Khamis, 2 April 2015

DI ANTARA DUA PERSIMPANGAN


Berdasarkan apa yang berlaku kini di dalam arena politik Malaysia di antara parti pemerintah dan pembangkang boleh di kira seri, sama-sama mempunyai masaalah, 

BN mempunyai masaalah apabila Dr.Mahathir meneruskan tembakannya hari ini kearah Najib melalui tulisan di blognya, dengan mempersoalkan hukuman yang bakal di hadapi oleh Sirul dan rakannya yang di hukum gantung kerana membunuh Altantuya sedangkan mereka berdua cuma melaksanakan arahan sahaja.

Bagi Dr.Mahathir adalah tidak adil bagi Sirul dan rakannya di hukum gantung sedangkan orang yang memberi arahan tidak di kenal pasti seterusnya menerima hukuman yang setimpal.

Dr.Mahathir juga menyerang Najib berkaitan isu 1MDB dan beberapa isu lain lagi, beliau membuat kesimpulan mudah dengan mendakwa bahawa BN akan kalah di PRU 14 nanti, jika Najib tidak di tukar segera.

Di pihak pembangkang pula, gabungan Pakatan Rakyat menghadapi masaalah juga bila mana Pas di bawah pengaruh Hj.Hadi dan Majlis syura ulamak membuat daya usaha berani mati dengan membawa Draff hudud ke dewan undangan negeri Kelantan sehingga di luluskan tetapi mendapat bantahan dari rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR.

Pas juga sedang di uji akan tahap pematuhan demokrasinya di mana Pas akan menghadapi pemilihan kepimpinan baru untuk tahun 2015/2017 di mana akan berlaku pertembungan hebat di antara kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai geng pro ulamak dengan kumpulan yang di panggil geng professional.

Pertembungan di antara dua kumpulan ini bukan calang-calang pertandingan tetapi bolehlah di panggil sebagai perlawanan kalah mati di mana di jangkakan pihak yang kalah akan di usir atau keluar dengan sendiri membentuk parti lain.

Pertelingkahan di antara dua kelumpok ini adalah berasaskan perbezaan pendapat di mana kelumpok professional tidak bersetuju draff hudud di bawa ke DUN dan seterusnya ke Parlimen buat masa ini, setelah menyedari keupayaan Pas yang lemah berdasarkan kerusi Pas di Parlimen cuma ada 21 sahaja, sedangkan untuk mendapat laluan memerlukan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti.

Manakala di pihak kumpulan pro ulamak pula begitu teruja untuk melakukannya setelah dijanjikan sokongan oleh umno, Oleh kerana yang menguasai negeri Kelantan adalah dari kelumpok pro ulamak, mereka berdegil membawa juga draff hudud itu ke DUN dan berjaya di luluskan.

Namun kelulusan di DUN Kelantan tersebut bukanlah kelulusan yang boleh di banggakan kerana terpaksa pula menempuhi tapisan kedua di Parlimen pula di mana jika gagal bermaksud, kelulusan di DUN Kelantan tersebut adalah sia-sia.

Masaalah yang di hadapi ialah, di mana gabungan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR menentang keras usaha geng pro ulamak tersebut dengan sebab -sebab mereka yang tersendiri, sehingga sanggup berpisah terus dengan Pas dari kelumpok pro ulamak ini tetapi boleh meneruskan kerjasama dengan kumpulan yang di panggil professional tadi.

Disinilah permasaalahan berlaku di mana apabila berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, maka usaha untuk menumbangkan parti gergasi seperti BN itu yang sebelum ini pun tidak pernah berjaya, jika berpecah lagilah tidak berjayanya.

Bagi ahli Pas yang pro ulamak pula mereka berpandangan, usaha untuk menumbangkan BN adalah di tempat kedua, (kerana mereka meletakkan hukum hudud di tempat pertama perjuangan mereka, sehingga menganggap hudud itu nyawa bagi Pas) dan merasakan PR bukanlah sandaran yang baik untuk merealisasikan hasrat mereka, kerana pemimpin utama PR beberapa kali menegaskan bahawa hukum hudud bukan persepakatan PR dan tiada didalam perancangan masa depan PR.

Manakala di pihak umbo/bn pula di peringkat pemimpin pertengahan ada berbisik kepada pemimpin pro ulamak ini bahawa mereka juga berminat kepada hudud dan berjanji akan cuba melobi pemimpin atasan umno agar menyokong RUU hudud Pas ini jika di bawa ke Parlimen.

Oleh kerana pemimpin Pas pro ulamak ini terlalu kemarok kepada hudud, mereka pun percaya kepada janji ustaz umno yang jaga bahagian ugama ini tanpa memikirkan kesan jika janji itu kosong sahaja dan RUU hudud itu gagal sedangkan kesannya kepada hubungan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat telah hancur.

Masaalah utama jika kita berbincang dengan puak-puak pro ulamak ini ialah mereka menggunakan konsep " tawakkal " secara berlebihan tanpa mengira kesan-kesan lain.

Mereka akan kata, kita telah berusaha, jika gagal maka lepaslah tugas kita dengan Allah...... adooiii .... kata-kata mereka itu memang betul tetapi kesannya akan berlainan..... tak kan lah jika kita gagal menukar pemerintah kerana silap percaturan kita, kita nak salahkan Allah juga.....

Perbezaan pandangan didalam menjayakan hasrat mahu menukar pemerintahan ini nampaknya sudah sampai kepenghujungnya apabila muktamar pas pada June nanti akan menjawab segala-galanya.

Jika geng pro ulamak berjaya membolot kesemua atau separuh jawatan-jawatan penting di dalam Pas, sudah tentu kumpulan professional akan menyepikan diri dan munkin menubuhkan parti baru.

Namun sebetulnya bagi saya, menubuhkan parti baru bukanlah jawapan sebenar bagi menumbangkan BN tetapi akan membuatkan BN semakin kuat, tambahan pula jika umno yang di pelupori oleh Dr.Mahathir berjaya di dalam usaha mereka menukar kepimpinan Najib kepada tokoh lain.

Apabila di tubuh parti baru dari kalangan serpihan Pas dan membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR, manakala Pas yang sedia ada, katalah bersendirian, maka Pas yang pro ulamak tadi akan meletakkan calon di semua kawasan dan ini akan mewujudkan pertandingan 3 penjuru.

Didalam keadaan orang Pas yang berpecah dua, satu bersama geng pro ulamak dan meletakkan calon atas nama pas, manakalan satu lagi dari geng professional bersama PR, manakala satu lagi ialah BN. Didalam keadaan ini menjadikan sokongan kepada BN solid dan BN akan menang besar.

Cumanya yang agak bagus, jika Pas yang pro ulamak bergabung dengan Umno dan menyertai Barisan Nasional, manakala Pas dari geng professional melalui parti barunya bersama Pakatan Rakyat, 

Ini baru betul-betul " buku bertemu ruas ". Diketika itu nanti akan berlaku pertandingan dua penjuru di semua kawasan di mana satu dari BN dan satu lagi dari PR.

Penyokong Pas asal akan berpecah, sebahagian kecil akan menyokong geng pro ulamak yang kahwin dengan BN dan sebahagian besar akan menyokong geng pro professional melalui parti baru bersama PR, ini akan menyebabkan BN akan kalah teruk.

Oleh itu berdasarkan senario ini saya percaya pakar strategi Umno tidak akan bersetuju Pas di terima masuk di dalam BN kerana jika ini terjadi sudah pasti akan menguntungkan PR.

Cara yang akan di buat oleh pemimpin Umno ialah setelah selesai muktamar Pas nanti dan jika berlaku perpecahan, mereka akan biarkan Pas geng pro ulamak itu bersama Pas induk terkontang kanting bersendirian, walau pun jika di takdirkan geng itu menjadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong mengurat Umno mahu menyertai BN, pasti tidak akan di layannya.

Lagi pun memang sekarang pun sudah terdengar ada pemimpin Pas yang pro ulamak bercakap besar mendakwa Pas boleh hidup jika bersendirian.

Kita boleh kata kepadanya, memang lah boleh hidup.... Bak kata pepatah, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia.....

Tapi jenis " HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU " mahu kah begitu ? jika mahu silakan......







Rabu, 1 April 2015

BANJIR GST SEDANG MELANDA MALAYSIA.

Hari ini 1 April 2015 bukan hari April Fool dimana rakyat Malaysia kena main dengan cukai baru GST yang berkuatkuasa jam 12:00 tengah malam tadi.
Hasil pengenaan cukai tersebut hari ini sesetengah barang mengalami kenaikan sebanyak 6%. Yang mungkin mengujakan ramai orang bukan sahaja barangan yang disenaraikan dikenakan GST, tetapi yang tidak disenaraikan juga mengalami kenaikan harga menuruti kadar GST itu.
GST samalah dengan keadaan banjir, kerana melimpahnya air laut disebabkan air pasang atau air hujan yang banyak. Bukan saja kolam, sungai dan muka kuala dipenuhi air, tetapi lorong dan lopak-lopak kecil juga ikut sama dimasuki air. Demikian dengan GST ia meratah semua jenis barang, cuma bezanya ada yang langsung ada yang tidak.
Dalam muka buku hari ini dipenuhi dengan pengeposan dan kiriman resit-resit belian pelbagai barangan yang menunjukkan pembelian ada dikenakan GST. Hampir semua bentuk pembelian tidak terkecuali daripada sebesar-besar pembelian jet, hinggalah kepada nasi lemak bungkus. Pendeknya GST menjadi percakapan dan buah mulut sehari dua ini.
Jaminan para menteri sebelum ini bahawa GST tidak membebankan rakyat dan hanya terkena ke atas batu jemala orang kaya, adalah bohong dan belawak bangar belaka. Jaminan yang keluar dari orang mulut busuk.
Sekejap tadi saya baru menghubungi pencetak untuk bertanya mengenai kos cetakan buku. Setahu saya tidak ada cukai GST ke atas penjulan buku. Tetapi kenaikan harga buku tidak dapat dihindarkan apabila pembelian kertas kosong (material), dikenakan cukai GST.
"Macam mana Wong, harga masih murah ke? " tanya saya kepada Wong taukeh pencetak tempat biasa saya cetak buku.
"Ada naik sikitlah, Encik Sayuti. GST kena 6%.." balasnya.
"Tetapi bukankah buku tidak dikenakan GST, Wong?" ....soal saya.
"Oh...ya, tadak kena, tetapi kita kena naikkan juga, kertas kosong kena hoi... jangan kisahlah, you naikkan sikit harga buku abis cerita," kata taukeh itu memberi cadangan untuk mengatasi kenaikan kertas gara-gara pelaksanaan GST.
Apa maknanya itu? Ertinya kenaikan disebabkan GST itu berangkaian. Kalau pun tidak ada kenaikan dalam sektor lain, tetapi kerajaan tidak ada kuasa dan masa untuk membendungnya. Kesannya rakyat terpaksa pikul biawak mampus juga.
Itu hanya satu barangan sahaja, tetapi macam mana dengan barangan lain. Minyak petrol dikenakan cukai GST, ertinya kos pengangkutan juga ikut naik. Kos-kos barangan lain, pembalut dan sebagainya naik. Tidak dapat dielakkan kesan GST terbabit kepada semua sektor perniagaan.
GST samalah dengan air yang melimpah gara-gara air pasang dan hujan tadi yang membentuk banjir menyebabkan semua lubang dan lopak-lopak kecil turut sama disumbati air.
Jangan salah kepada sesiapa kalau kita "hamba tahi" rakyat ini kena bayar kos lebih.
Kena salahkan kepada diri sendiri. Kitalah yang memberi kuasa kepada penguasa untuk mengenakan cukai ke atas kita semua. Jadi kalau kita semua terbeban dengan GST janganlah marah-marah kepada kerajaan, marahlah kepada diri sendiri.
Dalam pilihan raya akan datang berikan mandat besar kepada parti memerintah untuk memberi peluang mereka terus "mengenjah" (menganiaya) rakyat secara sistemetik seperti GST itu.
Saya tidak fikir GST memberi apa-apa kesan kepada kerajaan yang memerintah kini. Ini termasuklah amaran dari Dr Mahathir Mohamad, bahawa BN akan tumbang kononnya jika GST dilaksanakan,
Ia tidak akan menjadi, kerana masih ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang bodoh dan tidak sedih bila ditipu oleh pemerintah.
Dekat pilihanraya nanti cukup dengan di beri BR1M RM1,000 seorang, semua kemarahan akan reda dan berbondong-bondonglah mereka ke pusat pengundian bagi mengundi BN sekali lagi.
Sangat menyedihkan apabila ada rakyat yang sanggup berkorban membela kerajaan yang berlaku zalim kepadanya sendiri.
[wm.kl.2:28 pm 01/04/15]
Dipetik dari Blog.....MSO


.

TERIMA KASIH HJ.HADI......kata Najib.

Menurut Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Teuku Mansor, Najib Razak akan menyatakan pendirian berhubung Hudud Kelantan dalam masa terdekat. Sehingga kini Najib tidak menyatakan apa-apa pendiriannya walaupun urusan kenduri kendara anaknya sudah beres.

Jadi kenyataan umumnya sebelum ini di Kedah berbunyi "no hudud in Malaysia" boleh diterima pakai. Ertinya Najib tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang bercadang untuk membawa RUU persendiri di parlimen.

Apabila Najib mendiamkan diri, maka Speaker Dewan Rakyat bolehlah meletakkan notis ahli Parlimen Marang untuk mengemukakan usul persendirian dalam fail yang ditanda dengan perkataan "Perkara-perkara yang tidak perlu disegerakan."

Lagipun untuk apa Najib bangun menyatakan sikap mengenai langkah kerajaan Kelantan itu. Semua 12 wakil Umno di DUN Kelantan sudah bersetuju dengan pindaan Hudud yang dilakukan baru-baru ini. Umno Kelantan sudah berjaya membaiki persepsi diri mereka di mata rakyat Kelantan.

Umno kini tidak lagi dituduh sebagai menentang Hudud sebaliknya penyokong kuat Hudud sampai ada yang mengalirkan air mata. Itulah yang Umno sedang cari dan usaha selama ini, meletakkan Umno selesa di mata rakyat dan tidak menganggap mereka menentang dan menolak Islam. Melakukan penormaan Umno sama dengan Pas.

Taktik Umno yang tidak dapat dicapai selama ini ialah untuk meletakkan taraf dan nilai Umno sama dengan taraf dan nilai Pas. Umno ditolak di Kelantan ialah kerana sebilangan rakyat Kelantan tidak beranggapan Umno sebagai parti Islam.

Selepas ini isu Umno bukan parti agama tidak boleh dimainkan lagi. Umno bukan sahaja menggunakan isu mereka membina masjid, memberi gaji kepada guru-guru Kafa sebagai menandakan mereka pejuang Islam, tetapi langkah mereka menyokong Hudud adalah bukti baru bagi menandakan parti itu sudah berubah. Secara tidak langsung juga Hudud bukan lagi modal bagi Pas.

Jadi untuk Kelantan sudah cukup. Justeru buat apa Najib menyatakan sikapnya. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana dalam BN mengenai Hudud. Bukankah komponen BN, MCA dan Gerakan serta rakan di Sabah dan Sarawak sudah menunjukkan sikap mereka sama seperti DAP menolak Hudud?

Tidak perlu bagi Najib berkata sesuatu mengenai Hudud. Kalau di Kelantan Umno sudah berjaya memulihkan penerimaan rakyat kepada parti nasionalis itu, di Kuala Lumpur juga sasarannya sudah tercapai apabila DAP dan PKR kini sudah berperang besar dengan Pas gara-gara Hudud. Pergaduhan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat itulah yang dikehendaki Najib bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai PM.

Tuduhan Pakatan Rakyat kepada Najib dan BN sedang bermasalah akan dijawab dengan menceritakan menerusi televisyen dan akhbar apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat gara-gara Hudud itu. PKR dan DAP Sabah sudah pun mengityharkan mereka putus hubungan dengan Pas semalam.

DAP Sarawak juga telah membuat perkara sama meninggalkan Pas dan akan membentuk Pakatan Rakyat baru. Malahan di Penang sendiri Lim Guan Eng sudah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Perkembangan itu semua memberi keuntungan buat Najib dan BN, jadi untuk apa dia perlu menyatakan sikapnya lagi mengenai Hudud. Najib perlu diam dan biarkanlah Pas menanti dan menunggu pendiriannya mengenai Hudud. 

Selamat menanti pendirian Najib mengenai Hudud duhai Pas dan Pas juga sedar Najib juga sedang menanti apakah yang akan berlaku dalam muktamar Pas Jun nanti.
[wm.kl.1:10 pm 31/03/15]
Oleh...... MSO.

HUDUD didalam MASYARAKAT MAJMUK seperti MALAYSIA

Oleh Sheikh Akhtar Al-Khawarizmi

Sebagai umat Islam kita sememangnya wajib patuh kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Umat Islam wajib menerima Hudud dari segi prinsip

Di dalam Al-Quran dan Hadis, ayat-ayat mengenai Hudud dengan jelas menggambarkan bentuk hukuman untuk kesalahan seperti merompak (Al-Maidah ayat 33), mencuri (Al-Maidah ayat 38), zina oleh seseorang yang sudah berkahwin (An-Nur ayat 2), zina oleh seseorang yang belum berkahwin (Hadis Muslim Kitab ke-17), tuduhan qazaf (An-Nur ayat 4), meminum arak (Hadis Muslim).

Kita menerima dalil-dalil ini sebagai undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Objektif utama segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. adalah untuk menegakkan keadilan.

Oleh demikian Hudud perlulah dilaksanakan mengikut Al-Qur’an secara keseluruhan, termasuklah diaplikasikan kepada yang bukan Islam bagi mengelakkan ketidak-adilan berlaku dalam menjatuhkan hukuman.

Memang tidak dapat dinafikan pentingnya kita menghayati hukum-hukum Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. Akan tetapi, adalah lebih mustahak bagi kita memahami dalil-dalil al-Quran dan Hadis secara holistik; iaitu dengan mengkaji dalil-dalil tersebut berdasarkan konteks yang lebih besar iaitu keadilan yang ditekankan Islam.

Islam sangat memberi penekanan kepada keadilan dalam menjatuhkan hukuman seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam dalil-dalil berikut; Surah Al-Maidah ayat 42; ”dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Surah An-Nisa ayat 58; ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”.

Surah An- Nisa ayat 58 menggunakan istilah “manusia” yang bermaksud semua orang; orang Islam dan bukan Islam. Ada orang yang mengatakan bahawa adalah adil untuk melaksanakan Hudud ke atas umat Islam sahaja kerana mereka wajib beramal dengan ajaran al-Quran.

Walau bagaimanapun, ayat ini secara khusus menggunakan istilah “manusia” dan bukannya “golongan beriman” (istilah yang biasa digunakan dalam al-Quran untuk merujuk kepada orang Islam). Ini bermakna kita perlu berlaku adil dalam menghukum umat manusia sekaligus ayat ini menyanggah tanggapan bahawa Hudud perlu dilaksanakan untuk orang Islam sahaja.

Selain daripada dua dalil di atas yang jelas menekankan keadilan dalam menghukum, terdapat 43 ayat dalam Al-Quran yang memberi penekanan kepada prinsip keadilan, yang menggambarkan betapa pentingnya prinsip ini di sisi Islam.

Merujuk kepada kes yang ditangani Rasullullah S.A.W Pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah, beliau pernah menjatuhkan hukuman rejam kepada satu pasangan Yahudi yang terlibat dalam zina (hubungan seks di luar pernikahan).

Ini menunjukkan bahawa dalam melaksanakan Hudud, Rasulullah SAW tidak memlilih hanya untuk melaksanakannya pada Islam sahaja, tetapi ianya hendaklah dilaksanakan kepada semua ahli masyarakat.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW menghukum pasangan Yahudi tersebut berdasarkan undang-undang Hudud kerana cara hukuman bagi zina yang ditetapkan dalam Taurat adalah sama seperti Hudud.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Rasulullah SAW tidak melanggar prinsip keadilan kerana orang-orang Yahudi dan umat Islam tertakluk kepada hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama. Pada hari ini, kita dapat melihat negara-negara yang melaksanakan Hudud seperti Pakistan, Arab Saudi, Iran dan Brunei menguatkuasakan Hudud sebagai undang-undang menyeluruh terhadap semua rakyat mereka.

Bukti-bukti yang ada jelas mewajibkan kerajaan mana-mana negara memastikan undang-undang dan hukuman yang dilaksanakan ke atas pesalah, adalah sama tanpa mengira agama, tidak kiralah sama ada undang-undang yang digunapakai adalah Hudud ataupun undang-undang sivil.

Oleh kerana kerajaan tidak boleh mengenakan hukuman Hudud ke atas penduduk bukan Islam yang merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan penduduk Malaysia, kerajaan telah memilih untuk melaksanakan undang-undang sivil, yang secara dasarnya sudahpun meliputi kebanyakan aspek asas undang-undang Syariah termasuklah Takzir dan Qisas. Malah ia juga mempunyai tujuan yang sama iaitu memastikan keadilan ditegakkan.

DAP, Gerakan dan MCA dengan keras membantah perlaksanaan Hudud di Kelantan adalah kerana mereka tahu ianya hanya titik permulaan bagi undang-undang ini berkembang sehingga ke peringkat persekutuan suatu hari nanti.

Berikutan tindakan Kerajaan Kelantan itu, Kerajaan Negeri Terengganu juga telahpun menyatakan hasrat untuk melaksanakan Hudud. Melihat kepada situasi hari ini, ada kemungkinan hukum Hudud akan dikenakan ke atas orang bukan Islam memandangkan kita hanya menunggu masa sebelum kita mampu mengambil langkah seterusnya untuk ‘memperbetulkan’ keadaan di mana hudud perlu dilaksanakan secara adil pada masa hadapan.

Ini adalah kerana kita perlu sedar bahawa undang-undang yang dijatuhkan secara terpilih bukan sahaja bertentangan dengan prinsip keadilan yang dibawa Islam, tetapi juga bercanggah dengan amalan sebenar Nabi Muhammad SAW dalam kerajaan Islam di Madinah. Islam membenarkan hukuman alternatif bergantung kepada keadaan.

Surah An-Nisa, Ayat 92 “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).

Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman.

Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Ayat tersebut menerangkan tentang konsep hukuman dalam Islam. Bunuh di balas bunuh memang adil tetapi pembunuhan seorang mukmin tidak perlu dihukum dengan kematian di bawah keadaan tertentu (iaitu di mana kesilapan telah dilakukan, atau dalam peperangan, atau apabila terdapat perjanjian persahabatan).

Adalah mencukupi dengan membebaskan seorang “hamba” yang beriman dan / atau membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, atau sekiranya ini adalah di luar kemampuan pesalah, maka berpuasalah dua bulan berturut-turut.

Melihat kepada sejarah, Islam sememangnya membolehkan jalan penyelesaian yang melibatkan kompromi antara orang Islam dengan orang bukan Islam bagi memastikan kedua-dua belah pihak dapat hidup bersama dalam keadaan aman.

Jikalau kita lihat Perjanjian Hudaybiyyah yang dipersetujui oleh Rasullullah SAW dan kaum Quraisy pada masa dahulu, ianya tidak sepenuhnya memihak kepada umat Islam pada awalnya. Namun begitu, Nabi Muhammad SAW menerima perjanjian tersebut kerana beliau memikirkan tentang faedah jangka panjang yang akan dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya.

Jika kedua-dua belah pihak, iaitu orang Islam dan bukan Islam di Malaysia boleh menerima jalan penyelesaian dimana undang-undang sivil semasa diterima sebagai sebuah sistem yang dapat memastikan keamanan dan keadilan dalam masyarakat, ini adalah perkara yang lebih bertepatan dan dituntut dalam Islam.

Di Malaysia sekarang ini, Pas sebagai sebuah parti politik yang menjadikan agama sebagai asas perjuangan telah memasukan hukum hudud sebagai matlamat perjuangan mereka, didalam keadaan pencapaian kemenangan yang kecil di Parlimen, sudah tentulah hasrat mereka itu tidak boleh di laksanakan.

Tetapi mereka tetap juga berjuang mahu hudud di laksanakan walau apa cara sekali pun sehingga menerima tentangan dari lain-lain parti yang majoritinya adalah dari bukan Islam seperti DAP, MCA, GERAKAN dan parti-parti lain dari Sabah dan Serawak.

Hasrat Pas yang tidak mengambil kira akan keutamaan di dalam sesebuah negara iaitu KEAMANAN dan KESETABILAN ini sebetulnya adalah bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri di mana di dalam Al-Qur'an, ada menyebut " Dan jangan sesekali kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan '.  Maksudnya jika di dalam perancangan kita mahu membuat sesuatu itu ada halangan sehingga boleh memudharatkan keselamatan, adalah lebih baik perkara itu di tangguhkan.

Tambahan pula hukum hudud yang mahu di bawa oleh kerajaan Kelantan itu cuma di kenakan kepada orang Islam sahaja yang sudah tentu tidak menepati hukum Islam sebenar, lagilah tidak berbaloinya jika di bandingkan dengan apa yang sepatutnya di utamakan di dalam menangani persekitaran politik Malaysia.

Kenapa Erdogan Tidak Utamakan Hudud

Sebagaimana saya tidak mahu mengatakan Islam PAS lebih baik daripada Islam Umno, maka saya mengelak daripada mengatakan bahawa Islam Malaysia ini lebih baik daripada Islam Turki.
     
Cuma saya boleh kata, kita terutama di Kelantan lebih lebai dan lebih ramai lebai daripada Turki. Justeru lebatnya lebai itu Kelantan beriya-iya mahu hudud dilaksana lambat laun. Tidaklah kurang inginnya orang Turki untuk kembali kepada pemerintahan Islam, tetapi  suasana yang ada Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mendahulukan hudud dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat dan pemerintahan.
      
Kekebalan Kemal Ataturk dan ajaran sekularisma dalam perlembagaannya jauh mengatasi kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tiada siapa sedar akan ulang tahun kemangkatan sekalian duli, akan tetapi pada minit dan jam ulang tahun kematian Ataturk kena berdiri seminit, yang berjalan kaki berhenti seminit, yang memandu motokar membunyikan hon seminit. Cuma anak saya semasa belajar di Turki apabila datang waktu itu dia masuk ke bilik air. Berbunyi saja semboyan, dia pun kencing.
     
Di Malaysia sesiapa yang memperleceh Raja kena akta hasutan saja. Jika ada yang dikira menderhaka kepada ajaran kemalisma nescaya datang malaikat maut kepadanya.
     
Apabila Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul dia mula dicurigai kerana buat pertama kali sejak kejatuhan empayar Islam Turki, diadakannya musalla di Dewan Bandaraya, saiznya sebesar musalla stesyen minyak Petronas saja. Apabila satu hari dia membaca sajak Islam yang selalu dideklamasikan oleh kanak-kanak sekolah, Datuk Bandar Erdogan didakwa, dijatuhkan hukum, lucut jawatan diharamkan memegang jawatan awam untuk tempoh tertentu.
     
Sebelum jadi Datuk Bandar dia adalah ketua pemuda, Refah Partisi Turki dan ketua parti bagi Istanbul. Parti Islam itu adalah parti pimpinan Erbakan yang kedua diharamkan. Lepas itu dua lagi partinya yang ditubuhkan diharamkan. Lepas itu Erdogan tidak ikut lagi Erbakan. Dia tubuh parti sendiri, menang. Jadi Perdana Menteri dan kini jadi Presiden.
     
Erbakan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia bercakap tentang Islam dan memperkenalkan Islam kepada rakyat melalui kerajaan. Tentera memecatnya, mengharamkan partinya, melarangnya berpolitik untuk tempoh tertentu.
     
Semasa dia jadi Pedana Menteri dan Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul. Dia bina masjid gunakan dana kerajaan, adakan kemudahan haji dan beberapa syiar Islam. Dia diberi kata dua, letak jawatan atau ditangkap? Terpaksalah meletak jawatan.
      
Perlembagaan Turki memberi kuasa kepada tentera, polis dan universiti bagi melindungi ajaran sekular kemalisma. Sesiapa yang mengancam Ataturk dan ajarannya, tiga anasir ini akan bertindak menghancurkannya.
    
Awal tahun 50-an berlaku kebangkitan umat Islam kerana Turki pupus imam dan khatib. Jika dibiarkan, tiada acara sekularisma Ataturk dapat dipertahankan. Maka dilantik seorang anggota parlimen yang baik, Adnan Manderas jadi Perdana Menteri. Dia mengadakan sekolah Imam dan Khatib bagi membekalkan imam dan khatib ke masjid-masjid. Dibenarkan semula azan rasmi. Sebelumnya azan dalam bahasa Turki. Dibenarkan Quran dalam tulisan asalnya digunakan, tidak lagi Quran tulisan rumi. Banyaklah syiar Islam diperkenalkannya.
    
Golongan elit kemalis mengira Adnan Manderas membahayakan sekularisma Ataturk. Seluruh pelajar universiti bangkit menentang. Tenterapun merampas kuasa. Adnan Manderas yang  10 tahun jadi Perdana Menteri/Presiden dikenakan tindakan gantung di khalayak umum.
    
Di bawah perlembagaan dan politik seperti inilah Erdogan menjadi Pedana Menteri. Keutamaan poliik Turki ialah menyertai Komuniti Eropah. Siapa yang boleh membawa Turki ke dalam EU? Ia adalah antara kempen Erdogan. Mana boleh negara hudud jadi anggota EU?
    
Maka fiqh aulawiyyat Erdogan ialah menangani perlembagaan demikian rupa dan menyertai EU. Jika aulawiyyatnya hudud, mautlah jawabnya.

PAS KENA TIPU

Apabila saya menulis mengatakan bahawa tidak berbaloi untuk Pas bergaduh dengan rakan-rakanya di dalam Pakatan Rakyat hanya di sebabkan hasrat nya mahu melaksanakan hukum hudud tetapi terpaksa pula mengemis dengan umno untuk mendapatkan sokongan kelulusan dari Parlimen.
Rakan-rakan saya begitu marah kepada saya sehingga ada yang sanggup mengeluarkan saya dari friendlist fb mereka kerana menuduh saya anti hudud.
Sedangkan hakikat sebenarnya bukan begitu, saya tegaskan berkali-kali bahawa saya tidak menentang hudud, malah menyokongnya tetapi dengan syarat biarlah usaha itu boleh membuahkan hasil dan bukan kena di perbodohkan oleh umno yang memang berusaha mengkucarkacirkan Pakatan Rakyat.
Namun geng-geng ustaz yang mengutamakan semangat dari kenyataan ini tetap tidak boleh terima pendapat saya malah mengepos pula ke wall fb saya surat terbuka kpd umat Islam dari Hj.Hadi....
Ternyata kalau beginilah cara berpolitik yang di ajar oleh Hj.Hadi kepada para pengikutnya, iaitu mengutamakan semangat dari kenyataan, maka jelaslah bahawa Pas akan semakin mundur.
Walaupun saya faham bahawa geng-geng walaq ini memegang prinsip, biar kalah tetapi mendapat keredhaan dari Allah dari menang dengan di iringi kemurkaan.
Akhirnya kerana bosan dengan sikap jumud ini, saya mengambil pendirian mahu mendiamkan diri tetapi bukan mudah bagi saya untuk melakukannya kerana jiwa saya tetap juga mahu bersuara.......tq.

APAKAH BENAR DR.MAHATHIR HINA HUDUD ?

Setiap kali timbul isu Hudud yang dibawa oleh Parti Islam se-Malaysia, setiap kali itu petikan-petikan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina hukum hudud dikeluarkan semula sehingga seolah-olah menjadi satu kebenaran.

Berikut ialah teks penuh ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) yang dikatakan kontroversi dan menghina Hudud. Beliau berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Akademi Islam Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kelantan pada 3 Mac 1994.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
2. Setiap kali kita berucap atau membuat sesuatu kita mula dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
3. Sementara kita menyebut sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala kita dapati ada orang yang tidak pula mengambilkira sama ada kita sendiri wajib mengamal dan menunjukkan sifat-sifat ini. Sebaliknya apabila menjalankan urusan-urusan Islam jika terdapat tafsiran al-Quran dan Sunnah yang tidak secocok dengan sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, mereka terima sahaja tanpa menyoal sama ada ianya adalah daripada ajaran al-Quran atau Sunnah atau kerana kesilapan dalam kefahaman dan tafsiran ajaran-ajaran ini.
4. Antara kita ada juga yang tidak cuba mengikut atau menghayati sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Antara kita ada yang bukan sahaja tidak penyayang dan pengasih, tetapi juga mudah bertindak dengan tidak adil kepada umat Islam yang lain dan umat manusia. Mereka ini tidak menganggap kebengisan atau ketidakadilan mereka sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. Dengan ini maka agama Islam tercemar dan orang Islam tidak dihormati.
5. Agama Islam disampaikan kepada umat manusia melalui bahasa Arab asli. Namun tiap seorang Arab tidak mungkin memahami ajaran Islam hanya kerana ia faham dan menggunakan bahasa Arab setiap hari.
6. Untuk memahami ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi, semua orang Arab perlu kepada tafsiran dan penjelasan oleh orang yang sudah mempelajari agama dan membaca serta mentafsir ajaran al-Quran dan Sunnah. Tetapi tafsiran dan penjelasan oleh pakar-pakar agama ini bergantung kepada pengertian dan kefahaman atau fikh mereka tentang apa yang mereka baca dalam Quran dan Hadith. Selepas itu apa yang disampaikan oleh mereka kepada orang Arab pun bergantung kepada terjemahan mereka ke bahasa Arab harian. Ini mendedahkan mereka kepada dua kemungkinan. Jika kefahaman orang yang menyampai ajaran Quran dan Hadith salah, maka salahlah ajaran mereka. Yang kedua jika penterjemahan ke bahasa Arab harian salah, maka salahlah ajaran. Kemungkinan kesalahan berlaku menjadi lebih apabila orang bukan Arab tetapi faham bahasa Arab cuba menyampaikan ajaran Quran dan Hadith dalam bahasa bukan Arab. Kefahaman dan tafsirannya mungkin salah di samping penterjemahannya juga salah.
7. Kemungkinan kesalahan berlaku apabila seorang bukan Arab menyampaikan ajaran Islam dalam bahasa bukan Arab adalah sama dengan kemungkinan kesalahan berlaku apabila orang Arab yang fasih dalam bahasa bukan Arab mengajar melalui syarahan atau buku dalam bahasa berkenaan. Justeru itu janganlah sesiapa mendakwa bahawa ajarannya lebih tepat hanya kerana ia faham bahasa Arab. Ianya juga mungkin salah sama seperti orang Arab yang menulis dalam bahasa lain.Orang yang mempelajari agama Islam yang tidak memahami bahasa Arab tidak semestinya selalu salah berbanding dengan orang yang memahami bahasa Arab. Semua pihak terdedah kepada kesalahan kefahaman atau tafsiran atau penterjemahan oleh diri sendiri atau oleh ulama.
8. Amatlah angkuh bagi orang Melayu yang faham bahasa Arab moden mendakwa bahawa hanya kefahaman dan tafsiran mereka sahaja yang tepat dan sesiapa yang mempelajari agama melalui tafsiran dan kefahaman ulama lain dalam bahasa bukan Arab tidak tepat dan tidak boleh diterima. Tiap kali mereka mengulas tafsiran mereka dalam bahasa bukan Arab, mereka juga boleh melakukan kesalahan sama seperti orang yang menulis buku-buku agama dalam bahasa bukan Arab. Tidak ada perbezaan antara orang yang tahu bahasa Arab dan mengajar dalam bahasa Melayu, dengan orang yang juga tahu bahasa Arab dan menulis dalam bahasa Melayu.
9. Perbezaan tafsiran terhadap ajaran Islam memang berlaku sepanjang zaman, walaupun di kalangan orang yang berbahasa Arab. Ini adalah oleh kerana terdapat dalam al-Quran bukan sahaja ayat-ayat yang jelas dan terang seperti yang menyatakan babi dan zina adalah haram.
10. Tetapi terdapat kebanyakan daripada ayat-ayat dalam al-Quran yang memberi panduan secara umum. Ini memang begitu kerana panduan ini adalah untuk keadaan yang berbeza-beza. Dengan itu tafsiran ayat-ayat ini melalui proses ijtihad sekali pun boleh berbeza mengikut kefahaman atau fikh pentafsir atau keadaan atau zaman.
11. Hanya kerana ada perbezaan tafsiran ini tidak bermakna yang satu itu betul dan yang lainnya semua salah. Semua tafsiran mungkin betul dan semua mungkin salah, dan juga mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang salah antara tafsiran-tafsiran yang dibuat. Bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi hasil ijtihad yang dahulu dibatal atau diubah oleh ijtihad yang kemudian. Yang tidak boleh diubah atau dipinda ialah ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang sahih.Ahli fikh boleh mempunyai kefahaman yang berbeza berkenaan ayat dan Hadith yang sama.
12. Oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran ajaran Islam dalam al-Quran dan Hadith maka terbentuklah banyak mazhab. Tidak ada satu mazhab yang berhak mendakwa bahawa ianya sahaja Islam, dan yang lain tidak Islam.
13. Walaupun ada ajaran yang tetap menyeleweng dan tidak Islam tetapi mazhab-mazhab yang diiktiraf, walaupun berbeza, tidak boleh didakwa tidak Islam dengan sewenang-wenangnya.
14. Yang ditegah oleh agama Islam ialah perpecahan di kalangan ummah. Dalam Surah Al-An`am Ayat 159 Allah berfirman yang bermaksud: ” Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelah agamanya dan mereka menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawab terhadap mereka …. Allah yang akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka perbuat” 15. Dakwaan oleh PAS bahawa sesiapa tidak menerima undang-undang hudud PAS menjadi murtad amatlah bertentangan dengan ajaran Islam yang memberi kelonggaran dalam mentafsir ajaran Islam sehingga perbezaan boleh berlaku. Kita dibenar menolak atau menerima mana-mana tafsiran. Undang-undang hudud PAS adalah hasil kefahaman atau fikh dan tafsiran orang PAS akan ajaran al-Quran dan hukum syarak. Ia juga adalah hasil kepentingan politik parti. Ia tidak menjadi sebahagian daripada ajaran Islam yang mesti diterima oleh semua orang Islam. Ia tidak pun termasuk dalam ajaran Islam hasil kefahaman dan tafsiran imam-imam yang diiktiraf baik oleh puak Sunni atau Syiah.
16. Kita tidak menafikan adanya orang yang boleh menjadi murtad. Ada syarat dan perbuatan tertentu yang membolehkan kita mendakwa orang itu murtad. Penolakan undang-undang PAS tidak termasuk dalam syarat-syarat ini. Bahkan undang-undang PAS juga tidak memasukkan `kesalahan` menolak undang-undang PAS sebagai sebahagian daripada perbuatan irtidad atau riddah. Ini boleh dilihat dalam seksyen 23 dalam undang-undang PAS.
17. Oleh itu PAS tidak boleh mendakwa bahawa undang-undangnya tepat dan menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. Kesahihan undang-undang PAS pun belum boleh ditentukan. Ia mungkin bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.
18. Untuk menentukan sama ada undang-undang hudud PAS Kelantan mematuhi hukum hudud dalam Islam, tidak ada ujian yang lebih tepat daripada penilaian terhadap adil atau tidak adilnya hukuman yang akan dihasilkan oleh undang-undang PAS.Jika adil maka kemungkinannya ialah ia diasaskan kepada hukum-hukum Islam. Jika hukuman yang dibuat berasaskan kepada undang-undang PAS itu jelas dan nyata tidak adil maka mustahillah ia adalah berasaskan kepada hukum-hukum Islam sepenuhnya yang juga mengambilkira maslahah Am Syariah.Soal berat atau tidak hukum Islam berbanding dengan hukum dalam undang-undang semasa tidak perlu diambilkira.
19. Sebagai contoh untuk kajian, kita boleh mengambil kes rogol. Secara ringkas seorang wanita yang belum kahwin dirogol. Ia membuat pengaduan terhadap orang yang merogolnya, orang yang dikenali olehnya. Apakah yang akan berlaku dengan kes ini mengikut undang-undang PAS, iaitu Seksyen 10 berkenaan Zina.
20. Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
21. Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. la sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.
22. Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.
23. Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.
24. Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.
25. Undang-undang PAS juga tidak akan menerima `circumstantial evidence` iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.
26. Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan `circumstantial evidence` maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.
27. Sementara itu jika wanita yang tidak berkahwin melahirkan anak maka ia dianggap telah melakukan zina. Oleh kerana ia tidak dapat membuktikan ia telah dirogol maka ia tidak akan dapat mempertahankan dirinya daripada tuduhan zina apabila ia hamil dan melahirkan anak. Mengikut undang-undang PAS wanita yang tidak berkahwin tetapi melahirkan anak adalah salah kerana zina. Dengan itu ia akan dihukum kerana berzina. (Seksyen 46 Sub seksyen 2) — Undang-undang PAS.
28. Hukuman ini berat, jika yang melakukan zina itu telah berkahwin, boleh dihukum dengan rejam sampai mati.Jika dia belum berkahwin, boleh dihukum dengan sebatan sebanyak 100 kali. Terdapat pandangan baru dalam hukuman rejam ke atas orang yang telah berkahwin tetapi ini telah tidak diambil kira.
29. Apakah boleh umat Islam menerima bahawa menghukum mangsa rogol tetapi melepaskan orang yang merogol adalah adil? Kita boleh kata bahawa wanita sepatutnya menjaga dirinya dan tidak bergerak ke mana-mana tanpa muhrim untuk mengelak daripada dirogol. Tetapi kita tahu bahawa walau bagaimana dijaga sekalipun akan ada wanita yang akan dirogol. Mereka boleh diculik walaupun selalu berada dengan muhrim. Kemudian mereka boleh dirogol.
30. Apakah kita boleh terima bahawa menghukum mangsa jenayah dan melepaskan penjenayah adalah adil? Sudah tentu siapa sahaja akan menganggap hukuman seperti ini tidak adil, bahkan menganiayanya. Apakah wanita dalam masyarakat yang sanggup menghukum mereka jika mereka dirogol akan berasa terselamat? Apakah masyarakat yang begitu tidak adil sehingga melepaskan perogol dengan sewenang-wenangnya akan menjadi tenteram? Apakah ada keadilan dalam masyarakat yang sedemikian?
31. Islam adalah agama yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan kepada umatnya yang lain. Islam menjamin keadilan bagi semua rakyat yang berada dalam negara Islam dan masyarakat Islam. Islam tidak mungkin mengizinkan ketidakadilan menjadi sebahagian daripada ajarannya. Islam tetap menegakkan keadilan dan mempertahankannya. Kezaliman bukan sesuatu yang menjadi sifat KeIslaman.Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saad Ayat 27 – bermaksud; ” Dan tiadalah kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmat dan keadilan “.Dalam Surah Asy-Syura Ayat 17 Allah Berfirman bermaksud, ” Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan “.Dalam Surah Arrahman Ayat 7 – ” Dan langit dijadikannya tinggi serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan “.Ayat 8 ” Supaya kamu tidak melampau batas dalam menjalankan keadilan “.
32. Justeru itu sebarang kezaliman yang berlaku dalam masyarakat Islam bukanlah kerana ajaran Islam. Sebarang kezaliman dalam masyarakat Islam dan negara Islam adalah kerana umat Islam atau pemimpin Islam atau Kerajaan Islam tidak mengikut ajaran Islam atau mereka menyalahtafsirkan ajaran Islam yang sebenar. Dan ini memang kerap berlaku dan menyebabkan masyarakat dan negara Islam menjadi mundur,
tidak tertib, kucar-kacir dan lemah.
33. Undang-undang PAS adalah hasil tafsiran PAS terhadap ajaran agama Islam. Ia bukanlah undang-undang Islam yang asli. Ia juga bukan mengikut tafsiran ajaran Islam yang tepat. Ia adalah hasil kefahaman dan kajian agama Islam yang dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang tidak mendalam. Lebih buruk lagi ialah ia dibuat oleh orang dan puak yang mempunyai kepentingan tertentu, yang mana kepentingan ini tidak ada kena mengena dengan kepentingan Islam. Kepentingan Islam dalam sesebuah negara mengambilkira maqasid Am Syariah. Ini telah diketepikan.Ia adalah dipengaruhi oleh kepentingan politik sebuah parti politik yang dicipta oleh orang yang beragama Islam yang sama dengan orang Islam lain di zaman ini dan dalam sejarah Islam. Dan kita lihat bagaimana berkali-kali orang Islam atau Kerajaan orang Islam sengaja menyalahtafsirkan ajaran agama Islam untuk kepentingan mereka. Sudah tentu undang-undang PAS hasil tafsiran PAS termasuk dalam tafsiran golongan tersebut. Ini bukan kali pertama yang orang Islam membuat sesuatu yang tidak Islam tetapi berselindung dengan agama Islam. Sepanjang sejarah Islam perkara ini berlaku.Jika tidak kenapakah orang Islam yang bersaudara berperang sesama sendiri? Tidakkah peperangan sesama Islam bertentangan dengan ajaran Islam? Tetapi masing-masing mendakwa mereka berperang kerana Islam, bahkan menggunakan nama Allah.
34. Ajaran Islam tidak salah. Adalah mustahil ajaran Islam menghasilkan undang-undang yang begitu jelas tidak adil seperti yang telah dihuraikan berkenaan kes rogol.Ketidakadilan tidak boleh berlaku jika ajaran agama Islam dilaksanakan. Jika ia berlaku maka ia bukan daripada ajaran agama Islam. Adalah dusta jika sesiapa berkata ketidakadilan adalah Islam dan keadilan adalah tidak Islam.
35. Lebih buruk lagi ialah undang-undang PAS bukan sahaja tidak adil tetapi ia menyebabkan agama Islam menjadi ejekan orang lain, memburukkan imej Islam, dan memisah serta menjauhkan orang lain daripada agama Islam dan orang Islam.
Jika undang-undang PAS dilaksanakan maka bilangan penganut agama Islam tidak akan bertambah, bahkan akan berkurangan.Sebaliknya kita tahu Islam telah berkembang sebelum ada PAS dan undang-undang PAS. KeIslaman orang PAS sendiri adalah kerana tidak ada PAS dan undang-undang PAS di zaman orang Melayu menerima Islam.
36. Kerana ketidakadilan ini sahaja pun kita tidak boleh terima undang-undang PAS sebagai undang-undang Islam sebenar. Tetapi undang-undang PAS mempunyai unsur-unsur dan kesan-kesan lain yang buruk yang juga tidak Islam.Umpamanya di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ianya dihadkan oleh Kerajaan PAS kepada orang Islam sahaja.
37. Di zaman Nabi memang benar orang Yahudi dihukum dengan undang-undang mereka semasa Nabi memerintah di Madinah.Tetapi hukuman di bawah undang-undang Taurat Yahudi adalah sama berat dengan hukuman di bawah undang-undang Islam.
38. Apabila orang Islam memerintah negara-negara yang mempunyai rakyat yang bukan beragama Islam, umpamanya orang Kristian Koptik di Mesir, undang-undang yang dikenakan ke atas orang Koptik ialah undang-undang yang dicipta oleh Kerajaan Islam hasil kajian dan interpretasi mereka terhadap ajaran Islam. Oleh itu orang Koptik tidak dikenakan bayaran zakat dan fitrah. Mereka dikenakan cukai kepala, atau jizyah iaitu tiap seorang orang Koptik dikenakan cukai sekian banyak tiap-tiap tahun. Ini juga amalan beberapa Kerajaan Islam dahulu. Setelah membayar jizyah mereka mendapat perlindungan. Mereka boleh dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan. Dengan mengenakan jizyah maka cukai ke atas orang bukan Islam menjadi sama dengan orang Islam. Tidak siapa boleh berkata jizyah tidak adil atau zakat tidak adil.
39. Ini adalah undang-undang Kerajaan Islam. Akan tetapi cara pelaksanaannya berubah mengikut keadaan. Ada fleksibiliti dalam pelaksanaan. Jika masyarakat atau negara Islam lain tidak menerima atau tidak mengamalkan sistem cukai jizyah ke atas orang bukan Islam, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak Islam. Mereka masih Islam. Hanya keadaan di sesebuah negara itu yang boleh menentukan. Dalam perkara ini kaedah fekah ada menyatakan, ” Hukum itu berubah dengan sebab perubahan masa, tempat dan waktu ” dan kaedah lain menyatakan, ” Tindakan imam atau ketua negara ke atas rakyat bergantung kepada maslahah “. Kaedah-kaedah ini terkandung dalam prinsip yang besar yang dipanggil Siasah Syari`ah.
40. Undang-undang PAS tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam di Kelantan. Tetapi orang bukan Islam di Kelantan tidak terletak di bawah undang-undang mana-mana kitab. Mereka terletak di bawah undang-undang ciptaan manusia.
41. Selain daripada itu hukum di bawah undang-undang yang akan dikenakan ke atas orang bukan Islam amat berbeza dengan hukuman ke atas orang Islam di bawah undang-undang PAS.Sementara orang Islam yang berzina akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, orang bukan Islam hanya akan didenda atau di penjara buat beberapa bulan atau tahun sahaja. Bolehkah kita menerima hukuman bunuh dan hukuman penjara itu sama?
42. Sebaliknya mengikut Taurat Yahudi orang yang berzina dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, iaitu sama dengan hukuman dalam Islam. Inilah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi apabila sepasang orang Yahudi dihadapkan kepada Baginda kerana berzina. Tidaklah ada sesiapa yang boleh berkata hukuman ke atas orang bukan Islam lebih ringan daripada hukuman ke atas orang Islam. Dengan perkataan lain ketidakadilan tidak berlaku di Madinah di bawah pemerintahan Nabi.
43. Sekali lagi terbukti yang undang-undang PAS tidak sedikit pun berasas kepada maqasid syariah. Ia akan menyebabkan ketidakadilan yang ketara berlaku — dan ketidakadilan tidak boleh dianggap sebagai Islam. Perbezaan hukuman bagi orang Islam dan orang bukan Islam adalah tidak Islam.
44. Undang-undang PAS adalah hasil tafsiran agama Islam oleh orang PAS. Tiada ada siapa yang berhak menjadikan tafsirannya sebahagian daripada agama Islam. Punca dan asas agama Islam hanyalah al-Quran dan Sunnah Nabi.
45. Tafsiran oleh orang lain walaupun melalui proses ijtihad tidak menjadi sebahagian daripada hukum Islam yang mutlak sehingga penolakannya menjadi seseorang Islam itu murtad.
46. Kita tahu bahawa penentuan hukuman, tafsiran atau pandangan Islam terhadap sesuatu walaupun melalui proses ijtihad berbeza di antara kumpulan dengan kumpulan, dan daripada satu masa ke satu masa. Apatah lagi apabila tafsiran, hukuman dan pandangan yang dibuat tidak melalui proses ijtihad yang sah.
47. Undang-undang PAS bukanlah hasil proses ijtihad yang sah. Ia dibuat kerana kepentingan yang lain daripada agama, khususnya kerana politik parti PAS. PAS sendiri mendakwa bahawa undang-undang ini dibuat kerana tekanan politik oleh UMNO. Ia bukan kerana politik Islam. Politik parti dan politik Islam bukan perkara yang sama. Dengan itu ia tidak boleh diterima sebagai sah di sisi agama Islam.
48. Hukuman yang tidak sama, hukuman yang membezakan antara pesalah yang melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang amat berat bagi seseorang pesalah tetapi amat ringan bagi pesalah yang lain yang melakukan kesalahan yang sama adalah tidak adil, baik daripada segi Islam atau bukan Islam.Hukuman yang tidak adil tidak boleh dikatakan berasaskan kepada agama Islam. Dalam Islam ketidakadilan tidak boleh berlaku. Jika ia berlaku sudah tentu ia bukan daripada Islam. Dakwaan PAS dengan sewenang-wenangnya bahawa undang-undang ciptaan PAS hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja dan tidak kepada orang bukan Islam tetap tidak adil dan dengan itu tidak Islam.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda, ” Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya orang di zaman silam ialah kerana mereka apabila seorang yang mempunyai kedudukan di kalangan mereka mencuri mereka biarkan dan apabila orang yang lemah di kalangan mereka mencuri, mereka potong tangannya. ”
49. Islam bukan agama yang buta tuli, yang tidak mengambilkira keadaan, yang tidak mengambilkira masalah penganutnya dan umat Islam setempat atau keseluruhan, yang membebankan individu Islam dan umat Islam. Sebaliknya Islam adalah agama Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, yang memberi pertimbangan kepada segala masalah yang dihadapi oleh penganut dan umat, yang tidak menekan dan menyusahkan mereka. Kalaulah dalam perkara ibadah ada kelonggaran, apakah dalam perkara perundangan tidak ada? Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud, ” Dan sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan “.
50. Untuk itu banyak kelonggaran diberi dalam pengamalan ajaran-ajaran Islam, dalam pelaksanaan dan amalan ibadat dan sudah tentu dalam penguatkuasaan hukum. Sebagai contoh amalan rukun Islam yang lima pun diberi kelonggaran. Bagi anak kecil yang belum boleh bertutur dan memahami, bagi orang yang bodoh atau gila, lafaz dua kalimah syahadat tidak dikenakan. Demikian bagi orang yang diancam seksaan atau bunuh tidak melafazkan dua kalimah syahadat tidak menjadi kesalahan asalkan diniat dalam hati.
51. Untuk solat, keadaan alam sekeliling diambilkira. Yang pertamanya masa dilonggarkan, bahkan sembahyang boleh didahulukan atau ditangguhkan, dipendek atau dicantumkan dalam keadaan tertentu. Bagi yang sakit yang tidak dapat bergerak dengan sempurna, gerakbadan semasa bersembahyang tidak diperlukan sepenuhnya sebelum sembahyang menjadi sah.Bahkan penganut Islam boleh sembahyang sambil tidur, sambil duduk atau semasa bergerak dalam kenderaan. Untuk wuduk pun banyak kelonggaran diberi. Islam memberi `rukhsah` kepada umatnya.
52. Demikian juga dengan puasa, mengeluar zakat dan ibadat haji. Semuanya bergantung kepada kemampuan tertentu.Tidaklah menjadi kesalahan dan berdosa jika tidak melakukannya kerana keadaan tidak mengizinkan, kerana sakit, kerana miskin dan sebab-sebab lain. Jelas sekali fardhu ain pun tidak dipaksa ke atas umat dengan begitu keras sehingga menimbul masalah dan menjadi beban kepada mereka. Jelas bahawa semuanya dibenarkan mengikut prinsip-prinsip Islam.
53. Larangan terhadap orang Islam juga mengambilkira keadaan dan masalah yang dihadapi. Daging babi tidak boleh dimakan. Tetapi oleh kerana Islam menghargai nyawa manusia, terutama nyawa orang Islam, daging babi pun dihalalkan jika tidak ada makanan lain untuk menyelamatkan nyawa. Darurah membolehkan yang terlarang.
54. Sudah tentu dalam pelaksanaan hukum hudud, ianya tidaklah sehingga memudaratkan orang Islam. Hukum hudud adalah untuk keadilan dan kebaikan ummah. Jika ini tidak tercapai kerana keadaan atau sebab-sebab lain, ia boleh ditangguhkan pelaksanaannya. Sebagai contoh dalam pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik, pelaksanaan hukum hudud telah digantungkan selama setahun. Tentu ada justifikasinya mengapa pemerintahan Islam ketika itu tidak melaksanakan hukuman hudud. Menguatkuasakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam, sehingga menjadi masyarakat mereka kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan amalan ibadat-ibadat dan ajaran Islam yang lain yang memberi berbagai-bagai kelonggaran supaya tidak menjadikan beban kepada orang Islam. Allah Subhanahu wa Ta`ala yang disebut berkali-kali sebagai Yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi tidak menjadikan Islam sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbangrasa.
55. Yang menyebabkan Islam menjadi beban, zalim dan penghalang kepada kesejahteraan umat Islam ialah orang tertentu yang fanatik dan ingin menjadikan Islam sebagai agama ibadah dan amalan buta-tuli.
56. Ini mungkin benar dalam agama-agama lain yang menganggap ibadat yang menyusah dan menyeksa pengikutnya boleh menguji kekuatan pegangan kepada agama berkenaan.Dengan itu banyaklah acara menyeksa diri yang diamalkan.Kadang-kadang membunuh diri dianggap perlu dan baik bagi penganut yang setia, yang kuat kepercayaannya.
57. Dalam Islam tidak ada ajaran yang menyeksa diri untuk mendapat pahala. Banyak kelonggaran diberi sehingga dalam keadaan tertekan orang Islam boleh secara zahir menerima agama lain tetapi secara tersembunyi terus memegang kepada agama Islam. Sebab itu di zaman Komunis memerintah beberapa negara Islam di Eropah Timur dan Asia Tengah, agama Islam ternampak seolah-olah sudah hilang. Tetapi apabila sahaja Komunis ditewas, Islam kembali kepada negara-negara ini walaupun berpuluh tahun telah berlalu setelah Islam ditegah.
58. Jika kelonggaran diberi dalam Islam sehingga ke peringkat ini, apakah dalam pelaksanaan hukum hudud tidak ada sama sekali kelonggaran, tidak ada faktor dan keadaan yang diambilkira? Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apapun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam dan agama Islam? Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan juga? Apakah orang Islam yang tinggal di negara majoriti bukan Islam terpaksa melaksanakan juga hukum hudud sehingga mereka didakwa di bawah undang-undang negara berkenaan? Bukankah Islam itu luas dan `flexible` serta mampu `respond` kepada perubahan yang berlaku pada umat manusia, perubahan masa dan tempat.Inilah yang menyebabkan Islam itu sesuai dengan setiap masa dan tempat. Keadaan yang berlaku tentu diambilkira.Lebih-lebih lagi apabila keadaan umat Islam itu berada dalam keadaan lemah dan kurang kemampuan. Keadaan demikian boleh dianggap sebagai berada dalam keadaan darurat.
59. Islam bukan agama buta-tuli yang tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan kesan daripada pengamalan ajarannya.Tuhan yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi tidak akan menyeksa umatnya. Yang buta tuli ialah sesetengah daripada ahli fikh dan pentafsir fanatik dalam Islam. Mereka ini yang menjadikan agama Islam beban besar kepada umat Islam sehingga mereka lemah dan tidak dapat menjayakan diri mereka
walaupun untuk akhirat. Yang ingin menjadikan agama Islam agama buta tuli ialah mereka yang mempunyai kepentingan lain, umpamanya politik persendirian.

60. Undang-undang PAS perlu dikaji sebelum ia boleh diterima atau ditolak oleh sebuah Kerajaan yang ingin menerap nilai-nilai Islam seperti Kerajaan Barisan Nasional.Sudah tentu Kerajaan tidak boleh membelakangkan dengan sewenang-wenangnya undang-undang yang didakwa berpunca daripada ajaran Islam.

61. Kerajaan Barisan Nasional di Peringkat Pusat telah mengambil masa yang panjang untuk mengkaji undang-undang yang diluluskan dengan begitu mudah oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Kajian ini belum tamat. Kajian ini akan diteruskan. Tetapi untuk memberi panduan kepada rakyat negara ini, hasil kajian hingga kini perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia tanpa mengira parti atau kumpulan. Walaupun orang Islam di Malaysia terselamat dan mampu menghadapi banyak cabaran dunia luar, tetapi mereka masih lemah dan belum dapat memelihara keselamatan diri mereka. Sudah tentu mereka belum boleh menolong umat Islam yang tertindas di tempat-tempat lain. Justeru itu, Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap umat Islam dan agama Islam tidak boleh membenar mana-mana pihak melaksanakan sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam tanpa terlebih dahulu mengkaji baik buruk kesannya terhadap orang Islam dan agama Islam. Kerajaan Pusat bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini. Kerajaan Negeri Kelantan tidak boleh dibenar melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan agama Islam.

62. Perkara yang pertama yang perlu ditentukan ialah apakah undang-undang ini dibuat melalui proses yang mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan kaedah feqah yang syaamil. Jawapan secara ringkas tetapi tepat kepada soalan ini ialah proses ini tidak digunakan. Segala alim ulama di dalam negara, bahkan di negeri Kelantan pun, tidak terlibat dalam proses tafsiran dan kajian ajaran yang terdapat dalam undang-undang Hudud PAS. Yang dibuat ialah kajian yang terhad yang tidak boleh ditafsir sebagai selari dengan kaedah feqah dan mencapai maslahah umat Islam.

63. Mereka yang diberi peluang mengambil bahagian adalah ulama daripada parti politik tertentu atau yang bersimpati dengan parti itu sahaja. Pendirian mereka sudahpun diketahui. Mereka tidak bebas dan tidak mungkin mengasingkan diri daripada pendirian politik mereka. Dalam keadaan ini ajaran dan kepentingan Islam dan umat Islam tidak mendapat kedudukan yang utama dan unggul. Kepentingan politik parti mempengaruhi fikiran dan proses kajian.Politik Islam juga tidak mendapat tumpuan yang unggul kerana politik parti dicampuradukkan.

64. Hukum hudud adalah berkenaan dengan jenayah.Ulama yang alim dalam ajaran Islam dan hukum hakam Islam tidak semestinya pakar dalam bidang jenayah. Keadaan dan jenayah di zaman Nabi tidak sama seperti di zaman ini.Demikian masyarakat diMadinah, bahkan masyarakat di negara-negara Islam semasa hukum hudud dilaksanakan sepenuhnya, amat berbeza dengan masyarakat di Malaysia di waktu ini. Masalah penduduk berbilang kaum dengan komposisinya di Malaysia memerlukan pertimbangan secara serius dan istimewa. Jenis jenayah perlu diambil kira.Hukuman dibawah undang-undang biasa juga perlu diambilkira.

65. Untuk semua ini pendapat dan hujah-hujah daripada pakar-pakar jenayah bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara (kerana undang-undang yang hendak digubal akan melibatkan secara langsung atau secara tidak langsung rakyat seluruh negara) perlu bersama dalam proses ijtihad.Tidak ada bukti yang pakar-pakar ini mengambil bahagian sepenuhnya. Ini bermakna proses ijtihad daripada segi ini juga tidak diamalkan. Ini menjadikan proses rundingan cetek dan tidak menepati kehendak dan semangat ijtihad.
66. Kerana ini sahaja pun undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai secocok dengan kehendak agama Islam. Jauh daripada penolakannya menjadikan seseorang orang Islam itu murtad, kemungkinannya ialah penerimaannya akan menjadi orang yang baru memeluk Islam kembali semula ke agama asal mereka.

67. Kajian yang akan dibuat oleh Kerajaan Pusat terhadap undang-undang PAS tertumpu kepada semua aspek yang penting dalam Islam. Perkara yang akan dipersoalkan ialah apakah undang-undang PAS berkenaan dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?

68. Soal yang kedua ialah apakah undang-undang PAS akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa di bawahnya? Hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan. Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah. Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah Islam mudah diterima.

69. Secara sambil lewa dan mudah pemimpin PAS mendakwa bahawa undang-undang PAS tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam. Dakwaan ini dibuat kerana kepentingan politik.Walaupun Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua pihak, yang Islam dan yang bukan Islam.

70. Tetapi jika undang-undang PAS diguna untuk orang Islam dan undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama. Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama.

71. Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam. Ia tidak mengasaskan sepenuhnya kepada maqasid syariah. Undang-undang PAS bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi setakat ini hendaklah ditolak.

72. Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

73. UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

74. Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

75. Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia.Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

76. Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh.Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

77. Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini.Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara