Sabtu, 27 Februari 2010

Patutlah Umno takut sangat kalah............

Izinkan saya menyimpan keratan dari blog Zaid Ibrahim ini.......

Ku Li

Posted February 27, 2010 by myzaidibrahim
Categories: 1

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahmand, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.

Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.

Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.

Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat . Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti?






Selasa, 23 Februari 2010

Apalah ada dengan keadilan


Sejak tulisan saya yang terakhir pada 13 feb 10 yang lepas, sampai hari ini saya tidak mengulas apa-apa, namun rupanya apa yang saya ulas dulu sampai sekarang, masih tidak habis, isunya ialah 50 ahli Parlimen Australia yang meminta supaya kes liwat DSAI di tarik balik.

Kini apa yang lebih menariknya ialah gesaan Haji Hadi yang mengambil pendirian tolak campur asing telah di jadikan modal oleh Umno, untuk mengambarkan bahawa Haji Hadi menyokong pendirian Umno.

Pada hal dengan jelas Haji hadi mengatakan bahawa beliau menolak camputangan asing, tetapi menerima hakikat bahawa persekitaran sistem kehakiman kitalah yang mengundang orang luar bukan sahaja memandang serong malah jijik dengan sistem kehakiman kita yang nampak jelas segala keputusannya mengikut skrip yang telah disediakan sejak awal dan para Hakim kita hanya mampu mengikuti arahan sahaja.

Sebenarnya soal mencampuri urusan negara orang lain, ini bukanlah sesuatu yang memelikkan, negara kita juga sering mengkritik negara lain terutama ketika di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dulu.

Contohnya kita mengkritik Israel yang berlaku zalim kepada penduduk palestin, begitu juga kita mengkritik Thailand yang menindas rakyatnya yang berugama Islam di selatan Thailand dan berbagai-bagai lagi kritikan kita terhadap negara yang pada pandangan kita berlaku tidak adil samada kepada negara jiran atau kepada rakyatnya sendiri.

Oleh itu apalah salahnya kepada ahli Parlimen Australia, yang mana mereka melihat keadaan layanan kerajaan kita kepada DSAI berlainan sekali dengan layanan yang diterima oleh rakyat biasa lain, yang juga menghadapi tuduhan dan kesalahan yang sama.

Sangat jelas perbicaraan keatas DSAI sekarang bukan perbicaraan jenayah tetapi lebih kepada perbicaraan politik dan kepentingan politik telah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sekurang-kurangnya begitulah persepsi orang ramai didalam menghadapi kes DSAI ini.

Satu sahaja cara untuk mengatasi masaalah ini iaitu, Perdana Menteri perlu membuat pengumuman bahawa, kerajaan berjanji mulai sekarang, tidak akan campur tangan di atas apa juga keputusan Mahkamah, samada ianya menguntungkan kerajaan atau tidak

Malah untuk memberi keyakinan kepada rakyat, kerajaan perlu membuktikan bahawa tiada campurtangan itu dapat di lihat dan benar-benar dihayati. Selagi krisis keyakinan ini gagal diatasi, maka kita usahlah mengharapkan kepada suatu perbicaraan yang adil dapat dilaksanakan kepada kes DSAI ini.

Banyak pihak merasakan bahawa kerajaan sekarang, di atas kepentingan tertentu mengambil pendirian, biar apa orang atau negara lain akan kata, mereka tidak peduli, biarlah pelabur tidak melabur di sini mereka tidak peduli.

Apa yang paling penting bagi mereka ialah, dapat terus memerintah Malaysia, jikalau dengan berlaku adil tetapi keadilan tersebut boleh menyebabkan mereka tersungkur, mereka lebih rela memilih untuk bersikap tidak adil.

Begitu juga sebaliknya, jika melalui cara tidak adil tersebut, ianya boleh memberi peluang untuk mereka terus berada di tampuk kekuasaan, maka mereka akan memilih cara ini, begitulah prinsip yang mereka pegang sekarang ini.

Yang paling penting sekali bagi mereka ialah DSAI mesti disingkirkan dari arena politik Malaysia.

Tersingkir DSAI bermakna masa depan mereka masih cerah, inilah perhitungan mereka...

Bagi mereka DSAI adalah pengacau paling besar di dunia ini, maka untuk itu, mereka akan berusaha dan terus berusaha, selagi kuasa masih ada ditangan, kerana melalui kuasa, segala-gala menjadi mudah dan lancar........................................








Sabtu, 13 Februari 2010

Apakah kita sudah adil ?

Saya sangat tertarik dengan berita yang melapurkan bahawa, lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Malaysia menggesa dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator dalam dua parti terbesar di Australia, memberi amaran bahawa dakwaan tersebut akan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Mereka mendesak kes ke atas Anwar diketepikan dalam usaha memulihkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Memorandum bantahan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman L Ahmad di Canberra, kelmarin.



Begitulah lebih kurang ulasan dan pandangan pelbagai pihak, berkaitan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim sekarang ini, walau macam mana pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan negara kita, apa yang di lapurkan ini, bukalah sesuatu yang menyeronokkan.

Campur tangan orang luar, walau diatas apa alasan sekali pun, bukanlah sesuatu yang direstui oleh mana-mana warga negara yang cintakan negaranya, namun ianya juga bukan satu alasan untuk kita bersekongkol dengan ketidakadilan yang dilaksanakan oleh kerajaan negara kita, tambahan pula ketidak adilan tersebut berlaku kepada rakyat Malaysia sendiri.

Berdasarkan apa yang berlaku didalam kes DSAI ini, nampak sangat dengan jelas ketidakadilannya, bak kata Karpal Singh, iaitu salah seorang peguam bela DSAI "Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya,"

Kenapakah perkara ini boleh terjadi ? bukankah keadilan itu bukan sahaja perlu ditegakkan, tetapi nampak dan boleh dilihat keadilannya.

Kenapakah DSAI sebagai salah seorang warga negara Malaysia, perlu dinafikan haknya untuk dilayan sebagaimana orang kena tuduh yang lain ?

Disinilah permasaalahanya, jelas dan nampak bahawa DSAI kini dilayan sebagai seorang yang mahu dan mesti disabitkan kesalahannya .

Bagi diri sayalah, saya boleh terima keputusan Mahkamah jika mendapati DSAI benar-benar bersalah, tetapi biarlah keputusan tersebut adalah dari keputusan Mahkamah yang benar-benar bebas, tiada langsung campurtangan politik, tetapi didalam keadaan sekarang, nampak jelas, tangan-tangan politik sedang merayau-merayau untuk menentukan DSAI di mestikan, di dapati bersalah.

Didalam keadaan sedemikian rupa, apakah kita boleh menahan orang lain bercakap tentang perbuatan kita yang sangat jauh larinya dari keadilan ?


Kita tidak menyokong orang luar yang cuba memburukkan sistem perundangan negara kita, tetapi kita juga tidak mahu bersekongkol dengan kebobrokkan yang nampak jelas dan nyata, kerana kita juga ada hak di sisi perlembagaan negara untuk menyatakan pendapat kita................






Jumaat, 12 Februari 2010

Perbicaraan Anwar 'tidak adil'

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.

Param (kanan) yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali.

"Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat," katanya.Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.

Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai saksi.

"Mengapa pendakwaraya merahsiakan senarai saksi? Pihak peguambela perlu tahu siapakah saksi-saksi.

"Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya," kata Karpal (kiri).

Seorang lagi peguam, Sankara Nair berkata dokumen-dokumen harus disediakan awal bagi mengelakkan penangguhan untuk pihak peguambela mendapatkan pandangan pakar.

"Sehingga hari ini, kami dihalang memperolehi lebih banyak bukti walaupun hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah), telah mengarahkan pihak pendakwa berbuat demikian," katanya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan pendakwaraya menyerahkan kepada pihak peguambela, senarai saksi, bukti, rakaman CCTV dan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas pihak pendakwaraya mengemukakan rayuan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Anwar.







Rabu, 10 Februari 2010

Apakah kita telah berubah ?

Saya sangat tidak seronok apabila membaca berita di bawah ini .....

Peguam Negara Peram Hasil Siasatan SPRM?

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan, demikian lapor malaysiakini.

Kes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

"Saya berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkan.


Apalah salahnya rakyat Malaysia, maka Allah kurniakan pemimpin yang sedemikian rupa, pemimpin yang terlalu mementingkan diri dan partinya lebih dari kepentingan rakyat jelata.

Cuba anda yang bijaksana di luar sana memikirkan, apakah jenis pemerintahan yang beginikah yang kita inginkan ?

Apabila sesuatu kes yang melibatkan individu penting dari parti yang memerintah, dan kes tersebut telah selesai di siasat serta di serahkan failnya oleh SPRM kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan, tetapi di diamkan.

Apakah ini yang kita mahukan, dimanakah letaknya keadilan didalam pemerintahan ?

Apakah kita boleh mengharapkan berkurangannya penyelewengan di dalam pentadbiran negara, apabila kes yang melibatkan puak kita di diamkan tetapi apabila melibatkan puak musuh di ambil tindakan segera, walau pun kes sekadar sebesar nyamuk.

Apa yang rakyat jelata mahukan ialah, segala bentuk penyelewengan dan siapa juga yang melakukannya di ambil tindakan, bukan tindakan yang berpilih-pilih seperti ini........................








Kebencian yang tidak berasas

Saya petik sepenuhnya tulisan MSO di blognya........

PAGI ini saya tidak mahu mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memberi kemenangan” 5 – 0” kepada UBN dengan mengesahkan Zambry Abdul Kadir sebagai MB. Blog dan portal berita dan media cetak sejak semalam lagi telah mengulas keputusan itu dengan berbagai gaya berlandaskan sentimen masing-masing. Yang jelasnya UBN suka, Pakatan Rakyat kecewa dan marah-marah.

Apa yang hendak saya catat pagi ini ialah mengenai DAP, parti yang lahir dari sayap atau terilham dari parti Petir yang memerintah Singapura hari ini. Ramai yang marah-marah dengan DAP. Adakalanya marah itu tidak berasas dan menolak prinsip demokrasi.

Secara tersirat ada yang suruh haram DAP, kononnya dengan kewujudan DAP menyebabkan politik Malaysia huruhara. Politik orang Melayu menjadi haru biru. Perpaduan orang Melayu pecah kerana parti itu. Mereka ini nampak DAP menjadi ancaman kepada perpaduan orang Melayu.

Saya juga tidak suka kalau begitu. Wajar kalau DAP diharamkan kalau ia boleh memecah belahkan orang Melayu. Bukankah saja organisasi atau pergerakan yang boleh memberi masalah kepada negara ia menjadi satu ancaman? Ia merupakan musuh negara.

Tetapi kita kena ingat DAP ditubuhkan sebagai parti politik menurut undang-undang negara. Pendaftaran pertubuhan memperakuinya. Jadi DAP boleh bergerak dengan bebas dalam lingungan undang-undang. Setakat ini kita nampak DAP tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh mengamcam negara. Perpecahan yang dikatakan kerana DAP itu subjektif dan tidak ada bukti yang nyata.

Sekiranya DAP membawa unsur-unsur berkenaan saya rasa sudah lama ia diharamkan.
Di zaman penjajah dulu British dulu pernah mengharamkan parti Hizbul Muslim kerana pada pandangan penjajah ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara yang dikuasainya ketika itu. British melihat Hizbul Muslim akan menjadi benteng kepada Tanah Melayu. Justeru itu parti itu diharamkan.

Makanya jika kerajaan merasakan bahawa DAP berpotensi mendatangkan masalah DAP juga boleh diharamkan.

Tetapi soalnya apakah DAP ada kecenderungan boleh mendatangkan masalah kepada negara? Apakah parti itu mempunyai gerakan tersembunyi. Mungkin fikiran saya salah dalam hal ini dan tidak dapat bukti-bukti mengatakan DAP adalah sebuah parti subervesif. Mereka yang beranggapan demikian mungkin begitu.

DAP masih berjalan atas landasan betul dengan cermat sekali. Bagi saya kenapa saya lihat DAP dimarahi oleh sesetengah orang Melayu ialah kerana keaktifan parti berkenaan. Keberkesanan parti berkenaan dalam menggerakkan perjuangannya. Kejayaan yang dicapai oleh parti berkenaan inilah menjadi puncanya. Misalnya kejayaan DAP menawan Pulau Pinang menjadi titik marah besar kepada sesetengah pihak khususnya Umno. Kemenangan DAP itu dicemburui dan dibimbangi.

Kejayaan itu tidak boleh dimarahkan kepada DAP. Apa lagi sengaja mencari alasan-alasan remeh untuk menjadikan orang marah kepada DAP. Kejayaan DAP kerana kegigihan mereka berjuang. Masih ingatkah kita bagaimana DAP mensasarkan untuk menawan Pulau Pinang menerusi Projek Tanjung, 1 sampai 3. DAP tidak pernah beralih dari tumpuannya walaupun mengalami kekalahan demi kekalahan. DAP tidak pernah terikut-ikut dengan sindiran dan tempelakan yang dilemparkan kepada mereka ekoran kegagalan itu. Parti itu bekerja dan berjuang sehinggalah kejayaan berjaya digenggamnya. Jadi kejayaan merampas Pulau Pinang dari Gerakan adalah hasil keintiman perjuangan DAP.

Kepada saya kejayaan DAP itu kerana kegigihan dan kerajinan para aktivisnya. Mereka tidak pernah berundur setakat walaupun kalah. Pemimpinnya tidak pernah berputus asa untuk mendapat sebuah kerajaan negeri selepas lebih 40 tahun berusaha mendapatkannya. Sebenarnya semangat kegigihan DAP itu patut dipuji oleh parti orang Melayu termasuk PAS dan
Umno. Semangat dan cara DAP bekerja yang patut dicontohi bukannya mencari jalan mudah agar DAP dihapuskan.

Ada orang kata DAP parti anak dan bapak. Kalau begitgu hebatlah DAP kerana hanya anak dan bapak (Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng) sahaja mereka berjaya menawan sebuah negeri yang menjadi kubu kaum Cina. Ini bermakna kaum Cina sudah mula mempercayai kepada DAP. Sudah berpalut dengan parti anak dan bapak. Usahlah bawa cerita DAP chauvenis.... nama lagi Cina semua mereka akan bersifat chauvenis. Kita tahu kaum Cina adalah kaum yang kuat berpegang kepada idetiti asal mereka.

Kalau kita bimbang kepada kemaaran DAP dan ideologi sosialis demokratnya menyerap ke dalam kelompok Melayu dan Malaysia, orang Melayu harus cepat sedar dan cepat bertindak. Gerak kerja seperti mana dilakukan DAP perlu ditiru. Perkara paling pokok ialah parti Melayu kena jaga intergriti pemimpinya. Kena bersih, tidak tamak harta dan hidup sedarhana.

Kurangan junmlah tangkapan mereka yang nterlibat dengan dadah dan rasuah. Pendekatan yang iambil oelh Lim Guan Eng yang meniru Khalifah Umar Abdul Aziz sepatutnya dirampas dan dipraktikan oleh pemimpin parti Melayu.

Zaman ini untuk menolak seseorang ke dalam lubang bukan guna jentolak lagi. Ia boleh digunakan sihir ataupun teknik dengan menggunakan elemen yang tidak nampak seperti angin. Kalau kita menolak dengan jentolak nampaklah akan kekasaran dan kezaliman kita. Tetapi kalau ditolak dengan angin kekejaman kita tidak ketara dan orang tidak pun tahu yang kita kejam.
Demokrasi adalah lapangan terbaik untuk menolak sesiapa saja atau mana-mana puak melampau secara baik tanpa melukan kulit atau mencelakan tubuh mereka.

Kesimpulannya marahkan kepada DAP kerana cemburu kepada kejayaannya tidak ada gunannya. Marah ala Umno itu akan menyebabkan DAP semakin kuat. Apa lagi waktu ini DAP ada batang yang melindungi mereka dari pukulan ribut. DAP dalam menerima pelindungan ini persis monyet. Lagi kuat angin berhembus ke arah mereka lagi kuat mereka berlindung dibalik batang itu. Apa lagi batang itu kini sudah rela memberi perlinungan atas nama kemanusiaan dan kuasa kepada DAP







Jumaat, 5 Februari 2010

Fitnah keterlaluan terhadap Anwar

Blogger aduka taruna telah dikenakan tindakkan kerana di katakan menghina Sultan Johor, tetapi beliau telah meminta maaf, namun itu tidak cukup lantas beliau di dakwa di Mahkamah.

Tetapi apa yang berlaku dan dilakukan oleh blogger pro Umno ini juga saya rasa patut di ambil tindakkan, ini adalah kerana lapuran yang melampau dengan menyiarkan artikal yang sebegini rupa tidak sepatutnya di biarkan.

Blogger yang saya maksudkan ialah Info Corner - Sudut Diskusi cuba saudara perhatikan isi kandungannya, sangat keterlaluan, siap dengan gambar rekaannya.................



Kepada pengikut pengikut, followers Blog ini dan juga yang turut sama mengikuti perkembangan updates dari rakan rakan Blogger berkaitan kes liwat Anwar, sila ambil maklum bahawa kisah sebenarnya dan segala butiran testimony Saiful Bukhari Azlan pada hari Khamis yang lepas sewaktu diadakan secara tertutup boleh dibaca dari Blog GAP,

~* keterangan petuduh oleh saiful pagi semalam.(kamis)
~* anwar ibrahim memakai towel.saiful juga memakai towel.anwar ibrahim memeluk saiful,mencium mulut lalu meraba tubuh saiful.
~* lalu anwar mengarah saiful mengambil KY JELLY dalam begnya. anwa ibrahim meminta saiful menyapukan KY JELLY di kemaluannya (anwar).
~* anwar ibrahim tidak mahu mengadakan seks liwat di atas katil sebaliknya liwat dilakukan di lantai.
~* anwar ibrahim menghamparkan towelnya di atas karpet.anwar ibrahim meminta saiful menyapukan KY JELLY di lubang duburnya (milik saiful). anwar ibrahim menyuruh saiful menonggeng.
~* saiful menonggeng,lututnya hampir kena badan.
~* anwar ibrahim menyuruh saiful guide (mengarahkan) batang anwar ibrahim dihalakan kepada lubang dubur saiful.
~* anwar ibrahim meliwat saiful lebih kurang 5 minit. air mani anwar dipancutkan ke dalam dubur saiful.
~* saiful mendakwa anwar melakukan liwat pada ketika itu secara kasar dan beliau merasa sakit dan senak perut. semasa operasi liwat itu, KY JELLY yang dipegang oleh saiful terpicit dan tertumpah di lantai.
~* selepas selesai, saiful ke toilet tapi tak mandi.sekadar cuci ala kadar sahaja. lendir air mani anwar masih ada dalam dubur saiful.
~* lepas cuci ,saiful duduk di meja makan. anwar pada waktu itu makan karipap lalu bertanya 'are u okay' ?


Lihat betapa keterlaluannya blogger ini, perbicaraan ini adalah tertutup, mana munkin ada blogger boleh membuat lapuran...........saya menyiarkan kembali kerana mahu mengelakkan dari di padamkan oleh penulisnya.

Saya percaya dialog diatas adalah rekaannya semata-mata.....memang teruklah blogger ini. tetapi blogger pro Umno boleh buat apa saja, kalau blogger pembangkang , dah lama kena cekup.

Begitulah demokrasi ala Malaysia...................




Penulis blog perlu beretika lapor, komen kes liwat - Rais

betul ke Rais, kalau betul bertindaklah kepada blogger Umno yang keterlaluan ini, jangan cakap tak serupa bikin.








Khamis, 4 Februari 2010

Anggota tentera bocor rahsia kepada pihak asing: Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara.

Katanya, beliau akan memaklumkan segera penemuan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tindakan membocorkan rahsia negara dan usaha mendapatkannya oleh sebuah kedutaan asing merupakan jenayah yang serius.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

"Saya akan membuat satu pengumuman selepas berjumpa dengan Perdana Menteri secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan siasatan melalui Kor Risik ATM, pihaknya yakin terdapat individu yang diupah oleh kedutaan terbabit yang mengambil peluang berada di negara ini menjalankan kegiatan itu.

Katanya, pihaknya sedang mengemaskinikan maklumat yang tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk diperketatkan agar tidak lagi berlaku kebocoran terutama selepas kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Bernama


Ini satu lagi perkara yang sangat bahaya, bahawa kewujudan kedutaan asing yang telah memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara adalah sesuatu yang sangat membimbangkan, beberapa tahun yang lepas kita telah mengalami kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Semua ini adalah sebagai salah satu usaha pihak luar yang mahu tahu setakat mana kekuatan pertahanan negara kita.

Rupanya negara kita sangat mudah untuk di tembusi jika sampai masa yang di perlukan, agaknya sudah ada perancangan pihak-pihak tertentu yang membuat perancangan untuk mensabotaj dan dengan mudah boleh mengalahkan pertahanan negara kita apabila sampai masanya nanti.

Satu lagi masaalah ialah, sering terjadi , kelemahan yang sebegini rupa, telah dijadikan alat oleh pihak karajaan untuk mengajak orang Melayu bersatu menyokongnya, kononya kalau kita tidak bersatu, kita akan hancur, betul !!!! jika kita tidak bersatu kita akan hancur.

Tetapi di ketika kita bersatu, ada pula pihak si kitul yang mahu membolot kekayaan segera dengan mengambil komisyen yang bernilai ratusan juta ringgit dan tidak ada satu tindakan pun diambil terhadap pesalah tersebut.

Maka insiden ini sudan tentu menjadi satu motivasi kepada sesetengan orang di dalam ATM sendiri yang juga tengah kelaparan duit, untuk membuat perkara yang sama.

Bak kata pepatah, Bapa ketam mahu mengajar anaknya berjalan betul tetapi dia sendiri berjalan mengereng, mana mahu jadi betul, oleh itu bapa ketam tersebut perlu di perbetulkan terlebih dahulu, munkin mengurungnya didalam sangkar adalah satu cara terbaik untuk mengajarnya.

Tetapi untuk mengurungnya di dalam sangkar, bukan kerja mudah diketika sepitnya masih menganga untuk menyepit sesiapa yang boleh menggugatnya, oleh itu langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuang sepitnya.................siapakah yang boleh membuang sepitnya itu ?








Rabu, 3 Februari 2010

Saiful diarahkan supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari

Setelah tiga minggu saya tidak menulis kerana tiada perkara menarik untuk di ulas, maka hari ini sempena hari pertama perbicaraan kes liwat yang di tuduh kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) , Maka saya tidak mahu ketinggalan dan mahu juga mengeluarkan pendapat peribadi saya sendiri.

Dihari pertama perbicaraan dan didalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, mendakwa bahawa Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau lagi, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

"Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh," katanya.

Begitulah antara intipati berita yang di lapurkan berlaku di Mahkamah hari ini, persoalan yang bermain di minda saya ialah ...

(1) Sampel air mani yang dikatakan kepunyaan DSAI, apakah benar ianya di ambil dari dalam dubur Saiful ? apakah tidak munkin sampel tersebut di perolehi semasa DSAI berada didalam penjara dahulu, kita jangan lupa, semasa DSAI berada di penjara selama 6 tahun, segala macam sampel boleh diambil dan dengan kecanggihan telnologi sekarang ini, tidak menjadi kehairanan jika sampel tersebut boleh di simpan seberapa lama yang di mahukan.

(2) Jarak masa apa yang dikatakan peristiwa liwat yang dilakukan oleh DSAI terhadap Saiful dan masa pemeriksaan Doktor adalah 2 hari, apakah Saiful tidak buang air besar (berak ) dan mandi selama masa tersebut ? oooooo munkin si Saiful dah tahu bahawa beraknya kali ini sangat berharga, oleh itu munkin ada yang menasihatkan kepada beliau supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari itu...........kah..kah..kah.

(3) Mengikut kata Saiful sendiri sebelum ini, bahawa selepas peristiwa tersebut, beliau ada menemui Datuk Sri Najib dan Rosmah Mansur di rumah Najib, sudah tentu beliau belum mandi dan berak pada waktu itu, dengan bau hamis dan busuknya, munkin di sanalah beliau mendapat nasihat supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari itu................

Begitulah cerita lucu di hari pertama perbicaraan dan kita akan ikuti lagi kisah lucu di hari-hari mendatang, walau macam mana pun, kalau iya pun mahu mengenakan DSAI, janganlah nampak sangat.

Cuba bayangkan, jika si Saiful ini mandi dan berak, sudah tentulah sampel tersebut akan hilang , oleh itu sudah pasti Saiful di halang dari melakukan 2 aktiviti tersebut...........boleh ke Saiful menahan beraknya selama 2 hari.......munkin dia minum teh pekat kut.......kah...kah...kah.