Sabtu, 10 Julai 2010

Siapakah yang menggagalkan 1 Malaysia ?

Harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat dan mewariskan kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya kehadapan,  keamanan dan kesetabilan bagi sebuah negara yang bernama Malaysia nampaknya akan hancur berkecai.

Semuanya ini adalah gara-gara, cara parti Umno yang sedang mendominasi didalam pakatan yang dinamakan Barisan nasional memilih cara berpolitiknya berdasarkan semangat perkauman,

Oleh itu apabila setelah sekian lama Umno menerajui Barisan Nasional, keadaan semakin berubah, kehendak generasi baru menjurus kearah mengurangkan semangat perkauman dan menganggap Malaysia adalah negara bersama.

Melihat keadaan ini, Umno menyedari bahawa berkurangnya sokongan umum kepadanya  terutama dari kaum-kaum bukan Melayu adalah kerana angin perubahan ini, akhirnya Umno terpaksa  mengikut rentak tari dan kehendak rakyat teramai yang semakin menuntut agar Malaysia ditadbir tidak lagi berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan, lantas timbullah idea 1 Malaysia .

Keadaan ini menyebabkan orang Melayu yang masih tebal semangat keMelayuannya mula tawar hati kepada Umno dan belajar menjeling kepada pihak lain, kebetulan Ibrahim Ali yang diceraikan oleh Umno dan bergaduh pula dengan suami angkatnya iaitu PAS, sedang tercari-cari tapak baru untuk berpijak.

Tiba-tiba datang idea untuk menubuhkan Perkasa, yang di daftarkan bukan sebagai sebuah parti politik tetapi sebagai sebuah pertubuhan yang menganggap dirinya NGO.

Perkasa ini tanpa diduga telah menjadi tempat persingahan baru bagi mereka -mereka yang pernah berkuasa tetapi kini terpinggir tetapi masih berminat didalam politik, perkasa juga menjadi persinggahan bagi mereka-mereka yang sudah bosan kepada Umno dan menganggap Umno tidak memperjuangkan Melayu lagi.

Tanpa diduga juga, Perkasa yang kini mendapat sambutan hangat dikalangan orang Umno, dan telah menjadi harapan pula kepada Perdana Menteri, agar membantunya membendung penyakit lari dari rumah dikalangan orang Umno, supaya jika lari pun masih bermalam di rumah Perkasa dan boleh di pujuk supaya  menyokong Barisan Nasional semula .

Untuk memainkan peranan ini Perkasa terpaksa meniupkan  terompit perkauman, ternyata terompit ajaib ini berjaya memukau sebahagian dari orang Umno agar berlindung di bawah bendera Perkasa.

 Tidak mustahil kerana jasanya Perkasa akan dijadikan salah satu parti komponen Barisan Nasional dan Ibrahim Ali akan dilantik sebagai Menteri sekali lagi.

Kerana melihat kejayaan inilah maka timbul idea dari kepimpinan MCA agar sebuah badan yang menyerupai Perkasa di tubuhkan dikalangan masyarakat Cina pula dengan rmembayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

Nah ! bukankah ini yang dinamakan penyakit ?  kini penyakit perkauman semakin merebak didalam Barisan Nasional sendiri, kerana apa ?

Kerana Barisan Nasional itu sendiri adalah parti perkauman..............

Hidup dan matinya nya adalah kerana semangat perkauman, bukankah parti-parti yang mendukung Barisan Nasional itu adalah memperjuangkan kaum masing-masing..................

Kalu dah begitu..........hancurlah 1 Malaysia ciptaan Najib !!!!!!!!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Malaysia yang aku banggakan

Pada 7 Julai 2008, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyambut ulangtahun perkhawinan dengan disoal-siasat oleh polis selama lebih enam jam di kedutaan Malaysia di Bangkok.

Selasa lalu, ulangtahun perkahwinannya disambut dengan sidang media di kota London tetapi dalam suasana yang lebih tenang. Watak dan lokasi mungkin berubah, namun fokusnya tetap sama.

"Semua pihak memfokus pada kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan siapa di belakangnya,” kata peguam Balasubramaniam - Americk Sidhu.

"Satu lagi isu yang tidak kurang penting ialah cara Balasubramaniam dilayan selepas membuat pengakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008. Dia terus dipujuk, dinasihat, dirasuah, digertak dan kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia.”

Rakaman video wawancara Balasubramaniam di Singapura pada November lalu oleh tiga peguamnya menceritakan pengalaman ngerinya bermula 3 Julai 2008.

Antara dakwaan yang memeranjatkan oleh Balasubramaniam adalah kata-kata yang diutarakan oleh Nazim Abdul Razak, adik kepada perdana menteri ketika pertemuan di The Curve , Damansara pada malam selepas beliau membuat pengakuan bersumpahnya:”Jika anda sayang keluarga anda, ikut sahaja arahan Deepak (Jaikishan)."

Kata-dua itu menyaksikan Balasubramaniam menyembunyikan dirinya selepas secara tergesa-gesa menarik pengakuan bersumpah pertamanya melalui pengakuan bersumpah kedua.

Anak-anaknya diberi passport baru dan sebuah van dihantar bagi membawa Balasubramaniam dan keluarganya terus ke Lapanganterbang Changi di Singapura dan dibawa terus dengan pesawat ke Bangkok - semua ini dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Selepas disoal-siat oleh pegawai polis bahagian jenayah komersial, Balasubramaniam dan keluarganya diterbangkan ke Kathmandu, kemudiannya New Delhi dan akhir sekali di Chennai, India di mana mereka menetap lebih setahun.

Dak
wanya segala perbelanjaan dan sara hidupnya itu dibiayai oleh ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dengan pihak atasan, Deepak Jaikishan.

Menurut Balasubramaniam, kemungkinan beliau untuk pulang ke Malaysia amat kecil.

"Jika saya pulang ke Malaysia. Saya mempunyai bilik di kamunting yang menunggu saya. Saya tidak bolek balik. Mereka akan cuba menutup mulut saya atau mereka akan menghumban saya ke Kamunting sehingga sembilan atau 10 tahun,” katanya.

Balasubramaniam berkata peluangnya untuk kembali dan menjalani kehidupan harian hanya boleh berlaku jika ada perubahaan dalam kerajaan.   ( sumber asal )



 Saya fikir, saya tidak perlu ulas apa-apa berkaitan isu diatas................memadai saya lontarkan satu soalan, .........apakah ini yang kita sebagai rakyat biasa inginkan ?  .......................oh..... MalaysiaKU.....

Selasa, 6 Julai 2010

Akhirnya mengaku juga...........

Setelah Ketua Polis Negara yang tamat tempoh perkhidmatannya tetapi disambung kembali berkhidmat oleh PM Najib, mengeluarkan kenyataan yang boleh disenaraikan sebagai Cakap besar,  iaitu apabila beliau memberi amaran, bahawa  mana-mana individu yang bersubahat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah,. Katanya, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra..

Begitulah amarannya  semalam sebagaimana dilapurkan oleh M'sia Kini,  namun hari ini, lain pula ceritanya, ................. hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein akhirnya bagi saya telah  mengaku kalah.

Kementerian dalam Negeri menjelaskan bahawa Malaysia gagal mengekstradisi penulis blog Raja Petra Kamaruddin dari Untited Kingdom untuk menghadapi dakwaan hasutan dan fitnah di negara ini. "Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan.

"Nak masuk ke negara ketiga, culik, seludup keluar macam pengganas? Tak mungkin..itu bukan cara kita di Malaysia. Jadi saya rasa tuduhan kepada PDRM itu tak adil," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di lobi parlimen hari ini..

Begitulah amaran dan penjelasan yang kita dengar dari pihak berkuasa  kerajaan Malaysia, yang jelas seperti kata Hishamuddin  "Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan..

Apakah yang dimaksudkan oleh Hishamuddin itu ?

Maksudnya mudah sahaja, Pihak berkuasa di UK itu tidak berminat menyerahkan Raja Petra dan P Balasubramaniam kepada M'sia kerana mereka berpendapat bahawa, kedua-dua insan ini sebenarnya di iniaya sahaja, mereka berdua ini cuba bercakap benar, tetapi dihalang dinegara mereka sendiri, akhirnya mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di luar negara..

Begitulah kesimpulan yang boleh kita ambil dari peristiwa ini, kini nyatalah bahawa reputasi Najib sebagai PM M'sia dimata dunia begitu buruk sekali,  semua ini berpunca dari kes Atantuya  dan kes komisyen Kapal selam  yang masih belum selesai, sehingga memaksa beliau mengupah agensi seperti APCO untuk memulihkan kembali kepercayaan dunia kepadanya.

Apakah beliau akan berjaya didalam usahanya itu ?

Saya malas mengulas panjang dan meneka itu dan ini, sama-sama kita tunggu dan lihat.......itu sahaja lah setakat ini..








Sabtu, 3 Julai 2010

Cakap ikut sedap mulut

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat keputusan yang betul apabila membatalkan rancangan pergi ke London untuk merekodkan keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Beliau berkata Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa berhubung pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Saya berasa sedih. Perkara ini telah bertukar menjadi permainan politik.

Sangat tidak munasabah untuk ke sana. Proses ini akan melibatkan kos yang tinggi dan ini membazirkan wang pembayar cukai," kata beliau kepada Bernama, mengulas kenyataan SPRM yang pada Rabu membatalkan rancangan untuk menemui penyiasat persendirian itu di London.

"Memanglah, kita tidak boleh memaksa beliau balik ke sini tetapi lebih baik dia balik dan memberikan keterangannya secara sukarela. Jangan bermain-main lagi," katanya.

Megat Najmuddin, yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.

Megat Najmuddin juga meminta parti-parti politik berhenti menggunakan isu agensi penguatkuasaan untuk kepentingan mereka.

"Undang-undang dan peraturan seharusnya tidak dikompromi. Agensi-agensi penguatkuasa perlu mengelakkan perkara ini," katanya.

Balasubramaniam menimbulkan kontroversi apabila beliau tiba-tiba muncul pada 3 Julai, 2008 dan mengumumkan bahawa dia akan mengumumkan afidavit bersumpah tentang pembunuhan Altantuya.

Namun, keesokkannya dia menarik balik menerusi afidavit bersumpah kedua pada satu sidang akhbar sebelum menghilangkan diri bersama keluarganya.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata SPRM telah mengirim soalan-soalan kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu, menerusi kurier.

Beliau berkata Americk bersetuju untuk menghantar jawapan kepada SPRM dengan segera.

"Peguam Balasubramaniam, melalui e-mel, pada Khamis bersetuju untuk mengemukakan soalan-soalan kepadanya dan turut bersetuju supaya ia dihantar melalui kurier," katanya.
(sumber asal)


Sebenarnya aku malaslah nak menulis blog sekarang ini, namun apabila terbaca je berita ini, tiba-tiba darahku menggelegak, tang mana panasnya tu .............(yg diwarnakan merah tu....)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat keputusan yang betul apabila membatalkan rancangan pergi ke London untuk merekodkan keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Megat Najmuddin, yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.

Memang kepala hotak betul, cakap ikut sedap mulut je..... mentang-mentang ada kuasa, maka cakap pun hentam keromo je.

Membuat keputusan yang betul apa ? bukankah P Balasubramaniam tu terpaksa melarikan diri keluar nagara kerana bimbang tentang keselamatannya, lagi pun semua orang tahu bahawa Malaysia sebuah negara yang korup, sangat jauh standardnya jika nak dibandingkan dengan negara maju.

Macam mana kita nak percaya bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020 kalau dari sekarang tiada tanda-tanda perubahan boleh berlaku ?

Walau pun DS Najib pernah berjanji mahu melakukan perubahan berkaitan kebebasan penguatkuasa negara melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang, namun janji tersebut nampaknya hanya tinggal janji, tidak munkin boleh dilaksanakan selagi kepentingan melebihi keikhlasan.

Oleh itu ayat kononnya yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.hanyalah omong kosong sahaja, kalau aku menjadi P Balasubramaniam pun aku tak percaya kepada jaminan mengarut macam tu.......

Kes Atantuya adalah kes yang berkaitan Najib, kes yang kena mengena dengan kapal selam, yang tak boleh menyelam tu.....kes ni semua orang tahu, kecuali budak yang beringus sahaja yang masih tak tahu....

Kerana kes-kes seperti inilah yang menyebabkan Najib gagal menunaikan janjinya..........