Ahad, 27 September 2009

Ternyata Ibrahim Ali lebih bijak

Setelah membaca kenyataan dari Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar, dimana beliau dikatakan mendesak Ibrahim Ali meletakan jawatannya , saya merasakan tindakkan beliau tersebut, ibarat " anjing menyalak bukit " tiada kesan langsung.

Saya merasakan adalah lebih baik bagi Nik Aziz mendiamkan diri sahaja dari membuat kenyataan yang akan membuat orang akan lebih mempertikaikan tindakkan beliau sendiri.

Bukankah Nik Aziz sendiri yang membuat keputusan memilih Ibrahim Ali dahulu kerana yakin Ibrahim Ali sudah pulih dari ketagihannya kepada Umno ?

Tidakkah Nik Aziz sendiri yang begitu yakin dengan lakonan Ibrahim Ali dan percaya 100% bahawa pada ketika itu Ibrahim Ali tidak lagi berlakon dan kemudiannya ternyata Ibrahim Ali lebih bijak dari semua orang-orang yang ada didalam PAS.

Kalau inilah sikap pemimpin PAS, yang dengan sedikit gerak badan, lengang lenggok , serta memek muka, sudah terpedaya serta percaya bahawa seseorang itu sudah insaf serta bertaubat, maka apakah akan jadinya jika ditakdirkan Allah pemimpin seperti ini berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mudah benarlah bagi musuh menceroboh negara, dengan berpura-pura menangis, berpura-pura sudah insaf, berpura-pura ingin berbaik-baik, mereka dengan mudah berjaya mencapai hasrat yang diinginkan.

Tetapi sesungguhnya pemimpin yang berpolitik menerusi Agama sangat beruntung, keberuntungan mereka adalah kerana, walaupun sudah melakukan kesalahan tetapi dengan memetik beberapa potong ayat Al-Qur'an dan Hadis, maka para penyokong akan mudah menerima penjelasan kenapa kesilapan itu perlu dimaafkan.

Kalaulah kesilapan itu dilakukan oleh politikus biasa, kemunkinan besar tokoh tersebut terpaksa melepaskan jawatannya, sementelahan pula tokoh tersebut sudah lanjut usia serta sering diserang berbagai penyakit.

Oleh itu beruntunglah mereka yang berpolitik menerusi saluran Agama dan munkin pemimpin Umno perlu belajar dari Pas tentang bagaimana mahu memetik ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis yang bersesuaian dengan kehendak masing-masing.





Sabtu, 26 September 2009

Coretan-coretan kecewa dari penyokong Umno

Dalam sehari dua ini saya bersua dengan tulisan dari individu-individu yang telah kecewa dengan telatah para pemimpin Umno, antara tulisan tersebut adalah dari individu yang menamakan dirinya " bERANIKAN hATi " dengan tajuk MOHON SEMBAH DERHAKA: MEMILIH KERAJAAN LAIN?.

Kemudian saya bersua pula dengan tulisan bekas mantan PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad, bertajuk CALON PILIHAN RAYA, beliau seperti biasa dengan prinsipnya berkata benarlah sekali pun pahit, namun beliau tidak disenangi oleh orang-orang Umno sendiri.

Pada pandangan Tun Dr Mahathir, didalam Umno kini, menghadapi sikap tahu diri itu sakit, tetapi enggan menelan ubat-ubat yang pahit, mahunya menelan ubat yang manis sahaja, apakah sakit boleh sembuh dengan ubat yang manis ?

Tulisan ketiga bagi saya lebih memberi gambaran tentang ketenatan penyakit yang Umno hadapi, posting kali ini di tulis oleh bekas wakil rakyat Pahang yang mengimbau kembali pertemuan beliau dengan Rahim Bakar, seorang bekas MB Pahang yang baru tiga ,empat hari ini meninggal dunia, tajuk posting beliau ialah Dato Rahim Bakar dalam kenangan.

Kenangan beliau bersama Allahyarham Dato' Rahim Bakar serta membincangkan masaalah yang dihadapi oleh Umno sangat menarik untuk dijadikan renungan serta ikhtibar .......

Seterusnya saya terjumpa pula coretan ke 4 iaitu Bagan Pinang 2009 : Jembalang Di Depan Pintu, mengikut kata penulisnya beliau ikhlas didalam memberikan pandangan, sama ada betul atau tidak terpulang lah kepada saudara-saudara untuk menilainya.

Semoga semua coretan ini boleh memberikan kita panduan dan pengajaran.






Jumaat, 25 September 2009


Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Bekas Menteri Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia di kediamannya, Jalan U-Thant di sini, pada pukul 7.45 malam ini dipercayai akibat sakit jantung. - Utusan

Bahawa sesungguhnya Allahyarham Datuk Abdul Rahim Bakar adalah idola saya semasa dulu sehinggalah sekarang, beliau sangat berjasa besar kepada negeri Pahang diatas keberaniannya untuk berkata tidak kepada kehendak baginda Sultan Pahang.

Beliau sangat terkenal di seluruh negeri Pahang pada waktu itu iaitu disekitar tahun 1979, dikhabarkan bahawa beliau berkrisis dengan Sultan Pahang berkaitan kawasan balak, dimana beliau dikatakan enggan menandatangani dokumen bagi meluluskan beberapa kawasan balak untuk Sultan, akibatnya beliau berdepan dengan kemurkaan Sultan.

Beberapa bahagian Umno diseluruh negeri Pahang pada masa itu menyokong beliau didalam krisis tersebut, namun apalah sangat dengan sokongan dari golongan bawahan ini, akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehendak Presiden parti yang tidak selesa diatas wujudnya perselisihan secara terbuka di antara Menteri Besar dengan pihak Istana.

Lantas keputusan dibuat dengan meminta beliau berundur secara sukarela dari kerusi Menteri Besar Pahang, walaupun Allahyarham hanya sempat menjawat jawatan tersebut selama 3 tahun sahaja, tempat beliau itu telah digantikan oleh Datuk Abdul Rashid Abd.Rahman sebagai Menteri besar yang baru.

Begitulah nasib seorang yang berjiwa rakyat, Allahyarham mampu bertahan sebagai Menteri Besar hanya selama 3 tahun sahaja.

Andaikata Allahyarham mengambil sikap seperti yang lazim dimiliki sifatnya oleh Menteri-Menteri Besar yang lain, munkin beliau boleh menjadi Menteri besar dengan lebih lama sepertimana yang dinikmati oleh Khalil Yaakop dan Adnan Yaakop.

Tetapi jiwa Allahyarham tidak boleh menerima apa yang tidak enak berlaku didepan matanya, oleh itu dengan tidak mengambil kira apa yang akan terjadi terhadap dirinya, beliau sanggup menghadapinya.

Antara peristiwa besar yang dilaksanakan olehnya dan menjadi sebutan oleh seluruh rakyat Negeri Pahang ialah, semasa menjadi Menteri Besar itu beliau dengan beraninya merampas kawasan perkebunan sawit haram di Triang, Pahang, yang beribu-ribu ekar luasnya dan diusahakan oleh taukeh-taukeh Cina dari Singapura.

Tidak ramai pemimpin yang sanggup bertindak sepertinya, ini adalah kerana taukeh Cina tersebut mempunyai pengaruh yang sangat besar didalam kepimpinan Negeri Pahang.

Diatas keberaniannya itulah maka dapat diwujudkan rangkaian felda Triang, Mayam, Purun , Rentam dan lain-lain, adalah diyakini jika Allahyarham tidak berani bertindak merampas tanah-tanah haram tersebut pada masa itu, munkin tanah-tanah tersebut masih menjadi milik taukeh-taukeh Cina itu sampai kehari ini dan munkin sudah dihalalkan.

Oleh itu sebagai mengenang jasanya yang sangat besar kepada rakyat jelata, marilah kita sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatehah kepadanya .................Al-Fatehah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh AllahYarham.








Selasa, 22 September 2009

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang yang bakal di adakan pada 11 Oktober dan penamaan calon pada 3 Oktober ini sangat sulit untuk kepimpinan Barisan Nasional menamakan calonnya.

Pengalaman di PRK Permatang Pasir yang lalu menambahkan kegerunan didalam membuat keputusan, apabila silap menamakan calonnya, kesan segera yang diperolehi ialah kekalahan, sedangkan BN sudah tidak mampu lagi untuk menerima kekalahan demi kekalahan.

Kalau diikutkan kemahuan Umno setempat, mereka memang mahukan Isa Samad menjadi calon, masaalahnya kini semakin banyak suara-suara yang memberikan amaran supaya Jangan calonkan Isa Samad,

Didalam keadaan yang sedemikian rupa apabila dicalonkan juga Isa Samad dan kemudian menerima kekalahan, maka pihak yang memberikan amaran akan segera menempelak kononnya inilah akibatnya kerana tidak mahu mendengar nasihat.

Tetapi jika dicalonkan orang lain selain dari Isa Samad, maka dikhuatiri akan di boikot pula oleh jentera Umno sendiri, jika ini berlaku kesannya juga ialah kemunkinan BN akan menerima kekalahan.

Sungguh rumit bagi Umno untuk menyelesaikan masaalah ini, ibarat ditelan mati emak , diluah mati bapa.

Masaalah ini semuanya berpunca dari hasrat untuk membersihkan parti dari gejala politik wang atau rasuah politik semasa menjelang perhimpunan agong Umno yang lalu.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila hasrat tersebut tidak kesampaian kerana Lembaga Disiplin dikatakan kononnya bertindak memilih " bulu. "

Walaupun tuduhan tersebut dinafikan oleh Presiden Parti, tetapi masih ramai pihak tetap tidak mahu mempercayainya.

Sungguh pun penjelasan sudah diberikan bahawa, lain-lain calon yang tidak dikenakan tindakan adalah kerana tidak ada saksi yang mahu tampil kehadapan, sedangkan pihak yang dikenakan tindakan adalah kerana sudah ada saksi yang sudi memberikan keterangan.

Oleh itu Umno kini berdepan dengan masaalah, dikenakan tindakkan kepada tokoh-tokoh tertentu yang mengamalkan rasuah politik, nama Umno akan terjejas teruk dengan anggapan kononnya Umno dipenuhi dengan rasuah.

Tidak dikenakan tindakkan pula, akan dituduh kononnya Umno tidak berusaha membenteras rasuah.

Sekali lagi Umno berdepan dengan situasi di telan mati emak, di luah mati bapa.

Dipihak pembangkang pula, memang diakui buat masa ini mereka berada didalam keadaan yang sangat selesa, keselesaan mereka bukanlah kerana parti mereka tiada masaalah, cuma mereka masih kurang masaalah, antara sebabnya ialah kerana mereka masih belum memerintah di peringkat persekutuan, oleh itu masaalah-masaalah seperti ini, mereka belum menghadapinya.

Namun adalah dipercayai apabila mereka berjaya mengambil aleh pemerintahan di peringkat persekutuan nanti, pembangkang juga tidak terlepas dari menghadapi pelbagai kerenah ahli-ahlinya.

Oleh itu untuk sementara waktu ini, pertarungan di Bagan Pinang nanti sangat menarik untuk diperhatikan, malah tidak mustahil kalau dikatakan bahawa PRK Bagan Pinang adalah kemuncak segala PRK setakat ini.

Cumanya ada pihak yang meramalkan bahawa BN akan memperolehi kelebihan dari wujudnya undi pos yang berjumlah hampir 5,000 undi itu, jika tiadalah undi pos tersebut , keputusan PRK Bagan Pinang sangat mudah untuk diramalkan.

Sementara waktu yang ditunggu-tunggu itu sampai, persoalan tentang siapakah yang akan berjaya menyumbat gol terlebih dahulu nanti tetap mencuri perhatian, apa yang boleh dilakukan kini hanyalah tunggu dan lihat.....................................







Isnin, 14 September 2009

Usahlah terlalu kecewa




Pandangan Dr M tepat: begitulah ulasan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tidak mustahil UMNO dan BN akan tumbang sebagaimana parti LDP di Jepun, selepas lebih 50 tahun parti berkenaan memerintah di negara matahari terbit itu jika para pemimpin BN masih tidak mahu membuat perubahan.

Sebenarnya didalam keadaan apa yang dihadapi sekarang ini oleh Barisan Nasional, memang mudah bagi sesiapa sahaja untuk membuat rumusan seperti yang diperkatakan oleh Dr Syed Azman itu.

Sementelahan pula setiap kali Pilihan Raya kecil yang diadakan mutakhir ini, BN sering kecundang, malah yang lebih memeranjatkan ialah BN juga boleh tumbang di kerusi yang dimilikinya sendiri seperti di Parlimen Kuala Trengganu.

Namun begitu pembangkang sebenarnya tidak boleh terlalu bergembira dan begitu yakin dengan perubahan sikap para pengundi sekarang ini, ini adalah kerana para pengundi juga sedang menilai akan keupayaan para pemimpin Pakatan Rakyat didalam mengendalikan pemerintahan dinegeri yang mereka kuasai.

Sikap sesetengah wakil rakyat PR terutama dari PKR dan DAP yang mudah berubah hati dan melompat ke BN juga menyebabkan sesetengah pengundi merasa begitu kecewa, tidak mustahil jika perkara ini tidak dibendung segera akan menyebabkan para pengundi yang mengundi PR didalam PRU12 dahulu akan kembali menyokong BN.

Satu perkara yang paling penting yang juga sedang diperhatikan oleh para pengundi terutama pengundi muda ialah keupayaan komponen PR untuk merialisasikan penyatuan yang benar-benar konkrit sehingga berupaya menggunakan satu lambang sebagaimana yang dilakukan olah komponen yang berada di bawah payung BN.

Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh parti-parti yang pernah memerintah negara dan tumbang kepada parti gabungan pembangkang seperti di Indonesia, India dan lain-lain, mereka boleh bangkit kembali setelah melalui proses-proses pembersihan didalam parti dan akhirnya bekas parti pemerintah tersebut boleh menggugat kembali parti yang sedang memerintah.

Oleh itu kepada para penyokong Barisan Nasional, anda usahlah terlalu gundah gulana diatas kekalahan demi kekalahn yang parti anda alami, kerana ini adalah proses biasa yang dihadapi oleh parti-parti yang terlalu lama memerintah.

Yang paling penting ialah para pemimpin anda dapat menahan nafsu serakah mereka dari membolot kekayaan secara tidak normal, jika pemimpin anda berjaya mengawal nafsu mereka, InsyaAllah parti anda akan kembali diberikan sokongan sebagaimana yang diterima oleh parti-parti bekas pemerintah seperti yang disebutkan diatas.

Kepada para politikus semua, bergembiralah anda didalam menghadapi pilihanraya kecil di Bagan Pinang nanti, satu pesta politik yang sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya oleh peminat politik ..............................( saya minat memancing je )






Ahad, 13 September 2009

Tekad Baru

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak sepertinya ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, mulai keluaran ini dan seterusnya, saya telah bertekad untuk menulis berdasarkan "Berkata benarlah walau pun pahit."

Maksudnya mulai keluaran ini, saya akan menulis berdasarkan kebenaran semata-mata, oleh itu sudah semestinya kadang-kadang kita akan temui seolah-olah saya menyokong PR dan didalam masa yang lain pula saya menulis seolah-olah menyokong BN.

Ini tidaklah pula bererti bahawa saya ini seperti lalang, tiada pendirian sendiri.

Saya ada pendirian, pendirian saya ialah "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah."

Pendekatan saya ini sebenarnya adalah sesuai dengan sikap saya didalam pergaulan hidup saya sehari-hari, dimana saya sering berpegang kepada prinsip tersebut.

Memang saya akui, saya adalah penyokong PR, tetapi apabila bercakap atau mengulas tentang sesuatu issue dengan rakan-rakan, sering saya dituduh oleh rakan-rakan yang menyokong PR bahawa kononya saya ini adalah penyokong BN.

Manakala diketika yang lain pula apabila menyentuh issue yang lain dan secara kebetulan bercakap dengan penyokong BN, saya dikatakan penyokong PR.

Akibat buruk yang saya perolehi dari pendirian saya ini ialah, saya kurang disenangi oleh rakan-rakan dari kedua-dua kelumpok tersebut.

Kesannya ialah saya kurang KAWAN.

Namun saya tak boleh nak buat apa, kerana jiwa saya dah macam tu...........

Kini saya panjangkan pula pendirian saya ini kedalam Blog.

Munkin kesannya nanti ialah, kedua-dua pihak, iaitu penyokong PR dan BN menyampah dengan pendirian saya kerana dikatakan " lalang " yang tiada pendirian.

Habis nak buat macam mana ? .......................

Namun saya tetap dengan pendirian saya itu, iaitu "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah."

Tetapi ukuran salah dan benar tersebut sudah tentulah mengikut persepsi saya sendiri, disini sekali lagi sudah tentulah perbedaan pendapat akan berlaku.

Itulah sebabnya munkin ramai orang memilih untuk mengikut arus terbanyak, mudah dan senang, terutama bagi orang yang terikat dengan suasana di tempat kerja.

Umpamanya orang yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta, mereka terpaksa kena ikut arus di persekitaran di tempat kerja mereka, kalau Boss menyokong pendapat "A" umpamanya terpaksalah di iyakan dan begitulah seterusnya.

Bila ditanya kenapa ? ......... jawapan mereka ialah ........nak hidup ......






Sabtu, 12 September 2009

Mahathir masih di berikan perhatian

Mahathir telah benar-benar berjaya menjadikan dirinya seorang negarawan, bukti terakhir yang di tonjolkannya ialah berkaitan kritikkannya kepada Samy Vellu.

Kalau kita perhatikan semasa Tun Dr. Mahathir memegang teraju kepimpinan negara satu ketika dahulu, beliau sangat memberikan perhatian kepada Samy Vellu, beliau mengekalkan Samy Vellu di Kementerian Kerja Raya selama puluhan tahun, sehingga bila orang sebut JKR orang akan ingat Samy Vellu, begitulah berpengaruhnya Samy Vellu di Kementerian Kerja Raya.

Namun apabila beliau mengkritik Samy Vellu berkaitan keengganannya mengundurkan diri dari kepimpinan MIC, maka sudah tentulah beliau mengkritiknya demi kebenaran.

Baginya Samy Vellu perlu berundur bagi memberikan laluan kapada orang yang lebih muda, sebagaimana yang beliau telah lakukan kepada Umno, sama ada selepas pengundurannya Umno boleh pulih kembali atau tidak, itu bukan soalnya, yang penting beliau tidak mahu dipersalahkan kononnya kekalahan itu adalah disebabkan beliau yamg masih mengetuainya.

Jikalau kita meneliti kembali sikap Tun Dr Mahathir, sama ada semasa memegang jawatan PM atau selepas meletakkan jawatan sebagai PM, beliau akan terus mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan tidak patut melakukan apa yang dilakukan oleh individu terbabit.

Semasa beliau masih memegang jawatan, beliau sering mengkritik Amerika diatas tindak tanduk dan layanan kuasa besar tersebut terhadap dunia ketiga, beliau tidak mempedulikan risiko yang bakal ditanggung, tetapi akan terus mengkritik selagi dirasakan apa yang dilakukan itu tidak sesuai dengan jiwanya.

Di dalam negeri pula, beliau dengan berani mengkritik Nik Aziz diatas keceluparan tokoh ugama dan politik tersebut didalam memperkatakan atau ketika mengulas sesuatu issue dan satu kelebihan Tun Mahathir ialah beliau tetap bertahan dengan pendapatnya walau pun diketika orang lain mula berubah pandangan.

Di era Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi PM, beliau adalah pengkritik utama yang menyebabkan Abdullah berasa panas punggung, walau pun Abdullah Badawi menjadi PM adalah kerana lantikkannya.

Manakala di zaman Najib menjadi Perdana Menteri sekarang ini, memang kita tidak ketemu lagi kritikan pedas darinya, tetapi tidak mustahil di masa akan datang kita akan mendengar kritikannya, jika beliau merasakan apa yang dilakukan oleh Najib tidak bersesuaian dengan seleranya.

Itulah Mahathir Mohamad, seorang yang berani menyatakan kebenaran berdasarkan keyakinannya, beliau tidak peduli sama ada orang setuju atau tidak dengan pendapatnya, namun bila dia tidak berpuas hati terhadap seseorang, beliau tetap akan mengkritiknya, sama ada orang itu lawannya atau kawannya.

Saya merasakan bahawa rakyat Malaysia buat masa sekarang masih belum merasai kehilangannya walau pun beliau telah hilang dari kepimpinan negara, tetapi apabila beliau telah pergi kealam lain nanti, barulah rakyat akan menangisi dan merasakan akan ketiadaannya.

Sesungguhnya Tun Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang berpandangan jauh yang sukar diperolehi dan jarang-jarang muncul didalam sesuatu zaman, dan kita di Malaysia begitu bernasib baik memperolehinya, walaupun diakhir pemerintahannya banyak orang merasakan bahawa corak dan gaya kepimpinannya telah ketinggalan zaman.

Namun setelah diteliti dan diamati rupanya tokoh ini masih berupaya membuat kejutan diketika orang masih tercari-cari jikalau ada bakal pengantinya dimasa akan datang.

Apakah kita akan memperolehi penggantinya ?

Hanya masa yang akan menentukan..................





Jumaat, 11 September 2009

Tangkap dan masuk jel, baru BN boleh menang.


Oleh: MUSLI OLI (Penulis Tamu)

ADA dua peristiwa yg mengilhamkan saya menulis artikel ini. Malam tadi selepas Majlis berbuka puasa di Prince Hotel bersama Pengerusi SPNB Dato Azian Othman saya terus ke majlis sama di rumah Datuk Seri Lajim Okin, di Jalan Conlay. Rumahnya tidak jauh dari Prince Hotel.

Jam 11 malam saya balik ke Seri Pacific Hotel. Terjumpa dengan Zaharin Yasin atau Sang Kelembai yang sedang asyik bersembang dengan dua pegawai kanan polis di coffee house. Seperti biasa Sang Kelembai mengeluarkan idea politik yang orang lain tidak pernah terfikir. Yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Malam ini dia bercakap soal apa BN boleh tawarkan atau ‘offer’ kepada rakyat. Jika kerajaan tawarkan kerajaan bersih, apa buktinya?. Kenapa kita tidak mengambil ikhtibar dari Korea. Tangkap bekas pemimpin. Tuduh dan jel bekas Perdana Menteri. Ini yang rakyat mahu lihat.

“So kita tangkap Tun Abdullah Badawi?” tiba-tiba pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk itu bertanya.

“Ya. SPRM tangkap Dollah kerana dia banyak melakukan kesalahan. Dia buat damaged dan total lost yang syarikat insuran pun pening nak kira,” tegas sekali jawapan Zaharin.

Tangkap Abdullah Badawi? Terkejut beruk saya dengar ayat Sang Kelembai. Kalau tangkap Abdullah Badawi, Tun Mahathir pun boleh tangkap dan di SPRM.

Serius ni. Zaharin bercakap dengan dua pegawai kanan Polis bukan dengan pemimpin cawangan atau bahagian UMNO. Bolehkah rakyat Malaysia terima seperti rakyat Korea Selatan atau Jepun? Saya rasa tidak. Maka itu saya tidak ambil berat sangat pandangan Zaharin.

Pagi ini saya keluar dari Seri Pacific kira-kira jam 8.30 pagi. Bercadang ke Kompleks Kraftangan membeli batik untuk isteri dan anak-anak.

“Orang Cina sekarang undi PAS dan Anwar for the future,” Pemandu teksi berbangsa Cina itu mulakan perbualan.

“Anwar for future?” biar betul pemandu teksi ini.

“Kenapa Anwar for future?,” tanya saya minta penjelasan.

“U sokong siapa?,” dia tanya saya semula.

“Saya sokong Anwar. Saya orang PKR,” kata saya jawab ringkas untuk memancing cerita seterusnya.

“Kalau Anwar jadi PM bagus. Rakyat mahu tengok semua pemimpin rasuah, makan duit, hisap tulang rakyat masuk jel. Tangkap Mahathir, Ling Liong Sik, Chan Kong Choy, Ong Tee Keat, Tun Daim, Sammy Vellu, pasal itu tol tiap-tiap tahun naik. Itu rakyat mahu tengok,” kata pemandu teksi tersebut dengan penuh semangat.

“Sekarang BN tangkap orang. Pergi court. Tapi lepas tu bebas juga. Siapa percaya? Sekarang SPRM tangkap orang Cina, orang Cina mati. Tangkap orang India, kena pukul. Tapi tidak tangkap pemimpin UMNO, MCA dan MIC? Kenapa Khir Toyo tidak tangkap. Ong Tee Keat? Kalau tangkap, kena lepas. Apa ini? ”

Saya terdiam dengan ayat pemandu teksi itu. “Tapi sekarang kalau BN tangkap orang dan betul-betul masuk jel, BN masih boleh menang. Orang Cina mesti undi punya” sambung pemandu teksi itu.

Dengan ayat pemandu teksi tersebut, saya teringat kata-kata Sang Kelembai. “SPRM tangkap Tun Abdullah Badawi”.

Selepas membayar RM12.00, walaupun meter teksi RM7 masih terngiang-ngiang ayat pemandu teksi itu “Tangkap dan masuk jel, baru BN boleh menang”.

Siapa yang nak ditangkap? Janganlah Tun Abdullah Badawi. Barangkali Khir Toyo, KJ, atau……? Fikir-fikirkanlah........




Rabu, 9 September 2009

Rakyat Malaysia diancam buluh runcing

JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-- BERNAMA



Wah ini kerja gila, kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan sahaja rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan rakyat Indonesia yang sudah tidak waras ini.

Cara untuk kita mengajar orang seperti ini ialah, jangan beri rakyat kita melawat Indonesia, dengan tidak ada pelancung dari Malaysia, pastinya akan mengurangkan pendapatan mereka dibidang pelancungan.

Tetapi walau macam mana pun saya tidak bersetuju jika ada diantara rakyat kita yang mahu bertindak balas kepada pekerja Indonesia yang tidak melakukan sebarang kesalahan di Malaysia.

Biarlah mereka sahaja yang tidak waras, saya percaya bila habis mabok mereka itu mereka akan kembali normal.

Sebenarnya ada diantara rakyat Indon yang cemburu denga kejayaan Malaysia, oleh itu satu cara kita mengajar mereka ialah jangan berkunjung kenegara mereka.

Kita tidak rugi apa-apa jika tidak melawat negara mereka, tetapi mereka rugi jika tidak datang bekerja di Malaysia, Malaysia adalah lubuk emas bagi mereka............


Baca juga :

Investasi Kelapa Sawit Malaysia Terindikasi Melanggar HAM



Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Jumaat, 4 September 2009

Keadilan untuk Anwar

Lama juga saya tidak menulis atau menyentuh tentang seorang tokoh yang sentiasa dilanda kontroversi iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim, tetapi apabila saya membaca blog Rakan saya dan satu komen di utusan Malaysia bertajuk Anwar tak patut tangguh kes liwat maka tersentuh juga hati saya untuk menulisnya.

Nasib DSAI sentiasa di landa badai sejak peristiwa pemecatannya dari Umno pada tahun 1998 lampau, berbagai duka suka yang di alaminya sehingga apa yang dicapainya sekarang ini.

Walaupun saya sentiasa menyokongnya, tetapi saya akui dan berpendapat bahawa beliau sebenarnya terlalu gopoh untuk mencapai jawatan Perdana Menteri semasa berada dibelakang Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ( sekarang Tun)

Tetapi orang politik yang berkarisme sepertinya walau dimana-manapun didunia ini mempunyai sikap seperti itu, termasuk Tun Dr Mahathir sendiri yang pernah berkrisis dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehingga di pecat dari Umno.

Sikap tidak sabar-sabar untuk merialisasikan apa yang ada di kepalanya, dan akibat dari ketidak kesabarannya itu, beliau telah menerima padah yang sangat teruk dan akan diingati sepanjang hidupnya.

Setelah diaibkan sebegitu teruk dengan digunakan segala alat negara bagi melenyapkan beliau dari dunia ini, namun usaha tersebut tetap menemui kegagalan dan beliau bangkit kembali.

Oleh kerana pengaruhnya begitu kuat dan boleh menggugat parti yang memerintah, maka tidak hairanlah jika ada usaha-usaha yang berterusan untuk melenyapkan pengaruh beliau untuk kali kedua.

Berdasarkan apa yang saya sebutkan diatas, bukanlah menjadi perkara pelik apabila ada diantara penyokong beliau yang tidak akan mempercayai apa juga yang di tohmahkan kepada beliau selagi tiada bukti kukuh.

Sebagai contoh, kepada penyokong Barisan Nasional, apakah anda akan mempercayai segala tuduhan yang di lemparkan kepada Datuk Sri Najib atau lain-lain pemimpin Umno jika tidak disertakan bukti kukuh ?

Oleh itu usaha memanggil DSAI dengan panggilan yang buruk seperti Al juburi, pengkhianat Negara dan sebagainya sebagai usaha untuk mengurangkan sokongan kepada beliau adalah sia-sia sahaja, sebaliknya menambahkan dosa, terutama dibulan puasa ini.

Berkaitan tuduhan kononnya bahawa DSAI melambat-lambatkan proses perbicaraan berkaitan tuduhan liwatnya terhadap Saiful, adalah sesuatu yang ganjil, mahkamah adalah dibawah bidang kuasa siapa ?

Proses perbicaraan yang lambat tersebut adalah proses yang biasa dinikmati oleh mana-mana kes, setiap keputusan Mahkamah dibolehkan membuat rayuan, rayuan tersebut pula dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jika kes seperti ini berlaku kepada mana-mana tokoh Umno, pendakwa langsung tidak akan mendakwanya, alasan yang sering di keluarkan ialah tidak cukup bukti.

Apakah anda suka jika Mahkamah bersidang sepertimana yang berlaku di masa Hakim Augustin Paul dahulu mengadili kes liwat pertama Anwar, yang berakhir dengan ketidak kepuasan hati semua pihak.

Akhirnya Mahkamah terpaksa bersidang beberapa kali oleh proses rayuan demi rayuan sehingga Sukma Darmawan iaitu adik angkat Anwar yang di tuduh bersubahat merelakan dirinya di liwat oleh Anwar dan dihukum penjara 2 tahun tetapi dibebaskan kerana Hakim Mahkamah rayuan memutuskan bahawa tuduhan tersebut adalah berniat jahat dan hanya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar sahaja.

Munkin anda yang membenci DSAI tidak mempedulikan soal ketelusan dan keadilan Mahkamah lagi, yang penting bagi anda, Anwar mesti dihukum serta beliau mesti didapati bersalah walaupun sekiranya beliau tidak bersalah sekali pun.

Memang semangat orang yang membenci kepada sesuatu begitu, bagi mereka hati mesti puas, lain-lain tolak tepi.........

Kalau itulah pendirian anda, saya mohon berundur........................terima kasih.






Selasa, 1 September 2009

DUN Kota Siputerh kekal di tangan BN


PUTRAJAYA 1 Sept - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan status quo kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kekal di tangan Barisan Nasional.

SPR mengumumkan demikian melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.