Ahad, 20 Disember 2009

Beranikah Kerajaan BN menirunya ?


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Antara yang paling menarik bagi saya ialah tentang janjinya ......................

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Begitulah lebih kurang antara intipati Konvensyen Pakatan Rakyat, kesemua cadangan tersebut, saya percaya tidak akan mampu dilaksanakan oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai azam yang tinggi untuk menghapuskan rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan.

Sebagai contoh Datuk Sri Najib selepas mengambil aleh kepimpinan negara, tidak berani membuat perubahan sebagaimana yang beliau janjikan, Mahkamah, terutama Mahkamah Rayuan, masih jelas di kongkong, SPR di kongkong, Polis di kongkong, SPRM juga di kongkong.

Oleh itu usaha berani Pakatan Rakyat yang berjanji untuk meletakkan semua yang saya sebutkan diatas dibawah tanggung jawab Parlimen adalah sangat dialu-alukan.

Tidak ramai pemimpin yang berani melakukan sebagaimana yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu, antara sebabnya ialah kesemua janji-janji yang di utarakan itu jika silap gayanya akan memakan tuannya, janji-janji seperti diatas tidak menguntungkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat jika PR berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU13 nanti.

Bayangkan, sebagai contoh, dengan kebebasan SPRM yang hanya tertakluk kepada Parlimen, yang hanya bertanggung jawab kepada Yang DiPertuan Agong, akan mengakibatkan ramai pemimpin yang rasuah akan didakwa, dakwaan ini pula sudah semestinya tidak akan memilih bulu, siapa juga yang bersalah akan didakwa.

Sudah tentulah jika pemimpin PR ada bercita-cita mahu melakukan rasuah setelah memerintah nanti, mereka tidak akan berani membuat janji seperti itu. Munkin ada diantara pembaca akan berkata ........alah itu janji......siapa pun boleh berjanji.......... jangan kata seperti itu, kerana setiap janji akan dituntut.

Ini berbeza dengan keadaan sekarang, semua institusi penting yang disebutkan diatas di pertanggung jawabkan kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri mana yang mahu bertindak, jika dia tahu bahawa tindakkannya nanti akan merosakkan reputasi diri dan parti pimpinannya.

Itulah sebabnya apabila di masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tindakan cuba diambil terhadap beberapa individu yang melakukan rasuah dan didapati semakin ramai pemimpin Umno yang didakwa.

Maka muncul disana sini ahli-ahli Umno yang menunjuk perasaan, membantah tangkapan tersebut dengan alasan, kenapa pemimpin Umno tertentu yang didakwa, klik tertentu tidak ditangkap sama, juga kenapa pemimpin pembangkang juga tidak ditangkap.

Semua ini berlaku kerana semua institusi penting negara terletak dibawah kawalan Perdana Menteri, saya sangat percaya jika institusi-institusi ini dibawah kawalan Parlimen, semua bantahan itu akan berkurangan.

SPRM dan lain-lain institusi tentulah tidak takut kepada sesiapa untuk bertindak, sudah tentulah didalam keadaan semua orang takut untuk melakukan rasuah dan lain-lain penyelewengan, maka penyelewengan pun akan berkurangan.

Saya kata berkurangan, kerana tidak munkin kita boleh menghapuskannya 100 %, oleh itu pencapaian yang sebegitu pun sudah boleh dikira sangat baik untuk negara, siapakah yang untung jika semua ini tercapai ? sudah tentu rakyat.

Kesimpulannya, keberanian Pakatan Rakyat membuat janji seperti itu adalah demi rakyat, rakyat yang akan untung, walau pun nanti, jika tersepit saya percaya Kerajaan BN akan cuba memintas sebagaimana cubaan Najib memintas dengan slogan " 1 M'sianya."

Kalau Kerajaan BN berani memintas dengan meletakkan semua institusi penting negara dibawah tanggung jawab Parlimen dan Yang Di Pertuan Agung, kita sebagai rakyat sangat mengalu-alukannya.........tetapi beranikah mereka menyorongkan leher mereka untuk dipancung dengan pedang.

Jawapannya ada didalam diri mereka-mereka semua, apakah mereka ada melakukan kesalahan ? oleh itu jika mereka tidak melakukan kesalahan, apa nak ditakutkan ......

buatlah...............tirulah ................










2 ulasan:

Awangmaseru berkata...

komen yang betul, anda bukan pembodek.

Tanpa Nama berkata...

tak payah bermimpi ...

i follow you~

http://unitmediasiber.blogspot.com