dr Khir bertanya......

5. Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha untuk memuaskan hati semua kaum termasuk kaum Cina. Ini termasuk memperkenalkan MEB, konsep 1 Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.

6. Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu Perdana Menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya. Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar.


Pendapat saya berdasarkan persoalan diatas ialah,

Masyarakat Cina adalah satu masyarakat yang paling maju di Malaysia baik dari segi ekonomi atau pemikiran.

Jika Masyarakat Melayu dan India masih mengharapkan kepada kerajaan untuk memajukan diri sendiri tetapi masyarakat Cina sudah tidak perlukan itu semua, malah mereka mampu menolong Kerajaan memajukan negara melalui projek perumahan dan perniagaan.

Mereka membina kedai-kedai ditanah-tanah mereka yang berhampiran dengan bandar, melalui pembinaan tersebut telah menampakkan sesetengah bandar telah membangun sedangkan hakikatnya kalau mengharapkan kerajaan sudah tentu tidak mampu melakukan itu semua.

Terdapat peniaga Cina yang terpaksa memberi rasuah kepada penguasa Melayu bagi mendapatkan kelulusan sesuatu taraf tanah atau projek, sedangkan melalui projek tersebutlah maka kerajaan nampak berjaya membangunkan sesuatu bandar, nampak ada pembangunan di sesuatu bandar.

Jadi disini, bukan masyarakat Cina yang terhutang budi dengan Kerajaan, tetapi sebaliknya kerajaan yang terhutang budi dengan pengusaha Cina, begitu juga yang paling banyak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan ialah peniaga Cina.

Saya percaya Dr Khir lebih faham tentang perkara ini, maklumlah Dr Khir pernah memegang jawatan Menteri besar Selangor agak lama.

Jadi persoalan yang ditanya oleh Dr Khir, " Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar " terjawab.

Masyarakat Cina sebenarnya mahukan pembaharuan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar soal pembangunan sekolah Cina sahaja tetapi meliputi soal kebebasan kehakiman, Mahkamah, Pendakwaraya, Polis, SPRM, dan lain-lain, yang bukan sahaja kalau boleh menandingi Hongkong atau Singapura, malah lebih dari itu.

Siapakah yang boleh dipercayai untuk melaksanakan ini semua ? Najib........? mereka tidak yakin, sebab terbukti, setelah Najib mengambil aleh pentadbiran negara, sistem kehakiman kita lebih teruk, rasuah lebih teruk, malah Najiblah, kepala perampas kuasa kerajaan PR pilihan rakyat di Perak dulu.

Habis kepada siapa lagi harapan rakyat yang maju pemikirannya, baik dari kaum apa sekali pun serkarang, kalau tidak kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, kalau kerajaan BN benar-benar mahu memenuhi inspirasi rakyat dan mahukan kembali sokongan dari mereka, terutama dari kaum Cina, gubal peraturan yang memberikan sepenuh kebebasan kepada badan keHakiman dan lain-lain institusi ini, letakkan badan-badan ini di bawah kuasa yang diPertuan Agong atau Parlimen.

Persoalannya, beranikah kerajaan BN melaksanakan ini semua ? saya percaya mereka tidak akan berani.......................






Kemenangan yang tidak membanggakan .

Selesailah sudah Pilihanraya Kecil yang paling banyak dan nyata mengamalkan rasuah, namun kemenangan yang di perolehi oleh BN tidak setanding dengan wang yang di keluarkan iaitu RM 64 juta.

Apakah dengan kemenangan tersebut, BN boleh berbangga bahawa mereka sudah bangkit kembali dari koma akibat PRU yang ke -12 dahulu ?

Bagi saya tidak ! kemenangan ini adalah kerana ianya adalah Pilihan raya kecil, didalam PRK, BN boleh mengerahkan segala kudratnya untuk membelasah lawannya yang mempunyai kekuatan yang sangat terhad.

Dengan kemenangan oleh calon BN, Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi, iaitu undi yang diperolehinya sebanyak 24,997, berbanding Zaid Ibrahim 23,272 undi, jelas menggambarkan betapa hebatnya tentangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.

Sepatutnya majoriti yang diperolehi oleh calon BN ialah 6,000 lebih, dan itulah angka yang di gembar gemburkan oleh Muhyiddin Yassin sebelum berlangsungnya hari pembuangan undi semalam, ini adalah kerana undi yang diperolehi oleh kesemua calon-calon BN di tiga DUN didalam Parlimen Hulu Selangor semasa berlangsung PRU ke 12 dahulu dan di tolak dengan undi yang di perolehi oleh calon Pakatan Rakyat, mengakibatkan perbezaan 6,000 undi lebih.

Oleh itu jika BN mendakwa bahawa mereka telah bangkit kembali, kenapa undi yang diperolehi oleh BN hanya dengan majoriti 1,725 sahaja ?

Walau apa pun tahniah kepada para peneroka di Felda Sungai Buaya kerana dengan berlakunya PRK ini maka masaalah yang telah membelenggu mereka selama lebih dari 15 tahun telah hampir selesai.

Walau pun mereka nampaknya sangat berterima kasih kepada BN, tetapi mereka jangan lupa mengucapkan juga terima kasih kepada PR yang telah memberi tentangan sengit disana sehingga memaksa PM Najib turun padang dan mencari formula bagi menyelesaikan masaalah tersebut, tanpa tentangan sengit, Najib tidak akan begitu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah itu.

Berbalik kepada prestasi BN mengatasi PR didalam PRK ini, sesungguhnya kita bersimpati juga dengan Anwar Ibrahim didalam perkara ini, bayangkan didalam keadaan PRK baru mahu bermula, tiba-tiba sahabatnya Dr.Halili telah berpaling tadah, seorang demi seorang sahabatnya berpaling tadah.

Memanglah bagi BN, mereka akan mengatakan bahawa Anwar semakin tidak diyakini lagi oleh para pendokong PR, sebenarnya bagi saya, ini diakui, didalam politik memang begitulah perangainya, apabila nampak pokok yang dulunya rendang dan boleh dijadikan tempat berteduh, namun setelah di amati bahawa nampaknya pokok tersebut semacam ada masaalah atau kemunkinan di hinggapi sesuatu penyakit, maka para parasit yang dulunya berteduh di situ mulalah mencari tempat berteduh baru. Maka tinggallah mereka yang betul-betul yakin dan penuh kesetiaan kepada perjuangan yang masih sanggup bersama Anwar................

Apakah mereka-mereka yang sekarang ini begitu bersungguh-sungguh menjulang tangan DS Najib, kononya akan bersama-sama walau apa pun yang akan terjadi tetap akan terus bersama-sama DS Najib jika berlaku apa-apa musibah yang menimpa BN di satu masa nanti ?

Jawapannya, samalah seperti yang dialami oleh DS Anwar sekarang, malah munkin lebih teruk, maklumlah orang tidak pernah susah, tiba-tiba kalah, maka di ketika itu berduyun-duyunlah si mangkuk-mangkuk ini mengistiharkan diri menyertai Pakatan rakyat.

Kini PRK Hulu Selangor telah selesai dan para pendokong politik akan beramai-ramai pula ke Sibu, Serawak dan pelbagai janji serta fitnah akan bertaburan pula disana .......................begitulah silih berganti, tidak akan habis, sehingga nyawa bercerai dari badan........









Khamis, 22 April 2010

Sistem karong sampah

Saya tertarik juga dengan cadangan dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang saya cedok dari berita Sinar Harian seperti dibawah, ini bukan bermakna saya takut Pakatan Rakyat kalah, tetapi saya sudah bosan dengan kerenah parti-parti politik yang bertanding baik dari BN atau Pakatan Rakyat .

Di pihak BN, mentang-mentang dia menguasai pemerintahan negara, semua media dia gunakan, apa ni ?, diketika masa berkempen belum bermula, dia dah mulakan kempen melalui pemberitaan media, orang buat salah, dia buat tak apa.

Memang hantu sungguh......dia gunakan semua, dari Polis, SPR, Mahkamah, dan macam-macam lagi..........entah bentuk pemerintahan apa yang dibawa oleh BN pun kita tak tahu nak panggil, munkin sistem karung sampah kot......


Kerajaan diminta kaji hapus pilihan raya kecil

TEMERLOH - Kerajaan diminta mengkaji kemungkinan menghapuskan pilihan raya kecil (PRK) demi faktor ekonomi, keselamatan dan untuk membendung aktiviti rasuah, sebaliknya digantikan dengan mekanisme lain.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan siri PRK yang diadakan selepas pilihan raya umum, wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan terganggu akibat tekanan politik.

Beliau berkata, perlembagaan boleh dipinda untuk menghapuskannya, seperti yang pernah dilakukan untuk memansuhkan pilihan raya tempatan.

“Walaupun proses demokrasi itu baik, tidak semestinya tidak boleh diubah mengikut keadaan. Cuba bayangkan berapa wang dihabiskan, di samping petugas parti yang keletihan (akibatnya). Saya diberitahu kos bagi 20 PRK boleh menampung satu PRU.

“Jadi wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan selama lima tahun selepas PRU, sebagaimana dipilih rakyat, menjadi terganggu, sedangkan ada mekanisme lain boleh difikirkan.

“Selain itu wujud ketegangan kepada pengundi dan penduduk setempat gara-gara kempen parti yang bertanding. Rasuah menjadi subur. Tengok PRK Hulu Selangor ini. Belum apa-apa lagi saya diberitahu sudah berlaku rasuah kepada pengundi, termasuk janji bernilai puluhan juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan selaku Yang Di-Pertua Pas Kawasan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Krau, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, negara-negara maju pun tidak mengamalkan sistem PRK ini dan sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula setelah negara ini lebih setengah abad merdeka demi kesejahteraan semua.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, sistem pilihan raya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kritikan seperti isu undi pos.

Menurutnya, selain itu sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihan raya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek segera dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tuan Ibrahim mencadangkan jika berlaku kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya atau meletak jawatan, terus digantikan sahaja calon lain yang dipilih daripada kalangan parti yang menang pada PRU di kawasan berkenaan.

“Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita memikirkan kaedah baru dengan memberikan mandat parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut.

“Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini.

“Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU, maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, akibat PRK kerajaan yang dipilih rakyat yang sepatutnya diberi peluang, menerima tekanan akibat kempen-kempen yang tidak seimbang.

Menurutnya, berlaku di negeri-negeri Pakatan seperti Selangor, yang, setelah menang mendapat mandat rakyat, menerima tekanan berterusan dan jika banyak PRK risikonya sesebuah kerajaan boleh tumbang.

Beliau berkata, negara-negara maju pun tidak mengamalkan sistem PRK ini dan sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula setelah negara ini lebih setengah abad merdeka demi kesejahteraan semua.




Lebih kurang sama......Royalti Ke Mahkamah percaya lagi ke....