Sabtu, 1 November 2008

PENGUBAHSUAIAN GAMBAR YANG BOLEH MENJEJASKAN KREDEBILITI SESEBUAH AKHBAR



Baru-baru ini didalam Pahang Daily, tersiar berita tentang penganugerahan
gelaran datuk kepada shahrukh khan, maka disiarkan jugalah gambar shah rukh khan sedang memegang bendera pas yang telah diubah suai sebenarnya.

Dengan penerangan bahawa andainya keluarlah gambar shah rukh khan sedang memegang bendera Pas seperti ini, apakah gelaran Datuk yang telah
di berikan akan ditarik balik ?

Persoalan yang akan ditimbulkan disini bukanlah tentang penganugerahan sebenarnya, tetapi tentang pengubahsuaian gambar yang dilakukan oleh Pahang daily.

Saya berpendapat kaedah pengubahsuaian yang dilakukan, dan di siarkan adalah merbahaya kepada masa depan Pahang Daily sendiri.

Contohnya, jika disuatu masa nanti, Pahang Daily menyiarkan berita eksklusif tentang sesuatu berita, berserta dengan gambarnya sekali, orang akan kata '' alah itu gambar yang diubah suai ''

Kaedah ini sama lah dengan kisah budak-budak bermain disungai yang tiba -tiba dia berpura-pura meminta tolong,..... konon nya dia lemas......... apabila tiba diketika dia lemas betul-betul, orang masih menyangka dia berpura-pura .

Baru-baru ini adalah saya menegur Pahang Daily didalam ruangan komen, tentang perkara tersebut, (suatu teguran yang ikhlas) .....tiba -tiba, ada seorang pembaca yang marah-marah kepada saya dengan menyebut perkataan yang bagi orang melayu, tidak boleh terima '' babi ''.


Anonymous Anonymous said...

woi ababina babi, semua benda yang pahang daily kuarkan so far betul!! tepat!!!! 10000%
yang kau dok kalut apasal?takutttttttttttt kaaaaa?
berapa rosmah najib bayar ko?

woit bangsat, dok diam2 jer la

kepada pahang daily, doksah amik kira komen camni, gampang je.

October 31, 2008 1:48 PM


Blogger - sharuLcyber- said...

buat apa marah2. rasional sikit. org xde akal saja yg suka maki2. pemuda sekarang x suka dakwah keras.

November 1, 2008 1:48 AM

[najibpas.jpg]Gambar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdullah yang memakai serban
ini diterbitkan oleh Pahang Daily juga .

[paklahpas.jpg][hamidpas.jpg][mahathirpas.jpg]