Rabu, 9 Disember 2009

Apa kata pengampu Umno dengan kenyataan Lim Keng Yaik ini ?

Kepada semua blogger pengampu Umno ............. saya cabar kamu semua supaya memberi komen terhadap kenyataan Lim Keng Yaik seperti di bawah................


Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.


Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.

Sementara itu, Lim memuji prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi perdana menteri April lalu.

Dalam rujukan jelas kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, penasihat parti Gerakan itu berkata prestasi Najib adalah lebih baik daripada bekas perdana menteri.

Mengenai konsep 1Malaysia, Lim berkata tumpuannya ialah sama ada ahli-ahli Umno akan mengikut jejak langkah presiden parti itu.

Mengenai pilihanraya umum, penasihat Gerakan itu berkata, ianya sukar diramalkan sama ada akan berlaku satu lagi tsunami politik.

Bagaimanapun, katanya, jika prestasi MCA semakin buruk, maka Gerakan perlu melakukan yang terbaik dalam pilihanraya yang akan datang.

Gerakan kalah teruk dalam pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan parti komponen BN itu tumbang di Pulau Pinang..........di petik dari ........Lim: Tiada ruang bagi ketuanan Melayu


Kita sering terjumpa bloger yang pro Umno mengutuk PAS dan PKR kerana kononnya bersekongkol dengan DAP yang mempertikaikan ketuanan Melayu, nah sekarang kamu nak letak muka kamu dimana, kalau kamu masih ada muka apabila berhadapan dengan kenyataan lantang dari Lim Keng Yaik ini.

Tidakkah Gerakan adalah salah satu parti di dalam komponen Barisan Nasional ? nah !!! bertindaklah......

Kepada Ibrahim Ali, dipersilakanlah membuat tunjuk perasaan untuk membantah kenyataan Lim Keng Yaik ini, tetapi saya sangat percaya beliau tidak akan berbuat apa-apa, kerana matlamatnya berdemontrasi adalah untuk memancing Najib sahaja, agar Datuk Sri Najib mempelawa beliau menyertai semula Umno..................begitulah adanya......







.

Tiada ulasan: